Masjid Kariah Bangi-MKB

Masjid Kariah Bangi-MKB Page ini merupakan laman rasmi Masjid Kariah Bangi. Alamat :
Masjid Kariah Bangi,43000 Kajang,Selangor Laman Rasmi bagi Masjid Kariah Bangi.

Alamat Masjid:Masjid Kariah Bangi, Bangi, 43000 Kajang, Selangor DE. Slogan:Jom Solat Berjemaah! Segala aktiviti masjid akan dikongsikan di sini. Cadangan anda untuk memantapkan aktiviti masjid sangat dialu-alukan.

27/05/2026

UCAPAN TERIMA KASIH

Pihak Masjid Pekan Bangi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh peserta korban, petugas, sukarelawan serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan Program Ibadah Korban pada hari ini.

Segala kerjasama, pengorbanan tenaga dan masa yang diberikan amat dihargai dan semoga segala amal ibadah diterima serta dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT.

“Bersama mengimarahkan ibadah, menyemai ukhuwah dan berkongsi rezeki.”

Terima kasih atas komitmen semua pihak. Semoga kita dipertemukan lagi dalam ibadah korban akan datang.

26/05/2026
Makluman Solat Sunat Aidiladha 1447H / 2026MAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Dimaklumkan bahawa Solat Sunat Ai...
25/05/2026

Makluman Solat Sunat Aidiladha 1447H / 2026M

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dimaklumkan bahawa Solat Sunat Aidiladha bagi kawasan Kariah Bangi akan diadakan seperti ketetapan berikut:

🗓️ Tarikh: 27 Mei 2026 (Rabu)

🕗 Masa: 8.00 pagi

📍 Lokasi Solat Pilihan:

1. Masjid Kariah Pekan Bangi

2. Surau Al Ibtidaiyah Batu 6 Bangi

3. Surau Ar Raudah Bangi Villa

4. Madrasah Al Hamidiah Kg Bahagia

5. Surau Riyadus Solihin Bangi Avenue

✨ Marilah kita bersama-sama menghidupkan syiar Aidiladha dengan bertakbir, bertahmid dan bertasbih.

“Jom Solat Aidiladha” 🌙

Salam Aidiladha daripada Masjid Kariah Bangi.

13/05/2026
12/05/2026

🔴 [SIARAN LANGSUNG] KULIAH MAGHRIB KHAS - "WASIAT PERKUKUH SILATURAHIM JARIAH YANG MENGALIR" SEMPENA KEMPEN WASIAT DHUYUFURRAHMAN NEGERI SELANGOR 2026

Jom saksikan sekarang LIVE bersama Ustaz Mohd Hilmi bin Jamaluddin, Ketua Zon Baitulmal Daerah Hulu Langat & Sepang.

Link siaran langsung:
⬇️⬇️⬇️
https://www.facebook.com/share/v/1DsYQusq48/

"Jiwa Tiada Gundah, Ibadah Jadi Mudah"

Address

Masjid Kariah Bangi
Kajang
43000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Kariah Bangi-MKB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share