Bukti tarikh yang terdapat pada batu cerucuk masih disimpan oleh Haji Sulaiman, cucu kepada Dato’ Dagang. Titik tolak pembinaan Masjid Dato’ Dagang ini berdasarkan kepada pemberian sebidang tanah oleh Sultan Selangor kepada Dato’ Dagang kerana jasa-jasa beliau yang membantu Tengku Kudin mengalahkan Raja Abdullah. Menurut sejarahnya nama asal Dato’ Dagang ialah Nanggok. Beliau berasal dari Batu Bar
a, Inderapura Sumatera, Indonesia. Setelah menunaikan haji, beliau bergelar Tuan Haji Mohamad Tahir bin Haji Mahmood
Masjid yang berbentuk rumah kampong Melayu Nusantara mempunyai ciri-ciri penting seperti atapnya berlapis. Bentuk bumbungnya memounyai bentuk denah yang bersegi empat. Reka bentuk masjid ini berkonsepkan seni bina tempatan dan menyerupai konsep seni bina Masjid Leban Chondong, Rompin Pahang ,Masjid Pulau Tawar, Jerantut, Pahang (1800), Masjid Kampung Laut, Tumpat, Kelantan (1732) dan lain-lain yang menggunakan konsep bumbung berlapis tanpa dihiasi sebarang kubah. Masjid ini telah dibina secara bergotong royong antara orang-orang Dato’ Dagang (Indonesia) dengan orang-orang kampong tempatan. Pihak JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) telah menganugerahkan masjid ini sebagai masjid terbaik peringkat negeri Selangor didalam kategori khas tahun 2009, pengurusan masjid terbaik lebih 50 tahun.