17/03/2026
๐๐๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ก๐๐ญ๐๐ฆ ๐๐ฅ-๐๐ฎ๐ซ๐๐ง ๐๐๐ซ๐๐๐ง๐ ๐๐๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐๐ญ ๐๐ฎ๐ซ๐๐ฎ ๐๐ฌ-๐๐ฒ๐๐ค๐ข๐ซ๐ข๐ง, ๐๐๐ฆ๐๐ง ๐๐๐ฃ๐๐ง๐ ๐๐ซ๐ข๐ฆ๐ ๐๐๐ ๐ข ๐๐๐ก๐ฎ๐ง ๐๐๐๐๐ / ๐๐๐๐๐.
Alhamdulillah, pada ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ (๐๐ก๐๐) yang lalu, selepas solat tarawih, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Khatam Al-Quran Perdana Peringkat Surau As-Syakirin Taman Kajang Prima bagi Tahun 1447H / 2026M.
Majlis dimulakan dengan Khatam Al-Quran dan bacaan doa khatam yang dipimpin oleh Imam 1, Ustaz Wan Hilmy, dalam suasana penuh khusyuk dan keberkatan.
Program kemudiannya diteruskan dengan penyampaian saguhati kepada para peserta tadarus lelaki dan wanita sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan kesungguhan mereka sepanjang bulan Ramadan.
Turut disampaikan saguhati kepada Imam Tarawih, bilal serta para petugas yang telah banyak menyumbang tenaga dalam menjayakan program ihya Ramadan di Surau As-Syakirin pada tahun ini.
Terdahulu, peserta tadarus muslimat terlebih dahulu telah jalankan Majlis Khatam peringkat Muslimah sehari sebelum majlis khatam perdana ini berlangsung.
Semoga segala amal ibadah yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT dan menjadi asbab keberkatan serta ganjaran yang berpanjangan buat semua.