Air Balang Perlis

Air Balang Perlis Menyediakan perkhidmatan Katering Air Balang di Negeri Perlis dengan 50 lebih pilihan Air Balang

24/04/2026

Masjid pertama – Masjid Al Shahrani

Orang baru habis solat… panas terik.
Sekali nampak air balang merah menyala.

“Fuhh… siapa buat ni?”
Seorang pakcik ambil satu cawan… teguk…

Terus pejam mata.
“Ya Allah… nikmat dunia 😌”


Masjid kedua – Masjid Al Imarah

Budak-budak lari dulu dari ayah dia.

“Ayah! Air free!!”

Yang ayah pun bukan main… ambil dua cawan.
Satu minum, satu konon “bawak balik”…
padahal habis kat situ jugak 🤣


Masjid ketiga – Masjid Tengku Syed Faizzuddin

Kali ni lain sikit…
Seorang abang rider singgah, muka letih, baju basah peluh.

Dia minum sikit…
lepas tu pandang orang yang buat air tadi.

“Terima kasih bang… dari pagi saya pusing tak sempat minum.”

Yang bagi air tu cuma senyum.
Dalam hati dia bisik…

“Ya Allah… kalau seteguk air ni boleh jadi sebab Kau permudahkan hidup dia… aku reda.”



17/04/2026

Sambutan Aidilfitri 2026, Hospital Tuanku Fauziah Kangar Perlis



💥 Tempahan Menyediakan Air Balang 💥-------------------------------------------------------------------Tarikh/Hari : Kham...
17/04/2026

💥 Tempahan Menyediakan Air Balang 💥
-------------------------------------------------------------------

Tarikh/Hari : Khamis / 16 April 2026

Jenis Tempahan

Jumlah Tempahan Minuman :

Pakej Arau

1. Air Jagung Float x 1 Balang
2. Air Asam Boi x 1 Balang
3. Air Lemon Soda Keto x 1 Balang
4. Meja & Khemah x 1 Unit
5. Gelas x 500 Unit
6. Cenderahati

Masa : 12.00 Tgh hingga selesai Majlis

Menyempurnakan Tempahan Majlis Sambutan Aidilfitri di Hospital Tuanku Fauziah Kangar Perlis. 🥰

Terima Kasih kepada Tuan/Puan yang menempah Air Balang dari Kami. Semoga Majlis dipermudahkan & Dirahmati oleh Allah SWT.

Amin. 🤗
Terima kasih naaa.. 🥰

🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾
🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾

Untuk Tempahan & sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di link yang diletakkan dibahagian komen





16/04/2026

Sembang Pakcik Lepaih Solat Jumaat – Kisah Air Balang

Lepaih habih solat Jumaat kat masjid, dua orang pakcik dok sembang tepi tangga.
Pakcik Mail:
“Hang dah minum ka air balang tu?”

Pakcik Salleh:
“Dah… dua cawan dah aku bantai.” 😆
Pakcik Mail tengok balang lagi sekali…
“Air apa hari ni?”
Pakcik Salleh jawab sambil lap mulut.
“Tak tau la… tapi sejuk dia tu sampai rasa kat perut.”

Pakcik Mail kata:
“Tu la… khutbah tadi panjang sikit. Tekak pun dah jadi macam padang pasir.”
Pakcik Salleh gelak.
“Nasib baik ada orang buat infaq air balang Jumaat.”

Hari ni rezeki jemaah di tiga tempat:

🕌 Masjid Al Shahrani
🕌 Masjid Al Imarah
🕌 Masjid Tengku Syed Faizzuddin

Balang besar penuh ais…
Jemaah keluar solat terus dapat minum.
Ada pakcik minum sekali… lepas tu patah balik ambik lagi.
Katanya “nak bagi seimbang tekak kiri dengan tekak kanan.” 🤣
Tapi sebenarnya…

Benda nampak kecik ja.
Air satu cawan ja.
Tapi setiap orang yang minum tu…
setiap teguk yang bagi lega tekak jemaah lepas solat Jumaat…

InsyaAllah jadi pahala berpanjangan untuk yang buat infaq.
Kadang kita ingat sedekah kena ribu-ribu.
Padahal…

Sebalang air sejuk masa hari Jumaat pun dah boleh buat ramai orang senyum.
Moga Allah murahkan rezeki semua yang terlibat

Kalau minggu depan nampak pakcik-pakcik dok ulang dua tiga kali minum…
jangan marah nohh…
Tu tanda air tu sedap… pahala pun jalan terus. 😄




Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & BatinDaripada Team Air Balang Perlis
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Daripada Team Air Balang Perlis



🔥 TEMPAHAN AIR BALANG RAYA 2026 DAH BUKA! 🔥Assalamualaikum & salam sejahtera semua 😄Nak buat open house Raya nanti? Kend...
18/03/2026

🔥 TEMPAHAN AIR BALANG RAYA 2026 DAH BUKA! 🔥

Assalamualaikum & salam sejahtera semua 😄
Nak buat open house Raya nanti? Kenduri? Jamuan keluarga?

Kami sedia bantu meriahkan majlis hampa dengan air balang padu, sejuk, segar! 🧃❄️

✅ Pelbagai pilihan air (sirap, oren, bandung, laici & lain-lain)
✅ Set lengkap – tak payah pening kepala
✅ Sesuai untuk semua majlis Raya
✅ Area Perlis & sekitarnya

Raya mai setahun sekali… biar puas hati tetamu mai minum! 😍

📅 Tarikh Raya Aidilfitri 2026 dah mula penuh…

📲 Cepat-cepat booking awal, takut slot habih!
PM / WhatsApp sekarang untuk tanya pakej & harga 👍

“Mai minum air balang… baru rasa raya tu betoi!” 😄






https://vm.tiktok.com/ZS9RByP2xJfXo-3EnZs/ This post is shared via TikTok Lite. Download TikTok Lite to enjoy more posts: https://www.tiktok.com/tiktoklite

Check out airbalangperlis’s video.

18/03/2026

INFAQ RAMADHAN 2026 | PART 7

Hari makin hujung dah… tapi pahala jangan bagi hujung jugak 🥹

Seteguk air balang kita, mudah-mudahan jadi saham akhirat nanti.

Tak payah tunggu kaya, janji ikhlas… Allah nampak segalanya 🤲

Jom pakat share, mana tau rezeki orang lain mai sekali ❤️



11/03/2026

INFAQ AIR BALANG RAMADHAN 2026 | PART 5

Ramadhan ni… hari makin kurang dah.
Kita pun tak tau…
sempat habih Ramadhan ni ka tak.

Hari ni kalau hangpa nampak post ni…
mungkin Allah dok buka peluang untuk kita tambah pahala.
Ayaq balang ja kita kongsi…

tapi doa orang posa tu naik terus ke langit. 🤲🏻
Yang nak tumpang pahala hari ni, komen “MAI INFAQ”

Lepaih tu share post ni… bagi ramai lagi boleh join sama.
Kadang pahala paling besaq…
mai dari benda kecik yang kita buat ikhlas. 💧



03/03/2026

Tarikh/Hari : Isnin / 02 March 2026

Jenis Tempahan

Jumlah Tempahan Minuman :

1. Air Asam Boi x 1 Balang
2. Gelas 8oz x 100 Unit

Masa : Waktu Berbuka hingga selesai Majlis

Menyempurnakan Tempahan Majlis Berbuka di Komplek ICQS Bukit Kayu Hitam Kedah 🥰

Terima Kasih kepada Tuan/Puan yang menempah Air Balang dari Kami. Semoga Majlis dipermudahkan & Dirahmati oleh Allah SWT.

Amin. 🤗
Terima kasih naaa.. 🥰

🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾
🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾

Untuk Tempahan & sebarang pertanyaan boleh hubungi kami link di bahagian komen





02/03/2026

Hari ni masuk hari baru…
kita pun tak tau berapa hari lagi Allah bagi peluang.

Ayaq balang ja pun kita kongsi…
tapi doa orang posa tu, kita tak nampak mana dia pi.

Hangpa…
kalau rasa nak tumpang pahala hari ni, jangan dok tengok ja.

Komen “MAI SEKALI” 🤲🏻
Lepaih tu share… bagi ramai lagi boleh join.

Kadang sebab hangpa tekan share tu la…
ada orang lain dapat peluang masuk syurga sama-sama. 💧




Address

Kangar
01000

Telephone

+60123087631

Website

https://www.tiktok.com/@airbalangperlis?_t=8h3FyW9KWjy&_r=1

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Air Balang Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share