KOPAH KOPAH ada menyediakan perkhidmatan mengukur & menetapkan arah kiblat di premis kediaman, bangunan da

Kuala Lumpur: Tiada kaitan langsung dengan kiamat. Itu kesimpulannya selepas tular fenomena kononnya matahari terbit di ...
18/06/2021

Kuala Lumpur: Tiada kaitan langsung dengan kiamat. Itu kesimpulannya selepas tular fenomena kononnya matahari terbit di sebelah utara dan mendakwa berlaku perubahan kiblat untuk umat Islam.

Dakwaan itu dikuatkan lagi dengan sebuah video dirakam di Sulawesi Selatan, Indonesia yang menyatakan bahawa penduduk di kawasan berkenaan merakam fenomena terbitnya matahari di sebelah utara.

Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Mohd Razlan Ahmad berkata, ia fenomena biasa terutamanya di kawasan Jenepoto, Sulawesi Selatan, lokasi rakaman video tular itu dibuat seperti mana yang dimaklumkan oleh pihak Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Makassar.

SUMBER : HARIAN METRO

BACA PENUH : ๐Ÿ‘‡

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/06/719603/matahari-terbit-di-sebelah-utara-bukan-petanda-kiamat

  Peluang Menyemak Ketepatan Arah KiblatPeralatan yang diperlukan:1. Kayu lurus (Sebaiknya yang ada tapak @ boleh berdir...
28/05/2021

Peluang Menyemak Ketepatan Arah Kiblat

Peralatan yang diperlukan:

1. Kayu lurus (Sebaiknya yang ada tapak @ boleh berdiri tegak)
2. Masking Tape
3. Pen Marker

Cara-cara:

1. Pada 28 Mei 2021 Jumaat (hari ini) , tepat jam 5.16 petang
2. Pacakkan / Letakkan kayu lurus tersebut di kawasan yang ada sinaran matahari (ada bayang-bayang).
3. Pastikan hari tidak mendung/hujan.
4. Lekatkan masking tape lurus mengikut bayang2 kayu tersebut.
5. Gunakan pen marker untuk tulis/tandakan arah kiblat.
6. Bayang-bayang adalah ke arah timur, maka kiblat adalah yang di arah bertentangan.
7. Selesai tanda arah kiblat yang tepat.

Setelah siap tanda arah kiblat, boleh lah kita semak ketepatan Apps Arah Kiblat di smartphone yang sering kita ragu2 tu๐Ÿ˜Š (tertakluk juga keadaan fungsi GPS di peranti).

Penerangan :
Fenomena Istiwa A'dzam ialah kedudukan Matahari tepat berada di atas Kaabah pada 28 Mei.
Pada waktu yang sama, di Mekah iaitu di Kaabah (jam 12.16pm Waktu Mekah) berlaku fenomena 'Hari Tanpa Bayang' kerana matahari tepat berada di atas Kaabah.

Istiwa A'dzam berlaku 2 kali dalam setahun iaitu pada 28 Mei jam 5.16pm dan 16 Julai jam 5.28pm. (Tahun lepas : 27 Mei & 15 Julai)

Di Terengganu insya-Allah cahaya baik setakat ni..Negeri-negeri lain macam mana ya?

Sumber : JAKIM

26/05/2021

Insya-Allah malam ni akan berlaku satu fenomena alam, untuk menunjukkan bukti kekuasaan Allah swt. Apa yang dianjurkan oleh baginda Rasululla saw, apabila berlakunye sesuatu gerhana, maka disunatkan umat islam, untuk mendirikan 2 rakaat solat sunat gerhana. Caranya bagaimana?

Ikuti penjelasan berkaitan tatacara solat sunat gerhana bulan.

Solat gerhana bulanSolat kusuf atau khusuf disyariatkan oleh Islam melalui hadis Rasulullah S.A.W berdasarkan sabda Nabi...
26/05/2021

Solat gerhana bulan

Solat kusuf atau khusuf disyariatkan oleh Islam melalui hadis Rasulullah S.A.W berdasarkan sabda Nabi S.A.W ketika berlaku gerhana matahari pada hari kewafatan anak Baginda S.A.W, iaitu Ibrahim:

โ€โ€ "ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ุดู‘ูŽู…ู’ุณูŽ ูˆูŽุงู„ู’ู‚ูŽู…ูŽุฑูŽ ุขูŠูŽุชูŽุงู†ู ู…ูู†ู’ ุขูŠูŽุงุชู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰ ู„ุงูŽ ูŠูŽู†ู’ูƒูŽุณูููŽุงู†ู ู„ูู…ูŽูˆู’ุชู ุฃูŽุญูŽุฏู ูˆูŽู„ุงูŽ ู„ูุญูŽูŠูŽุงุชูู‡ู ูˆูŽู„ูŽูƒูู†ู‘ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ุนูŽุฒู‘ูŽ ูˆูŽุฌูŽู„ู‘ูŽ ูŠูุฎูŽูˆู‘ููู ุจูู‡ูู…ูŽุง ุนูุจูŽุงุฏูŽู‡ู โ€โ€"โ€โ€ โ€โ€.โ€โ€

Maksudnya: โ€œSesungguhnya matahari dan bulan ialah dua tanda daripada tanda tanda kebesaran Alah, kedua duanya gerhana tidak disebabkan kematian atau hidupnya seseorang. Apabila kamu melihat kedua duanya (gerhana), maka hendaklah kamu berdoa kepada Allah dan solatlah kami sehingga keadaan ini kembali pulih.โ€

Hadis ini juga menganjurkan untuk kita bersolat dan berdoa kepada Allah ketika berlaku gerhana.
Akan tetapi Ulama berselisih pendapat berkenaan hukumnya dan terbahagi kepada tiga hukum.
1. Fardu Ain
2. Fardu kifayah
3. Sunat Muakkad

Adapun yang lebih tepat adalah sunat muakkad, iaitu solat yang amat dituntut.

Cara Solat Gerhana

Solat Sunat gerhana dilaksanakan sebanyak dua rakaat sebagaimana solat sunat biasa tanpa perlu Iqamat atau azan, tetapi cukup sekadar ucapan (ุงู„ุตู‘ูŽู„ุงูŽุฉู ุฌูŽุงู…ูุนูŽุฉ). Adapun cara perlaksanaan solat gerhana terdapat beberapa riwayat melalui hadis Nabi S.A.W, tetapi paling masyhur ialah solat dua rakaat dengan empat kali rukuk dan empat kali sujud. Cara ini berdasarkan riwayat yang sahih daripada Aisyah r.a dan Ibnu Anas r.a.

ุฃู† ุงู„ู†ุจูŠ -ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…- ุฌู‡ุฑ ููŠ ุตู„ุงุฉ ุงู„ูƒุณูˆู ุจู‚ุฑุงุกุชู‡ุŒ ูุตู„ู‰ ุฃุฑุจุน ุฑูƒุนุงุช ููŠ ุฑูƒุนุชูŠู†ุŒ ูˆุฃุฑุจุน ุณุฌุฏุงุช

Maksudnya: Sesungguhnya Nabi S.A.W menyaringkan bacaannya dalam solat gerhana, maka baginda SAW solat sebanyak empat kali rukuk dalam dua rakaat dan empat kali sujud.

Dalam satu hadis riwayat Ibnu Abbas menjelaskan kaifiat (cara perlaksanaan) solat gerhana.

1. Qiyam:
Rasulullah SAW memulakan solat gerhana dengan qiyam(berdiri) yang panjang. Panjangnya qiyam itu dianggarkan sepanjang bacaan Surah Al Baqarah yang merangkumi dua juzuk setengah Al Quran. Ulama membuat anggaran masa lebih kurang dua jam setengah.

2. Rukuk:
Kemudian diikuti dengan rukuk yang panjang. Dalam rukuk ini Baginda membaca tasbih yang dianggarkan panjangnya sepanjang bacaan 100 ayat.

3. Qiyam:
Seterusnya baginda bangkit untuk qiyam yang kedua. Akan tetapi bacaan dalam qiyam

4. Rukuk:
rukuk yang kedua ini tidak sepanjang bacaan dalam qiyam dan rukuk pertama.

5. Sujud:
Seterusnya Baginda sujud sebanyak dua kali

6. Diulang dengan perbuatan yang sama seperti rakaat pertama pada rakaat yang kedua. Akan tetapi kadar bacaannya lebih pendek dari rakaat yang pertama.

Sebaik memberi salam, baginda berpaling menghadap orang ramai dan ketika itu keadaan kembali pulih dan gerhana telah hilang. Kemudian Nabi SAW berkhutbah.

Berjemaah atau sendirian?

Boleh dilaksanakan secara berjemaah atau sendirian, tetapi yang paling afdal adalah secara berjemaah berdasarkan amalan Rasulullah S.A.W.

Kesimpulannya, banyakkan berdoa dan mendekatkan diri kepada Allah apabila berlaku sesuatu yang menunjukkan kebesaran Allah SWT. Berdoalah dalam keadaan khusyuk dan merendah diri di hadapan Allah SWT.

KOPAH
26 Mei 2021

10/03/2021
07/01/2021

Pengumuman:
Buat masa ni, pihak KOPAH hanya mengambil booking dahulu untuk sahabatยฒ yang duduk di sekitar K. TRG & K. NERUS sahaja.

Address

Kampong Gong Badak
21300

Opening Hours

Friday 08:30 - 19:00
Saturday 08:30 - 19:00

Telephone

+60106314857

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KOPAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share