BADAR MRSM Kota Putra

BADAR MRSM Kota Putra Sekreteriat Kepimpinan Pelajar MRSM Kota Putra Ulul Albab . Badan Dakwah Rohani sesi 20/21 .

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh terus direct ke email rasmi kami di
[email protected]

🇲🇾✨
31/08/2022

🇲🇾✨

Hari Raya Aidiladha merupakan salah satu antara dua perayaan yang disambut oleh umat Islam sedunia. Hari Raya Korban ata...
10/07/2022

Hari Raya Aidiladha merupakan salah satu antara dua perayaan yang disambut oleh umat Islam sedunia. Hari Raya Korban atau Aidiladha ini jatuh pada hari kesepuluh bulan Zulhijjah, iaitu bulan terakhir dalam kalender Hijrah. Tarikh ini amat istimewa bagi umat Islam kerana dalam sejarah Islam, Nabi Adam dan isterinya, Hawa, telah turun ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, Mekah.

Hari Raya Aidiladha p**a, di mana ibadah korban dilaksanakan p**a adalah bagi umat Islam mengingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang hampir mengorbankan anaknya, iaitu Nabi Ismail atas ketaatannya terhadap perintah Allah S.W.T.

Nabi Ibrahim telah bermimpi berturut-turut selama tiga hari bahawa Allah telah memerintahkannya untuk menyembelih Nabi Ismail. Nabi Ibrahim pun memaklumkan mimpinya itu kepada Nabi Ismail dan bertanya apakah pendapat anaknya itu, lalu Nabi Ismail pun menjawab pada ayahnya untuk melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T.

Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail berserah dan taat melakukan perintah Allah S.W.T. Apabila mereka tiba di destinasi, Nabi Ibrahim membaringkan dan menutup mata Nabi Ismail seperti yang dirancang anaknya.

Tanpa melengahkan masa, Nabi Ibrahim pun mengangkat pedang dan memancung leher anaknya.

Darah percik pada badan Nabi Ibrahim, tetapi yang disembelihnya itu adalah seekor kibas dan bukan anaknya. Dengan memberi syukur kepada kebesaran Allah S.W.T, bapa dan anak pun berpeluk sambil memuji kebesaran kepada Tuhan.

Dari peristiwa inilah, umat Islam sedunia menyembelih binatang-binatang korban dan mengagihkannya kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Di samping itu, umat Islam turut disunatkan untuk memakai pakaian yang paling cantik serta bersih dan mengenakan wangian. Solat sunat Aidiladha digalakkan diawalkan waktunya berbanding dengan solat sunat Aidilfitri. Hal ini untuk memberi lebih banyak masa bagi penyembelihan korban. Selepas solat, upacara korban akan dimulakan.

Lembu dan haiwan sepertinya akan disembelih di pekarangan kawasan masjid dan dibahagi-bahagikan kepada orang ramai, terutamanya orang miskin.

Semoga perayaan pada tahun ini membawa seribu makna kepada seluruh umat Islam✨

Di dalam bulan Zulhijjah ini, terdapat satu hari yang dikatakan antara hari yang paling mulia di sisi Allah SWT iaitu ha...
08/07/2022

Di dalam bulan Zulhijjah ini, terdapat satu hari yang dikatakan antara hari yang paling mulia di sisi Allah SWT iaitu hari Arafah (9 Zulhijjah) kerana pada hari itulah agama Islam ini disempurnakan.

Terdapat hadith daripada riwayat Umar bin al-Khattab R.A bahawa suatu hari seorang lelaki Yahudi berkata kepadanya:

يَا أَمِيرَ الـمُؤْمِنِينَ، آيَةٌ فِي كِتَابِكُمْ تَـقْرَءُونَـهَا، لَوْ عَلَيْنَا مَعْشَرَ اليَهُودِ نَـزَلَتْ، لاَتَّخَذْنَا ذَلِكَ اليَوْمَ عِيدًا. قَالَ: أَيُّ آيَةٍ؟ قَالَ: {اليَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِينًا} قَالَ عُمَرُ: قَدْ عَرَفْنـَا ذَلِكَ اليَوْمَ، وَالـمَكَانَ الَّذِي نَـزَلَتْ فِيهِ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَهُوَ قَائِمٌ بِعَرَفَةَ يَوْمَ جُمُعَةٍ

Maksudnya: “Wahai Amirul Mukminin, ada satu ayat dalam kitab kamu yang sering kamu baca, jika ayat itu diturunkan kepada kami, nescaya kami akan jadikan hari turunnya ayat tersebut sebagai hari perayaan orang yahudi.”

Umar bertanya: “Ayat yang mana?”

Yahudi tersebut membacakan:

‘اليَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِينًا’

(Maksudnya: “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agama untuk kamu.”) [Surah al-Ma’idah: 3].

Umar menjawab: “Kami mengetahui hari dan di mana tempat ia diturunkan kepada Nabi SAW, iaitu ketika Baginda SAW sedang berdiri di ‘Arafah pada hari Jumaat’. ” (HR Bukhari dan Muslim)

Pada hari Arafah ini jugalah, para jemaah haji akan melaksanakan rukun haji yang paling penting iaitu berwukuf di padang Arafah.

✨من العائدين والفائزين Pihak badar mengucapkan selamat hari raya kepada seluruh warga MRSM Kota Putra. Semoga raya kali ...
01/05/2022

✨من العائدين والفائزين

Pihak badar mengucapkan selamat hari raya kepada seluruh warga MRSM Kota Putra. Semoga raya kali ini menjadi raya yang bermakna buat kita semua.
Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
- al-Baqarah : 185

Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Mala...
22/04/2022

Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.”

— Surah al-Qadr: 1-3

Selamat menunaikan ibadah puasa.Mari kita manfaatkan sebaik-baiknyabulan yang penuh berkat ini. Agar kelakkita menjadi o...
03/04/2022

Selamat menunaikan ibadah puasa.
Mari kita manfaatkan sebaik-baiknya
bulan yang penuh berkat ini. Agar kelak
kita menjadi orang yang benar-benar
mendapat kemenangan✨

Solat sunat witir dilaksanakan selepas solat sunat yang lain sebagai penutup. Semoga panduan tentang solat witir ini ber...
31/03/2022

Solat sunat witir dilaksanakan selepas solat sunat yang lain sebagai penutup. Semoga panduan tentang solat witir ini bermanfaat!

Solat tarawih merupakan solat sunat yang hanya dilaksanakan pada bulan Ramadan. Semoga panduan tentang solat tarawih ini...
31/03/2022

Solat tarawih merupakan solat sunat yang hanya dilaksanakan pada bulan Ramadan. Semoga panduan tentang solat tarawih ini bermanfaat!

Hanya beberapa hari berbaki sebelum ke bulan Ramadan. Sudah bersiap sediakah untuk berpuasa selama sebulan? Semoga info ...
31/03/2022

Hanya beberapa hari berbaki sebelum ke bulan Ramadan. Sudah bersiap sediakah untuk berpuasa selama sebulan? Semoga info ini bermanfaat!

semoga urusan calon SPM 2021 dipermudahkan dan semuanya berjalan dengan lancar insyaAllah✨aamiinn
01/03/2022

semoga urusan calon SPM 2021 dipermudahkan dan semuanya berjalan dengan lancar insyaAllah✨
aamiinn

بالتوفيق والنجاح ✨Selamat menjawab peperiksaan SPM 2021 kepada pelajar tingkatan 5.فَاِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى ال...
01/03/2022

بالتوفيق والنجاح ✨
Selamat menjawab peperiksaan SPM 2021 kepada pelajar tingkatan 5.
فَاِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللّٰهِ ۗ اِنَّ اللّٰهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِيْنَ

kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya
- Surah Ali Imran : 159

Address

MRSM Kota Putra, , Jalan Bukit Keluang
Kampung Besut
22200BESUT, TERENGGANU.

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:00
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BADAR MRSM Kota Putra posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to BADAR MRSM Kota Putra:

Share