Akademi Integrasi Alfalah AITAF - Fast Track SPM

  • Home
  • Akademi Integrasi Alfalah AITAF - Fast Track SPM

Akademi Integrasi Alfalah AITAF - Fast Track SPM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Akademi Integrasi Alfalah AITAF - Fast Track SPM, Religious organisation, Lot 1382, Jalan Besar Batu 7 Ijok, .
(1)

Akademi Integrasi Alfalah AITAF menyediakan pelbagai program Fast Track SPM dan latihan pembangunan insan dan akademik khususnya pelajar aliran madrasah dan huffaz Al-Quran.

17/07/2026
🔥⚽ FITS 9.0 EDISI KHAS – WORLD CUP 2026 ⚽🔥Alhamdulillah, Kejohanan FITS 9.0 Edisi Khas World Cup 2026 telah berlangsung ...
15/07/2026

🔥⚽ FITS 9.0 EDISI KHAS – WORLD CUP 2026 ⚽🔥

Alhamdulillah, Kejohanan FITS 9.0 Edisi Khas World Cup 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 12 Julai 2026.

Ribuan terima kasih kepada semua madrasah, peserta, guru, urus setia dan penyokong yang bersama-sama memeriahkan kejohanan ini. Semangat kesukanan, ukhuwwah dan kerjasama yang dipamerkan sepanjang kejohanan amat membanggakan. 💪⚽

🏆 Sekalung tahniah kepada pelajar - pelajar AITAF yang mewakili 🇳🇱 Belanda (Netherlands) kerana berjaya merangkul Naib Johan dalam kejohanan kali ini.

Kejayaan ini bukan sekadar satu pencapaian di atas padang, malah menjadi bukti bahawa disiplin, semangat berpasukan dan usaha yang berterusan mampu membuahkan hasil.

Jumpa lagi di FITS yang seterusnya! 🔥⚽

🏆 PROGRAM SUKAN TAHUNAN AITAF 2026 🏆Alhamdulillah, Program Sukan Tahunan AITAF 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 11 J...
15/07/2026

🏆 PROGRAM SUKAN TAHUNAN AITAF 2026 🏆

Alhamdulillah, Program Sukan Tahunan AITAF 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 11 Julai 2026 (Sabtu), dari 8.15 pagi hingga 12.30 tengah hari di Padang, Ijok.

Majlis telah dirasmikan oleh YB Tuan Rodzaidi bin Kamarudin, Pegawai Kerja, Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Program ini menjadi platform untuk memupuk semangat kesukanan, mengeratkan silaturahim serta memperkukuh semangat kerjasama dalam kalangan warga AITAF.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua jawatankuasa, peserta, penyokong dan pihak yang telah memberikan komitmen serta kerjasama dalam menjayakan program ini.

Tahniah kepada para pemenang dan syabas kepada semua peserta. Semoga semangat kebersamaan yang terjalin terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan AITAF.

🌿 PROGRAM MERENTAS DESA IICe KALI KE-3 | SESI 2026 🌿Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Merentas Des...
29/06/2026

🌿 PROGRAM MERENTAS DESA IICe KALI KE-3 | SESI 2026 🌿

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Merentas Desa IICe Kali Ke-3 pada 24 Jun 2026 (Rabu) yang melibatkan seluruh warga AITAF & FIVE BEST.

Program ini bukan sekadar aktiviti sukan, malah menjadi medan untuk membentuk pelajar yang sihat tubuh badan, cergas minda, berdisiplin serta mempunyai semangat kesukanan dan ukhuwah yang tinggi.

✨ Antara objektif program:

🏃 Memupuk budaya hidup sihat dan aktif.
💪 Meningkatkan tahap kecergasan fizikal pelajar.
🤝 Mengukuhkan ukhuwah serta semangat kerjasama dalam kalangan warga IICe.
🌱 Membina sahsiah pelajar yang berdaya tahan, berdisiplin dan bersemangat.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh barisan pengurusan, guru, kakitangan, serta para pelajar yang telah memberikan komitmen dan kerjasama sepanjang program berlangsung.

Semoga segala usaha yang dilaksanakan menjadi asbab lahirnya generasi yang cemerlang dari aspek akademik, sahsiah, kesihatan dan kepimpinan, selari dengan hasrat melahirkan insan yang seimbang dunia dan akhirat.

"Sihat Jasmani, Cerdas Minda, Teguh Ukhuwah."

📚 PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU AITAF SESI 2027/2028 📚✨ Ingin menyambung pengajian Tahfiz sambil memperoleh SPM?Kini peluan...
18/06/2026

📚 PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU AITAF SESI 2027/2028 📚

✨ Ingin menyambung pengajian Tahfiz sambil memperoleh SPM?
Kini peluang terbuka luas untuk melahirkan generasi Huffaz yang cemerlang dalam akademik, berakhlak mulia dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

🎓 AITAF membuka pendaftaran bagi program:
✅ Fast Track SPM
✅ Pra SPM (Turath)
✅ E-Fast Track SPM

🌟 Mengapa memilih AITAF?
📖 Penekanan kepada Al-Quran dan akademik secara seimbang
🕌 Pembinaan sahsiah, adab dan karakter Muslim unggul
👨‍🏫 Dibimbing oleh tenaga pengajar berpengalaman
💻 Pilihan pembelajaran secara bersemuka atau online
📚 Fokus kepada subjek teras SPM dengan modul yang tersusun

👥 Sesuai untuk:

Lepasan Tahfiz
Pelajar Madrasah
Pelajar Pondok
Asatizah Tahfiz
Golongan dewasa yang ingin menduduki SPM

🏆 Rebut peluang menyertai institusi yang komited melahirkan huffaz berkualiti, berilmu dan berdaya saing demi kecemerlangan dunia serta akhirat.

📍 TEMPAT PENGAJIAN

🏫 Akademi Integrasi Tahfiz AlFalah (AITAF)
Lot 1382, Jalan Besar Batu 7 Ijok
45620 Kuala Selangor, Selangor.

📲 Daftar sekarang! Tempat adalah terhad.

☎️ 016-211 3424
🌐 www.aitaf.edu.my

Address

Lot 1382, Jalan Besar Batu 7 Ijok

45620

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 18:00
Friday 08:00 - 18:00
Saturday 08:00 - 18:00

Telephone

+60162113423

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Integrasi Alfalah AITAF - Fast Track SPM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Akademi Integrasi Alfalah AITAF - Fast Track SPM:

Shortcuts

  • Want your place of worship to be the top-listed Place Of Worship?

Share