Gereja Bonda Maria Ratu Lourdes Kuk Agudon

Gereja Bonda Maria Ratu Lourdes Kuk Agudon Official Page Of GBMRL K*K AGUDON

PEMILIHAN AJKT K*K GEREJA BONDA MARIA RATU LOURDES SESI TAHUN 2027–2029PENGERUSI: FREDI GAROUTIM.PENGERUSI: MARY SAUTINS...
26/07/2026

PEMILIHAN AJKT K*K GEREJA BONDA MARIA RATU LOURDES SESI TAHUN 2027–2029

PENGERUSI: FREDI GAROU
TIM.PENGERUSI: MARY SAUTIN
SETIAUSAHA: EMY CEROLIKA BOSIKAL
TIM.SETIAUSAHA: KALINE ROBERT
BENDAHARI: VELINAH PARAIT
PENGERUSI LITURGI: MARCELLA MATHIUS
PENGERUSI KBK: ENVYVOILET RANIS
PENGERUSI KWK: NORIDAH KAPIN
PENGERUSI KOMSOS: CATHLEEN TASSRY
KEBERSIHAN: JAUNING PINSIL
CARITAS: LILAN KASIK
KHKK: LIM NYUK WAH
KACT: JUANA ALIP

Syukur kepada Tuhan, proses pemilihan AJKT K*K Gereja Bonda Maria Ratu Lourdes bagi sesi 2027–2029 telah selesai dilaksanakan pada hari ini 26 Julai 2026 bertempat di Gereja pada jam 4 petang.

Tahniah kepada semua yang telah dipilih. Semoga Tuhan memberkati dan membimbing setiap pelayanan yang diamanahkan. ✝️

08/07/2026

PERJALANAN SALIB SOLIDARITI MENUJU MPC 2026 ✝️

Pada 7 Julai 2026, seramai 50 orang umat telah menyertai Perjalanan Salib Solidariti Menuju MPC 2026, bermula dari Gereja Bonda Maria Ratu Lourdes K*K Agudon menuju ke K*K St. Augustine Kg. Ria.

Salib yang dihiasi dengan kain merah, kuning dan bunga melambangkan kemuliaan Kristus yang bangkit, kemenangan-Nya atas dosa dan maut, serta harapan yang menyatukan seluruh umat dalam perjalanan menuju MPC 2026. Hiasan pada salib mencerminkan sukacita iman bahawa melalui salib, Kristus telah membawa keselamatan kepada dunia.

Perjalanan ini turut diiringi paluan gong, yang melambangkan semangat kebersamaan, perpaduan umat dan kekayaan budaya tempatan, mengiringi langkah-langkah iman menuju destinasi dengan penuh sukacita.

Semoga perjalanan ini terus mengukuhkan semangat solidariti, mempereratkan persaudaraan dan membangkitkan semangat setiap umat untuk terus berjalan bersama Kristus.

“Kepada-Mu, Tuhan, kami berjalan.” ✝️

*KStAugustineKgRia

PROGRAM SALIB MPC DI GEREJA BONDA MARIA RATU LOURDES K*K AGUDON ✝️Dengan penuh syukur kepada Tuhan, pada 4 Julai 2026, G...
08/07/2026

PROGRAM SALIB MPC DI GEREJA BONDA MARIA RATU LOURDES K*K AGUDON ✝️

Dengan penuh syukur kepada Tuhan, pada 4 Julai 2026, Gereja Bonda Maria Ratu Lourdes K*K Agudon telah menerima Salib MPC (Malaysia Pastoral Convention 2026) daripada Gereja St. Theresa, Tambunan, sebagai lambang kemenangan Kristus, kesatuan umat dan harapan Gereja dalam perjalanan menuju MPC 2026.

Sepanjang Salib MPC berada di gereja ini, pelbagai aktiviti rohani telah dianjurkan sebagai persiapan rohani umat dan tanda kebersamaan dalam iman. Antara aktiviti yang telah diadakan ialah:

Tarikh 4 Julai
•Doa rosari & Sesi Adorasi

Tarikh 5 Julai
•Doa Rosari—Renungan—Katekisis

Tarikh 6 Julai
• Program Adorasi
• Doa Kerahiman Ilahi
• Kelompok Doa

Tarikh 7 Julai
• Adorasi
• Doa Kerahiman ilahi
• Ibadat Sabda (Kat.Petrus Gahin)
• Perjalanan Salib Solidariti menuju K*K St. Augustine Kg. Ria

Kemuncak program ialah Perjalanan Salib Solidariti Menuju MPC 2026 pada 7 Julai 2026 di Gereja St Augustine Kg Ria

Semoga kehadiran Salib MPC di gereja ini terus menguatkan iman, menyatukan komuniti serta membangkitkan semangat setiap umat untuk terus berjalan bersama Kristus menuju Malaysia Pastoral Convention (MPC) 2026.

“Kepada-Mu, Tuhan, kami berjalan.” ✝️

𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐏𝐀𝐒𝐊𝐀 𝐊𝐄-𝟐(𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐈𝐋𝐀𝐇𝐈)Misa kudus pagi ini diiringi dengan tarian tradisi dalam perarakan masuk b...
12/04/2026

𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐏𝐀𝐒𝐊𝐀 𝐊𝐄-𝟐
(𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐈𝐋𝐀𝐇𝐈)

Misa kudus pagi ini diiringi dengan tarian tradisi dalam perarakan masuk bagi imej Kerahiman Ilahi menuju ke altar. Dilengkapi juga dengan bunga-bunga serta lilin yang dibawa masuk oleh kanak-kanak yang bertugas. Seterusnga Misa kudus dijalankan seperti biasa oleh Romo APO.

Dalam homilinya,
“Iman tanpa perbuatan adalah mati”

Kerahiman adalah rahim yang perlu dijaga
dan harus kita raihkan dngn penuh cinta. Semoga kita tidak hanya menjadi seperti “Tomas” yg mahu melihat dahulu baru percaya namun jadilah peribadi Tuhan meskipun tidak melihat namun percaya. Kerana Yesus berkata; “Berbahagialah mereka yang tidak melihat namun percaya”

Saudara & saudari pentingnya iman sejati, di mana percaya didasarkan pada firman Tuhan, bukan pada bukti fisik atau mukjizat semata. Kutipan ini menjanjikan berkat bagi mereka yang setia. -Romo APO

MISA KUDUS MALAM P***A | 04 APRIL 2026(MERAYAKAN KEBANGKITAN TUHAN)Saudara saudari yang terkasih, Pada malam ini kita me...
07/04/2026

MISA KUDUS MALAM P***A | 04 APRIL 2026
(MERAYAKAN KEBANGKITAN TUHAN)

Saudara saudari yang terkasih, Pada malam ini kita merayakan Malam Paskah, malam yang paling suci dalam tahun liturgi Gereja. Pada malam ini kita merayakan kebangkitan Tuhan Yesus dari kematian. Perayaan ini mempunyai tiga bahagian utama: Liturgi Cahaya,Liturgi Sabda & Liturgi Pembaptisan.

Syukur puji Tuhan kepada Pembaptisan baru! Semoga terus berkembang dalam iman.

IBADAT JUMAAT AGUNG | 03 APRIL 2026(MENGENANG SENGSARA DAN WAFAT TUHAN)Gereja K*k Agudon menjalankan Doa jalan salib sea...
07/04/2026

IBADAT JUMAAT AGUNG | 03 APRIL 2026
(MENGENANG SENGSARA DAN WAFAT TUHAN)

Gereja K*k Agudon menjalankan Doa jalan salib seawal jam 7 pagi, seterusnya Ibadat Jumaat Agung pada jam 3 petang yang dipimpin oleh Kat. Petrus Gahin. Hari ini di mana Gereja mengenangkan sengsara dan wafat Tuhan kita Yesus Kristus di salib. Dalam ibadat tersebut terdiri daripada tiga bahagian utama, iaitu: Liturgi Sabda, Penghormatan Salib dan juga Komuni Kudus.

MISA KUDUS KHAMIS PUTIH | 02 APRIL 2026(PERAYAAN PERJAMUAN MALAM TUHAN)Misa Kudus Khamis Putih, yang menandakan permulaa...
07/04/2026

MISA KUDUS KHAMIS PUTIH | 02 APRIL 2026
(PERAYAAN PERJAMUAN MALAM TUHAN)

Misa Kudus Khamis Putih, yang menandakan permulaan Trihari Suci – tiga hari suci yang memperingati sengsara, wafat dan kebangkitan Tuhan kita Yesus Kristus.

Misa kudus dijalankan oleh Rev Fr CC, diikuti dengan upacara pembasuhan kaki seramai 12 orang calon seterusnya di akhir Misa kudus ini, diteruskan dengan upacara kebaktian kepada Sakramen Maha Kudus/ Tuguran.

Pembasuhan Kaki merupakan Pertobatan yang mengajarkan kita untuk bersikap Kerendahan Hati, maka dengan itu kita perlu syukuri rahmat yang telah kita terima daripada Tuhan, serta kongsikan ke dalam kehidupan kita- Rev Fr CC

“Ia mengasihi mereka sampai saat akhir”

Address

Kampung Agudon
Keningau
89008

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gereja Bonda Maria Ratu Lourdes Kuk Agudon posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share