HSG Kota Kinabalu

HSG Kota Kinabalu Welcome to HSG Kota Kinabalu Church! We are a community passionate about serving God and others. We look forward to worshipping with you!

Join us for Prayer & Worship every Friday at 8:00 PM and our Sunday Celebration at 10:00 AM. We are a community of believers in Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, passionate about serving God and serving others. Our mission is to spread the love of Jesus Christ and make a positive impact in our city and beyond. Join us as we grow in faith, worship together, and build meaningful relationships in Chris

t. Service Times:

Prayer & Worship Night: Every Friday, 8:00 PM
Sunday Celebration Service: Every Sunday, 10:00 AM

Whether you're exploring faith, new to the area, or looking for a church family, you are warmly welcome.

10 Ogos 2026Nehemia Bab 10Tanggungjawab secara terperinci untuk menjaga rumah Tuhan diletakkan ke atas umat-Nya. Pengend...
10/08/2026

10 Ogos 2026

Nehemia Bab 10

Tanggungjawab secara terperinci untuk menjaga rumah Tuhan diletakkan ke atas umat-Nya. Pengendalian kerja-kerja di dalam bait suci telah disenaraikan dengan jelas. Bukan sesuatu yang dilak*kan sambil lewa, mengikut ses**a hati, atau sekadar buat apabila ada masa terluang. Mengasihi rumah Tuhan adalah satu gaya hidup. Gaya hidup yang lahir daripada amalan dan disiplin yang tetap.

Paulus menggambarkan peperangan dalaman yang berlaku dalam sifat dosa kita. “21 Demikianlah aku dapati hukum ini: jika aku menghendaki berbuat apa yang baik, yang jahat itu ada padaku. 22 Sebab di dalam batinku aku s**a akan hukum Allah, 23 tetapi di dalam anggota-anggota tubuhku aku melihat hukum lain yang berjuang melawan hukum akal budiku dan membuat aku menjadi tawanan hukum dosa yang ada di dalam anggota-anggota tubuhku.” (Roma 7:21-23)

Janganlah kita menipu diri sendiri atau memandang rendah sifat dosa ini. Ini menjelaskan mengapa Tuhan menetapkan hukum, peraturan, dan ketertiban. Apabila sesuatu perkara dibiarkan tanpa panduan yang jelas, ia berkemungkinan besar akan terdedah kepada pengabaian, salah guna, atau salah laku; seperti yang berlaku dalam kes penjagaan bait suci di Yerusalem.

Malangnya, perkara yang sama juga berlaku kepada umat Kristian berkaitan dengan tanggungjawab mereka terhadap gereja-Nya. Yesus memberikan arahan supaya di dalam kita memuridkan, kita haruslah mengajar “mereka melak*kan segala sesuatu yang telah Kuperintahkan kepadamu.” (Matius 28:20a)

Arahan dan perintah firman Allah adalah benar, murni, adil, setia, kekal selamanya, dan banyak lagi (Mazmur 119). Kita bersyukur atas kasih karunia-Nya yang memampukan kita melak*kan lebih lagi, lebih mengambil berat, dan mencapai lebih banyak keberhasilan. Jauh melampaui keupayaan diri kita yang fana.

Sekali lagi, perbaharuilah ikrar komitmen anda kepada rumah Tuhan dengan ikrar ini: “Kami tidak akan membiarkan rumah Allah kami” (Nehemia 10:39).

05 Ogos 2026Terdapat garis panduan yang jelas mengenai percintaan dan perkahwinan. Paulus memberikan arahan secara langs...
05/08/2026

05 Ogos 2026

Terdapat garis panduan yang jelas mengenai percintaan dan perkahwinan. Paulus memberikan arahan secara langsung supaya seseorang umat yang beriman tidak dipasangkan dengan orang yang tidak beriman.

2 Korintus 6:14-16
14Janganlah kamu merupakan pasangan yang tidak seimbang dengan orang-orang yang tak percaya. Sebab persamaan apakah terdapat antara kebenaran dan kedurhakaan? Atau bagaimanakah terang dapat bersatu dengan gelap? 15Persamaan apakah yang terdapat antara Kristus dan Belial? Apakah bagian bersama orang-orang percaya dengan orang-orang tak percaya? 16Apakah hubungan bait Allah dengan berhala? Karena kita adalah bait dari Allah yang hidup menurut firman Allah ini: ”Aku akan diam bersama-sama dengan mereka dan hidup di tengah-tengah mereka, dan Aku akan menjadi Allah mereka, dan mereka akan menjadi umat-Ku.”

'K*k' (yoke) adalah sebuah rangka atau batang kayu yang mempunyai gelung pada kedua-dua hujungnya, dipakaikan pada leher dua ekor haiwan, yang mengikat dan memaksa mereka bersama untuk bergerak sebagai satu anggota. Ulangan 22:10 mengarahkan, “'Janganlah engkau membajak dengan lembu dan keledai bersama-sama.” Hukum melarang memasangkan dua haiwan yang berbeza sifatnya. Bayangkan memasangkan seekor kerbau dengan seekor keledai untuk membajak sawah. Ia adalah sesuatu yang kejam dan tidak munasabah untuk memasangkan dua haiwan yang tidak sehaluan sifatnya.Begitu juga, perkahwinan yang dipasangkan secara tidak seimbang adalah tidak menyenangkan, mengekang, dan membataskan. Apa-apa juga bentuk hubungan yang menghalang dan merintangi anda daripada mengikut Tuhan dalam segala hal adalah satu k*k. Hubungan rapat dan intim kita sepatutnya diutamakan bersama mereka yang mempunyai pegangan iman dan nilai yang sama.

1 Raja-raja 11:4
Sebab pada waktu Salomo sudah tua, isteri-isterinya itu mencondongkan hatinya kepada allah-allah lain, sehingga ia tidak dengan sepenuh hati berpaut kepada Tuhan, Allahnya, seperti Daud, ayahnya.

Adakah mana-mana hubungan anda merampas kebebasan anda untuk mengasihi dan mentaati Allah dengan segenap hati, fikiran, dan jiwa anda?

04 Ogos 2026Nehemia 10:30-32 (TB)P**a kami tidak akan memberi anak-anak perempuan kami kepada penduduk negeri, ataupun m...
04/08/2026

04 Ogos 2026

Nehemia 10:30-32 (TB)
P**a kami tidak akan memberi anak-anak perempuan kami kepada penduduk negeri, ataupun mengambil anak-anak perempuan mereka bagi anak-anak lelaki kami. Dan bilamana penduduk negeri membawa barang-barang dan berbagai-bagai gandum untuk dijual pada hari Sabat, kami tidak akan membelinya dari mereka pada hari Sabat atau pada hari yang kudus. Dan kami akan membiarkan begitu saja hasil tanah pada tahun yang ketujuh dan tidak akan menagih sesuatu hutang. P**a kami mewajibkan diri untuk memberi tiap tahun sepertiga syikal untuk ibadah di rumah Allah kami,

Allah memanggil untuk satu penetapan semula dalam tiga bidang urusan negara dan peribadi mereka: Perkahwinan & Keluarga; Hari Sabat & Perusahaan; serta Rumah Allah. Tiga bidang ini mengajar kita tentang keutamaan dan nilai.Keutamaan ialah meletakkan perkara pertama di tempat yang pertama. Kita harus mengutamakan Allah terlebih dahulu. “Jangan ada padamu tuhan lain di hadapan-Ku” (Keluaran 20:3). Dia ialah Tuhan Allah. Allah ialah Allah. Dia harus menjadi keutamaan yang pertama, bukan yang kedua, dan semestinya bukan yang ketiga.

Nilai ialah sesuatu atau seseorang yang berharga, bernilai, dan penting. “Ya Tuhan dan Allah kami, Engkau layak menerima puji-pujian dan hormat dan kuasa; sebab Engkau telah menciptakan segala sesuatu; dan oleh karena kehendak-Mu semuanya itu ada dan diciptakan.” (Wahyu 4:11)

Allah adalah layak. Semua tentang Allah adalah mulia dan sempurna. Inilah sebabnya anda harus mengutamakan Allah dan menghargai apa yang dihargai-Nya. Perkara-perkara tersebut sangat baik untuk anda, serta membantu menyuburkan hubungan anda dengan Allah dan dengan sesama manusia.

03 Ogos 2026Nehemia 10:29 (TB)"menggabungkan diri dengan saudara-saudara mereka, yakni pemuka-pemuka mereka itu. Mereka ...
03/08/2026

03 Ogos 2026

Nehemia 10:29 (TB)
"menggabungkan diri dengan saudara-saudara mereka, yakni pemuka-pemuka mereka itu. Mereka bersumpah kutuk untuk hidup menurut hukum Allah yang diberikan dengan perantaraan Musa, hamba Allah itu, dan untuk tetap mengikuti dan melak*kan segala perintah Tuhan, yakni Tuhan kami, serta segala peraturan dan ketetapan-Nya."

Perubahan besar berlaku apabila wujudnya tekad untuk berubah. Umat itu tidak sekadar bercakap kosong. Mereka tidak sekadar meluahkan emosi penyesalan yang mendalam. Mereka membuat sumpah bertulis untuk berubah, malah merangkumi kutukan ke atas diri mereka sendiri jika gagal berbuat demikian. Mereka tidak berlembut dengan diri sendiri, sebaliknya teguh dalam tekad mereka.

Adakah ini hanya sekadar legalisme Perjanjian Lama yang dramatik? Atau satu prinsip yang tidak ditelan zaman? Roma 8:13 memberi amaran kepada kita bahawa, “jika kamu hidup menurut daging, kamu akan mati; tetapi jika oleh Roh kamu mematikan perbuatan-perbuatan tubuhmu, kamu akan hidup.”

“Versi Amplified menjelaskannya dengan lebih lanjut: “kerana jika kamu hidup mengikut [dorongan] tabiat dosa, kamu akan mati. Tetapi jika [kamu hidup] oleh [kuasa] Roh [Kudus], kamu secara lazimnya mematikan perbuatan-perbuatan tubuh yang berdosa, kamu akan [benar-benar] hidup selama-lamanya.”

Salibkan kebiasaan dosa anda di atas kayu salib, maka perubahan menjadi seperti Kristus akan berlaku. Ini adalah prinsip pemuridan yang tidak ditelan zaman.

Changed by His presence🙌🏻 United by His love❤️"How good and pleasant it is when God's people live together in unity!" - ...
02/08/2026

Changed by His presence🙌🏻 United by His love❤️
"How good and pleasant it is when God's people live together in unity!" - Psalm 133:1

02 Ogos 2026Nehemia 9:38 (TB)"Berdasarkan semuanya ini kami mengikat perjanjian yang teguh yang kami catat dengan dibubu...
02/08/2026

02 Ogos 2026

Nehemia 9:38 (TB)
"Berdasarkan semuanya ini kami mengikat perjanjian yang teguh yang kami catat dengan dibubuhi meterai para pemimpin kami, orang-orang Lewi kami dan para imam kami."

Setelah disedarkan oleh Firman Allah tentang dosa-dosa besar mereka, mereka bertaubat bukan sahaja dengan pengakuan, tetapi dengan satu perjanjian bertulis. Nehemia 10:1-27 mengandungi nama-nama mereka yang menandatangani dan memeterai perjanjian untuk taat kepada Allah. Seluruh umat turut menyertai pemimpin-pemimpin mereka (Nehemia 10:28-39).

Firman Allah itu memberi kesedaran. “Sebab firman Allah hidup dan berkuasa dan lebih tajam daripada pedang bermata dua mana pun; ia menusuk hingga memisahkan jiwa dan roh, sendi-sendi dan sumsum, serta sanggup menilai fikiran dan niat hati.” (Ibrani 4:12)

Kesedaran timbul daripada pendengaran akan Firman Allah (Roma 10:17). Sebab penyesalan yang mendalam terhadap Allah menghasilkan pertobatan yang membawa keselamatan (2 Korintus 7:10). Oleh itu, beritakanlah dan ajarlah Firman Allah. Firman Allah adalah pedang yang berkuasa.

Kongsikan Firman Allah dengan berani kepada keluarga, rakan-rakan, dan rakan sekerja anda. Jangan sembunyikan iman anda dalam Kristus. Kita semua pernah terluka. Hanya Injil Kristus yang dapat menyembuhkan jiwa yang terluka. Lemparlah sebutir batu dan dengan mudah ia terkena orang yang sedang terluka jiwanya. Isytiharkan dan perjelaskan Firman Allah dengan penuh kasih.

📣 BENGKEL AI: MEMPERKASA KOMUNITIMahu belajar menggunakan AI untuk kerja, pembelajaran, perniagaan dan urusan harian?Ser...
28/07/2026

📣 BENGKEL AI: MEMPERKASA KOMUNITI

Mahu belajar menggunakan AI untuk kerja, pembelajaran, perniagaan dan urusan harian?

Sertai bengkel praktikal ini:

📅 8 Ogos 2026
⏰ 9.00 pagi – 4.00 petang
📍 Herald Hall, 1st Floor, HSGKK
📌 KodLokasi: SBPG.408.172X

Yuran Penyertaan:
* Umum — RM50
* Belia/Pelajar/Warga Emas — RM35
* Penaja Bengkel + Taja 1 Pelajar — RM150

Hasil sumbangan yuran akan disalurkan kepada Tabung Pembangunan dan Kebajikan Gereja.

🔗 Daftar di sini:
https://shorturl.at/7MSUZ

📱 Pertanyaan WhatsApp:
010-9306843
019-8366081

Tempat adalah terhad. Daftar sekarang dan kongsikan kepada keluarga serta rakan-rakan.

03/01/2026

Address

Lot Dewan No. 1, 1st Floor Church, Kampung Terawi Penampang, Jalan Putatan Penampang
Kota Kinabalu
89507

Opening Hours

Friday 07:30 - 09:30
Sunday 09:30 - 12:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HSG Kota Kinabalu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to HSG Kota Kinabalu:

Shortcuts

Share