Projek Pembangunan Surau Al-Ansar, Taman Lesung Batu Emas

Projek Pembangunan Surau Al-Ansar, Taman Lesung Batu Emas Jom kita bersama-sama menyumbang kepada pembangunan surau ini demi kesejahteraan ummah.

Segala bantuan yang anda hulurkan akan dirahmati Allah SWT dan menjadi pelaburan akhirat yang tidak ternilai.

1/3/2025 Sabtu: Gotong royong membersihkan surau sementara yang akan diserahkan semula kepada pemilik. Alhamdulillah, te...
01/03/2025

1/3/2025 Sabtu: Gotong royong membersihkan surau sementara yang akan diserahkan semula kepada pemilik. Alhamdulillah, terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Dr Mohamad Amir & seisi keluarga MP76 atas keikhlasan dan kemurahan hati yang telah mewaqafkan rumah ini untuk dijadikan surau sementara. Semoga Allah SWT membalas segala amal kebajikan ini dengan ganjaran yang berlipat ganda.🤲🏼

Alhamdulillah, pada 28/2/2025 Surau Al-Ansar TLBE telahpun diimarahkan dgn solat magrib & isyak. Seusai fardhu, ajk pena...
01/03/2025

Alhamdulillah, pada 28/2/2025 Surau Al-Ansar TLBE telahpun diimarahkan dgn solat magrib & isyak. Seusai fardhu, ajk penaja telah bermesyuarat bagi status perkembangan surau dan juga program-program yang akan dijalankan seiring dengan bulan ramadan nanti.

Alhamdulillah pada jam 3.00pm 23/2/2025(Ahad) ukwah beramai-ramai bergotong royong membersihkan surau untuk diimarahkan ...
23/02/2025

Alhamdulillah pada jam 3.00pm 23/2/2025(Ahad) ukwah beramai-ramai bergotong royong membersihkan surau untuk diimarahkan pada seawal bulan Ramadhan yang bakal tiba beberapa hari lagi. InsyaAllah

Alhamdulillah gambar progres terkini. Fasa 1 iaitu bangunan surau hampir siap utk digunakan pada awal ramadhan tahun 202...
22/02/2025

Alhamdulillah gambar progres terkini. Fasa 1 iaitu bangunan surau hampir siap utk digunakan pada awal ramadhan tahun 2025 nanti. InsyaAllah

Teruskan sumbangan derma/infaq tuan puan ke Akaun Agro Bank : 1-00-5611-00006006-0

Perkembangan semasa: 12/01/2025 @ Sabtu - Alhamdulillah pagi ni En Azhar update gambar semasa projek surau kita. Hampir ...
12/01/2025

Perkembangan semasa:

12/01/2025 @ Sabtu - Alhamdulillah pagi ni En Azhar update gambar semasa projek surau kita. Hampir 65% sudah siap berdasarkan jumlah keseluruhan projek. Jom berinfaq beramai-ramai agar projek ini berjalan sehingga siap tidak lama lagi.

InsyaAllah derma & infaq dari semua yang berterusan dapat menyiapkan projek ini secepat mungkin bagi menggantikan surau sementara yg sedia ada. Aamiin

Pengerusi Jawatankuasa Penaja Pembinaan Surau Al-Ansar Taman Lesung Batu Emas, En Mohd Yassir turun padang mengagihkan t...
28/11/2024

Pengerusi Jawatankuasa Penaja Pembinaan Surau Al-Ansar Taman Lesung Batu Emas, En Mohd Yassir turun padang mengagihkan tabung sementara ke Masjid Lendu yang akan diletakkan pada setiap hari Jumaat. Tabung-tabung sementara ini juga telah diletakkan ke masjid-masjid berikut dalam usaha menambah sumbangan derma dan infaq :-

1. Masjid al-Rasyidin
2. Masjid Luqmanul Hakim, Sungai Petai
3. Masjid al-Hasaniah, Bukit Bulat
4. Masjid Khalid al-Walid, Kg Ayer Pasir
5. Masjid al-Ikhwan, Kemuning
6. Masjid Nurul Faizin, Menggong
7. Masjid al-Aman, Kelemak
8. Masjid al-Hijrah, Hutan Percha
9. Masjid Imam Muslim, Belimbing Dalam
10. Masjid ar-Rahman, Parit Melana
11. Masjid Umar al-Khattab, Lendu
12. Masjid al-Sultan Abdullah, Masjid Tanah
13. Masjid Salmah Khamis, Masjid Tanah
14. Masjid Melaka Pindah
15. Masjid al-Mujib
16. Masjid al-Azim

Perkembangan semasa: 27/11/2024 @ Rabu - Alhamdulillah progres kerja-kerja pemasangan genting/bumbung hampir siap sepenu...
27/11/2024

Perkembangan semasa:

27/11/2024 @ Rabu - Alhamdulillah progres kerja-kerja pemasangan genting/bumbung hampir siap sepenuhnya. Semoga diteruskan sumbangan derma & infaq tuan puan.

InsyaAllah derma & infaq dari semua yang berterusan dapat menyiapkan projek ini secepat mungkin bagi menggantikan surau sementara yg sedia ada. Aamiin

Perkembangan semasa: 7/11/2024 jam 11.30pg - Lawatan Projek Pembangunan Surau Al-Ansar oleh Datuk Penghulu Arif bin Hj O...
07/11/2024

Perkembangan semasa:

7/11/2024 jam 11.30pg - Lawatan Projek Pembangunan Surau Al-Ansar oleh Datuk Penghulu Arif bin Hj Omar yang merupakan Penghulu DUN Machap Jaya ditemani oleh wakil AJK Tn Hj Danial. Alhamdulillah kerja-kerja memasang rangka bumbung telah hampir siap.

InsyaAllah semoga derma & infaq dari semua yang berterusan dapat menyiapkan projek ini secepat mungkin bagi menggantikan surau sementara yg sedia ada. Aamiin

27/10/2024
Perkembangan semasa: Alhamdulillah pada harini 27/10/2024 pemantauan oleh En Azhar selaku AJK Teknikal Projek Pembanguna...
27/10/2024

Perkembangan semasa:

Alhamdulillah pada harini 27/10/2024 pemantauan oleh En Azhar selaku AJK Teknikal Projek Pembangunan Surau Al-Ansar bersama wakil pemaju bagi melihat kerangka bumbung yang telah dipasang. Material jubin bumbung juga telah onsite.

InsyaAllah semoga derma & infaq dari semua yang berterusan dapat menyiapkan projek ini secepat mungkin bagi menggantikan surau sementara yg sedia ada. Aamiin

Assalamu'alaikum W.B.T....STATUS PEMBINAAN SURAU AL-ANSAR, TAMAN LESUNG BATU EMAS, ALOR GAJAH• Sekadar makluman rakan-ra...
18/10/2024

Assalamu'alaikum W.B.T....
STATUS PEMBINAAN SURAU AL-ANSAR, TAMAN LESUNG BATU EMAS, ALOR GAJAH

• Sekadar makluman rakan-rakan berkenaan perkembangan projek pembinaan Surau Al-Ansar, Taman Lesung Batu Emas, Alor Gajah yang pernah saya iklankan sebelum ini bagi tujuan kutipan dana pembinaan.

• Mewakili AJK Penaja & seluruh warga muslim penduduk taman mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan/puan yg sentiasa memberi sokongan dari segi kata-kata semangat, doa & wang ringgit bagi merialisasikan impian kami utk memiliki surau bagi tujuan ibadah penduduk setempat.

• Kami menjangkakan pembinaan bangunan utama surau ini dapat disempurnakan menjelang bulan Ramadan tahun 2025 bagi kegunaan solat tarawih. Utk makluman semua, kos pembinaan bangunan utama (ruang solat) surau ini berjumlah RM533,000.

• Namun demikian, jumlah dana terkumpul masih lagi belum mencukupi. Oleh yg demikian AJK Penaja mempelawa tuan/puan yg dikurniakan lebihan rezeki dr segi wang ringgit apalah kiranya dapat terus memberi sokongan supaya proses pembinaan surau ini dapat disempurnakan.

* No. Akaun Bank/QR Code surau * (sila rujuk gambar)

• Hanya Allah sahaja yg dapat membalas jasa baik tuan/puan dgn sebaik2 balasan & sentiasa dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yg berpanjangan serta dipermudahkan urusan dunia akhirat.

Address

Jalan Lesung Batu Emas
Kampong Alor Gajah
78000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Projek Pembangunan Surau Al-Ansar, Taman Lesung Batu Emas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share