08/06/2026
Projek MIM (Mat'am Ihsan Al-Maidah)
Jumaat
19 Zulhijjah 1447H
5 Jun 2026
Alhamdulillah. Terima kasih atas sumbangan tuan/puan kepada pihak kami bagi menjalankan projek MIM saban minggu. Ini juga merupakan pengorbanan harta atas jalan-jalan kebaikan. Semoga ALLAH balas beribu kebaikan kepada tuan/puan sekalian In Shaa ALLAH.
Ash-Shaffat 37:102
فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ ٱلسَّعۡيَ قَالَ يَٰبُنَيَّ إِنِّيٓ أَرَىٰ فِي ٱلۡمَنَامِ أَنِّيٓ أَذۡبَحُكَ فَٱنظُرۡ مَاذَا تَرَىٰۚ قَالَ يَآأَبَتِ ٱفۡعَلۡ مَا تُؤۡمَرُۖ سَتَجِدُنِيٓ إِن شَآءَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلصَّٰبِرِينَ
Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".
....
Al-Ma'un 107:3
وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ ٱلۡمِسۡكِينِ
Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.
....
Lokasi MIM pada minggu ini masih Masjid Felda Jenderak Selatan, Kuala Krau. Juadah bubur kacang telah diagihkan kepada para jemaah yang bersolat di sini.
Terima kasih kepada ahli PERHIKMAH dan jemaah yang mengambil bahagian khidmat memasak dan khidmat agihan pada minggu ini.
Kami juga mengajak kepada penyumbang yang ingin berinfaq bagi melombong pahala memberi juadah makanan kepada jemaah yang bersolat Jumaat.
556141024360
Maybank
Pertubuhan Kebajikan Hikmah Negeri Pahang
Puan Shakirah - 0133210805