Masjid Sungai Ramal Luar

Masjid Sungai Ramal Luar Assalamualaikum
Semoga Allah SWT memberkati segala usaha kami untuk memakmurkan MSRL.

Dengan membuat hebahan melalui media sosial ini agar komuniti sekitar lebih mesra dan hadir solat berjemaah di masjid dan mengikuti segala program yang dijalankan.

KULIAH DHUHA MUSLIMATAlhamdulillah selesai Kuliah Dhuha bertarikh 25 April (Sabtu) 2026 yang penuh Barokah disampaikan o...
25/04/2026

KULIAH DHUHA MUSLIMAT

Alhamdulillah selesai Kuliah Dhuha bertarikh 25 April (Sabtu) 2026 yang penuh Barokah disampaikan oleh Ustazah Hajah Siti Khadijah Din bertajuk “Kebesaran dan Keagungan Solat” Siri 2.

Majlis ilmu ini merupakan kuliah ketiga sebagai kesinambungan dari dua siri kuliah yang lalu. Hampir 40 jemaah muslimah dari kariah Sg Ramal dan kariah dari luar turut hadir menimba ilmu serta menjayakannya.

Antara kupasan beliau ialah keutamaan peranan dalam solat iaitu mewujudkan rasa kehambaan dalam diri.

Beliau turut menekankan pergerakan dalam solat agar dapat dilaksanakan dengan penuh kesungguhan bertemu Allah bermula dari gerakkan takbir dengan sopan, tidak laju dan tergesa-gesa, serta dituntut solat dalam keadaan penuh berakhlak dan beradab.

Antara peranan lain dalam solat yang terdapat pada kalimat syahadah, keutamaan peranan jari telunjuk diangkat memberi manfaat menuju ke jantung, selain itu, menghayati kalimat tahiyat agar lebih faham kalimat mengagungkan Allah.

Jika kita berakhlak ketika dlm solat, maka kita juga akan berlemah lembut dgn org lain, kerana kita menjaga hubungan murni dgn Allah.
Kita akn malu berkasar dgn manusia.

Semoga majlis ini menambah kefahaman dan keimanan muslimah yang hadir tentang ibadah solat dan peranannya seterusnya membuahkan hasil yang memberi manfaat kepada ummah.

Sekalung penghargaan kepada semua AJK Muslimat dn semua JK biro yang telah menjayakan majlis.

Jazakumullahukhairan.

Assalamualaikum wbt,Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt Majlis Meraikan Duyufurrahman bakal Haji 1447 H / 2026 dika...
19/04/2026

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt Majlis Meraikan Duyufurrahman bakal Haji 1447 H / 2026 dikalangan anak Kariah Masjid Sungai Ramal Luar telah diadakan pada 27 Syawal 1447 H / 16 April 2026.

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghormatan dan doa restu buat para bakal jemaah haji yang akan berangkat ke Tanah Suci.

Semoga para bakal haji dikurniakan haji yang mabrur dan dipermudahkan segala urusan.


18/04/2026

Majlis Jamuan Terbuka Aidilfitri 1447H / 2026 M MSRL

*Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh**PERBAIKI SOLATMU , MAKA ALLAH AKAN PERBAIKI HIDUPMU*- Kebaikan seseorang ham...
01/04/2026

*Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh*

*PERBAIKI SOLATMU , MAKA ALLAH AKAN PERBAIKI HIDUPMU*

- Kebaikan seseorang hamba itu, bermula daripada membaiki sembahyangnya..
- Apabila sembahyang itu sempurna lahir dlm batinnya khusyuk, khuduk, tadharuk dan faham apa yang dibaca..
- Rahmat dan berkat akan mencurah-curah..
- ALLAH SWT akan bersihkan jiwa hamba itu..
- Dia akan masukkan hidayah ke dalam hatinya..

Dijemput semua muslimat ke majlis:

*Kuliah Dhuha "Kebesaran dan Keagungan Solat : Bahagian 2 anjuran Biro Muslimat Masjid Sg Ramal Luar*

* *Tarikh:* 25 April 2026
* *Masa:* 9.30-11.00 pagi
* *Hari:* Sabtu
* *Tempat:* Dewan Solat Utama Masjid Sg Ramal Luar Kajang

*Macam mana nak daftar*❓❓

📲 *Tekan link* untuk *Daftar Kehadiran* 👇

https://forms.gle/RQECm6YqC7oHb6sp8

*Sebarang pertanyaan hubungi:*
📱019 2827475
📱019 2237475

Boleh sertai gruop info Kuliah Dhuha:

https://chat.whatsapp.com/KuIYUcnWnLPC4dBKn6pHNG?mode=gi_t

📌Sumbangan tabung Masjid Sg Ramal Luar juga dialu2kan .. bank in ke akaun dibawah:

* *Bank Muamalat:*
1210 0001 2647 14

Datanglah beramai-ramai, semoga Allah rahmati usaha kita mencari ilmu.

Biro Muslimat
Masjid Sungai Ramal Luar
Kajang

📲 *DAFTAR SEGERA*

31/03/2026

*MASJID SUNGAI RAMAL LUAR : KEPUTUSAN SPM 2025 - TAHNIAH BUAT SEMUA*

‎ بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera

Nazir, Pegawai & AJK Masjid Sungai Ramal Luar merakamkan ucapan Tahniah kepada semua calon SPM yang menerima keputusan hari ini!

Bagi yang berjaya mencapai keputusan cemerlang, syabas atas usaha, pengorbanan dan doa yang tidak putus-putus. Teruskan melangkah ke hadapan dengan penuh semangat kerana ini hanyalah permulaan kepada perjalanan yang lebih besar.

Bagi yang mungkin belum mencapai apa yang diimpikan, jangan berputus asa. Ingatlah bahawa keputusan ini bukan penentu mutlak masa depan anda. Terimalah dengan hati yang tenang dan penuh kesyukuran. Setiap orang punya jalan dan rezeki masing-masing, teruskan berusaha, perbaiki diri, dan yakinlah peluang sentiasa ada.

Apa jua keputusan yang diterima hari ini, bersyukurlah dan hargai usaha diri sendiri. Anda semua telah melakukan yang terbaik.

Teruskan melangkah dengan yakin, masa depan masih luas menanti!

وَاشْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّـهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

Maksudnya: Bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembah-Nya semata-mata.

Surah al-Nahl (114)

*Nazir MSRL*
31 Mac 2026

Part 2Assalamualaikum wbt,Alhamdulillah, pada hari Ahad, 25 Ramadan 1447H bersamaan 15 Mac 2026, telah berlangsung Majli...
18/03/2026

Part 2

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, pada hari Ahad, 25 Ramadan 1447H bersamaan 15 Mac 2026, telah berlangsung Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadan kepada para asnaf bagi Kariah Masjid Sungai Ramal Luar.

Sumbangan yang disalurkan merangkumi barangan keperluan asas seperti beras, ayam, tepung, minyak masak serta lampin pakai buang. Para asnaf turut diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa serta menerima sumbangan duit raya sebagai persediaan menyambut Syawal yang bakal tiba.

Majlis ini telah dihadiri hampir 300 orang termasuk para penerima bersama pasangan dan anak-anak.

Pihak Jawatankuasa Masjid Sungai Ramal Luar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua penginfaq atas sumbangan yang diberikan. Semoga Allah SWT menerima segala amalan kebajikan dan mengurniakan keberkatan yang berpanjangan.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Semoga ukhuwah yang terjalin terus diperkukuhkan.

Jazakumullah Khairan Kathira

Part 1Assalamualaikum wbt,Alhamdulillah, pada hari Ahad, 25 Ramadan 1447H bersamaan 15 Mac 2026, telah berlangsung Majli...
18/03/2026

Part 1

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, pada hari Ahad, 25 Ramadan 1447H bersamaan 15 Mac 2026, telah berlangsung Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadan kepada para asnaf bagi Kariah Masjid Sungai Ramal Luar.

Sumbangan yang disalurkan merangkumi barangan keperluan asas seperti beras, ayam, tepung, minyak masak serta lampin pakai buang. Para asnaf turut diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa serta menerima sumbangan duit raya sebagai persediaan menyambut Syawal yang bakal tiba.

Majlis ini telah dihadiri hampir 300 orang termasuk para penerima bersama pasangan dan anak-anak.

Pihak Jawatankuasa Masjid Sungai Ramal Luar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua penginfaq atas sumbangan yang diberikan. Semoga Allah SWT menerima segala amalan kebajikan dan mengurniakan keberkatan yang berpanjangan.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Semoga ukhuwah yang terjalin terus diperkukuhkan.

Jazakumullah Khairan Kathira

Dia tidak pernah memintaUntuk Lahir sebegitu rupaNamun kecilnya diriMenyanggah takdir Yg maha esaSebuah suratan tertulis...
17/03/2026

Dia tidak pernah meminta
Untuk Lahir sebegitu rupa
Namun kecilnya diri
Menyanggah takdir Yg maha esa
Sebuah suratan tertulis sudah
Sebuah kehidupan tetap harus diteruskan

Seorang insan istimewa
Menapak dlm reda
Menggalas payah dlm senyum terpaksa
Betapa pun simpati mata memandang
Pasti tiada bandingan dgn derita diri

Seorang insan istimewa
Anugerah suatu ujian
Amanah suatu tuntutan
Biar sukar mesti di sempurnakan
Luas buana, mereka tetap punya
ruang menerus kehidupan selagi
Tuhan mengizinkan

Bantulah, bimbinglah
Seikhlas hati setulus budi
Tuhan pasti merestui.

Alhamdulillah seramai 60 insan istimewa hadir menerima duit raya dari tabung terkumpul MSRL sumbangan dari jemaah² kariah.Semoga menggembirakan menjelang syawal akan tiba.

Hadir bersama menyempurnakan majlis, YB Ustaz Shafie Ngah & Tok Din [Azwan Pardi]-Ketua Kampung Sungai Ramal Luar.
Iftar bersama insan² Istimewa solat maghrib bersama di MSRL.Solat isyak, tarawih & witir di Surau Taman Sri Kenari.

Jutaan terima kasih kpd penginfaq² & dermawan².Semoga beroleh pahala kebajikan dunia akhirat...Aamin

Sirru Ala Barakatillah

17 Mac 2026/27 Ramadan 1447H

Part 3Alhamdulillah, Program Khatam Tadarus Al Quran 1447H Masjid Sg Ramal Luar telah berlangsung pada 15 Mac 2026 denga...
16/03/2026

Part 3

Alhamdulillah, Program Khatam Tadarus Al Quran 1447H Masjid Sg Ramal Luar telah berlangsung pada 15 Mac 2026 dengan lancar dan penuh keberkatan.

Program ini dimulakan dengan solat sunat Tasbih dipimpin oleh Utz Fakhri Abd Rahman. Seterusnya Majlis Khatam Al-Quran yang disertai para peserta tadarus, persembahan qasidah, beserta penyampaian saguhati kepada penyemak bacaan Al Quran dan peserta tadarus 1447H sebagai tanda penghargaan atas komitmen mereka sepanjang Ramadan.

Pihak MSRL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang ahli kariah yang bersama-sama menjayakan program ini.

Semoga segala amalan dan sumbangan yang diberikan diterima oleh Allah SWT serta menjadi amal jariah yang berpanjangan.

📸 Berikut dikongsikan beberapa gambar sekitar program untuk tatapan bersama.




Part 2Alhamdulillah, Program Khatam Tadarus Al Quran 1447H Masjid Sg Ramal Luar telah berlangsung pada 15 Mac 2026 denga...
16/03/2026

Part 2

Alhamdulillah, Program Khatam Tadarus Al Quran 1447H Masjid Sg Ramal Luar telah berlangsung pada 15 Mac 2026 dengan lancar dan penuh keberkatan.

Program ini dimulakan dengan solat sunat Tasbih dipimpin oleh Utz Fakhri Abd Rahman. Seterusnya Majlis Khatam Al-Quran yang disertai para peserta tadarus, persembahan qasidah, beserta penyampaian saguhati kepada penyemak bacaan Al Quran dan peserta tadarus 1447H sebagai tanda penghargaan atas komitmen mereka sepanjang Ramadan.

Pihak MSRL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang ahli kariah yang bersama-sama menjayakan program ini.

Semoga segala amalan dan sumbangan yang diberikan diterima oleh Allah SWT serta menjadi amal jariah yang berpanjangan.

📸 Berikut dikongsikan beberapa gambar sekitar program untuk tatapan bersama.




Part 1Alhamdulillah, Program Khatam Tadarus Al Quran 1447H Masjid Sg Ramal Luar telah berlangsung pada 15 Mac 2026 denga...
16/03/2026

Part 1

Alhamdulillah, Program Khatam Tadarus Al Quran 1447H Masjid Sg Ramal Luar telah berlangsung pada 15 Mac 2026 dengan lancar dan penuh keberkatan.

Program ini dimulakan dengan solat sunat Tasbih dipimpin oleh Utz Fakhri Abd Rahman. Seterusnya Majlis Khatam Al-Quran yang disertai para peserta tadarus, persembahan qasidah, beserta penyampaian saguhati kepada penyemak bacaan Al Quran dan peserta tadarus 1447H sebagai tanda penghargaan atas komitmen mereka sepanjang Ramadan.

Pihak MSRL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang ahli kariah yang bersama-sama menjayakan program ini.

Semoga segala amalan dan sumbangan yang diberikan diterima oleh Allah SWT serta menjadi amal jariah yang berpanjangan.

📸 Berikut dikongsikan beberapa gambar sekitar program untuk tatapan bersama.




Program Beg Syawal KTDI 2026 [Kolej Tun Dr. Ismail UPM].Alhamdulillah, serahan beg syawal untuk  asnaf² bertempat di Dew...
14/03/2026

Program Beg Syawal KTDI 2026 [Kolej Tun Dr. Ismail UPM].

Alhamdulillah, serahan beg syawal untuk asnaf² bertempat di Dewan Sri Harmoni Kolej Tun Dr.Ismail UPM disempurnakan oleh Dato Sri Jailani Johari- Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia.[Masjid Sg Ramal Luar menerima sebanyak 50 set beg syawal utk diagihkan kepada asnaf² kariah].

Jutaan terima kasih kepada Prof.Dr.Muhammad Bin Mohd Isa, Ajk² Surau Pusat An Nur Country Heights (SPANCH), Sisters Of Jannah (SOJ) & Murni Sisters (Muslimah Country Heights) kerana memilih asnaf² Kariah MSRL sebagai penerima sumbangan.

Didoakan semoga program yg dilaksanakan beroleh pahala kebajikan & diberkati oleh Allah SWT..In Shaa Allah

14 Mac 2026

Address

Kampung Sungai Ramal Luar
Kajang
43000

Telephone

+60387404674

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Sungai Ramal Luar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Sungai Ramal Luar:

Share