Keturunan Haji Luna bin Haji Sidek

Keturunan Haji Luna bin Haji Sidek Haji Luna Bin Haji Sidek
(1880 – 1953)

Ulama' dari Luak Jelebu dilahirkan di Kampung Larong, kira-kira 2 km dari Bandar Kuala Klawang.

Haji Luna Bin Haji Sidek ( 1880 – 1953)

Latar Belakang

Ulama' dari Luak Jelebu ini bernama Tuan Haji Luna Bin Haji Sidek, dilahirkan di Kampung Larong, kira-kira 2 km dari Bandar Kuala Klawang. Beliau dijangkakan lahir dalam tanggal 1880 dari keturunan Dato’ Umbi Jelebu. Bersekolah Melayu peringkat awalnya sebelum merantau mencari ilmu agama jauh di Patani kira-kira tahun 1905 hingga tahun 1910.

Mengajar Agama

Sekembalinya ke Jelebu, beliau terus memberi pendidikan agama kepada masyarakat tanpa jemu dan teguh p**a dalam pendirian agamanya. Banyaklah masjid dan surau-surau dalam Daerah Jelebu dikunjunginya untuk mengajar agama. Jesteru itu apabila Dato’ Undang Jelebu ketika itu ingin memberi penghargaan dan menawarkan jawatan kadhi kepadanya, Allahyarham Haji Luna menolak dengan hormat kerana pada pandangannya jawatan tersebut meletakkan beliau tertakluk kepada arahan atasan. Permintaannya supaya kuasa mutlak dalam menjalankan agama tidak diperkenankan oleh Dato’ Undang. Haji Luna diriwayatkan adalah seorang yang cerdas pemikiran dan mempunyai sifat-sifat kepimpinan. Beliau juga memperlihatkan sikap jatidiri dan tidak s**a mengharapkan pemberian orang lain. Mungkin kerana pendiriannya itulah maka beliau berusaha sendiri untuk meningkatkan taraf hidupnya sehingga berupaya memiliki berpuluh ekar kebun getah dan harta-harta lain. Melalui titik peluhnya itu, Allahyarham mampu menghantar anak-anaknya mengaji agama di Mekah. Antara anak-anaknya itu ialah Haji Ismail, Haji Abd Latif dan Haji Abdul Rahman. Allahyarham sendiri telah menunaikan haji sebanyak dua kali dalam tahun 1920 dan 1939. Pada 20 Mac 2004, penyusun telah sempat bertanya tentang riwayat hidup keluarga Allahyarham Haji Luna dari beberapa penduduk Kuala Klawang. Dimaklumkan ketiga anak Haji Luna yang pernah menuntut di Mekah itu telah meninggal dunia. Meninggal Dunia

Allahyarham Haji Luna meninggal dunia dalam tahun 1953 ketika usianya 73 tahun. Beliau telah mencurahkan tenaga dan ilmunya untuk anak bangsanya lebih 40 tahun dan pernah p**a menjadi imam di Masjid Triang, Jelebu.

31/01/2025
Assalammualaikum w.r.h,Kami mengucapkan terima kasih atas kehadiran dan sumbangan daripada ahli keluarga yang menjayakan...
31/01/2025

Assalammualaikum w.r.h,

Kami mengucapkan terima kasih atas kehadiran dan sumbangan daripada ahli keluarga yang menjayakan hari keluarga Haji Luna tahun 2025.

Berikut dilampirkan gambar dan beberapa video. Pautan akan diberi dalam wats app keluarga untuk kump**an gambar yang lain.

Kami memohon maaf atas segala kesulitan dan kepincangan sepanjang majlis berlangsung.

-penganjur 2025

30/01/2025

Hari Keluarga Haji Luna 2025

29/01/2025

InsyaAllah . Jumpa di rumah Makngah Selamah Kampung Teriang esok - 30 Jan 2025. 9:00pagi - 4:00petang.

Hari keluarga haji Luna lagi 12 hari. Tarikh : 30Januari 2025Tempat : Rumah makngah Salamah, 103, kampung Teriang, Jeleb...
18/01/2025

Hari keluarga haji Luna lagi 12 hari.
Tarikh : 30Januari 2025
Tempat :
Rumah makngah Salamah,
103, kampung Teriang,
Jelebu N. Sembilan
Masa : 9:00pagi hingga 4:00petang

‘Yaasin Perdana Keluarga Haji Luna’Tarikh : 30 Januari 2025Masa : 9:00pagi - 4:00petangLokasi : Rumah makngah Salamah, K...
15/12/2024

‘Yaasin Perdana Keluarga Haji Luna’
Tarikh : 30 Januari 2025
Masa : 9:00pagi - 4:00petang
Lokasi : Rumah makngah Salamah, Kampung Teriang, Kuala Klawang, Negeri Sembilan

Ahli keluarga dijemput hadir.
Berikut dilampirkan minit mesyuarat untuk rujukan dan tindakan.

Allahumma solli alaa sayyidina wamaulana Muhammmad ﷺASSALAMUALAIKUM SALAM RAMADHAN dan selamat menjalani ibadah puasa ke...
04/05/2019

Allahumma solli alaa sayyidina wamaulana Muhammmad ﷺ

ASSALAMUALAIKUM

SALAM RAMADHAN dan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua kaum kerabat sanak saudara keluarga Haji Luna yang di kasihi sekelian.

Marilah bersama kita rebut keutamaan di bulan yang berkat ini. RAHMAT, KEAMPUNAN DAN PEMBEBASAN DARI API NERAKA.

YA ROBB, demi Tuah SIDNAN NABI RASULULLAH ﷺ dan keberkatan bulan yang mulia ini, ampunkanlah dosa-dosa kami, juga dosa-dosa ibubapa, datuk nenek, adik beradik kami yang telah pergi ataupun yang masih hidup.

Amiin

Allahumma solli alaa sayyidina wamaulana Muhammmad ﷺANUGERAH MAAL HIJRAH 2014 / 1436 H'TOKOH ULAMA ISLAM'Sempena sambuta...
18/04/2017

Allahumma solli alaa sayyidina wamaulana Muhammmad ﷺ

ANUGERAH MAAL HIJRAH 2014 / 1436 H

'TOKOH ULAMA ISLAM'

Sempena sambutan Maal Hirah peringkat Daerah Jelebu pada 2014 yang lepas.

Terimakasih diucapkan kepada mereka-mereka yang telah berusaha dan yang terlibat. Moga dikira amal soleh oleh Allah Taala...amiin.

02/02/2017

Himpunan Keluarga Haji Luna 2017. 29 Januari 2017.
Video sekitar majlis.

02/02/2017

Himpunan Keluarga Haji Luna 2017 - 29 Jan 2017.
Video sekitar Majlis.

Perhimpunan Keluarga Haji Luna 2017. Aktiviti keluarga .
02/02/2017

Perhimpunan Keluarga Haji Luna 2017.
Aktiviti keluarga .

Perhimpunan Keluarga Haji Luna 2017. - 29 Jan 2017
02/02/2017

Perhimpunan Keluarga Haji Luna 2017. - 29 Jan 2017

Address

Jelebu
71600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Keturunan Haji Luna bin Haji Sidek posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share