21/01/2023
Membaca Al Quran dengan tartil adalah salah satu bentuk BEHAVIOURAL THERAPY yang paling ajaib dan ‘tercanggih’ di dunia yang ALLAH kurniakan kepada kita.
Kenapa saya kata canggih?
Sebab terapi-terapi lain memerlukan kita melakukan banyak langkah/effort untuk setting semula diri dan jiwa kita sebagai salah satu keperluan terapi. Banyak proses manual yang terlibat.
Tetapi bacaan Al Quran ni, cukup sekadar menghadirkan hati yang berserah pada ALLAH, maka kita TERUS masuk dalam mode ‘auto-pilot’ terapi yang berinteraksi dengan minda, jiwa dan fizikal kita tanpa kita sedari untuk repair mana-mana bahagian diri kita yang bermasalah itu.
Sedar-sedar, semakin lama dan semakin baik bacaan, semakin membaik diri kita dari pelbagai aspek.
Dalam apa jua usaha kita membaiki dan memulihkan diri, amat rugi jika kita tidak menjadikan terapi dengan Al Quran ini sebagai terapi yang paling utama - di samping terapi-terapi lain yang diperlukan.