Surau Kontena

Surau Kontena Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Surau Kontena, Johor Bahru.

“Surau Kontena adalah surau sementara di tapak Masjid Taman Bukit Indah 2, Johor Bahru, menyediakan ruang ibadah dan aktiviti komuniti untuk penduduk setempat.”

🌙 SELAMAT MENYAMBUT MAULIDURRASUL ﷺ 🌙12 Rabiul Awal 1448HAlhamdulillah, kita diberi kesempatan untuk kembali memperingat...
24/08/2026

🌙 SELAMAT MENYAMBUT MAULIDURRASUL ﷺ 🌙

12 Rabiul Awal 1448H

Alhamdulillah, kita diberi kesempatan untuk kembali memperingati kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW.

Maulidur Rasul bukan sekadar mengingati tarikh kelahiran Baginda, tetapi menjadi ruang untuk kita muhasabah sejauh mana kita benar-benar mencintai dan meneladani Rasulullah SAW.

❤️ Berakhlak mulia
🤝 Saling menyayangi
🌿 Menjaga ukhuwah
🕌 Memelihara solat dan ibadah
📖 Menghidupkan sunnah Baginda dalam kehidupan

Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah SAW itu suri teladan yang baik bagi kamu…”
(Surah Al-Ahzab: 21)

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW bukan hanya pada ucapan, tetapi diterjemahkan melalui akhlak, amalan dan cara kita melayani sesama manusia.

🤲 اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد

Ya Allah, suburkanlah cinta kami kepada Rasulullah SAW, hidupkanlah sunnah Baginda dalam diri kami dan himpunkanlah kami bersama Baginda di syurga-Mu.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H
Daripada Surau Kontena 🤍💚







Bacaan Yaasin, Tahlil & Doa SelamatAlhamdulillah, telah berlangsung majlis bacaan Yaasin, Tahlil dan Doa Selamat di Sura...
20/08/2026

Bacaan Yaasin, Tahlil & Doa Selamat

Alhamdulillah, telah berlangsung majlis bacaan Yaasin, Tahlil dan Doa Selamat di Surau Kontena, Taman Bukit Indah 2 pada malam Jumaat.

Semoga segala bacaan, doa dan amal ibadah yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT, diampunkan segala dosa, dilimpahkan rahmat serta keberkatan kepada kita semua.

🤲 Semoga Allah SWT mengurniakan kesejahteraan, kesihatan dan keselamatan buat seluruh jemaah, keluarga serta warga kariah Surau Kontena, Taman Bukit Indah 2.

Terima kasih atas kehadiran dan sokongan semua. Kehadiran anak-anak kariah turut memeriahkan suasana majlis.

اللهم آمين يا رب العالمين

KULIAH MAGHRIB | MALAM INI 🤲🏻Alhamdulillah, malam ini Surau Kontena Taman Bukit Indah 2 kembali menghidupkan suasana den...
19/08/2026

KULIAH MAGHRIB | MALAM INI 🤲🏻

Alhamdulillah, malam ini Surau Kontena Taman Bukit Indah 2 kembali menghidupkan suasana dengan Kuliah Maghrib bersama:

📖 Kitab: Safinatun Najah
🎙️ Ustaz Abu Hanifah
📅 19 Ogos 2026 | Rabu
🕌 Selepas Solat Maghrib

Majlis ilmu bukan sekadar menambah pengetahuan, tetapi menjadi jalan untuk kita memperbaiki diri, memperkukuhkan iman dan mendekatkan hati kepada Allah SWT. ❤️

Jom sama-sama hadir ke surau.
Ajak keluarga, jiran dan sahabat-sahabat. 👨‍👩‍👧‍👦

Semoga saf kita semakin panjang, ilmu semakin bertambah dan Surau Kontena terus hidup dengan jemaah dan majlis ilmu. 🤲🏻











🌙 BACAAN YAASIN, TAHLIL & DOA SELAMAT | MALAM JUMAAT 🤲🏻Alhamdulillah, malam ini Surau Kontena Taman Bukit Indah 2 kembal...
13/08/2026

🌙 BACAAN YAASIN, TAHLIL & DOA SELAMAT | MALAM JUMAAT 🤲🏻

Alhamdulillah, malam ini Surau Kontena Taman Bukit Indah 2 kembali dihidupkan dengan bacaan Surah Yaasin, Tahlil dan Doa Selamat bersama para jemaah.

Lebih menggembirakan, kehadiran anak-anak kariah turut memeriahkan suasana apabila hadir bersama ibu bapa. 🤍

Gelagat dan kehadiran mereka menjadi satu pemandangan yang cukup menggembirakan. Semoga sejak kecil mereka dibiasakan dengan suasana surau, bacaan al-Quran, zikir dan majlis ilmu.

Hari ini mereka belajar menghidupkan surau, insya-Allah suatu hari nanti mereka p**a yang akan menghidupkannya. 👦🏻👧🏻🕌

Semoga setiap bacaan, zikir dan doa yang dipanjatkan diterima Allah SWT, menjadi asbab keampunan, keberkatan, ketenangan serta kebaikan buat seluruh ahli kariah.

Tidak lupa kita hadiahkan pahala bacaan buat arwah ahli keluarga, sahabat serta seluruh Muslimin dan Muslimat yang telah kembali menghadap Allah SWT. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa mereka dan menempatkan mereka bersama golongan yang soleh. 🤲🏻

Terima kasih kepada semua yang hadir dan bersama-sama menghidupkan malam Jumaat di rumah Allah.

Jom hidupkan malam Jumaat. Jom meriahkan surau.
Semoga saf kita terus bertambah dan Surau Kontena terus hidup dengan ibadah, ilmu dan ukhuwah. ❤️














🌙 Bacaan Yasin, Tahlil & Doa Selamat Malam Jumaat 🤲Alhamdulillah, selesai berlangsung Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selam...
06/08/2026

🌙 Bacaan Yasin, Tahlil & Doa Selamat Malam Jumaat 🤲

Alhamdulillah, selesai berlangsung Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena menghidupkan Malam Jumaat di Surau Kontena Taman Bukit Indah 2.

Semoga setiap ayat yang dibaca, zikir yang dilafazkan dan doa yang dipanjatkan diterima Allah SWT, dikurniakan keampunan, rahmat, keberkatan rezeki, kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

Jom sama-sama hidupkan malam Jumaat dengan menghadiri majlis ilmu, bacaan Yasin, zikir dan solat berjemaah. Semoga Surau Kontena terus dimakmurkan dengan kehadiran para jemaah dan menjadi asbab turunnya rahmat Allah SWT.

📖 HALAQAH NURANI | KULIAH MAGHRIB 📖Alhamdulillah, telah berlangsung Kuliah Maghrib Halaqah Nurani di Surau Kontena Taman...
05/08/2026

📖 HALAQAH NURANI | KULIAH MAGHRIB 📖

Alhamdulillah, telah berlangsung Kuliah Maghrib Halaqah Nurani di Surau Kontena Taman Bukit Indah yang telah disampaikan oleh Ustaz Abu Hanifah dengan pengajian daripada Kitab Safinatun Najah.

Semoga setiap ilmu yang dipelajari menjadi panduan dalam beribadah, diamalkan dalam kehidupan seharian serta menjadi asbab memperoleh keberkatan dan keredaan Allah SWT.

Terima kasih kepada semua jemaah yang hadir memeriahkan majlis ilmu. Semoga Allah SWT mengurniakan kefahaman, istiqamah dalam menuntut ilmu dan menghimpunkan kita bersama golongan yang mencintai majlis-majlis ilmu.

📸 Admin malam ni malas nak upload gambar banyak… nanti panjang sangat. Lagipun korang bukan nak tekan 👍 dan ❤️ pun. 😄 Yang penting, insya-Allah jumpa lagi di majlis ilmu akan datang.











Aktiviti Malam Jumaat | Bacaan Yasin, Tahlil & Doa Selamat 🤲Alhamdulillah, selesai sudah majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan...
30/07/2026

Aktiviti Malam Jumaat | Bacaan Yasin, Tahlil & Doa Selamat 🤲

Alhamdulillah, selesai sudah majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat yang berlangsung di Surau Kontena Taman Bukit Indah. Semoga setiap ayat yang dibaca, doa yang dipanjatkan dan zikir yang dilafazkan menjadi asbab turunnya rahmat, keberkatan serta perlindungan Allah SWT kepada kita semua.

Terima kasih kepada semua jemaah yang sudi meluangkan masa hadir memeriahkan majlis. Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita dan mengurniakan kesihatan, rezeki yang berkat serta mengampunkan dosa-dosa kita dan ahli keluarga yang telah pergi.











Kuliah Halaqah Nurani | Fiqh Solat Siri  #15Alhamdulillah, kuliah Halaqah Nurani: Fiqh Solat Siri  #15 telah berlangsung...
24/07/2026

Kuliah Halaqah Nurani | Fiqh Solat Siri #15

Alhamdulillah, kuliah Halaqah Nurani: Fiqh Solat Siri #15 telah berlangsung dengan lancar di Surau Kontena Taman Bukit Indah, disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Azmi Al-Azhari.

Semoga ilmu yang dikongsikan menjadi panduan untuk memperbaiki ibadah solat, menambah kefahaman agama, dan diamalkan dalam kehidupan seharian.

Terima kasih kepada semua jemaah yang hadir. Semoga Allah SWT memberkati setiap langkah kita dalam menuntut ilmu dan terus mengimarahkan rumah-Nya.








Bacaan Yaasin, Tahlil & Doa Selamat 🤲Alhamdulillah, majlis Bacaan Yaasin, Tahlil dan Doa Selamat telah berlangsung denga...
23/07/2026

Bacaan Yaasin, Tahlil & Doa Selamat 🤲

Alhamdulillah, majlis Bacaan Yaasin, Tahlil dan Doa Selamat telah berlangsung dengan penuh khusyuk dan keberkatan di Surau Kontena Taman Bukit Indah 2

Semoga setiap ayat yang dibaca, doa yang dipanjatkan dan amalan yang dilaksanakan menjadi asbab turunnya rahmat, keampunan serta kesejahteraan buat seluruh ahli kariah dan umat Islam.

Terima kasih kepada semua yang hadir. Semoga Allah SWT terus mengurniakan kekuatan kepada kita untuk istiqamah mengimarahkan rumah-Nya.








Majlis Zikir Ratib Al-Attas & Zikir Asmaul Husna 🤲Alhamdulillah, Majlis Zikir Ratib Al-Attas dan Zikir Asmaul Husna pada...
22/07/2026

Majlis Zikir Ratib Al-Attas & Zikir Asmaul Husna 🤲

Alhamdulillah, Majlis Zikir Ratib Al-Attas dan Zikir Asmaul Husna pada malam ini telah berlangsung dengan penuh ketenangan dan keberkatan di Surau Kontena Taman Bukit Indah 2

Semoga setiap zikir yang dialunkan menjadi asbab ketenangan hati, pengampunan dosa serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan ahli kariah.

Terima kasih kepada semua yang hadir. Semoga Allah SWT menerima segala amalan kita dan terus mengimarahkan surau ini dengan majlis-majlis yang diberkati.








Address

Johor Bahru

Telephone

0177889677

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Kontena posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share