27/01/2016
[RISALAH DAKWAH]
10 NASIHAT BUAT PEMUDA UMMAH
1- HINDARI MAKSIAT SERTA-MERTA: Perbuatan maksiat adalah satu perkara yang boleh menghancurkan generasi pemuda dan masyarakat Islam yang lain dan ia adalah satu fenomena bahaya yang meresap secara mendadak sekiranya dibiarkan. Benarlah kata para ulama`: โSesuatu Kejahatan atau Fitnah Lebih Cepat Tersebar Ibarat Rumput Kering Yang Terbakar". Apabila dibiarkan membengkak dalam diri, sehinggalah hilang sifat keizzahan dan kesan-kesan positif, apabila mendengar nasihat maka tidak memberi kesan, apabila dibacakan atau diberi peringatan tentang kebaikan maka tidak ada sebarang rasa keinsafan, bahkan apabila dibacakan Al-Quran tidak ada rasa khusyuโ dan tunduk kepada Allah SWT. Sabda Rasullullah SAW: โsesungguhnya orang mukmin apabila melakukan dosa maka ada satu titik hitam di dalam hatinya, apabila ia bertaubat dan memohon keampunan Allah SWT titik itu menghilang, apabila dia berterusan melakukan dosa maka semakin bertambahlah titik hitam itu sehingga diselaputi hatinya". Allah SWT telah berfirman: โBahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran dan dosa dengan sebab perbuatan kufur yang mereka kerjakan". Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah SAW: Apa yang ditegah daripada kamu, maka jauhilah ia, dan apa yang diperintahkan kamu dengannya, maka lakukanlah dengan segala kemampuanmu, sesungguhnya orang-orang sebelum kamu dibinasakan kerana banyak pertanyaan mereka dan mengingkari Rasul-rasul mereka".
2- FAHAMI DAN KENALILAH ISLAM: Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: โPada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan telah Aku sempurnakan nikmat Ku ke atas kamu dan telah Aku redha bagi kamu Islam sebagai agama". Pemuda perlu menggunakan sumber Al quran dan Hadith serta perjalanan hidup Baginda Nabi Muhammad SAW untuk mengenali seterusnya memahami Islam. Selain itu, perjalanan kehidupan para sahabat juga kerana mereka adalah generasi yang dipuji oleh Allah SWT di dalam al Quran.
3- BERILTIZAMLAH DENGAN MASJID: Di antara peranan masjid ialah memelihara individu dan masyarakat muslim dari terjebak dalam perkara yang tidak baik. Di antara ciri-ciri orang yang memakmurkan masjid mereka adalah kalangan orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, mengerjakan solat, mengeluarkan zakat, dan tidak takut melainkan ketakutan itu hanya kepada Allah. Beriltizam dengan masjid akan menjadikan diri seorang pemuda sentiasa mengerjakan solat dalam keadaan berjamaah. Nabi SAW bersabda: โSolat berjamaah lebih baik berbanding solat bersendirian". Selain itu, beriltizam dengan masjid, akan mendidik jiwa para pemuda untuk sentiasa beriltizam dengan majlis ilmu yang terdapat padanya. Nabi SAW bersabda: โBarang siapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah permudahkannya jalan ke syurga". Kesemua perkara ini merupakan kaedah yang sangat berkesan bagi mendidik dan membina serta mencetak seorang pemuda dan pemudi muslim untuk turun berhadapan dengan kebejatan yang berlaku dalam masyarakat.
4- JADILAH PEMUDA YANG UNGGUL: Diyakini, kebanyakan para pemuda lalai dalam aspek menuntut ilmu. Hakikatnya, kemajuan dan kemunduran sesebuah negara, adalah bergantung sejauh mana kesungguhan para pemudanya menekankan aspek menuntut ilmu. Sepatutnya dalam kesibukan para pemuda yang beritizam dengan masjid, solat dalam keadaan yang penuh kekhusyukan, rajin membaca al Quran dan berzikir, maka menjadi satu keutamaan juga bagi para pemuda untuk menyibukkan diri dengan menuntut ilmu khususnya bagi memahami hakikat Islam itu. Firman Allah SWT: โ Dan tidaklah orang-orang yang beriman semuanya keluar berperang, oleh itu hendaklah sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak diantara mereka, supaya mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut dalam agama dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka, mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga dari melakukan larangan Allah". (At-Taubah: 122).
5- HUBUNGKAN KASIH SAYANG: Hakikat membuktikan apabila pemuda berada dalam krisis perpecahan dari satu juzuk yang besar kepada yang kecil. Allah SWT sangat memuliakan mereka yang sentiasa menghubungkan kasih sayang antara mereka. Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW telah bersabda: โSesungguhnya Allah SWT telah menciptakan makhluk sehinggalah apabila mereka kekosongan, dikurniakan hubungan kasih sayang, Abu Hurairah berkata: Inilah tempat orang yang berlindung dari kesunyian? Sabda Rasulullah SAW: โBenar, adakah kamu redha bahawa punca hubungan itu adalah kamu dan renggang itu adalah kamu juga? Abu Hurairah berkata: โYa. Sabda Rasulullah: โMaka inilah bagi kamu, kemudian Rasulullah SAW membaca firman Allah dalam Surah Muhammad: 22-24.
6- PILIHLAH SAHABAT: Akhlak seseorang pemuda itu kadang-kadang ia bergantung kepada siapa yang menjadi sahabatn dikalangannya. Ini disebabkan seorang sahabat yang baik dia sentiasa kepada kebaikan dan sentiasa membantu apa jua perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada kita. Rasulullah SAW telah menjelaskan dalam hadith yang diriwayatkan oleh Tirmidzhi dan Abu Daud dan Ahmad, dari Abu Hurairah r.a sabda Rasulullah SAW: Seseorang itu adalah bergantung agama dan pegangan sahabatnya, maka hendaklah dikalangan kamu melihat siapa yang dijadikan sahabat. Diriwayatkan oleh Ahmad dari Ibnu Umar r.a, sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa yang menghendaki anugerah syurga maka hendaklah dia berjamaah.
7- SISTEMATIKKAN WAKTU: Allah SWT mengurniakan waktu yang sangat mencukupi bagi seorang pemuda untuk melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab dengan syarat masa tersebut mestilah disusun dengan baik mengikut keutamaan dan prioriti. Waktu-waktu yang tertentu seperti waktu solat dan waktu ke masjid, waktu pembacaan dan belajar, waktu dalam bermasyarakat hendaklah disusun supaya ianya dapat dilaksanakan secara keseluruhan tanpa ada pengecualian. Seorang pemuda yang bertanggungjawab dia akan memahami bahawa tugas dan tanggungjawabnya lebih banyak berbanding dengan waktu yang ada. Firman Allah SWT: Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami ( yang menjadikan mereka bergembira dan beroleh keredhaan), dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. ( Al-angkabut: 69).
8- KENALI REALITI KAMU: Seorang pemuda yang berjaya ialah apabila dia mengenali realiti masyarakat Islam ditempatnya secara menyeluruh termasuklah mengerahui akan keadaan serta keperluan semasa negara yang didiaminya. Seseorang pemuda tidak akan mampu untuk melakukan perubahan jika dia tidak menjiwai apakah keperluan serta perubahan yang perlu dilakukan terhadap masyarakat Islam. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menyatukan dan mengikat umat Islam secara keseluruhan di semenanjung tanah arab dalam keadaan mengambil kira suasana tanah arab pada ketika itu yang dikelilingi oleh tamadun Rom dan Parsi serta masyarakat arab secara keseluruhannya yang masih tebal dengan fahaman jahiliyah mereka. Justeru, dalam menghadapi suasana pada hari ini, pemuda ummah mestilah sentiasa mengikuti perkembangan dunia semasa sama ada berkait dengan politik, ekonomi dan kemasyarakatan. Adalah menjadi satu keutamaan juga kepada para pemuda untuk membudayakan perbincangan dan bertukar-tukar pandangan tentang isu-isu semasa yang melanda bagi memastikan para pemuda sentiasa hidup dalam suasan realiti yang sebenar.
9- JADILAH OLAHRAGAWAN: Keistimewaan pemuda ialah mempunyai kekuatan fizikal dan jasad serta kesihatan yang baik. Fizikal yang baik sangat diperlukan oleh masyarakat sebagaimana keperluan mempunyai akal yang sihat. Bahkan dalam aspek berjihad, ia tidak akan menjadi kenyataan melainkan dengan fizikal yang kuat. Ini telah dijelaskan oleh Allah SWT di dalam surah At-Taubah, tuntutan supaya umat Islam bersiap siaga dalam segenap aspek sama ada kekuatan fizikal, persenjataan, dan strategi bagi menghadapi musuh-musuh Allah SWT. Hendaklah seseorang pemuda memilih jenis aktiviti yang bermanfaat untuk dirinya.dan masyarakat seperti berenang, memanah dan berkuda. Justeru, seorang pemuda perlulah menghadkan budaya s**a membaca tentang berita s**an tanpa mereka sendiri turun ke lapangan untuk bers**an. Pemuda hari ini lebih s**a melakukan aktiviti yang tidak berfaedah lantas ia memberi mudharat kepada diri mereka. S**a untuk diingatkan, s**an ini merupakan wasilah dan bukanlah ia menjadi matlamat keutamaan dalam diri pemuda, oleh itu tidaklah memerlukan peruntukan masa yang terlalu lama kerana kadang-kadang dalam diri seorang pemuda ini terlalu banyak perkara yang perlu diutamakan lagi.
10- SERU ORANG DISEKELILINGMU: Apabila seseorang itu telah menikmati kemanisan dalam agama serta ibadahnya, maka janganlah dirinya menjadi lupa terhadap orang disekelilinya yang masih jauh dengan agama dan masih jauh dengan al Quran. Serulah sahabat-sahabat kamu yang berada di sekolah, universiti, rumah, di jalanan, media sosial dan sebagainya ke arah perkara yang baik, kerana ini merupakan hak dalam persaudaraan, persahabatan dan Islam. Seseorang yang mampu membawa saudaranya ke arah kebaikan sehingga dia beramal maka akan mendapat pahala dan ganjaran sebagaimana orang yang melakukan amalan tersebut. Rasulullah SAW bersabda: Orang yang menunjuki ke arah suatu perkara kebaikan adalah seperti orang yang melakukannya. Firman Allah SWT: โDan siapakah yang lebih perkataannya dari orang yang menyeru kepada Allah SWT dan beramal soleh, maka telah berkata sesungguhnya aku dikalangan orang-orang yang menyerah diri".
Disediakan Oleh:
LAJNAH DAKWAH DAN PERPADUAN NASIONAL,
DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN 2015-2017