Amil Zakat Maidam

Amil Zakat Maidam Scan QR code tertera untuk tunaikan Zakat Fitrah/Harta anda

Serah surat untuk perbaharui tauliah amil zakat MAIDAM
02/12/2025

Serah surat untuk perbaharui tauliah amil zakat MAIDAM

14/04/2025

Setiap ringgit yang kita peroleh bukan hanya milik kita sepenuhnya. Ada sebahagian daripadanya yang perlu dikongsi untuk mereka yang memerlukan.

Dengan menunaikan zakat harta, bukan sahaja kita membersihkan harta, tetapi juga membuka lebih banyak pintu rezeki dan keberkatan dalam hidup.

Sedikit dari kita, besar maknanya buat mereka.

Tunaikan zakat pendapatan anda hari ini.

https://wa.me/60162032016/Salam+Amil+Zakat+saya+nak+lunaskan+kefarduan+zakat+harta

Zakat binatang ternakan Zakat ternakan termasuk dalam kategori zakat harta. Ianya wajib dikeluarkan apabila sempurna sya...
24/06/2024

Zakat binatang ternakan

Zakat ternakan termasuk dalam kategori zakat harta. Ianya wajib dikeluarkan apabila sempurna syarat-syaratnya. Binatang yang hendak dizakatkan hendaklah yang sempurna dan tidak cacat seperti hilang kaki atau tangan dan sebagainya. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:

"๐ท๐‘Ž๐‘› ๐‘—๐‘Ž๐‘›๐‘”๐‘Ž๐‘›๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘˜๐‘Ž๐‘š๐‘ข ๐‘ ๐‘’๐‘›๐‘”๐‘Ž๐‘—๐‘Ž ๐‘š๐‘’๐‘š๐‘–๐‘™๐‘–โ„Ž ๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘๐‘ข๐‘Ÿ๐‘ข๐‘˜-๐‘๐‘ข๐‘Ÿ๐‘ข๐‘˜ ๐‘‘๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘–๐‘๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž ๐‘™๐‘Ž๐‘™๐‘ข ๐‘˜๐‘Ž๐‘š๐‘ข ๐‘‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘š๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘ข ๐‘—๐‘Ž๐‘‘๐‘–๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘๐‘’๐‘š๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘–๐‘Ž๐‘› ๐‘ง๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘ก." Surah Al-Baqarah: 267

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Amil Zakat MAIDAM

+60162032016 - Ustaz Al-Mubtasim

15/06/2024
Zakat PerniagaanZakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada berasaskan ...
07/04/2024

Zakat Perniagaan

Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan atau sebagainya dengan tujuan diperniagakan.

Bentuk-bentuk perniagaan ialah :

i) Perniagaan Persendirian (Tunggal)
ii) Perniagaan Perkongsian
iii) Perniagaan Syarikat

Apa pun jenis zakat yang dikeluarkan bukanlah bertujuan merugikan atau mengurangkan harta yang dimiliki. Malah sistem zakat ini akan lebih menyuburkan harta yang ada. Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa Nabi SAW telah bersabda:

ู…ูŽุง ู†ูŽู‚ูŽุตูŽุชู’ ุตูŽุฏูŽู‚ูŽุฉูŒ ู…ูู†ู’ ู…ูŽุงู„ู

Maksudnya: โ€œZakat itu tidak mengurangkan harta.โ€

Riwayat Muslim (2588)

Imam al-Nawawi menjelaskan hadith di atas mengandungi dua penafsiran:

Harta yang dizakatkan tersebut akan diberkati dan dihilangkan daripadanya kemudaratan. Kekurangan harta tersebut akan ditutup dengan keberkatan. Hal ini dapat dirasai dengan pancaindera dan kebiasaan.

Sekalipun fizikal harta tersebut dilihat berkurang, namun kekurangan tersebut akan digantikan dengan pahala di sisi Allah SWT serta digandakan dengan gandaan yang banyak. (Lihat al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 16/141)

Kewajipan mengeluarkan zakat perniagaan ini adalah berdasarkan kepada nas-nas daripada al-Quran dan al-Sunnah. Firman Allah SWT:

ูŠูŽุง ุฃูŽูŠู‘ูู‡ูŽุง ุงู„ู‘ูŽุฐููŠู†ูŽ ุขู…ูŽู†ููˆุง ุฃูŽู†ููู‚ููˆุง ู…ูู† ุทูŽูŠูู‘ุจูŽุงุชู ู…ูŽุง ูƒูŽุณูŽุจู’ุชูู…ู’ ูˆูŽู…ูู…ู‘ูŽุง ุฃูŽุฎู’ุฑูŽุฌู’ู†ูŽุง ู„ูŽูƒูู… ู…ูู‘ู†ูŽ ุงู„ู’ุฃูŽุฑู’ุถู

Maksudnya: โ€œWahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.โ€

(Surah al-Baqarah: 267)

Imam Ibn Kathir menukilkan daripada Mujahid bahawa yang dimaksudkan daripada ayat ini ialah sedekah daripada harta yang dihasilkan daripada perdagangan. (Lihat Tafsir al-Quran al-โ€˜Azim, 1/697)

Syeikh al-Maraghi menafsirkan, dermakanlah harta kamu yang baik daripada hasil perdagangan dan pertanian kamu, sama ada biji-bijian, buah-buahan mahupun lain-lain. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 2/612)

Demikian juga berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Samurah Bin Jundub R.A, katanya:

ููŽุฅูู†ู‘ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูƒูŽุงู†ูŽ ูŠูŽุฃู’ู…ูุฑูู†ูŽุง ุฃูŽู†ู’ ู†ูุฎู’ุฑูุฌูŽ ุงู„ุตู‘ูŽุฏูŽู‚ูŽุฉูŽ ู…ูู†ูŽ ุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ู†ูุนูุฏู‘ู ู„ูู„ู’ุจูŽูŠู’ุนู

Maksudnya: โ€œNabi SAW menyuruh kami mengeluarkan zakat barangan yang kami sediakan untuk diniagakan.โ€
Riwayat Abu Daud (1562)
Syeikh Syuaib al-Arnauth menghukumkan sanad hadith ini sebagai dhaif.

Imam al-Saharanfuri menyebut yang dimaksudkan dengan sedekah dalam hadith ini ialah zakat wajib daripada harta yang diniagakan. (Lihat Bazl al-Majhud, 6/317)

Kewajipan berzakat di atas harta perniagaan adalah sekiranya telah mencukupi syarat-syarat berikut:

Pemilikan harta itu hendaklah dengan akad tukar ganti (jual beli, sewa-menyewa). Jika sekiranya pemilikan tersebut disebabkan oleh warisan, wasiat atau hibah, maka ianya tidak dikira sebagai barang perniagaan.

Pemilik hendaklah berniat untuk meniagakan harta tersebut ketika memiliki harta tersebut dan niat tersebut hendaklah berterusan. Jika tidak berbuat demikian, harta tersebut tidak dikatakan barang perniagaan walaupun dia berniat selepas itu. Jika dia berniat untuk meniagakan barang tersebut semasa membelinya, kemudian berniat p**a menyimpannya tanpa diniagakan, maka barang itu tidak dikira sebagai barang perniagaan dan tidak wajib zakat. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 2/27)

Zakat perniagaan adalah wajib ditunaikan sekiranya telah memenuhi syarat-syarat zakat perniagaan serta telah mencukupi tempoh haul (tempoh setahun) dan nisob (nilai harta) yang mewajibkan zakat.

Kerugian yang dialami dalam perniagaan bukanlah satu penyebab atau โ€˜illah yang membolehkan meninggalkan kewajipan berzakat. Adapun begitu zakat yang dikeluarkan akan lebih memberkati dan menyuburkan lagi perniagaan yang sedang diusahakan.

Nak tahu berapa banyak zakat yang perlu dikeluarkan?

1. Tekan pautan di bawah ni dan isi maklumat yang diperlukan

https://ezakat.maidam.gov.my/online/kalkulatorpeniagakecil.php

2. Setelah semua maklumat lengkap diisi tekan butang : Kira Zakat

3. Setelah dapat tahu berapa zakat perlu dikeluarkan, hubungi saya (Noor Aminuddin bin Mohamed Noor. No. Tauliah : 1150601) selaku Amil Zakat bertauliah untuk melunaskan zakat Perniagaan anda. Tekan jer pautan ini : https://me-qr.com/pmxapKuu untuk wasap saya

Zakat Untuk Anak-anak Perempuan dan Lelaki Yang Telah Dewasa dan Bekerja Tetapi Belum Berkahwin Membayar zakat fitrah un...
27/03/2024

Zakat Untuk Anak-anak Perempuan dan Lelaki Yang Telah Dewasa dan Bekerja Tetapi Belum Berkahwin
Membayar zakat fitrah untuk anak-anak dewasa yang sudah bekerja tidak sah samada anak lelaki mahupun perempuan. Ini kerana mereka sudah tidak lagi menjadi tanggungjawab bapa untuk memberi nafkah kepada mereka. Sekiranya bapa mahu juga membayar, mestilah mendapat keizinan daripada anak itu. Cukup sekadar berkata kepada anak itu: izinkan ร„bah bayar zakat fitrah kamu ni?, lalu anaknya menjawab "saya izinkan". Selesai masalah.
Kitab Busyra al-Karim menyebutkan:

ู„ูˆ ู‚ุฏุฑ ุฃุญุฏู‡ู…ุง ุนู„ู‰ ู‚ูˆุช ูŠูˆู… ุงู„ุนูŠุฏ ูู‚ุท .. ู„ู… ุชุฌุจ ุนู„ู‰ ุฃุตู„ู‡ ูˆู„ุง ูุฑุนู‡ุŒ ุจู„ ูˆู„ุง ูŠุตุญ ุฅุฎุฑุงุฌู‡ุง ุนู†ู‡ ุฅู„ุง ุจุฅุฐู†ู‡ุŒ ูˆู‡ุฐุง ูƒุซูŠุฑ ุงู„ูˆู‚ูˆุนุŒ ูู„ูŠุชู†ุจู‡ ู„ู‡.
Ertinya: Sekiranya anak atau bapa mampu mendapatkan makanan mengenyangkan pada hari raya eidul fitri sahaja pun, maka tidak wajib keatas usul(bapa, datuk keatas) dan furuknya(anak cucunya) membayar zakat fitrah kepadanya. Bahkan tidak sah dikeluarkan untuk mereka melainkan dengan izin mereka. PERKARA INI BANYAK BERLAKU MAKA HENDAKLAH DI AMBIL PERHATIAN(.
Rujukan : Kitab Busyra al-Karim. Halaman : 514
Sila ambil perhatian bagi tuan/puan yang bermazhab Syafie.

24/01/2024

๐๐„๐Œ๐๐”๐Š๐€๐€๐ ๐๐€๐๐“๐”๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡๐€๐ ๐Ÿฅณ

In shaa Allah berbaki ๐Ÿ’ ๐ก๐š๐ซ๐ข lagi sebelum ๐๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก๐š๐ง dibukaa..

Stanby mokaliiii..

Siapakah yang wajib membayar Zakat Fitrah?Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Mala...
12/04/2023

Siapakah yang wajib membayar Zakat Fitrah?

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-60 yang bersidang pada 23 Oct 2003 telah membincangkan tentang Zakat Fitrah.

Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum zakat fitrah adalah wajib sekiranya cukup syarat wajib zakat fitrah iaitu:

- Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.

- Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.

- Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya

- Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenam matahari akhir Ramadhan

Nak bayar zakat? Tekan jer ----> https://me-qr.com/pmxapKuu

DI MANA ZAKAT FITRAH PERLU DIBAYAR?Zakat fitrah wajib dibayar berdasarkan kepada di mana seseorang itu berada ketika mas...
12/04/2023

DI MANA ZAKAT FITRAH PERLU DIBAYAR?

Zakat fitrah wajib dibayar berdasarkan kepada di mana seseorang itu berada ketika masuknya waktu wajib untuk zakat fitrah iaitu bermula pada malam hari raya sehingga sampai sebelum solat hari raya. Walaupun begitu, melihat kepada realiti semasa, dengan melihat pendapat ihtiyat iaitu mengawalkan sedikit masa pembayaran sama ada sehari atau dua hari mengikut apa yang dilakukan oleh para sahabat.

Justeru jika ketika itu kita masih berada di tempat kerja dan belum p**ang ke kampung, lebih elok baginya untuk dibayar di tempat kerjanya kerana ia bersifat yakin dan tahqiq sedangkan kep**angannya ke kampung masih lagi dalam bentuk sangkaan dzan yang mungkin tidak berlaku.

Begitu juga dengan pembayaran awal boleh menyelesaikan tanggungjawab dengan sebaik mungkin dan bukan dalam bentuk tergopoh-gapah atau mungkin berlaku sebarang halangan yang menyebabkan terlepasnya daripada menunaikan zakat fitrah pada waktu wajibnya.

Nak bayar zakat? Tekan jer ----> https://me-qr.com/pmxapKuu

Address

Kuarters Guru SMK Tembila, Kg. Pangkalan Kubur
Kampung Besut
1768C

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Amil Zakat Maidam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Amil Zakat Maidam:

Share