Rumah Ngaji Selangor

Rumah Ngaji Selangor Sebagai platform menyampaikan ilmu-ilmu berguna kepada masyarakat mengenai Alquran serta penyerapan kalimah Asmaul husna dalam kehidupan seharian.

NAK BERUBAH tapi tak tahu nak mula dari mana? Mulakan dulu dengan Belajar KENAL ALLAH & RASUL melalui cabang ilmu Tauhid...
21/10/2024

NAK BERUBAH tapi tak tahu nak mula dari mana? Mulakan dulu dengan Belajar KENAL ALLAH & RASUL melalui cabang ilmu Tauhid. Kemudian kemaskan ilmu Fardhu Ain (ilmu wajib) yang lain.

Kenapa ditekan-tekan sangat mengaji FARDHU 'AIN ni? APA yang Penting sangat ILMU FARDHU 'AIN ni?

Jawapannya :
Belum tentu seseorang itu BERIMAN walaupun ISLAM. Tapi, sudah tentu Islam orang yang Beriman.

ISLAM itu zahirnya, IMAN itu batinnya. Jangan kita cuma jadi Islam turun temurun. Yang cuma zahirnya buat taat, tapi buat taat dalam keadaan :

▶️ Tak kenal TUHAN yang diibadahkan (nak kenal Tuhan perlu kepada - ilmu TAUHID dengan Manhaj Akidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah)

▶️ Tak tahu Syarat, Sah, Batalnya sesuatu ibadah (nak buat ibadat perlu kepada - ilmu FEKAH)

▶️ Tak tahu Apa perkara yang Membatalkan PAHALA IBADAH (nak memelihara Diri, Tauhid dan Hati daripada maksiat batin perlu kepada - ilmu TASAWWUF)

Tak ada 3 perkara ini, lebih-lebih lagi yang no.1, maka tiadalah AGAMA pada seseorang itu. Ibadat yg dilakukan hanyalah ikut-ikutan (adat) & tidak mendapat sebarang pahala (Wal iyyadzubillah, sedihnya rasa kan).

Ayuh Muslimat, Jemput Hadir ke MUSLIMAH BANDAR BARU BANGI BERSELAWAT 🌹 - Penghayatan Tauhid dan Tasawuf dalam Kehidupan pada :

Tarikh : 10 November 2024 (Ahad)
Masa : 9.00 - 1.00tghr
Lokasi : Dewan Imam As Syafie, Surau Al Uum, Bandar Baru Bangi (Link Location akan diberikan).

Yuran : Rm30 (Sarapan Pagi, Woven Bag & Doorgift Disediakan).

*TEMPAT TERHAD, DAFTAR SEGERA ❣️*

Pendaftaran Hubungi : Ukhti Nadiah https://www.wasap.my/60173348896/MBBBB

Setiap Hari Ustazah terima banyak Luahan, Mohon Pandangan Masalah dan Pelbagai keadaan Muslimat yang Luka Hatinya, Sakit...
17/01/2024

Setiap Hari Ustazah terima banyak Luahan, Mohon Pandangan Masalah dan Pelbagai keadaan Muslimat yang Luka Hatinya, Sakit Emosinya, Lemah Jiwanya yang Penat dan Keliru dengan Kehidupan.

Apatah lagi yang Baru nak Mula BERHIJRAH menjadi Lebih Baik.. Maka masih belum terlambat, moga 2024 memberikan Semangat yang Baru untuk semua Muslimat.

Bidadari yang dikasihi, Ustazah tak mampu maka Ustazah Aturkan Majlis Besar begini, Datangkan Para Asatizah dan Pakar kepada Kalian. REBUTLAH PELUANG kerana mungkin ini yang Pertama atau yang Terakhir, moga Allah Redho Usaha yang Sedikit ini.

Adakah kalian antara yang Mengalami Ciri² dibawah :
✅ Hati Resah Gelisah Tak tahu penyebabnya?
✅ Mudah Stress dan Asyik Marah-marah ?
✅ Badan mudah Rasa Lemah Sakit-sakit ?
✅ Jantung Laju, mudah berdebar dan menggigil.
✅ Sering rendah diri hingga menyendiri kemurungan.
✅ Apa yang di usahakan serba tak menjadi ?
✅ Ingin Tenang-tenang sahaja, Damai menguruskan Ujian dan kehidupan.
✅ Mencari Semangat Baru & Ingin Duduk dengan Circle Sahabat Positif yang selalu Ingatkan diri kepada Allah.
✅ Mencari-cari Allah untuk Meraih Cinta Allah, Cinta Rasul, Cinta Agama dan Cinta Akhirat (Cinta Hakiki).

Tidak lah ALLAH Ciptakan Sesuatu Peristiwa Dalam hidup kita itu Sia-sia. Saat diturunkan Ujian, sudah Allah Titipkan Jalan Keluar dan Beribu Hikmah.

Namun Bila Mata Hati Tidak dapat Menembusi Jawapan disebalik Ujian itu Maka Kita Mula Mencari dan Mengharap pada Manusia (Makhluk) hingga kecewa..

SAMPAI BILA ?..

Sungguh Allah tidak pernah menzalimi, namun kita yang lemah seringkali bersangka buruk pada-Nya. Masih lagi ingkar tidak mahu Dekat dan Mengenal-Nya. Kembalilah dengan Istighfar padaNya ya Ghofur dan Duduklah di Majlis Ilmu untuk dapatkan Hatimu yang Baru.

Jemput Hadir Sahabat Bidadari Para Muslimat. Kuatkan Azam dan Semangat Baru di Program Bersama Quran dan Sunnah.

======================
*BIDADARI BERSELAWAT - "YA ALLAH, AKU INGIN SEMBUH (SIRI MEMPERKASAKAN JIWA DAN EMOSI WANITA BERSAMA AL-QURAN & AS-SUNNAH"*
======================

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang serta Rasa Syukur dan Damai di Hati, dibawakan Istimewa Program Khas dan Eksklusif buat Para Wanita dalam mendepani segala Cabaran Iman, Jiwa dan Emosi di Akhir Zaman ini iaitu *Bidadari Berselawat " Ya Allah, Aku Ingin Sembuh" - Siri Memperkasakan Jiwa dan Emosi Wanita bersama Al-Quran & As-Sunnah* pada:

*🗓️12 FEBRUARI 2024 (ISNIN - CUTI UMUM)*
*⏰ 9.00 PAGI - 5.00 PETANG*
*🕌 DEWAN OCIDIUM, KOTA KEMUNING, SHAH ALAM, SELANGOR.*
WAZE : Ocidium Hall Shah Alam

*Mari Bersama Barisan Para Asatizah dan Ilmuan dengan Kepakaran yang dikurniakan Allah beserta Kumpulan Qasidah Hadroh Al Barokah.*

------------------------------

🔖 *YURAN*:
RM50/pax (Yang Terawal Mendaftar)
Harga Asal Rm99/pax.

🔖 *Link Pendaftaran Klink : https://forms.gle/e1agDvFAzba1f8ew8

🔖 *Pertanyaan & Daftar Berkumpulan :
Ukhti Nadiah
https://wasap.my/60173348896/BidadariBerselawat

Moga dipermudahkan semua sahabat Bidadari berkumpul di Majlis ilmu taman syurga 🤲🏻♥️📚.

“Merangkak la kau di Padang Masyar nak cari aku untuk mintak maaf !!”Selalu sangat kita dengar macam ni..lagi-lagi bila ...
29/12/2022

“Merangkak la kau di Padang Masyar nak cari aku untuk mintak maaf !!”

Selalu sangat kita dengar macam ni..lagi-lagi bila dilafazkan akibat terlalu marahkan seseorang. Usah bangga melafazkan begitu sebab kita pun Belum tentu dijamin selamat di Padang Masyar..

Kita sendiri belum tentu dapat tahan dengan Huru Hara Masyar, lama menunggu penghisaban di atas segala amalan dan perbuatan yang kita lakukan di dunia 😥.

Dalam urusan dunia kita, Selesaikan lah urusn kita dengan sesiapapun saat di dunia ni lagi sebelum meninggalkan dunia agar tidak menyusahkan kita di hari akhirat kelak.

Rasulullah Sollallahu 'alaihi wassalam bersabda :

مَنْ كَانَتْ عِنْدَهُ مَظْلَمَةٌ مِنْ أَخِيهِ مِنْ عِرْضِهِ أَوْ مَالِهِ فَلْيَتَحَلَّلْهُ الْيَوْمَ قَبْلَ أَنْ يُؤْخَذَ حِينَ لَا يَكُونُ دِينَارٌ وَلَا دِرْهَمٌ ، وَإِنْ كَانَ لَهُ عَمَلٌ صَالِحٌ أُخِذَ مِنْهُ بِقَدْرِ مَظْلَمَتِهِ ، وَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُ أُخِذَ مِنْ سَيِّئَاتِ صَاحِبِهِ فَجُعِلَتْ عَلَيْهِ

"Barangsiapa pernah melakukan kesalahan terhadap saudaranya, sama ada yang berkait dengan kehormatannya atau hartanya, hendaklah dia segera meminta dihalalkan kepadanya hari ini sebelum datang suatu hari yang sudah tidak ada lagi dinar dan dirham. Ketika itu, jika dia memiliki amalan soleh, amalan solehnya diambil darinya dan diserahkan kepada saudaranya sesuai dengan kadar pelanggaran yang pernah diperbuatnya. Namun, jika dia tidak memiliki amal-amal kebaikan, kesalahan-kesalahan saudaranya itu diambil, lalu dipikulkan kepadanya"

(HR al-Bukhari, at-Tirmizi, Ahmad dan al-Baihaqi)

Walau perit dan bukan mudah, Maafkanlah dan Berlapang dada lah dengan sesiapa saja yg pernah menyakiti kita , Serulah Nama-Nya Al ‘Affuw Al Ghaffar. Mari Mulakan Tahun 2023 dengan dapatkan Hati dan Aura yang baru di Majlis Ilmu 🤲🏻❤️, Jemput Hadir bagi yang berdekatan.


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,   PENAJAAN MAKANAN bagi Majlis Konvokesyen Khatam Taddabur My  Time Pada 8 Oktober ...
22/09/2022

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

PENAJAAN MAKANAN bagi Majlis Konvokesyen Khatam Taddabur My Time Pada 8 Oktober 2022

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dengan kerjasama TV Al Hijrah akan menganjurkan julung kalinya Majlis Konvokesyen Khatam Taddabur My Time.

*Berikut adalah maklumat program:*
*Nama Program : Majlis Konvokesyen Khatam Taddabur My Time*
*Tarikh : 8 Oktober 2022, Sabtu*
*Masa : 11.30 pagi – 1.00 tengahari*
*Tempat : Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya*
*Anggaran peserta : 5000 orang*

My merupakan program berinteraksi dengan al-Quran melalui tadabbur 114 surah /604 halaman yang bersiaran di TV AlHijrah pada pukul 12 hingga 1 tengah hari setiap hari bermula 8 Jun 2020 hingga 7 Oktober 2022.

Orang ramai juga boleh mengikuti secara atas talian di platform Facebook My dan YouTube My . Sehingga kini, lebih 15 juta penonton dari Malaysia, Brunei, Singapura, Indonesia dan Selatan Thailand mengikuti My di TV AlHijrah dan media sosial.

Program anjuran bersama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan TV AlHijrah ini mengajak orang ramai berinteraksi dengan al-Quran menerusi baca, faham dan amal. Ini adalah selari dengan misi WUIF, “MengQurankan bangsa mengikhlaskan ummah” menuju 1500H.

My bertujuan menggalakkan umat Islam bukan sahaja khatam al-Quran, bahkan khatam tadabbur dan tazakkur al-Quran. Program satu jam bersama al-Quran setiap hari amat penting dalam memupuk kerangka fikir dan peradaban umat berlandaskan al-Quran dan Hadis.

Sehubungan itu, pihak kami dengan rendah hati ingin memohon sokongan dan jasa baik pihak Tuan/Puan untuk turut bersama-sama kami dalam menjayakan program ini dengan menaja makan tengahari dalam bentuk pek makanan untuk tetamu yang hadir.

yang diperlukan adalah sebanyak 200PEK Makanan (Nasi, Lauk, Air minuman & Buah-buahan) pada 8 Oktober 2022.

Sebagai tanda penghargaan di atas tajaan yang diberikan, kami akan interbiu dengan wakil syarikat dan memuatkan perkara tersebut di Facebook World Quranhour di bawah Yayasan Warisan Ummah Ikhlas.

Semoga dengan sokongan dan penajaan daripada pihak Tuan menjadi inspirasi dalam usaha “MengQurankan Bangsa Mengikhlaskan Ummah”.

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, pihak Tuan boleh berhubung terus dengan Rozalina bt Mohamed (013-3946471) atau Puan Marawaty (019-3556230) atau email ke [email protected] atau [email protected]

Sekian, Terima Kasih.
Marawaty bt Abdul Haris
Sekretatriat MKKTMQT

AZAM SEBELUM TIDUR , NIAT NAK BANGUN PUKUL 4.00 PAGIKita di Padang Mahsyar nanti kita akan menyesal,"Kenapa aku tak bera...
20/09/2022

AZAM SEBELUM TIDUR , NIAT NAK BANGUN PUKUL 4.00 PAGI

Kita di Padang Mahsyar nanti kita akan menyesal,
"Kenapa aku tak beramal banyak?"

Kita kena berlumba-lumba, kita kena buat dulu (beramal). Kita berasa cemburu orang beramal.

Saya pesan pada Tuan-Puan, kalau boleh malam-malam bangun. Pukul 4.00 pagi, bangun.

Sembahyang (sunat):

1. Solat sunat Wuduk - 2 rakaat

2. Solat sunat Taubat - 2 rakaat

3. Solat sunat Tahajud - 12 rakaat (2 rakaat, 1 salam) jika mampu.

4. Solat sunat Hajat - 2 rakaat

5. Solat sunat Witir - 3 rakaat

Dalam solat sunat Hajat, minta satu saja:
"Ya Allah Makbulkan permintaan aku yang aku minta pada bila-bila masa, ke arah kebaikan."

Selesai witir 3 , Semuanya 21 rakaat.

Kalau tak boleh (buat 21 rakaat).. buat satu rakaat je lah witir. Kalau tak boleh, tak payah.
Tidur je lah. 😁😅

FADHILAT (Apa Untungnya, Kelebihan)..?

1. "Diwaktu malam Tahajudlah, semoga Allah utuskan bagimu makam yang terpuji."

2. Nanti kubur kita terang-benderang seperti matahari baru terbit. Dalam kegelapan kubur, siapa nak teman kita? Amalan kita. Amalan kena sentiasa tambah. Tambah, Tambah.

Saya selalu pesan supaya kita sama-sama senang dalam kubur. Mati tak tahu bila. Senang-senang mati. Tak semestinya orang sakit itu mati. Tak semestinya orang sihat tak mati.

Silap-silap orang sihat mati dulu sebelum orang sakit. Orang sakit di hospital bertahun-tahun, tak mati-mati. Tiba-tiba, orang sihat pulak mati.

Itu sebabnya orang mati kadang-kadang senyum sebab dah nampak balasan, Allah Taala dah tunjukkan.

Ada orang berkerut mukanya sebab Malaikat dah tunjukkan tempat dia di Neraka.

Kita ESOK bila mati, biar SENYUM.

TUAN GURU DATO' ISMAIL KAMUS : 'Tanda-tanda Hampir Tibanya Ajal'
Al-Kahfi Production
8 Oktober 2018

"Seluruh Dunia ini adalah Perhiasan.. Sebaik-baik Perhiasan Dunia adalah Wanita Yang Solehah" (Hr An- Nasa'al & Ahmad)Su...
24/08/2022

"Seluruh Dunia ini adalah Perhiasan.. Sebaik-baik Perhiasan Dunia adalah Wanita Yang Solehah" (Hr An- Nasa'al & Ahmad)
Sudah tiba masanya kita pasakkan sentiasa ke dalam jiwa anak-anak perempuan kita di akhir zaman ini agar kembali mengangkat tokoh-tokoh hebat di kalangan Pejuang-pejuang Srikandi Muslimah yang merupakan Ummahatul Mukminin sebagai Idola kita dan anak-anak kita.
Ya Allah berikanlah kami Kekuatan jasad dan rohani, keteguhan iman dan cinta kepada-Mu dan Rasul-Mu sepertimana Ummahatul Mukminin dan barisan Pejuang-pejuang srikandi agama-Mu ini..

Ya Allah, Moga Kuatnya semangat dan Jasad kami sekuat KHADIJAH, Cerdiknya kami secerdik AISHAH, Cantik akhlak kami secantik AINUL MARDIAH, Rela berkorban demi agama setinggi Pengorbanan MASITAH, Terpeliharanya Aurat kami sepertimana FATIMAH, Teguhnya Iman kami seperti SUMAIYAH, Tinggi Sabar kami seperti ASIAH..

Besarkan Cinta kami pada-Mu seperti cintanya RABIATUL ADAWIYAH, Berani kami untuk Kebenaran seperti Keberanian NUSAIBAH, Ikhlaskan kami seperti Ikhlasnya KHAULAH Dan moga KAU tempatkan kami di SyurgaMu AL-JANNAH.🌹

Tiadalah daya kami wanita-wanita akhir zaman ini menempuh kehidupan ini dan menjadi Solehah tanpa daya dan kurniaan-Mu semuanya, Laa hau lawala quwata illah billahil'aliyil 'adzim. Pada-Mu kami berserah diri, bergantung harap ya Baari' ya Somad. Aamiin ya Mujib ya Rabbal'alamin..🤲🥺

Mari Daftarkan Anak-anak remaja kita ke Bidadari Bootcamp pada 16-18hb September 2022 (Jumaat-Ahad) - Cuti Umum/Cuti Sekolah agar dimanfaatkan sebaik-baik masa cuti untuk menambah Iman dan Cinta kepada Allah dan Rasul♥️. Rujuk Ruangan komen..

06/08/2022

PERNIAGAAN YANG DIREDHOI الله

Perniagaan sememangnya menjadi salah satu daripada Sumber Rezeki yg terbesar. Islam amat menggalakkan umatnya memakmurkan hidup ini diantaranya dengan Menceburi Bidang Perniagaan.

Namun Islam meletakkan beberapa Garis Panduan agar setiap perkara yg dilakukan sentiasa dan Allah سبحانه وتعالى. Kita belajar macam² ilmu perniagaan namun masih tak faham Ilmu Muamalat.

Asbab Cedok LIVE, ramai Peniaga mula ada Kesedaran untuk Memahami Ilmu Muamalat, maka mari Rebut Peluang Talaqqi Kitab dan Khatam Asas Muamalat ni💪💪💪.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم ....Dengan Lafaz
Kami menjemput semua sahabat Usahawan, yang serius menceburi bidang perniagaan untuk Fahami dengan Jelas Ilmu berkaitan Perniagaan iaitu FIQH MUAMALAT. Ketauhui Apakah yang dimaksudkan dengan KONSEP MUAMALAH ISLAM yang SEBENAR❓

📌Ketahui KAEDAH untuk mendapat KEBERKATAN dalam Perniagaan dan Kaedah Penyucian Harta yang berlandaskan Syariah Allah سبحانه وتعالى.

📌Ketahui Penjelasan dari Tajuk-tajuk yang kita akan bincangkan dan dihuraikan dalam bab Muamalat seperti :

*Jual Beli
*Al-Khiyar (Pilihan)
*Al-Riba
*Al-Salam (Pesan)
*Al-Qardhu (Hutang)
*Al-Qiradh (Al-Mudharabah)
*Al-Rahn (Gadaian)
*Al-Musyarakah (Syarikat)
*Al-Wakalah (Berwakil)
*Al-‘Ariyah (Pinjam-Meminjam)
*Al-Ijarah (Sewa)
*Al-Ji'alah (Ganjaran)
*Al-Muhabarah & Al-Muzara'ah
*Al-Musaqah (Pengusahaan)
*Ihya' al-Mawat (Membuka Tanah Baharu)
*Jaminan
*Al-Hiwalah (Pindah Hutang)
*Al-Dhaman (Menjamin Hutang)
*Al-Hajru (Menahan Harta)
*Al-Sulhu (Perdamaian)
*Al-Ikrar (Pengakuan)
*Al-Ghasbu (Merampas)
*Al-Syuf'ah (Mengambil Hak dengan Paksa)
*Al-Hibah (Sedekah dan Hadiah)
*Al-Luqatah (Barang Temuan)
*Al-Murabahah (Menjual dengan Untung)
*Al-Bai'u Bithamanin Ajil ( Jual dengan Harga Tangguh)
*Al-Gharar (Ketidakpastian)
*Al-Wadi'ah
*Wakaf
*Judi

إن شاء الله
Fiqh MUAMALAT Online Coaching ini diadakan Bermula AHAD ini dari 7 hingga 28 OGOS, 2022.

Sesi Secara Online yang turut Ada Rakaman bagi MEMBANTU untuk mengulang² dengar dan lihat sehingga Faham dan Khatam. Masa pengajian sekitar 2jam bermula 10:30am-12:30pm.

BONUS Sesi Akhir Kitab, BOLEH Hadir secara TALAQQI (Bersemuka) dengan Murobbi dan boleh SOAL JAWAB berkait Fiqh Muamalat ini. Kitab yang digunakan merupakan
Kitab Fiqh Ringkas Kompas Kehidupan Bersyariat oleh TG Ustaz Dr Shamsul b Mohd Nor sendiri (Pengarang Kitab).

YURAN yang Sangat Berpatutan disamping TAHU dengan Jelas Tentang HALAL & HARAM Perniagaan mahupun Bidang yang kita sedang Usahakan.

DAFTAR SEKARANG & PERTANYAAN , BOLEH KLIK 👇🏻:

📲Puan Suraiya
http://www.wasap.my/60199982769/CoachingFiqhMuamalat1

📲Puan Natrah
http://www.wasap.my/601159597336/CoachingFiqhMuamalat1

📲Ummushafiq aka Amatullah umm Abdullah
http://t.me/amatullah2013

🤲🏼🤲🏼🤲🏼.‎جزاكم الله خيرًا
بارك الله فيكم ..




📚Mesyuarat Perlantikan Ahli Jawatankuasa Gabungan Rumah Ngaji Negeri SelangorAssalamualaikum Sahabat Quran dan Penggerak...
05/08/2022

📚Mesyuarat Perlantikan Ahli Jawatankuasa Gabungan Rumah Ngaji Negeri Selangor

Assalamualaikum Sahabat Quran dan Penggerak Rumah Ngaji Negeri Selangor yang dirahmati Allah. Dengan Rendah Hati, kami menjemput semua Penggerak dan Wakil Rumah Ngaji di Negeri Selangor yang masih ingin meneruskan Perjuangan Al Quran bersama kami ke Mesyuarat Perlantikan AJK Baru GRNS pada Minggu hadapan seperti berikut 👇🏻 :

Tarikh : 10 Ogos 2022 (Rabu)
Masa : 10 Pagi
Lokasi : Bilk QTT1, Level 1, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, No 1, Jalan Renggam 15/5, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

🎁Setiap Penggerak yang Hadir turut diberikan Door Gift.

*Agenda Mesyuarat :

10.00am : Ketibaan semua Penggerak Rumah Ngaji Negeri Selangor.
10.15am : Kata Aluan & Bacaan Doa.
10.30am : Sesi Perlantikan AJK Baru GRNS bagi Tahun 2022-2024.
11.15am : Perbincangan tentang Malaysia Quran Hour peringkat Negeri Selangor.
12.15am : Jamuan Ringan dan Bersurai.

Pertanyaan & RSVP :
http://www.wasap.my/601116152789/rns

Address

Klang

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60194514078

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rumah Ngaji Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share