KRT Taman Sebang Gemilang

KRT Taman Sebang Gemilang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KRT Taman Sebang Gemilang, Jalan persisiran pantai, pantai pengkalan balak, Kampong Masjid Tanah.

Alhamdulillah, suasana mesyuarat pemilihan AJK KRT Taman Sebang Gemilang yang telah berlangsung malam tadi berjalan deng...
25/04/2026

Alhamdulillah, suasana mesyuarat pemilihan AJK KRT Taman Sebang Gemilang yang telah berlangsung malam tadi berjalan dengan lancar dan penuh semangat muafakat.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Pegawai Perpaduan Daerah Alor Gajah yang memberikan sokongan serta panduan dalam memastikan proses pemilihan berjalan dengan teratur dan telus.

Terima kasih diucapkan kepada semua penduduk yang hadir dan memberikan kerjasama sepanjang mesyuarat berlangsung. Kehadiran dan komitmen anda semua membuktikan semangat kejiranan yang tinggi demi kesejahteraan taman kita bersama.

Tahniah diucapkan kepada barisan AJK yang telah dilantik bagi sesi baharu. Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan cemerlang.

Bersama kita memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian komuniti 🌹

LAPORAN RINGKAS PROGRAMMalam tadi telah diadakan Mesyuarat Akhir AJK KRT Taman Sebang Gemilang bagi sesi 2024–2026 sebag...
20/04/2026

LAPORAN RINGKAS PROGRAM

Malam tadi telah diadakan Mesyuarat Akhir AJK KRT Taman Sebang Gemilang bagi sesi 2024–2026 sebagai penutup bagi tempoh perkhidmatan jawatankuasa sedia ada.

Mesyuarat ini diadakan sebelum berlangsungnya Majlis Perlantikan AJK KRT baharu bagi sesi 2026–2029, sebagai proses peralihan kepimpinan yang teratur dan lancar.

Terima kasih diucapkan kepada semua AJK sesi 2024–2026 atas komitmen dan sumbangan sepanjang tempoh perkhidmatan. Semoga KRT sesi baharu dapat meneruskan kecemerlangan dalam memperkukuh perpaduan dan keharmonian komuniti.

Admin

Penutup Program WRUR.Program Sembang Santai bersama masyarakat India di Taman Sebang Gemilang yang berlangsung malam tad...
18/04/2026

Penutup Program WRUR.

Program Sembang Santai bersama masyarakat India di Taman Sebang Gemilang yang berlangsung malam tadi dari jam 8.00 malam hingga 11.00 malam telah berakhir dengan jayanya.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran YB serta mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk setempat.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga usaha ini dapat terus mengeratkan perpaduan dan keharmonian dalam komuniti.

PROGRAM JALINAN MESRA PERPADUAN  TABIKA PERPADUAN DAN TASKA PERPADUAN MENU SIHAT PERINGKAT ALOR GAJAH
18/04/2026

PROGRAM JALINAN MESRA PERPADUAN TABIKA PERPADUAN DAN TASKA PERPADUAN MENU SIHAT PERINGKAT ALOR GAJAH

📢 HEBAHAN KEPADA PENDUDUK TAMAN SEBANG GEMILANGAssalamualaikum dan salam sejahtera,Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Perlanti...
17/04/2026

📢 HEBAHAN KEPADA PENDUDUK TAMAN SEBANG GEMILANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Perlantikan Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga Taman Sebang Gemilang Sesi 2026–2029 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

🗓 Tarikh: 24 April 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 9.00 malam
📍 Tempat: Balai Raya Taman Sebang Gemilang

Mesyuarat ini akan turut dihadiri oleh Pegawai Perpaduan Daerah Alor Gajah.

Sehubungan itu, semua penduduk Taman Sebang Gemilang adalah dijemput hadir bagi bersama-sama menjayakan mesyuarat ini serta memilih barisan jawatankuasa baharu bagi sesi 2026–2029.

Kehadiran dan kerjasama anda amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

13/04/2026

𝐏𝐄𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐍 𝐆𝐀𝐃𝐄𝐊

Kerajaan Negeri Melaka di bawah Portfolio Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna ingin mempelawa usahawan-usahawan Negeri Melaka untuk bersama-sama menyertai Program Digital Platform E- Dagang yang akan dapat membantu usahawan memantau stok produk di bawah satu platform yang dikenali sebagai EasyStore.

Usahawan akan dibimbing dan diberi tunjuk ajar berkaitan cara penggunaan platform ini dengan baik.
Kerajaan Negeri juga akan membiayai kos penyertaan untuk kali pertama.

Semua usahawan yang berminat perlu menepati kriteria-kriteria seperti di bawah:

i. Mempunyai sijil SSM yang terkini;
ii. Mempunyai pembungkusan dan penjenamaan yang menarik;
iii. Mempunyai produk yang boleh dipasarkan melalui platform e-dagang;
iv. Mempunyai pensijilan yang berkaitan dan bersesuaian (halal, MeSTI, GAP, dll) dan
v. Mempunyai motivasi untuk pergi lebih jauh

Jangan Lepaskan Peluang Ini dan Daftar Sekarang! Tempat adalah terhad.
Hubungi : 0176570400 (Khairul) / 019-6645148 (Farah)

Ab Rauf Yusoh
VP Shanmugam


#谢守

13/04/2026

𝐏𝐄𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐍 𝐆𝐀𝐃𝐄𝐊 !

Jom para usahawan hadir ke Program Mini Karnival Usahawan Negeri Melaka sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dun Gadek pada 14 April 2026 (esok) di Taman Sebang Gemilang untuk rebut peluang ilmu, bantuan, pembiayaan serta bimbingan bagi memajukan perniagaan anda!

Bermula jam 9.30 pagi hingga 1 petang ✅

Jumpa anda semua di sana ya !

Ab Rauf Yusoh
VP Shanmugam


#谢守

Lawatan Kasih Bakul RahmahLawatan Kasih Bakul Rahmah telah diadakan pada pagi 11 April 2026 bersama AJK KRT Taman Sebang...
12/04/2026

Lawatan Kasih Bakul Rahmah

Lawatan Kasih Bakul Rahmah telah diadakan pada pagi 11 April 2026 bersama AJK KRT Taman Sebang Gemilang sebagai sebahagian daripada program perpaduan komuniti.

Lawatan ini telah diadakan di kediaman Saudara Shahrul di Jalan 9, Taman Sebang Gemilang sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada penduduk setempat.

Program ini mencerminkan semangat kebersamaan dan nilai kasih sayang dalam membantu golongan yang memerlukan di dalam komuniti.

Pihak KRT merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Semoga usaha murni seperti ini dapat diteruskan demi memperkukuhkan perpaduan dan kesejahteraan masyarakat.

Terima kasih.

Program Perpaduan KomunitiProgram perpaduan yang diadakan pada pagi ini di Homestay 7 Adik Beradik telah berlangsung den...
12/04/2026

Program Perpaduan Komuniti

Program perpaduan yang diadakan pada pagi ini di Homestay 7 Adik Beradik telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh semangat muafakat dan kebersamaan.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Exco perpaduan bersamaYB Exco Dun Gadek, sekaligus menyerlahkan komitmen dalam memperkukuhkan hubungan masyarakat setempat.

Dalam program ini, KRT Taman Sebang Gemilang telah diberi kepercayaan sebagai urusetia bagi pertandingan bola jaring yang melibatkan penyertaan sekolah-sekolah sekitar.

Pertandingan tersebut telah dimenangi oleh Sekolah Menengah Talib Karim yang muncul sebagai johan, manakala acara turut diadakan di Sekolah Kebangsaan Ganun.

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Semoga program seperti ini dapat terus memperkukuhkan perpaduan dan semangat kerjasama dalam kalangan komuniti.

Tahniah dan terima kasih kepada semua.

Address

Jalan Persisiran Pantai, Pantai Pengkalan Balak
Kampong Masjid Tanah
78300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRT Taman Sebang Gemilang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to KRT Taman Sebang Gemilang:

Share