Yayasan Al-Jenderami Rasmi

Yayasan Al-Jenderami Rasmi Selamat datang ke saluran Facebook Yayasan Al-Jenderami Rasmi.

Saluran ini memaparkan sebuah institusi penyebaran dakwah, pendidikan dan kebajikan berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah serta tradisi keilmuan Melayu Islam di Perkampungan Melayu Al-Jenderami.

PEMBACAAN MAULID SEMPENA MALAM 12 RABIULAWAL 1448HMajlis Pembacaan Maulid Simtud Duror sempena malam 12 Rabiul Awwal 144...
26/08/2026

PEMBACAAN MAULID SEMPENA MALAM 12 RABIULAWAL 1448H

Majlis Pembacaan Maulid Simtud Duror sempena malam 12 Rabiul Awwal 1448H diadakan sebagai tanda kecintaan dan penghormatan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Semoga majlis yang penuh keberkatan ini menjadi wadah untuk kita mengenang perjuangan, menghayati sirah serta meneladani akhlak mulia Baginda dalam kehidupan seharian


24/08/2026

SALAM MAULIDURRASUL 1448H

12 Rabiulawal merupakan hari yang penuh bermakna buat seluruh umat Islam, kerana pada bulan inilah kita mengenang kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan agung yang membawa cahaya Islam dan rahmat kepada seluruh alam.

Marilah kita memperbanyakkan selawat, menghidupkan sunnah serta menyemai rasa cinta kepada Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian. Semoga kecintaan kita kepada Baginda menjadi jalan untuk memperoleh syafaat dan keberkatan di dunia serta akhirat.

MAJLIS MAULID SIMTUD DUROR SEMPENA 12 RABIUL AWAL 1448HSempena memperingati dan menyemarakkan malam Maulidurrasul, Yayas...
22/08/2026

MAJLIS MAULID SIMTUD DUROR SEMPENA 12 RABIUL AWAL 1448H

Sempena memperingati dan menyemarakkan malam Maulidurrasul, Yayasan Al-Jenderami akan mengadakan Majlis Bacaan Maulid Simtud duror.

Marilah kita bersama-sama memeriahkan majlis yang penuh keberkatan ini sebagai tanda kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, dengan menghayati bacaan Maulid dan memperbanyakkan selawat ke atas Baginda SAW. Semua dijemput hadir bersama keluarga dan sahabat bagi menghidupkan malam yang penuh dengan keberkatan ini.


17/08/2026

UNDANGAN RASMI MAULID AKBAR DAN HAUL MASYAIKH AL-JENDERAMI 2026

Dengan rasa hormat dan kesyukuran, Yayasan Al-Jenderami memaklumkan serta menjemput seluruh kaum Muslimin dan Muslimat, para pencinta Baginda SAW untuk bersama-sama menghadiri majlis:

✨MAULID AKBAR & HAUL MASYAIKH AL-JENDERAMI ✨

JUMAAT - SABTU,
18 & 19 September 2026 | 6 & 7 Rabiul Akhir 1448H

Majlis penuh keberkatan ini merupakan wadah memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW serta mengenang jasa para masyaikh yang mulia, di mana rahmat dan barakah Baginda diharap akan melimpahi sekalian yang hadir.

Semoga dengan kehadiran hadirin, terbukalah pintu keberkatan, bertambah rasa cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, serta beroleh limpahan rahmat dan syafaatnya pada hari yang dijanjikan bersama para masyaikh dan aulia yang solihin.



FESTIVAL BAHTERA MERDEKA AL-JENDERAMI 2026Ayuh luangkan masa bersama keluarga dan sahabat untuk menikmati kemeriahan Fes...
17/08/2026

FESTIVAL BAHTERA MERDEKA AL-JENDERAMI 2026

Ayuh luangkan masa bersama keluarga dan sahabat untuk menikmati kemeriahan Festival Bahtera Merdeka Al-Jenderami 2026. Pelbagai aktiviti menarik menanti, sambil kita bersama-sama menghayati semangat sambutan Bulan Kebangsaan dalam suasana yang santai dan penuh ukhuwah.

Jadikan sambutan kali ini lebih bermakna dengan meluangkan masa untuk silaturahim. Kami menantikan kehadiran anda untuk sama-sama memeriahkan Majlis ini.


KUNJUNGAN KUMPULAN YASIN WANITA PASIR GUDANG KE YAYASAN AL-JENDERAMIYayasan Al-Jenderami menerima kunjungan daripada Kum...
03/08/2026

KUNJUNGAN KUMPULAN YASIN WANITA PASIR GUDANG KE YAYASAN AL-JENDERAMI

Yayasan Al-Jenderami menerima kunjungan daripada Kumpulan Yasin Wanita Pasir Gudang, Johor dalam satu program 2 hari 1 malam yang menghimpunkan seramai 40–44 orang peserta wanita.

Program ini diadakan sebagai pengisian rohani dan medan mengeratkan ukhuwah serta silaturahim antara para tetamu dan warga Yayasan Al-Jenderami. Tetamu mengikuti sesi pengajian yang disampaikan melalui Kitab Turath iaitu Kitab Hadis bersama Tuan Guru Datuk Syeikh Haji Mohd Hafidz bin Haji Selamat.

Semoga pertemuan ini menjadi asbab bertambahnya ilmu dan keberkatan buat semua.


LAWATAN STUDY TOUR PONDOK MODERN SYIFAURROHMAH, INDONESIA KE YAYASAN AL-JENDERAMIYayasan Al-Jenderami berbesar hati mene...
03/08/2026

LAWATAN STUDY TOUR PONDOK MODERN SYIFAURROHMAH, INDONESIA KE YAYASAN AL-JENDERAMI

Yayasan Al-Jenderami berbesar hati menerima kunjungan Study Tour daripada Pondok Modern Syifaurrohmah Modern Islamic Boarding School Aceh, Indonesia yang melibatkan seramai 18 orang peserta.

Lawatan ini diadakan bagi menambah wawasan, memperluas pengetahuan serta memberikan pengalaman kepada para pelajar melalui perkongsian ilmu, pengenalan kepada sistem pendidikan pondok, dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Yayasan Al-Jenderami.

Semoga kunjungan ini menjadi medan memperkukuhkan ukhuwah Islamiah, mengeratkan hubungan persaudaraan serantau serta membuka ruang kerjasama yang berterusan dalam usaha memartabatkan pendidikan Islam.


UNDANGAN RASMI MAULID AKBAR DAN HAUL MASYAIKH AL-JENDERAMI Dengan rasa hormat dan kesyukuran, Yayasan Al-Jenderami memak...
02/08/2026

UNDANGAN RASMI MAULID AKBAR DAN HAUL MASYAIKH AL-JENDERAMI

Dengan rasa hormat dan kesyukuran, Yayasan Al-Jenderami memaklumkan serta menjemput seluruh kaum Muslimin dan Muslimat, para pencinta Baginda SAW untuk bersama-sama menghadiri majlis:

✨MAULID AKBAR & HAUL MASYAIKH AL-JENDERAMI ✨

JUMAAT - SABTU,
18 & 19 September 2026 | 6 & 7 Rabiul Akhir 1448H

Majlis penuh keberkatan ini merupakan wadah memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW serta mengenang jasa para masyaikh yang mulia, di mana rahmat dan barakah Baginda diharap akan melimpahi sekalian yang hadir.

Semoga dengan kehadiran hadirin, terbukalah pintu keberkatan, bertambah rasa cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, serta beroleh limpahan rahmat dan syafaatnya pada hari yang dijanjikan bersama para masyaikh dan aulia yang solihin.


PROGRAM REHLAH KELUARGA BAHTERA MELAYU MERDEKA AL-JENDERAMI 2026Rehlah Keluarga Sempena Sambutan Bahtera Melayu Merdeka ...
23/07/2026

PROGRAM REHLAH KELUARGA BAHTERA MELAYU MERDEKA AL-JENDERAMI 2026

Rehlah Keluarga Sempena Sambutan Bahtera Melayu Merdeka Al-Jenderami 2026 akan diadakan selama 3 hari 2 malam bermula pada 29–31 Ogos 2026 | 16–18 Rabiul Awal 1448H di Perkampungan Melayu Islam Al-Jenderami, Dengkil, Selangor.

Program ini bertujuan menyemarakkan semangat cintakan agama, bangsa dan negara melalui penghayatan erti kemerdekaan dalam suasana kekeluargaan. Para peserta akan berpeluang merasai pengalaman menginap di rumah warisan Melayu, menyertai pelbagai aktiviti kebudayaan, kerohanian dan kemasyarakatan yang menampilkan keunikan warisan Melayu Islam.

Untuk pendaftaran:
https://forms.gle/C7BmWwUmbfbEcFJ5A

Orang ramai dijemput untuk mendaftar segera bagi menyertai program yang penuh manfaat ini. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi nombor yang tertera pada poster.

> "Kemerdekaan yang sebenar lahir daripada jiwa yang berilmu, berakhlak dan bersatu dalam memelihara agama, bangsa serta negara."

Jom hadir bersama keluarga dan sahabat untuk menuntut ilmu serta menyuburkan jiwa dengan Pengajian Kitab Tajul Arus (Tas...
21/07/2026

Jom hadir bersama keluarga dan sahabat untuk menuntut ilmu serta menyuburkan jiwa dengan Pengajian Kitab Tajul Arus (Tasauf) dan Pembacaan Maulid Simtud Duror.

Bertempat di Madrasah Al-Mukammil Al-Jenderami, Sungai Ling, Maran, Pahang. Rebutlah kesempatan untuk berada dalam majlis ilmu yang mulia ini.

Address

Kampung Baru Jenderam Hilir
Kampung Dengkil
43800

Opening Hours

Monday 08:30 - 18:00
Tuesday 08:30 - 18:00
Wednesday 08:30 - 18:00
Thursday 08:30 - 18:00
Friday 08:30 - 18:00
Saturday 08:30 - 18:00
Sunday 08:30 - 18:00

Telephone

+60387680200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Al-Jenderami Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Yayasan Al-Jenderami Rasmi:

Shortcuts

Share