Masjid Jamek Kg Chokoh

Masjid Jamek Kg Chokoh Sumbangan boleh disalurkan melalui Akaun Bank Masjid : BANK RAKYAT 11-0180418-6

Jagalah solatmu...
18/01/2026

Jagalah solatmu...



Tangan yang memberi tak kan rugi.....
18/01/2026

Tangan yang memberi tak kan rugi.....



Jom ke masjid..!
17/01/2026

Jom ke masjid..!



wholesale and tretailWholesale - Buy KOPIAH USTAZ ABDUL SOMAD KAIN BERKUALITI

AKTIVITI KARIAHMASJID JAMEK KAMPUNG CHOKOH27 Rejab 1447H | 17 Januari 2026 Alhamdhulillah, telah berlangsung Aktiviti Ka...
17/01/2026

AKTIVITI KARIAH
MASJID JAMEK KAMPUNG CHOKOH

27 Rejab 1447H | 17 Januari 2026

Alhamdhulillah, telah berlangsung Aktiviti Kariah Kampung Chokoh yang bertempat di kediaman tuan rumah, Encik Kamaruddin Bin Kasman.

Majlis dimulai dengan bacaan Surah Yasin yang diketuai oleh Tok Imam Shuib (Ketua Kampung), dibantu oleh Pembantu Imam iaitu Tok Imam Sidek, diikuti bacaan tahlil dan doa bersama.

Aktiviti ini jelas menzahirkan suasana kemeriahan silaturahim antara kalangan ahli kariah Kampung Chokoh.

Sumbangan boleh disalurkan melalui Akaun Bank Masjid : BANK RAKYAT 11-0180418-6



✨ JEMPUTAN TERBUKA ✨السَّلاَمُ عَلَيْكُمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُاللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَ...
14/01/2026

✨ JEMPUTAN TERBUKA ✨

السَّلاَمُ عَلَيْكُمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمٍَّد

Dengan penuh takzim, Muslimin dan Muslimat dijemput semua untuk menghadiri
Ceramah Khas Israk Mikraj.

🗓 Jumaat | 16 Januari 2026
⏰ 7.00 malam – 10.00 malam
📍 Masjid Jamek Kg Chokoh, Serkat Kukup, Pontian.

🎙 Penceramah Jemputan :
Ustaz Muhammad Yusri Bin Noor Ezat
Sarjana Muda Sains & Pendidikan
(Pengajian Islam)

🍲 Jamuan ringan disediakan.

🤲 Marilah kita bersama-sama menghayati peristiwa agung Israk Mikraj dan mengambil pengajaran untuk kehidupan seharian.

Semua dijemput hadir.

والسَّلاَمُ عَلَيْكُمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
آمِيّنْ آمِيّنْْ يَا رَبَّ العَـــالَمِيْن



13/01/2026

PERKEMBANGAN KOTA MEKAH

Paparan ini menunjukkan perkembangan kota Mekah dari masa ke masa, dijana oleh teknologi kecerdasan buatan (AI) berdasarkan rujukan sejarah.

Sumber : Smart Graphics



10/01/2026

Air tandas terpercik kena pakaian boleh ke solat guna pakaian itu..?



Tidak Berkurang Harta Yang Disedekah========== 1. Rasulullah mendidik umatnya agar tidak kedekut dengan harta dunia. Bah...
10/01/2026

Tidak Berkurang Harta Yang Disedekah
==========
1. Rasulullah mendidik umatnya agar tidak kedekut dengan harta dunia. Bahkan baginda amat yakin bahawa tidak akan berkurang harta orang yang bersedekah. Sabda Rasulullah ﷺ:

مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ، وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا، وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ للَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ

“Tidak akan berkurang harta orang yang bersedekah dan Allah akan menambahkan kemuliaan bagi orang yang memberi kemaafan. Begitu juga Allah akan mengangkat kedudukan seorang yang bersifat tawaduk.” (HR Muslim)

2. Malah Rasulullah ﷺ mendidik Saidatina Aisyah bahawa harta yang kita sumbangkan akan kekal sebagai amalan. Perkara ini difahami melalui dialog Rasulullah ﷺ bersama isterinya itu. Aisyah menceritakan kepada Rasulullah ﷺ bahawa Para Sahabat telah menyembelih kambing untuk sumbangan. Lalu Rasulullah ﷺ bertanya kepada Aisyah:

مَا بَقِيَ مِنها؟ قالت: مَا بَقِيَ مِنها إِلَّا كَتِفُهَا، قَالَ: بَقِي كُلُّهَا غَيرَ كَتِفِهَا

“Apakah masih berbaki kambing tadi wahai Aisyah? Aisyah menjawab: Tiada yang tinggal melainkan bahagian bahu sahaja. Lalu Rasulullah membetulkan kenyataan Aisyah: (bukan begitu Wahai Aisyah) kekal semuanya yang telah disumbangkan tadi (sebagai amalan) melainkan bahagian bahunya sahaja (yang tertinggal bukan sebagai amalan). (HR al-Tirmizi)

Perhatikan bagaimana Rasulullah ﷺ mendidik Aisyah agar faham bahawa bahagian yang kita sumbangkan akan kekal sebagai pahala di sisi Allah.

3. Malah sedekah dikatakan boleh membantu dalam menyembuhkan penyakit. Pesan Rasulullah ﷺ:

دَاوُوا مَرضاكُمْ بِالصَّدقةِ

“Rawatlah pesakit itu dengan sedekah.” (HR Abu Daud, dinilai Hasan)

4. Ya! Rasulullah ﷺ menasihati kita supaya bersedekah. Mudah-mudahan Allah berikan penawar buat sakit kita. Yang memberi dan menyembuhkan penyakit ialah Allah. Kita tidak tahu barangkali dengan sedekah yang kita sumbangkan buat mereka yang susah akan menyebabkan untuk Allah memberikan kesembuhan kepada kita. Dalam perihal memberi, Allah berfirman:

وَمَا تُقَدِّمُوا لِأَنْفُسِكُمْ مِنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِنْدَ اللَّهِ هُوَ خَيْرًا وَأَعْظَمَ أَجْرًا

“Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah.” (al-Muzammil, 20).

Semoga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Address

MASJID KAMPUNG CHOKOH
Kampong Serkat
82300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Jamek Kg Chokoh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Jamek Kg Chokoh:

Share

Category