5ETP - Teknohafiz UTM

5ETP - Teknohafiz UTM Laman ini akan menyiarkan berita terkini perkembangan 5 Excellent Track Programme (5ETP) Teras Teknohafiz dan terbuka untuk perbincangan ilmiah.

Laman ini bebas politik.

18/02/2026
23/01/2026
✨ Program Bonding Day TeknoHafiz 2025 telah melabuhkan tirai ✨Sepanjang program, beberapa perkongsian bermanfaat telah d...
18/12/2025

✨ Program Bonding Day TeknoHafiz 2025 telah melabuhkan tirai ✨

Sepanjang program, beberapa perkongsian bermanfaat telah disampaikan:

πŸ“ Ustaz Panji berkongsi kelebihan menyertai TeknoHafiz dalam membantu menjaga al-Quran melalui bimbingan para ustaz, peluang musabaqah dalam dan luar negara.

πŸ“ Ustaz Dhiauddin menekankan kepentingan pengurusan masa, dengan waktu subuh sebagai prime time terbaik untuk murojaah al-Quran.

πŸ“ Saudara Iman Solehin berkongsi pengalaman istiqamah menjaga al-Quran melalui TeknoHafiz, termasuk peluang talaqqi bersanad di Mesir pada tahun 2025 serta rutin harian sebagai imam yang memudahkan hafazan dan pemeliharaan al-Quran.

Semoga Allah memilih kita untuk menjadi ahlul al-Quran.Amin. 🀲🏻

5ETP Teknohafiz
Universiti Teknologi Malaysia
sesi 25/26

02/12/2025
Mahasiswa UTM Unggul: Johan & Tempat Ketiga Hafazan Al-Quran Zon 1 Negeri Johor 1447HUniversiti Teknologi Malaysia (UTM)...
26/11/2025

Mahasiswa UTM Unggul: Johan & Tempat Ketiga Hafazan Al-Quran Zon 1 Negeri Johor 1447H

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus mengukir kejayaan membanggakan apabila tiga mahasiswa berjaya mengharumkan nama universiti dalam Majlis Perujian Menghafaz Al-Quran Zon 1 Negeri Johor 1447H yang berlangsung pada 25 November 2025 di Politeknik Mersing.

Saudara Iman Solehin bin Zulyadi, mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, dinobatkan Johan kategori Hafazan 10 Juzuk beserta Taranum, manakala Saudara Adam bin Aminuddin dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan turut cemerlang meraih Tempat Ketiga kategori Hafazan 10 Juzuk beserta Taranum.

Turut membanggakan, Saudari Nurul Husna binti Abdul Aziz dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dinobatkan Johan kategori Hafazan 30 Juzuk beserta Tafsir, sekali gus menampilkan kecemerlangan generasi huffaz UTM dalam pelbagai kategori.

Kesemua pemenang membawa pulang piala kemenangan, hadiah wang tunai, serta sijil penyertaan. Dengan kejayaan ini, semua peserta layak mara ke Majlis Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Johor yang dijadualkan berlangsung pada 25 Januari 2026 di UTHM.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada seluruh warga UTM untuk terus cemerlang dalam memartabatkan hafazan dan penghayatan kalamullah. Tahniah dan syabas diucapkan!







Halaqah al-Quran Masjid Sultan Ismail, UTMπŸ“– Bersama Sheikh Abdulrahman β€” Isnin hingga Jumaat, selepas ZuhurπŸ“– Bersama Ust...
15/11/2025

Halaqah al-Quran Masjid Sultan Ismail, UTM

πŸ“– Bersama Sheikh Abdulrahman β€” Isnin hingga Jumaat, selepas Zuhur
πŸ“– Bersama Ustaz Iman Solehin β€” Setiap hari selepas Maghrib

❗ Kecuali malam Jumaat

Mari bersama-sama memperbaiki tajwid serta memperkukuh bacaan tilawah dan hafazan al-Quran.

Semua dijemput hadir.

MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT IPT ASEAN 2025/202626 Oktober 2026 – Tahniah diucapkan kepada Saudara Iman...
29/10/2025

MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT IPT ASEAN 2025/2026

26 Oktober 2026 – Tahniah diucapkan kepada Saudara Iman Solehin bin Zulyadi, pelajar 5ETP Teras Teknohafiz UTM, atas kejayaan meraih tempat ke-5 dalam saringan sekaligus melayakkan diri ke Peringkat Akhir pertandingan MTHQIPT ASEAN 2025.

Syabas juga kepada seluruh kontinjen UTM atas penyertaan dan usaha mengharumkan nama universiti.

5EXCELLENT TRACK PROGRAMME (5ETP)
Trek Teknohafiz, Universiti Teknologi Malaysia
Sesi 2025/2026

✨ MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI ASEAN 2025/2026 ✨Seramai lima (5) orang pese...
23/10/2025

✨ MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI ASEAN 2025/2026 ✨

Seramai lima (5) orang peserta daripada 5ETP Teknohafiz, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah terpilih mewakili kontinjen UTM ke Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) ASEAN 2025/2026.

πŸ“… Tarikh: 23 – 26 Oktober 2025
πŸ“ Tempat: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Semoga para peserta UTM diberikan ketenangan, kelancaran dan kejayaan dalam setiap kategori yang disertai. Seluruh warga UTM mendoakan kejayaan kontinjen ini dalam mengharumkan nama universiti di peringkat ASEAN.

Bittaufiq wannajah! 🌺

5 ETP Trek Teknohafiz
Universiti Teknologi Malaysia
sesi 25/26

✨ PENCARIAN AHLI KELAB 5ETP TREK TEKNOHAFIZ UTM SESI 2025/2026 ✨Assalamualaikum dan Salam UTM Sanjungan BangsaKelab 5ETP...
27/09/2025

✨ PENCARIAN AHLI KELAB 5ETP TREK TEKNOHAFIZ UTM SESI 2025/2026 ✨

Assalamualaikum dan Salam UTM Sanjungan Bangsa

Kelab 5ETP Trek Teknohafiz UTM kini membuka peluang keahlian bagi sesi 2025/2026!

Program ini merupakan sebahagian daripada 5Excellent Track Programme (5ETP) yang menggabungkan ilmu profesional dan keagamaan untuk melahirkan Muslim profesional yang seimbang.
Melalui Teknohafiz, mahasiswa/i UTM bukan sahaja dapat memperkukuhkan hafazan Al-Quran, malah berpeluang menimba pengalaman dalam pengurusan dan kepimpinan.

πŸ“Œ Syarat Kelayakan

🏫 Pelajar Ijazah Sarjana Muda UTM
πŸ“š Prestasi akademik cemerlang
πŸ“– Minimum hafazan 10 juzuk

🌀️ Manfaat Menyertai

✨ Memantapkan hafazan & bacaan Al-Quran
✨ Persediaan menghadapi Ujian Isbat Hafazan Negeri Johor
✨ Peluang mewakili UTM dalam pertandingan Al-Quran
✨ Latihan menuju _Sijil Tahfiz Malaysia (STM) JAKIM_

πŸ“… Tarikh Tutup Permohonan: 12 Oktober 2025

πŸ—‚οΈ Temuduga: Calon terpilih akan dihubungi

πŸ”— Daftar Sekarang: https://forms.gle/Wan13hAsYhanystw6

πŸ“ž Sebarang Pertanyaan
Ustaz Panji : 017-744230
Iman Solehin : 010-8705654

🌐 Ikuti kami di:
Instagram:
Facebook: 5ETP - Teknohafiz UTM

*Perjumpaan Penasihat 5ETP Teras Tekno Hafiz UTM Bersama Pelajar: Memperkukuh Hafazan dan Mempererat Ukhuwwah*Satu perju...
15/05/2025

*Perjumpaan Penasihat 5ETP Teras Tekno Hafiz UTM Bersama Pelajar: Memperkukuh Hafazan dan Mempererat Ukhuwwah*

Satu perjumpaan khas antara penasihat program 5ETP Teras Tekno Hafiz UTM dan para pelajar telah berlangsung pada malam ini, bertempat di Dewan Al-Khawarizmi, Masjid Sultan Ismail, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Program yang bermula pada jam 9.00 malam ini bertujuan utama untuk memperkukuhkan hafazan Al-Quran dalam kalangan pelajar serta mengeratkan hubungan antara penasihat dan para peserta program. Kehadiran penasihat memberikan suntikan semangat kepada pelajar dalam meneruskan misi menghafaz 30 juzuk Al-Quran selari dengan kecemerlangan akademik dalam bidang kejuruteraan dan teknologi.

Pelbagai pengisian bermanfaat turut diadakan termasuk sesi motivasi, perkongsian pengalaman, serta perbincangan strategi hafazan yang lebih sistematik dan berkesan. Suasana yang santai namun bermakna ini turut membuka ruang kepada pelajar untuk meluahkan pandangan, cabaran serta aspirasi mereka dalam usaha menjadi Huffaz Profesional.

Perjumpaan ini membuktikan komitmen berterusan pihak penasihat dan pengurusan program dalam menyokong perkembangan rohani, intelek dan sahsiah pelajar selaras dengan matlamat UTM dalam melahirkan graduan holistik dan seimbang.

Hafiz dan Hafizah UTM di Pentas Kebangsaan – Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1446H/2025MDua mah...
23/04/2025

Hafiz dan Hafizah UTM di Pentas Kebangsaan – Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1446H/2025M

Dua mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bakal bertanding dalam Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H/2025M yang akan berlangsung dari 27 April hingga 2 Mei 2025 di Dewan 2020, Kangar, Perlis.

Saudara Mohamad Daniel Haziq bin Haswadi, pelajar tahun empat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik, Fakulti Kejuruteraan Elektrikal UTM, yang juga pelajar 5 Excellence Track Program (5ETP) – Teras Tekno Hafiz, akan bertanding dalam kategori Hafazan 1-30 Juzuk beserta Tafsir. Program 5ETP Tekno Hafiz ini dirangka untuk melahirkan profesional Muslim yang bukan sahaja mahir menghafaz al-Quran, malah memahami makna, hukum, dan hikmahnya serta mampu mengaplikasikan ilmu tersebut dalam bidang teknologi dan kejuruteraan.

Turut menggalas cabaran UTM ialah saudari Ummi Radhwa binti Mohd Zulkifli, pelajar Ijazah Sarjana Pengajian Islam dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH), yang akan mempersembahkan kemerduan bacaan dalam kategori Qariah Tilawah Al-Quran.

Seluruh warga UTM mendoakan kejayaan mereka berdua dan terus memartabatkan al-Quran di persada kebangsaan.




Address

Universiti Teknologi
Johor Bahru
81310

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when 5ETP - Teknohafiz UTM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to 5ETP - Teknohafiz UTM:

Share