13/10/2022
hidup mu bererti bagi Tuhan #
Mari kita ke Yope, salah satu bandar yang berada di laut tengah/Meditranean. Mari melihat ke salah satu gereja tempatan yang ada disana.
Kita melihat jemaatnya dulu. Di sana ada seorang wanita yang melayani di gerejanya bernama Tabita ataunamanya juga disebut Dorkas dalam bahasa Yunani. Namanya yang bermaksud "gazelle' atau "kijang" yang menunjukkan keindahan dan kecantikannya. Wanita ini menghabiskan masa dan tenaganya membuat jubah dan pakaian bagi para janda, iaitu mereka yang paling memerlukan pada masa itu dalam budayanya.
Dorkas bukan hanya berimpian, membuat rancangan yang besar, atau dengan penuh semangat berkeinginan untuk menjadikan kehidupan para wanita yang menderita ini lebih baik tapi dia BERTINDAk. Dia melakukan sesuatu bagi mereka. Sekiranya kamu baca kisah Dorkas, dia dikasihi dan sukai oleh orang Kristian di Yope kerana kasih, pekerjaan baik dan kemurahan hati/kerja amal yang dia lakukan.
Mari kita lihat masalah yang timbul. Ketika Dorkas meninggal dunia, orang kristian di sana berduka cita dan bersedih. Seorang yang pemurah dan pemberi telah diambil daripada mereka.
Tapi ada satu hal yang istimewa berlaku di pekan kecil ini. Kita lihat itu pada renungan seterusnya. Buat masa ini mari kita berhenti sejenak dan merenungkan pelayanan Dorkas sahaja.
Adakah kamu perasan, kita tidak melihat dan alkitab tidak memberitahu Dorkas mengajar, dia tidak menginjil atau membuat khidmat kaunseling kepada orang lain? Tapi yang kita lihat dan baca adalah seorang yang secara senyap-senyap, melakukan sesuatu dengan tangannya dengan kasih, meletakkan usahanya untuk membantu orang lain. Dia adalah seorang yang bukan pada pelayanan "menanam" benih firman tapi pada pelayanan "menjahit".
Adakah kamu mahu menjadi seperti Dorkas? Adakah kamu mahu membuat suatu perubahan kepada kerajaan Allah dimana kamu diletakkan saat ini? Adakah kamu mahu untuk mempengaruhi orang lain bagi Tuhan dan menyentuh mereka dengan kasih Yesus?
kalau ya, letakkan dalam hati kamu belas kasih (hati yang merasa belas kasihan, kepedulian terhadap penderitaan serta keadaan mereka yang malang) dan kebaikan hati. (Kolose 3:12 Sebagai orang pilihan Allah yang suci dan amat dikasihi-Nya kamu haruslah bersifat belas kasih, baik budi, rendah hati, lemah lembut dan sabar.
Jadi, apa saya boleh buat?
Lihatlah kepada orang lain dan situasi mereka melalui mata kasih Yesus dan lihat kesengsaraan dan kesusahan yang mereka alami. Kemudian tanya Tuhan, "Apakah yang boleh meringankan atau memudahkan kehidupan mereka ini? Apakah yang boleh membantu mereka?
ketika kamu bekerja untuk memenuhi keperluan orang lain, hidup kamu bererti bagi Kristus
Rujukan Alkitab: Kisah Para Rasul 9:36
Kongsikan pendapat anda tentang apa yang anda sukai dalam renungan ini pada ruangan komen di bawah. Tuhan memberkati.