Jamil Bin Hamzah

Jamil Bin Hamzah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jamil Bin Hamzah, Kota Kinabalu.

Alhamdulillah, malam ini saya berkesempatan menghadiri Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Arwah malam ke-5 Allahyarham Muham...
26/08/2026

Alhamdulillah, malam ini saya berkesempatan menghadiri Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Arwah malam ke-5 Allahyarham Muhamad Syakirin Afenoor bin Hajis yang diadakan di Kampung Bukit Lalang, Semporna.

Alhamdulillah, saya juga diberikan kesempatan untuk memimpin bacaan doa tahlil pada malam ini.

Sama-sama kita mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT, diampunkan segala dosa dan kesalahannya serta ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh.

Salam takziah saya ucapkan buat seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian kehilangan insan yang disayangi.

Al-Fatihah. 🤲🏻





Selepas selesai meninjau beberapa jalan yang telah siap dibaiki, saya terus singgah ke Kampung Rancangan Baru Bugaya unt...
26/08/2026

Selepas selesai meninjau beberapa jalan yang telah siap dibaiki, saya terus singgah ke Kampung Rancangan Baru Bugaya untuk melihat sendiri aduan yang telah disampaikan oleh penduduk kampung.

Di sana, saya bertemu dengan Encik Rahim bin Sariul, yang mewakili penduduk kampung dan turut menyampaikan aduan kepada saya mengenai keadaan saliran dan perparitan di kawasan kampung tersebut.

Menurut beliau, apabila berlaku hujan lebat, penduduk kampung bimbang saliran sedia ada tidak mampu menampung aliran air dengan baik sehingga boleh menyebabkan kawasan kampung dilanda banjir.

Saya turun sendiri melihat keadaan saliran serta laluan air di kawasan berkenaan. Perkara ini akan saya rujuk kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk pemeriksaan dan tindakan selanjutnya, termasuk melihat langkah yang sesuai bagi mengurangkan risiko banjir sekiranya berlaku hujan lebat.

Bagi saya, apabila ada aduan daripada penduduk, kita tidak boleh hanya mendengar dari jauh. Kita turun sendiri, lihat keadaan sebenar dan bawa perkara tersebut kepada jabatan yang berkaitan untuk tindakan selanjutnya.

Terima kasih kepada Encik Rahim dan penduduk Kampung Rancangan Baru Bugaya atas maklum balas serta aduan yang disampaikan.

InsyaAllah, setiap aduan dan perkara yang dibangkitkan oleh rakyat akan saya ambil perhatian dan cuba bawa kepada pihak yang berkaitan untuk tindakan selanjutnya.

"Bersama kita membina masa depan Bugaya yang lebih sejahtera, lebih maju dan lebih bermaruah"





JALAN KAMPUNG INDANI KE SUNGAI YAI YAI DAN JALAN SRI MELUR TINAGAYAN (SIMPANG SIGOMAK) KINI TELAH SIAP DIBAIKIAlhamdulil...
26/08/2026

JALAN KAMPUNG INDANI KE SUNGAI YAI YAI DAN JALAN SRI MELUR TINAGAYAN (SIMPANG SIGOMAK) KINI TELAH SIAP DIBAIKI

Alhamdulillah, selepas beberapa kali saya menyuarakan isu Jalan Kampung Indani ke Sungai Yai Yai di dalam Dewan Undangan Negeri Sabah, hari ini saya dapat melihat sendiri hasil kerja pembaikan yang telah dilaksanakan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

Sebelum ini, saya telah beberapa kali membawa isu keadaan Jalan Kampung Indani ke Sungai Yai Yai yang rosak dan kurang selesa untuk digunakan oleh penduduk. Saya juga telah turun ke lapangan bersama Pembantu Menteri Kerja Raya bagi melihat sendiri keadaan jalan serta mendapatkan penjelasan dan tindakan daripada pihak berkenaan.

Alhamdulillah, hasil daripada perhatian dan tindakan pihak JKR, Jalan Kampung Indani ke Sungai Yai Yai kini telah siap dibaiki dan diturap.

Dalam lawatan saya hari ini, saya turut meninjau semula Jalan Sri Melur Tinagayan (Simpang Sigomak) yang sebelum ini mengalami kerosakan dan banyak lubang. Jalan tersebut juga kini telah siap dibaiki dan diturap.

Saya turun ke lapangan untuk melihat sendiri keadaan serta memantau kualiti dan hasil kerja pembaikan yang telah dilaksanakan, demi memastikan kemudahan ini benar-benar memberikan manfaat kepada penduduk.

Bagi saya, apabila rakyat menyampaikan aduan, tanggungjawab kita bukan sekadar mendengar, tetapi menyuarakan, membawa perkara tersebut kepada pihak berkenaan dan membuat pemantauan susulan sehingga ada tindakan.

Terima kasih saya ucapkan kepada pihak JKR Sabah dan JKR Semporna atas tindakan yang telah diambil.

InsyaAllah, saya akan terus membawa dan memperjuangkan isu-isu berkaitan kemudahan asas di kawasan DUN Bugaya, khususnya perkara yang menyentuh keselamatan, keselesaan dan kepentingan harian rakyat.

"Bersama kita membina masa depan Bugaya yang lebih sejahtera, lebih maju dan lebih bermaruah"





Alhamdulillah, Sebentar tadi saya berkesempatan minum petang dan bersembang santai bersama Mr. Peter, pengurus Borneo Sp...
25/08/2026

Alhamdulillah, Sebentar tadi saya berkesempatan minum petang dan bersembang santai bersama Mr. Peter, pengurus Borneo Speedy, dan Encik Nordin Bisara, pengusaha Anjung Samudera.

Dalam keadaan susah, kita dapat melihat semangat tolong-menolong tanpa mengira bangsa dan latar belakang. Terima kasih kepada Encik Nordin yang sudi membantu menyediakan ruang sementara untuk Borneo Speedy meneruskan urusan mereka selepas kejadian kebakaran.

Semoga segala urusan mereka dipermudahkan, diberikan kekuatan dan sentiasa dimurahkan rezeki. 🤲🏻





Petang ini saya berkesempatan bertemu dengan Mr. Peter, pengurus Borneo Speedy, untuk menyampaikan salam takziah dan kat...
25/08/2026

Petang ini saya berkesempatan bertemu dengan Mr. Peter, pengurus Borneo Speedy, untuk menyampaikan salam takziah dan kata-kata semangat susulan kejadian kebakaran yang menimpa premis mereka baru-baru ini.

Kejadian kebakaran sememangnya satu musibah yang berat, lebih-lebih lagi apabila melibatkan tempat mencari rezeki dan operasi perniagaan.

Untuk makluman, punca sebenar kebakaran masih belum dikenal pasti dan kita sewajarnya tidak membuat sebarang andaian atau spekulasi mengenainya. Kita serahkan kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk menjalankan siasatan dan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung punca kejadian.

Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa atau mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.

Dalam kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, khususnya anggota BBP Semporna dan BBP Air Semporna, atas tindakan pantas serta kecekapan mereka mengawal dan memadamkan kebakaran.

Kecekapan anggota bomba berjaya memastikan kebakaran dapat dikawal dan tidak merebak dengan lebih pantas ke premis-premis lain yang berhampiran.

Syabas dan terima kasih kepada seluruh anggota bomba yang telah menjalankan amanah dengan penuh dedikasi.

Dalam pertemuan tadi, Mr. Peter turut memaklumkan bahawa buat sementara waktu, pihak Borneo Speedy dapat menumpang menggunakan ruang pejabat milik Encik Nordin Bisara, pemilik Anjung Samudera, bagi meneruskan urusan mereka.

Saya melihat perkara ini sebagai satu contoh yang sangat baik tentang semangat setiakawan dan sikap tolong-menolong sesama peniaga di Semporna.

Walaupun berbeza bangsa dan latar belakang, apabila berlaku musibah, kita tetap mampu berdiri bersama dan saling membantu. Inilah semangat yang perlu terus kita suburkan di Semporna. Berbeza bangsa, tetapi tetap bersatu sebagai satu komuniti.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Nordin Bisara atas keprihatinan dan kesediaan beliau membantu rakan sesama peniaga yang sedang melalui kesusahan.

Musibah boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Yang penting, ketika seseorang diuji, kita hadir untuk membantu, memberikan sokongan dan menguatkan semangat mereka untuk bangkit kembali.

Semoga segala urusan Mr Peter dan Warga kerja Borneo Speedy dipermudahkan, diberikan kekuatan untuk menghadapi dugaan ini dan dapat meneruskan perniagaan seperti sediakala.

Semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan kembali rezeki. 🤲





Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..Pagi ini saya hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Pu...
25/08/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Pagi ini saya hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Puan Rosminah binti Tampong yang telah kembali ke rahmatullah petang semalam.

Jenazah Allahyarhamah berada di Kampung Seraya dan disolatkan di Masjid Kampung Seraya, Semporna. Saya berkesempatan untuk bersama-sama ahli keluarga dan para jemaah menunaikan solat jenazah serta memberikan penghormatan terakhir buat Allahyarhamah.

Marilah kita bersama-sama menghadiahkan Al-Fatihah dan mendoakan semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarhamah, menerima segala amal kebajikannya, melapangkan dan menerangi kuburnya, mengangkat darjatnya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hambanya yang beriman dan beramal soleh.

Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarhamah. Semoga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan insan yang disayangi.

Al-Fatihah. 🤲🏻





Alhamdulillah, berkesempatan hadir bersama-sama masyarakat dalam Majlis Maulidur Rasul ﷺ di Masjid Inabah Kamal, Semporn...
24/08/2026

Alhamdulillah, berkesempatan hadir bersama-sama masyarakat dalam Majlis Maulidur Rasul ﷺ di Masjid Inabah Kamal, Semporna.

Lebih bermakna pada malam ini apabila saya turut diberi kesempatan untuk mengimamkan solat Isyak serta menyampaikan tazkirah kepada para jemaah.

Majlis yang dipenuhi dengan selawat, zikir dan penghayatan terhadap sirah serta perjuangan Rasulullah ﷺ ini menjadi ruang untuk kita bersama-sama menyuburkan rasa cinta kepada Baginda, di samping memperkukuhkan ukhuwah dan silaturahim sesama masyarakat.

Dalam tazkirah yang disampaikan, saya mengajak kita semua untuk terus menjadikan Rasulullah ﷺ sebagai contoh dan ikutan dalam akhlak, kepimpinan, kehidupan berkeluarga serta kehidupan bermasyarakat. Kecintaan kepada Baginda bukan sekadar melalui ucapan dan selawat, tetapi perlu diterjemahkan melalui amalan dan akhlak dalam kehidupan seharian.

Bagi saya, kesempatan untuk bersama-sama jemaah di masjid bukan sekadar satu tanggungjawab, tetapi juga satu amanah dan penghormatan yang amat saya hargai.

Terima kasih kepada pihak Masjid Inabah Kamal, para jemaah serta seluruh masyarakat yang telah bersama-sama menjayakan majlis yang penuh keberkatan ini.

Semoga segala selawat, zikir, ilmu dan doa yang dipanjatkan pada malam ini diterima oleh Allah SWT. Semoga kita semua terus berada dalam rahmat, keampunan dan keberkatan-Nya serta dikurniakan kecintaan yang sebenar kepada Rasulullah ﷺ.

Salam Maulidur Rasul ﷺ.
Allahumma solli ‘ala Sayyidina Muhammad ﷺ. 🤲🏻





SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang y...
24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan.”

اللهم صل وسلم على سيدنا محمد

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi medan untuk kita memperkukuhkan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, serta mencontohi akhlak, kepimpinan dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M

YB Tuan Haji Jamil bin Datuk Haji Hamzah
ADUN N.66 Bugaya





14/08/2026

Alhamdulillah, pada hari ini, YB Hj Jamil bin Hj Hamzah berkesempatan menyampaikan Khutbah Jumaat di Masjid Inabah Kamal.

Khutbah pada hari ini mengangkat tema yang amat dekat dengan hati setiap Muslim, iaitu Sirah Rasulullah SAW menelusuri perjalanan hidup, perjuangan, akhlak dan keteladanan Baginda SAW dalam menyampaikan risalah Islam.

Sirah Rasulullah SAW bukan sekadar sejarah untuk dikenang, tetapi merupakan pedoman untuk kita hayati dan terapkan dalam kehidupan. Daripada kesabaran Baginda menghadapi ujian, kasih sayang terhadap umat, keadilan dalam bermasyarakat, sehinggalah keteguhan Baginda mempertahankan kebenaran.

Semoga khutbah yang disampaikan menjadi peringatan dan pengajaran buat kita semua agar semakin mengenali, mencintai serta meneladani Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.

اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين.

Address

Kota Kinabalu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jamil Bin Hamzah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Jamil Bin Hamzah:

Shortcuts

Share