Pembina Iskandar Puteri

Pembina Iskandar Puteri MEMBINA KEPIMPINAN NASIONAL

27/05/2026

๐๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐“๐„๐‘๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐ˆ๐๐€ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ–

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada barisan kepimpinan PEMBINA Malaysia yang telah terpilih

PRESIDEN
Abu Dzar bin Mohd Annuar

TIMBALAN PRESIDEN
Ibrahim bin Allam

KETUA BELIAWANIS
Nurhadirah binti Mohamed Adnan

NAIB PRESIDEN 1
Muhamad Umar Syakirin bin Zulkiplee

NAIB PRESIDEN 2
Muhammad Ismail bin Mohd Adlan

NAIB PRESIDEN 3
Abdullah Alwafi bin Mohd Aminudin

SETIAUSAHA AGUNG
Ammar bin Badhrulhisham

Moga Allah mempermudahkan segala urusan pimpinan kita untuk meneraju bahtera PEMBINA kehadapan.

๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ถ๐—ป๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐—ฝ๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น


27/05/2026

ุงูŽู„ู„ู‘ูฐู‡ู ุงูŽูƒู’ุจูŽุฑูุŒ ุงูŽู„ู„ู‘ูฐู‡ู ุงูŽูƒู’ุจูŽุฑูุŒ ุงูŽู„ู„ู‘ูฐู‡ู ุงูŽูƒู’ุจูŽุฑูุŒ ูˆูŽู„ูู„ู‘ูฐู‡ู ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H | 2026M.

Sambutan Hari Raya Korban (Aidiladha) disyariatkan bagi memperingati peristiwa agung Nabi Ibrahim a.s. yang diperintahkan oleh Allah SWT untuk menyembelih anak kesayangan baginda, Nabi Ismail a.s., sebagai ujian keimanan dan ketaatan

Ada 4 ibrah utama yang kita boleh ambil dari kisah ini ialah:

1. Ketaatan Tanpa Syarat:
Nabi Ibrahim sanggup mengorbankan naluri kebapaannya demi melaksanakan perintah Ilahi, sementara Nabi Ismail mempamerkan ketaatan luar biasa dengan merelakan dirinya disembelih demi Allah SWT.

2. Kesabaran dan Ketakwaan:
Detik ini membuktikan kesabaran agung kedua-dua nabi dalam menghadapi ujian yang sangat berat.

3. Gantian Daripada Allah:
Sebelum penyembelihan berlaku, Allah SWT menggantikan Nabi Ismail dengan seekor kibas (biri-biri) sebagai balasan atas keimanan mereka.

4. Syariat Ibadah Korban:
Untuk mengingati peristiwa tersebut, umat Islam disyariatkan melakukan ibadah korban dengan menyembelih haiwan ternakan (seperti lembu, kambing, atau unta) pada Hari Raya Aidiladha dan hari-hari Tasyrik

"Membina Kepimpinan Nasional"

โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–
Ikuti kami di :
๐˜๐˜‰: ๐˜—๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ข๐˜ต๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜‰๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ช๐˜ข ๐˜๐˜ด๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜•๐˜ข๐˜ด๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ญ
๐˜๐˜Ž : ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข_๐˜ฎ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ข
๐˜›๐˜ช๐˜ฌ๐˜›๐˜ฐ๐˜ฌ: ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ข

26/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha ๐ŸŒ™โœจ

Aidiladha mengingatkan kita kepada kisah agung pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS โ€” sebuah peristiwa yang menunjukkan ketaatan penuh kepada perintah Allah SWT. Nabi Ibrahim AS sanggup mengorbankan perkara yang paling dicintainya demi memenuhi perintah Allah, manakala Nabi Ismail AS p**a menerima ketentuan itu dengan penuh reda dan tawakal. Daripada sirah ini, kita belajar bahawa iman bukan sekadar pada ucapan, tetapi dibuktikan melalui pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan.

Semoga Aidiladha kali ini membuka hati kita untuk terus memperbaiki diri, mengutamakan kasih sayang, membantu mereka yang memerlukan dan mendidik jiwa agar lebih dekat kepada Allah SWT. Moga setiap pengorbanan kecil yang kita lakukan dalam kehidupan seharian menjadi asbab keberkatan, ketenangan dan rahmat buat diri, keluarga dan seluruh umat Islam.

Salam Aidiladha. Taqabbalallahu minna wa minkum ๐Ÿค

#2026

22/05/2026

Tahniah buat seluruh lepasan SPM yang berjaya menerima tawaran UPU! โœจ

Hari ini bukan sekadar tentang sebuah keputusan, tetapi permulaan kepada perjalanan baharu dalam membina ilmu, pengalaman dan masa depan. Raikan kejayaan ini dengan penuh syukur, dan jangan pernah lupa tujuan sebenar menuntut ilmu. ๐ŸŒฑ

๐Ÿ“Œ Keputusan UPUOnline telah diumumkan pada:
๐Ÿ—“ 22 Mei 2026 (Jumaat)
โฐ 12.00 tengah hari

Semakan boleh dibuat melalui:
๐Ÿ”น Portal Rasmi UPUOnline
๐Ÿ”น Aplikasi UPUPocket
๐Ÿ”น Aplikasi MyGov

Bagi yang belum berjaya atau menerima tawaran yang kurang menepati pilihan, jangan berputus asa.

๐Ÿ“ Permohonan rayuan dibuka mulai hari ini sehingga:
๐Ÿ—“ 31 Mei 2026
โฐ 5.00 petang

Setiap perjalanan punya hikmah dan rezeki yang berbeza. Terus melangkah, terus berusaha.

Jom Sertai PEMBINA !




22/05/2026
27/03/2026

"Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita yang lalu dan menjadikan kita hamba yang lebih bertaqwa".

Pada 4 Januari 2026, satu Bengkel Videografi telah berjaya dilaksanakan. Tahniah & syabas kepada penganjur, Ajk Media Pe...
05/01/2026

Pada 4 Januari 2026, satu Bengkel Videografi telah berjaya dilaksanakan. Tahniah & syabas kepada penganjur, Ajk Media Pembina UTM. Program ini telah berlangsung sejak 9.00am sehingga 1.00pm tengahari semalam.

Peserta tekun mengikuti bengkel, bersemangat & berjaya menghasilkan video sebelum berakhirnya program. Secara tak langsung melengkapkan salah satu objektif program.

Bengkel yang julung kali diadakan ini sudah pasti menjadi satu pengalaman yang besar buat para peserta. Secara tidak langsung menyuntik para daie untuk menjadikan media sebagai alat untuk mengesani jiwa-jiwa ummah secara amnya dan di kalangan mahasiswa UTM khususnya.

Sesungguhnya, perginya Al-syahid Abu Ubaidah iaitu jurucakap pejuang Al Qassam langsung tidak mematahkan semangat kita sebagai pejuang lensa bahkan membuatkan semangat semakin membuak-buak untuk membantu agama Islam.

Sejurus menggantikan tempat figura Almarhum Mizi iaitu sosok yang mempunyai semangat juang yg tinggi melalui media dan kewartawanan dalam amal dakwah beliau.

Teruskan melangkah, mencari peluang dan ruang untuk menggerakkan amal tarbiah dan dakwah.

Terus maju ke hadapan,
Barisan Pejuang Lensa.

Address

Taman Sri Pulai Perdana
Johor Bahru
81110

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pembina Iskandar Puteri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Pembina Iskandar Puteri:

Shortcuts

Share