Perkim Selayang Baru

Call Contact the place of worship

Perkim Selayang Baru Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM)
Cawangan Selayang Baru

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗦𝗬𝗔𝗛𝗔𝗗𝗔𝗛 𝗦𝗔𝗨𝗗𝗔𝗥𝗔 𝗕𝗔𝗥𝗨 𝗞𝗘-𝟯, 𝗞𝗘-𝟰 & 𝗞𝗘-𝟱 🤲🏻𝗔𝗟𝗛𝗔𝗠𝗗𝗨𝗟𝗜𝗟𝗟𝗔𝗛, 𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗟𝗔𝗚𝗜 𝗞𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗗𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗥𝗝𝗨𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗞𝗪𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠 ...
21/08/2026

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗦𝗬𝗔𝗛𝗔𝗗𝗔𝗛 𝗦𝗔𝗨𝗗𝗔𝗥𝗔 𝗕𝗔𝗥𝗨 𝗞𝗘-𝟯, 𝗞𝗘-𝟰 & 𝗞𝗘-𝟱 🤲🏻

𝗔𝗟𝗛𝗔𝗠𝗗𝗨𝗟𝗜𝗟𝗟𝗔𝗛, 𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗟𝗔𝗚𝗜 𝗞𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗗𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗥𝗝𝗨𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗞𝗪𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠 🌙

Alhamdulillah, pada 𝟮𝟬 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟲, telah berlangsung 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗦𝘆𝗮𝗵𝗮𝗱𝗮𝗵 𝗦𝗮𝘂𝗱𝗮𝗿𝗮 𝗕𝗮𝗿𝘂 𝗞𝗲-𝟯, 𝗞𝗲-𝟰 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗲-𝟱 bertempat di 𝗣𝗲𝗷𝗮𝗯𝗮𝘁 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠 𝗖𝗮𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗹𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗕𝗮𝗿𝘂.

Majlis ini menjadi satu detik yang amat bermakna apabila 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠 𝗖𝗮𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗹𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗕𝗮𝗿𝘂 menerima kunjungan tiga orang saudara baharu berbangsa Cina yang telah memilih Islam sebagai pegangan hidup mereka.

Dengan penuh rasa syukur, kami mengalu-alukan kehadiran:

🌙 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 𝗢𝗻𝗴
🌙 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗟𝗲𝗼𝗻𝗴 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵
🌙 𝗔𝗱𝗿𝗶𝗮𝗻𝗻𝗲 𝗯𝗶𝗻 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵

Semoga Allah SWT mengurniakan kepada ketiga-tiga saudara baharu ini 𝗸𝗲𝘁𝗲𝗴𝘂𝗵𝗮𝗻 𝗶𝗺𝗮𝗻, 𝗸𝗲𝗸𝘂𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗵𝗮𝘁𝗶, 𝗶𝗹𝗺𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗻𝗳𝗮𝗮𝘁 serta kehidupan yang dipenuhi rahmat dan keberkatan. 🤲🏻

Sesungguhnya, 𝗦𝘆𝗮𝗵𝗮𝗱𝗮𝗵 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻𝗹𝗮𝗵 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗯𝘂𝗮𝗵 𝗽𝗲𝗿𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻𝗮𝗻, tetapi permulaan kepada kehidupan baharu sebagai seorang Muslim.

Justeru, PERKIM Cawangan Selayang Baru akan terus berusaha memberikan 𝗯𝗶𝗺𝗯𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻, 𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗵𝗮𝘁𝗶𝗮𝗻 kepada saudara-saudara baharu agar mereka dapat memahami, menghayati dan mengamalkan Islam dengan sebaik-baiknya.

Kami juga mendoakan agar perjalanan mereka dalam Islam sentiasa dipermudahkan serta dikurniakan keluarga, sahabat dan komuniti yang sentiasa menyokong mereka.

🤍 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗕𝗘𝗦𝗔𝗥 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠.

🤍 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗕𝗘𝗦𝗔𝗥 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠.

Semoga ketiga-tiga saudara baharu ini terus 𝗶𝘀𝘁𝗶𝗾𝗮𝗺𝗮𝗵 dalam iman dan amal soleh.

“𝗠𝗮𝗸𝗮 𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮𝘀𝗶𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗵𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸𝗶 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗵𝗶𝗱𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮𝗻𝘆𝗮, 𝗻𝗲𝘀𝗰𝗮𝘆𝗮 𝗗𝗶𝗮 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗽𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗱𝗮𝗻𝘆𝗮 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺.”

— 𝗦𝘂𝗿𝗮𝗵 𝗮𝗹-𝗔𝗻‘𝗮𝗺: 𝟭𝟮𝟱

𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠 𝗖𝗔𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗔𝗥𝗨
𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗠𝗲𝗺𝗯𝗶𝗻𝗮 𝗨𝗺𝗺𝗮𝗵, 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗮𝗻𝘁𝘂𝗻𝗶 𝗦𝗮𝘂𝗱𝗮𝗿𝗮 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂.

ZIARAH MUHIBBAH PERKIM CAWANGAN SELAYANG BARU KE PERKIM CAWANGAN MANJUNG, PERAK📅 15 – 16 Ogos 2026 (Sabtu & Ahad)📍 Tadik...
21/08/2026

ZIARAH MUHIBBAH PERKIM CAWANGAN SELAYANG BARU KE PERKIM CAWANGAN MANJUNG, PERAK

📅 15 – 16 Ogos 2026 (Sabtu & Ahad)
📍 Tadika Islam PERKIM Kg Koh, Jalan Besar, Sitiawan, Perak

Alhamdulillah, PERKIM Cawangan Selayang Baru (PCSB) telah melaksanakan Program Ziarah Muhibbah ke PERKIM Cawangan Manjung, Perak pada 15 hingga 16 Ogos 2026, dengan disertai seramai 9 orang Ahli Jawatankuasa (AJK) PCSB.

Program ini bukan sekadar kunjungan untuk mengeratkan silaturahim, tetapi mempunyai satu tujuan yang lebih besar — menimba ilmu, berkongsi pengalaman dan mendapatkan panduan daripada PERKIM Cawangan Manjung berhubung penubuhan serta pengurusan Tadika PERKIM.

🤝 MENYAMBUNG HASRAT ALLAHYARHAM TUAN HJ ISMAIL HJ HUSSIN

Lawatan ini juga merupakan salah satu usaha PCSB untuk merealisasikan hasrat Allahyarham Tuan Hj Ismail Hj Hussin, Pengerusi terdahulu PERKIM Cawangan Selayang Baru, yang pernah menyimpan hasrat agar sebuah Tadika PERKIM dapat ditubuhkan di Cawangan Selayang Baru.

Hasrat tersebut bukan sekadar untuk mewujudkan sebuah institusi pendidikan, tetapi sebagai satu usaha menyediakan pendidikan awal yang berkualiti, berteraskan ilmu, adab dan nilai-nilai Islam, khususnya untuk anak-anak asnaf dan masyarakat setempat.

Bagi PCSB, hasrat yang baik daripada generasi terdahulu perlu diteruskan dan diusahakan agar menjadi kenyataan. Insya-Allah, penubuhan Tadika PERKIM Selayang Baru diharapkan dapat menjadi satu lagi sumbangan PERKIM dalam membina generasi masa hadapan.

📚 MENIMBA PENGALAMAN DARIPADA PERKIM CAWANGAN MANJUNG

Pada kesempatan ini, rombongan PCSB telah mengadakan kunjungan dan sesi perkongsian di Tadika Islam PERKIM Kg Koh, Jalan Besar, Sitiawan, Perak.

Rombongan mengambil kesempatan untuk mendapatkan maklumat dan berkongsi pandangan berkaitan beberapa perkara penting dalam pengurusan tadika, antaranya:

🔹 Pengurusan dan pentadbiran tadika
🔹 Pengurusan guru dan tenaga pengajar
🔹 Kurikulum serta pendekatan pendidikan
🔹 Kewangan dan kos operasi
🔹 Pengambilan serta pengurusan murid
🔹 Kelangsungan, perkembangan dan manfaat tadika kepada masyarakat

Perkara-perkara ini merupakan aspek penting yang perlu difahami dan diteliti sebelum PCSB melangkah ke arah penubuhan Tadika PERKIM Selayang Baru.

🌱 DARIPADA MANJUNG KE SELAYANG BARU

Ziarah ini turut membuka ruang kepada PCSB untuk melihat bagaimana pengalaman yang telah berjaya dilaksanakan di sesuatu cawangan boleh dipelajari, disesuaikan dan dikembangkan di cawangan yang lain.

Seperti yang disampaikan dalam ucapan Pengerusi PCSB:

"Apa yang berjaya di Manjung boleh dipelajari oleh Selayang Baru. Apa yang berjaya di Selayang Baru p**a boleh dikongsi dengan cawangan yang lain.”

Inilah semangat yang ingin dibina — bukan bersaing sesama cawangan, tetapi saling melengkapi; bukan berjalan sendirian, tetapi berjalan bersama; bukan membina untuk diri sendiri, tetapi membina untuk umat.

💚 UKHUWAH, ILMU DAN AMANAH

PCSB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada **PERKIM Cawangan Manjung** atas sambutan, layanan mesra, perkongsian pengalaman serta ilmu yang diberikan sepanjang program ini.

Semoga hubungan antara kedua-dua cawangan terus diperkukuhkan dan ziarah ini menjadi titik permulaan kepada lebih banyak perkongsian ilmu, kerjasama dan usaha kebajikan pada masa akan datang.

Mudah-mudahan segala usaha ke arah penubuhan **Tadika PERKIM Selayang Baru** dipermudahkan Allah SWT dan menjadi **amal jariah yang berpanjangan**, khususnya sebagai kesinambungan kepada hasrat dan pengorbanan **Allahyarham Tuan Hj Ismail Hj Hussin** serta generasi terdahulu yang telah meletakkan asas perjuangan PERKIM.

“Jauh perjalanan, luas pengalaman;
Banyak berziarah, bertambah kenalan;
Ukhuwah dibina penuh keikhlasan,
Dakwah diperkasa menjadi amalan.”

🤲 Semoga Allah SWT mempermudahkan usaha ini dan menjadikan Tadika PERKIM Selayang Baru kelak sebagai satu lagi medan untuk membina generasi yang berilmu, berakhlak dan berjiwa Islam.










📌 Laporan Aktiviti PERKIM Cawangan Selayang BaruPada hari ini, PERKIM Cawangan Selayang Baru telah membantu seorang mual...
10/08/2026

📌 Laporan Aktiviti PERKIM Cawangan Selayang Baru

Pada hari ini, PERKIM Cawangan Selayang Baru telah membantu seorang muallaf, En. Muhammad Ho Abdullah, bagi urusan penggantian Kad Perakuan Memeluk Agama Islam yang baharu. Kad lama beliau telah rosak dan merupakan versi lama yang tidak lagi digunakan.

Usaha ini adalah sebahagian daripada komitmen PERKIM dalam memastikan kebajikan dan keperluan muallaf sentiasa diberi perhatian, khususnya dalam hal berkaitan dokumen rasmi pengislaman. Semoga dengan adanya kad baharu ini, urusan beliau sebagai seorang Muslim akan lebih lancar dan teratur.

🤝 PERKIM Cawangan Selayang Baru akan terus berperanan aktif dalam menyantuni muallaf serta masyarakat Islam setempat, selaras dengan misi dakwah dan kebajikan.

Assalammualaikum wbt semua 🥰 📌 PERKIM CAWANGAN SELAYANG BARUUPDATE AKTIVITI – MENYANTUNI MUALLAF📅 Tarikh: 31 Julai 2026 ...
10/08/2026

Assalammualaikum wbt semua 🥰

📌 PERKIM CAWANGAN SELAYANG BARU
UPDATE AKTIVITI – MENYANTUNI MUALLAF

📅 Tarikh: 31 Julai 2026 (Jumaat)
👤 Muallaf 1: Satyaseelan bin Monogaran
👤 Muallaf 2: Shivdarsshiny Erra binti Veerakumar
🕌 Tarikh Syahadah: 29 Jun 2026

🔹 Kedua-dua muallaf hadir ke Pejabat PERKIM Cawangan Selayang Baru untuk memohon bantuan Zakat.
🔹 Mereka telah mengisi borang Zakat dengan lengkap beserta dokumen sokongan, dibantu oleh Tuan Pengerusi, En. Mohd Faizal Hariri.
🔹 Tuan Pengerusi turut menyampaikan sumbangan beras kepada mereka.
🔹 Memandangkan kedua-duanya tidak bekerja, pihak PERKIM mengambil inisiatif untuk membantu mendapatkan peluang pekerjaan bagi mereka.

> Give a man a fish, and you feed him for a day. Teach a man to fish, and you feed him for a lifetime.”

🌸 Buat kebajikan… biarlah ikhlas.
Wassalam.

KELAS AWAL AL‑QURAN KE‑100  📅 Khamis, 30 Julai 2026 / 14 Safar 1448H  📍 Bilik Pengajian PERKIM Selayang Baru  Alhamdulil...
31/07/2026

KELAS AWAL AL‑QURAN KE‑100
📅 Khamis, 30 Julai 2026 / 14 Safar 1448H
📍 Bilik Pengajian PERKIM Selayang Baru

Alhamdulillah, pada tarikh tersebut telah berlangsung Kelas Awal Al‑Quran kali ke‑100 dengan kehadiran seramai 35 orang peserta.

📖 Pengajar: Imam Mohd Dasuki bin Mohmud
💰 Yuran: PERCUMA

✅ Idea asal kelas ini dicetuskan oleh Pengerusi Kump**an Marhaban Nurul Huda At‑Taqwa Selayang Baru, Hjh Halimah Ahmad bersama Naib Pengerusi, Hjh Nor’asiken Lajis@Aziz, yang kemudiannya dipersetujui oleh Almarhum Tuan Pengerusi, Hj Ismail bin Hj Hussin.
✅ Tujuan kelas ini adalah untuk memperkemaskan bacaan serta sebutan makhraj huruf‑huruf Hijaiyah.
✅ Permulaan kelas hanya dihadiri oleh 7 orang peserta, namun setelah berpindah ke Bilik Pengajian PERKIM Selayang Baru, kehadiran meningkat sehingga 35 orang.
✅ Tarikh ini juga bertepatan dengan Ulang Tahun Kelahiran Bendahari Kehormat, Hjh Misarah bt Ahmad, dan turut diraikan bersama peserta bulan Julai iaitu Hjh Rozita bt Hj Ishak.
✅ Sambutan diserikan dengan hidangan Nasi Daging oleh Hjh Hamidah Ahmad, serta cupcakes hadiah daripada Hjh Misarah & Hjh Rozita, dan kek hari lahir sumbangan Setiausaha Kehormat.

🌸 Alhamdulillah, semakin hari kelas ini semakin mendapat sambutan. Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang hadir dan sentiasa menyokong aktiviti PERKIM Cawangan Selayang Baru.

*"Pendidikan mencari ilmu Allah SWT adalah berterusan. Tidak perlu bermegah dalam berkebajikan, cukup dengan keikhlasan. Kerana setiap keikhlasan menjadikan amalan kita lebih bermakna."*

MAJLIS SYAHADAH SAUDARA BARU📅 15 Julai 2026 / 19 Muharram 1448H  📍 PERKIM Cawangan Selayang Baru  Alhamdulillah, pada ha...
31/07/2026

MAJLIS SYAHADAH SAUDARA BARU
📅 15 Julai 2026 / 19 Muharram 1448H
📍 PERKIM Cawangan Selayang Baru

Alhamdulillah, pada hari Rabu, 15 Julai 2026 bersamaan 19 Muharram 1448H, sekitar jam 6:45 petang, telah berlangsung Majlis Syahadah Saudara Baru di PERKIM Cawangan Selayang Baru.

Saudara Eswaran A/L Munidandy telah menerima hidayah semasa berada dalam tahanan. Setelah dibebaskan, beliau dinasihatkan untuk mencari PERKIM, dan dengan izin Allah SWT, beliau hadir ke PERKIM Cawangan Selayang Baru untuk mengucap dua kalimah syahadah.

✅ Pegawai Pengislaman: Imam Hj Mohamad Syukri bin Omar
✅ Nama Islam: Umar Rayyan bin Munid

Marilah kita bersama‑sama mendoakan agar Saudara Umar Rayyan terus diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk mempelajari, memahami dan mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian beliau. 🤲🏻

*"Semoga Allah menetapkan hati beliau di atas jalan Islam dan menjadikan beliau hamba yang istiqamah."* .

KONVENSYEN WAKAF DAKWAH ANTARABANGSA📅 Selasa, 15 Julai 2026 / 13 Safar 1448H  📍 Anjuran PERKIM Kebangsaan & RISEAP  Alha...
31/07/2026

KONVENSYEN WAKAF DAKWAH ANTARABANGSA
📅 Selasa, 15 Julai 2026 / 13 Safar 1448H
📍 Anjuran PERKIM Kebangsaan & RISEAP

Alhamdulillah, semalam telah berlangsung Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa yang dianjurkan oleh PERKIM Kebangsaan dengan kerjasama RISEAP.

PERKIM Cawangan Selayang Baru telah diwakili oleh 10 orang delegasi yang diketuai oleh Tuan Pengerusi, En. Mohd Faizal Hariri bin Ibrahim.

Konvensyen ini menjadi wadah penting dalam memperkukuh usaha dakwah melalui instrumen wakaf, serta memperluas jaringan kerjasama antara PERKIM dan badan‑badan Islam serantau.

Semoga segala ilmu, pengalaman dan resolusi yang diperoleh daripada konvensyen ini dapat dimanfaatkan demi memperkasa dakwah dan kebajikan umat Islam. 🤲🏻

📌 Laporan Aktiviti PERKIM Cawangan Selayang BaruZIARAH MUHIBBAH PERKIM CAWANGAN AYER MOLEK, MELAKATarikh       : 18.7.20...
30/07/2026

📌 Laporan Aktiviti PERKIM Cawangan Selayang Baru
ZIARAH MUHIBBAH PERKIM CAWANGAN AYER MOLEK, MELAKA
Tarikh : 18.7.2026 (Sabtu) & 19.7.2026 (Ahad)
Kehadiran : 40 orang peserta

✅️ Alhamdulillah, telah selesai **2 hari lawatan PCSB ke Bandaraya Bersejarah Melaka. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk menziarahi PERKIM Cawangan Ayer Molek serta menimba pengalaman daripada mereka.

✅️ Rombongan kami disambut dengan penuh mesra oleh barisan AJK PERKIM Cawangan Ayer Molek. Selepas itu, kami diberi taklimat berkenaan jawatankuasa serta aktiviti cawangan oleh Setiausaha Kehormat, Pn Hjh Azizah Mazlan.

✅️ Alhamdulillah, murah rezeki rombongan PCSB kerana mendapat layanan istimewa daripada warga Melaka:
- Makan tengah hari *Asam Pedas* percuma
- *Keria Bangsawan* percuma
- *Cendol* percuma
- Makan malam *Seafood* percuma
- Malah dapat menikmati buah anggur percuma

✅️ Kami amat terharu dengan semangat para peserta. Ada yang bertongkat tetapi tetap hadir, ada yang kurang mampu berjalan namun bersemangat untuk bersama, dan ada juga yang badan sudah lemah tetapi tetap menggagahkan diri demi ukhuwah.

✅️ Jutaan terima kasih 💐👏🏻 kepada semua peserta yang bersama-sama menjayakan lawatan ini. Sambutan yang diberi benar-benar menyentuh hati kami. 🥹

✅️ Jutaan terima kasih juga kepada Pihak PERKIM Bahagian Negeri Melaka (PBNM) yang turut bersama menyambut rombongan kami, iaitu:
- Tuan Haji Abdul Rahim Tawil, Pengerusi Tetap PBNM
- Tuan Hj Bahaudin Hj Abdullah, Naib Pengerusi 2 PBNM
- Tuan Hj Mohd Nor Hj Mansor, Setiausaha Kehormat PBNM
- Berserta semua Jawatankuasa PBNM

✅️ Sekali lagi jutaan terima kasih kami ucapkan kepada PERKIM Cawangan Ayer Molek (PCAM) terutamanya:
- Tuan Hj Mohd Yatim bin Husin, Pengerusi Tetap PCAM
- Tuan Hj Osman bin Ismail, Naib Pengerusi Tetap PCAM
- YB. Datin Wira Datuk Halimah Baba, Pengerusi PCAM
- Tuan Hj Abd Rahim Tawil, Naib Pengerusi PCAM
- Pn Hjh Rohayah Abd Kadir, Bendahari Kehormat PCAM
- Pn Hjh Zainah Hassan, Pengacara Majlis merangkap AJK PCAM
- Beserta semua AJK yang hadir, khususnya Kapten Azizan bin Adam, Pengurus Hotel Kobemas dan Datin Ramlah Hj Johari

✅️ Lawatan ini juga menjadi satu kenangan bermakna kerana ia merealisasikan antara hasrat terakhir Almarhum Ayahanda Hj Ismail b. Hj Hussin, iaitu membawa ahli berjalan-jalan ke luar Selangor dan belanja makan malam seafood. Semoga Allah SWT mengurniakan ganjaran terbaik atas segala jasa beliau. 🤲🏻❤️

✅️ Walaupun bukan mudah untuk menguruskan lebih 200 orang ahli, cabaran ini tetap kami sahut demi meneruskan legasi Almarhum.

✅️ InsyaAllah, program Ziarah Muhibbah akan terus dilaksanakan ke PERKIM cawangan lain, sama ada di Selangor mahupun luar Selangor, dengan tema:
“Ukhuwah Dierat, Meraih Berkat”
Semoga usaha ini memberi manfaat, ilmu dan pengalaman kepada semua.

🙏🏻 Sekiranya ada simpati kalian, mohon sedekahkan 'Al-Fatihah' buat Almarhum Ayahanda Hj Ismail b. Hj Hussin. Semoga Allah SWT membalas kebaikan kalian dengan sebaik-baik pembalasan. Amin ya rabbal ‘alamin.

10/07/2026

Address

Pejabat Perkim Masjid Selayang Baru, Jalan 11C
Jalan
68100

Opening Hours

Monday 10:00 - 17:30
Tuesday 10:30 - 17:30
Wednesday 10:30 - 17:30
Thursday 10:30 - 17:30
Friday 10:00 - 17:30

Telephone

+60361367012

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perkim Selayang Baru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Perkim Selayang Baru:

Shortcuts

Share