Persekutuan Muda Mudi CGMC BM

Persekutuan Muda Mudi CGMC BM Marilah setai kami!! Di Persekutuan Muda-Mudi Bahasa Melayu Canning Garden Methodist Church Ipoh

Apakah bahagian Alkitab yang paling membosankan bagi anda? Bagaimanakah anda boleh membaca bahagian seperti itu dengan p...
08/03/2025

Apakah bahagian Alkitab yang paling membosankan bagi anda? Bagaimanakah anda boleh membaca bahagian seperti itu dengan pandangan yang baharu?

Tuhan, tolonglah aku membaca Alkitab dengan teliti. Semoga Roh-Mu membimbing aku melihat nilai dalam setiap ayat.

Alkitab mengandungi pelbagai senarai, termasuk beberapa salasilah keluarga. Namun, ini bukan data yang membosankan, senarai ini memberikan maklumat yang relevan. Salasilah orang Yahudi biasanya tidak menyebut nama wanita, tetapi lima orang wanita telah disebut dalam salasilah Yesus dalam Matius 1: Maria, Tamar, Rahab, Rut dan isteri Uria (Batsyeba). Selain itu, kecuali Maria, mereka kemungkinan besar adalah orang bukan Yahudi. Beberapa mereka mempunyai latar belakang yang mungkin dianggap tidak layak untuk disebut dalam senarai ini. Sebagai contoh, Tamar tidur dengan bapa mentuanya, Yehuda (Kejadian 38), dan Rahab adalah seorang pelacur (Yosua 2:1).
Namun, dengan memasukkan mereka dalam salasilah Yesus, kita melihat bahawa Tuhan memakai orang yang tidak sempurna dan berdosa untuk menggenapi rancangan-Nya. Maka hal ini tidak menghairankan kerana kita belajar banyak daripada senarai seperti ini, sebagaimana dinyatakan dalam 2 Timotius 3:16-17: “Seluruh Kitab Suci diilhamkan oleh Allah, dan berguna untuk mengajar, menegur, membetulkan dan mendidik ke arah kebenaran. Dengan demikian, tiap-tiap orang yang mengabdikan diri kepada Allah akan dilengkapi sepenuhnya untuk melakukan segala kerja yang baik.”
-Alyson Kieda-

Visit the post for more.

Apakah ketakutan terbesar anda? Bagaimanakah dengan menyerahkan kebimbangan anda kepada Kristus dapat mempertingkatkan k...
07/03/2025

Apakah ketakutan terbesar anda? Bagaimanakah dengan menyerahkan kebimbangan anda kepada Kristus dapat mempertingkatkan kualiti kehidupan anda?

Jika aku berasa bimbang hari ini, Yesus yang dikasihi, tolong berikan aku keyakinan untuk memberikan ketakutanku kepada-Mu, semasa aku hidup dalam damai sejahtera-Mu.

Dalam Matius 6:25-34, Yesus berjanji untuk memenuhi keperluan kita. Salah satu contoh paling luar biasa tentang pemeliharaan Tuhan yang menyeluruh berlaku di padang gurun ketika orang Israel dalam perjalanan ke tanah yang dijanjikan. Sepanjang perjalanan mereka selama empat puluh tahun, mereka bergantung sepenuhnya pada Gembala ilahi. Sepertimana Tuhan memelihara burung-burung (Matius 6:26) dan menghiasi bunga-bunga (ayat 28-29), demikian juga Dia menyediakan makanan bagi umat-Nya dan pakaian yang tidak menjadi lusuh (Ulangan 8:3-4)!
Musa menjelaskan tujuan “kelas pembelajaran” di padang gurun itu: “Dia merendahkan hatimu, membiarkan kamu lapar, dan memberi kamu makan manna … supaya kamu sedar bahawa manusia hidup bukan dengan roti sahaja, tetapi dengan setiap firman yang keluar daripada mulut TUHAN” (ayat 3). Keinginan jasmani kita seharusnya menyedarkan kita tentang pergantungan rohani yang lebih mendalam kepada Tuhan, yang firman-Nya menopang kita. Kita boleh menumpukan tenaga kita kepada perkara-perkara yang menjadi kepentingan-Nya, dengan yakin bahawa Dia akan memenuhi segala keperluan kita (Matius 6:33).
-Tim Laniak-

Visit the post for more.

Bilakah anda tersinggung oleh tindakan seseorang? Bilakah ini tindakan yang wajar untuk melepaskan sesuatu perkara yang ...
06/03/2025

Bilakah anda tersinggung oleh tindakan seseorang? Bilakah ini tindakan yang wajar untuk melepaskan sesuatu perkara yang mungkin menyinggung perasaan kita?

Tuhan yang pengasih, terima kasih kerana Engkau tidak lagi mengingat masa-masa yang aku telah menyinggung perasaan-Mu. Tolonglah beri aku hikmah untuk melakukan perkara yang sama kepada orang lain.

Tuhan berfirman kepada Salomo, “Aku mengurniaimu hati yang bijak dan berpengertian, sehingga sebelum engkau tidak ada orang yang seperti engkau, dan setelah engkau pun tidak akan bangkit orang yang seperti engkau” (1 Raja-raja 3:12). Seiring waktu, Salomo menulis banyak amsal. Namun, hikmat yang dikurniakan Tuhan kepadanya tidak mencegah dia melakukan tindakan-tindakan yang sangat bodoh. Dalam Ulangan 17:16-17, Tuhan telah memberi amaran bahawa apabila Israel mempunyai seorang raja, dia tidak boleh mengumpulkan banyak kuda (simbol pertahanan ketenteraan) atau mengambil isteri-isteri asing (sebagai pakatan politik untuk menjamin takhta). Implikasi yang jelas adalah raja seharusnya mencari keamanan dalam Tuhan—satu-satunya raja Israel yang sebenar.

Namun, Salomo dengan bodohnya mengabaikan amaran ini. Dia mengumpulkan begitu banyak kuda sehingga perlu membina kota-kota khas untuk menyimpan dan memelihara mereka (1 Raja-raja 10:26). Selain itu, dia juga memiliki tujuh ratus orang isteri dan tiga ratus orang gundik (11:3). Wanita-wanita ini membuat hati Salomo berpaling daripada Tuhan (ayat 4). Akibat kebodohan Salomo, Tuhan menjatuhkan hukuman kepadanya (ayat 9-13).
-Bill Crowder-

Visit the post for more.

Walaupun tiada sesiapa pun dapat menyelami fikiran Tuhan, tetapi setiap orang masih boleh mengenal Dia, apakah ertinya f...
05/03/2025

Walaupun tiada sesiapa pun dapat menyelami fikiran Tuhan, tetapi setiap orang masih boleh mengenal Dia, apakah ertinya fakta ini bagi anda? Apakah yang anda sendiri fahami tentang sifat-sifat Tuhan?

Tuhan alam semesta, terima kasih kerana Engkau menjadi Bapa Syurgawiku. Aku meletakkan harapan aku di dalam-Mu kerana Engkaulah yang memberi aku kebijaksanaan dan kekuatan.

Konteks dalam Yesaya 40 yang menggambarkan kuasa Tuhan sebagai Pencipta (ayat 12, 22, 26) adalah untuk membawa penghiburan kepada umat-Nya: “Hiburkanlah, hiburkanlah umat-Ku," demikian firman Allahmu. “Bicaralah untuk menenangkan hati Yerusalem” (ayat 1-2). Selepas mengalami penderitaan dalam pembuangan, umat Tuhan memerlukan keyakinan bahawa Dia berkuasa dan bersedia untuk menjaga mereka. Melalui Yesaya, Tuhan bertanya, “Dengan siapa kamu hendak menyamakan Aku sehingga Aku sejajar dengannya? ... Layangkanlah pandang ke langit dan lihatlah: siapakah yang mencipta benda-benda itu?” (ayat 25-26). Pertanyaan mengenai siapa yang menciptakan langit kemungkinan mencabar kepercayaan umum dalam agama Babilonia dan Kanaan bahawa bintang-bintang di langit mewakili dewa-dewi. Pertanyaan Yesaya bukan sahaja menolak idea bahawa ada dewa-dewi yang boleh dibandingkan dengan Tuhan yang sebenar, tetapi juga menegaskan bahawa apa yang dianggap sebagai dewa-dewi hanyalah ciptaan-Nya semata-mata.
-Monica Brands-

Visit the post for more.

Bagaimanakah anda telah salah tafsir Yesus? Apakah yang akan membantu anda untuk memahami Dia dengan lebih baik hari ini...
04/03/2025

Bagaimanakah anda telah salah tafsir Yesus? Apakah yang akan membantu anda untuk memahami Dia dengan lebih baik hari ini?

Terima kasih, Yesus, kerana Engkau sentiasa memahami dan mengasihi Kami.

Dalam Kisah Para Rasul 3:12-25, Petrus memberitakan Injil kepada orang ramai selepas menyembuhkan seorang pengemis yang lumpuh. Mengenai peranan manusia dalam kematian Yesus, dia berkata: “Tetapi dengan cara demikianlah segala yang dinyatakan Allah melalui lidah nabi-nabi-Nya, bahawa Kristus akan menderita, telah ditunaikan-Nya” (ayat 18). Para nabi tersebut termasuk Daud (Mazmur 69:4, 21), Yesaya (Yesaya 50:6; 53:4-11) dan Zakharia (Zakharia 12:10; 13:7). Dalam Mazmur 22, Daud menyuarakan kata-kata yang diucapkan oleh Kristus di kayu salib (ayat 1; lihat Matius 27:46), penganiayaan terhadap-Nya (Mazmur 22:6-8; lihat Matius 27:27-31, 41-44) dan pembahagian pakaian-Nya (Mazmur 22:18; lihat Matius 27:35). Kata-kata Petrus dalam Kisah Para Rasul 3:17-18 mengingatkan kita kepada kata-kata Yusuf kepada saudara-saudaranya: “Memang dahulu kamu berniat melakukan kejahatan terhadapku, tetapi Allah memaksudkan perbuatan kamu untuk tujuan yang baik sehingga wujud apa yang terjadi sehingga hari ini, iaitu dengan terpeliharanya kelangsungan hidup ramai manusia” (Kejadian 50:20).
-Alyson Kieda-

Visit the post for more.

Bagaimanakah Tuhan menunjukkan kasih sayang-Nya kepada anda melalui seseorang yang tidak anda jangkakan? Kepada siapakah...
03/03/2025

Bagaimanakah Tuhan menunjukkan kasih sayang-Nya kepada anda melalui seseorang yang tidak anda jangkakan? Kepada siapakah anda boleh menunjukkan kasih Tuhan secara praktikal pada minggu ini?

Yesus yang dikasihi, tolong berikan aku peluang untuk mengasihi semua orang yang Engkau ciptakan dan dipanggil sesama aku.

Lukas 10:27-37 ialah perumpamaan tentang Orang Samaria yang Baik Hati. Apa yang menjadikannya luar biasa ialah orang Samaria dianggap sebagai golongan yang dipinggirkan. Akibat penaklukan Kerajaan Utara Israel oleh Asyur, orang Israel berkahwin campur dengan orang Asyur, lalu melahirkan golongan berdarah campuran ini. Walaupun dibenci oleh orang Yahudi, orang Samaria jelas merupakan golongan yang dikasihi oleh Kristus, seperti yang terlihat bukan sahaja dalam perumpamaan ini tetapi juga dalam Yohanes 4:1-42, ketika Dia bertemu dengan seorang wanita Samaria. Dalam Lukas 17:11-19 Dia merawat seorang pesakit kusta Samaria. Kasih Tuhan terhadap orang Samaria hanyalah satu contoh daripada sifat kasih-Nya yang menyeluruh seperti yang digambarkan dalam Yohanes 3:16.
-Bill Crowder-

Visit the post for more.

Shalom.  Puji Tuhan untuk perlindungan dan pemeliharaan-Nya bagi SKI 2025 sepanjang 17 hari lepas.  Kami kini memasukki ...
03/03/2025

Shalom. Puji Tuhan untuk perlindungan dan pemeliharaan-Nya bagi SKI 2025 sepanjang 17 hari lepas. Kami kini memasukki Minggu ke-3 di mana pelajar akan mula fokus kepada persiapan pelayanan di gereja-gereja Orang Asli dan Minggu misi.

Minggu lepas, mereka telah belajar tentang Tinjauan Perjanjian Baru, Media & Kreativiti (di mana mereka belajar membuat 2 filem pendek dengan mesej rohani secara berkumpulan), BGR/Hubungan Lelaki-Perempuan, Seksualiti, Menelusuri Jari Tuhan dalam hidup mereka, Mendengar Suara Tuhan dan Misi & Pelayanan Orang Asli.

Suatu yang sangat menonjol bagi SKI2025 ialah *_"Chapel SKI”_* di mana setiap pelajar belajar dan berpeluang berkhutbah, dengan dinilai oleh 3 penilai yang dipilih oleh mereka. Ini membantu mempersiapkan mereka untuk pelayanan Orang Asli pada hari Ahad ini (9/3) dan semasa Minggu Misi (13-17 Mac) nanti.

Minggu ini, mereka akan belajar tentang Doktrin & Apologetik, Misi & Kerajaan Allah, Cabaran Gereja BM dan Nama Allah, Konflik & Amarah, serta Pelayanan Kanak-Kanak & Remaja. Berdoa untuk mereka, kerana hari Minggu ini (9/3), mereka akan melayani di 6 buah gereja OA, dengan mengambil alih keseluruhan acara kebaktian (dari doa, pujian penyembahan, kesaksian, khutbah, hinggalah pelayanan kanak-kanak).

Semoga Tuhan memberkati dan melindungi anda sekeluarga. (Bilangan 6: 24-26).

Apakah yang merampas kedamaian dan ketenangan anda? Bagaimanakah anda boleh mencari ketenangan di dalam Yesus?Tuhan yang...
02/03/2025

Apakah yang merampas kedamaian dan ketenangan anda? Bagaimanakah anda boleh mencari ketenangan di dalam Yesus?

Tuhan yang pengasih, aku berasa sungguh letih. Dunia ini penuh kesusahan, dan aku terkadang rasa seolah-olah tidak berdaya. Tolonglah aku lebih bersungguh-sungguh untuk mencari Engkau dan mendapatkan ketenangan dalam hadirat-Mu yang mulia.

Mazmur 32 secara tradisional telah diklasifikasikan sebagai salah satu tujuh mazmur penyesalan (pertaubatan). Mazmur-mazmur lain dalam kategori ini termasuk Mazmur 6, 38, 51, 102, 130, dan 143. Dalam Mazmur 32, pemazmur menyerlahkan kesan serius dosa yang tidak diakui terhadap tubuh: “Ketika aku membisu, tulang-tulangku kian uzur akibat rintihanku sepanjang hari … tenagaku hilang bagaikan kemarau musim panas (ayat 3-4). Penekanan terhadap kesan dosa ke atas tubuh kita juga ditemui dalam mazmur-mazmur pertaubatan yang lain. Sebagai contoh, dalam Mazmur 38 kita membaca, “Seluruh tubuhku sakit kerana kemurkaan-Mu” (ayat 3). Namun, fokus utama dalam Mazmur 32 adalah tentang sukacita dan damai sejahtera yang dapat dialami oleh semua orang yang berbalik kepada Tuhan untuk memohon pengampunan-Nya (ayat 1-2, 5).
Monica Brands

Visit the post for more.

Apakah aspek kegemaran anda tentang Alkitab? Bagaimanakah anda boleh membantu orang lain untuk memahaminya dengan lebih ...
01/03/2025

Apakah aspek kegemaran anda tentang Alkitab? Bagaimanakah anda boleh membantu orang lain untuk memahaminya dengan lebih baik?

Ya Tuhan, terima kasih kerana Engkau kurniakan Kitab Suci dan hak khusus kepada kami untuk berkongsinya dengan orang lain.

Inspirasi Kitab Suci ialah satu konsep yang luar biasa untuk difikirkan. Tuhan, dengan hikmat-Nya yang tiada bandingan, telah menghembuskan firman-Nya melalui Roh Kudus (2 Timotius 3:16-17; lihat Matius 22:43) sambil menggunakan keperibadian, pengalaman, dan bahkan kosa kata individu para penulisnya. Dalam jangka masa kira-kira seribu lima ratus tahun, Tuhan telah memakai empat puluh orang penulis yang berbeza untuk menghasilkan sebuah Alkitab yang membawa satu mesej yang jelas dan padu: kasih dan penyelamatan Tuhan terhadap ciptaan-Nya yang hilang dan hancur/rosak.
Lebih khusus lagi, mesej itu berfokus kepada penyelamat iaitu Yesus. Perjanjian Lama merujuk kepada-Nya dan menyediakan jalan bagi kedatangan-Nya, manakala Perjanjian Baru menjelaskan keperibadian dan karya-Nya. Alkitab bukan sekadar koleksi enam puluh enam buah kitab sejarah agama secara rawak. Ia merupakan mesej yang menyeluruh tentang kasih kurnia Tuhan yang sanggup menebus kita, yang disempurnakan melalui Kristus.
-Bill Crowder-

Visit the post for more.

Bagaimanakah Tuhan telah menunjukkan kasih dan kebenaran kepada anda? Bagaimanakah anda dapat menunjukkan kasih dan kebe...
27/02/2025

Bagaimanakah Tuhan telah menunjukkan kasih dan kebenaran kepada anda? Bagaimanakah anda dapat menunjukkan kasih dan kebenaran Tuhan kepada mereka yang tidak mengikut jalan hidup yang berdasarkan Alkitab?

Ya Tuhan yang penuh kasih, tolonglah aku mencerminkan kebenaran dan kasih-Mu kepada mereka yang jauh daripada-Mu.

Empat belas fasal kitab Hosea merupakan salah sebuah kitab yang pelik dalam Alkitab. Mengapakah Tuhan mengarahkan nabi-Nya Hosea untuk “Peristerilah seorang perempuan lacur dan milikilah anak-anak pelacur” (Hosea 1:2)? Jawapannya diperoleh dalam fasal pertama: “Kerana luar biasa besarnya pelacuran penduduk negeri ini dengan meninggalkan TUHAN” (ayat 2). Tuhan menggunakan perkahwinan Hosea yang malang secara terbuka untuk menjadi gambaran yang jelas tentang perbuatan umat-Nya di hadapan Tuhan, mereka yang melakukan penyembahan berhala yang lucah. Dia berfirman tentang mereka, “Dia akan mengejar kekasih-kekasihnya” (2:7). Tetapi Tuhan akan membawa umat itu pulang daripada pembuangan. Hosea 3 menjangkakan suatu hari kelak apabila orang Israel “akan kembali dan mencari hadirat TUHAN, Allah mereka, serta Daud raja mereka. Pada hari-hari terakhir mereka akan datang dengan gementar kepada TUHAN dan restu-Nya” (ayat 5). Tuhan akan sentiasa mengasihi mereka, seperti Hosea mengasihi isterinya.
-Tim Gustafson-

Apakah yang harus kita lakukan? Scott dan Bree berasa susah untuk berinteraksi dengan rakan-rakan dan ahli keluarga mereka yang memilih jalan hidup yang tidak sesuai dengan Alkitab. Namun selepas m…

Apakah pemberian yang dapat anda kongsi dengan orang lain? Apakah perasaan anda apabila menerima pemberian daripada sese...
26/02/2025

Apakah pemberian yang dapat anda kongsi dengan orang lain? Apakah perasaan anda apabila menerima pemberian daripada seseorang?

Ya Bapa yang di syurga, ingatkanlah aku untuk berbuat baik kepada orang lain—dengan berkongsi pemberian dan perkara yang berharga.

Frasa “membuat kebajikan” (Kisah Para Rasul 9:36) juga muncul dalam Kisah Para Rasul 10:38, ketika Petrus berkhutbah di rumah Kornelius dan membuat kesimpulan ini tentang pelayanan Yesus: “Yesus orang Nazaret, betapa Allah telah memilih-Nya sebagai Kristus dan memberi-Nya Roh Kudus serta kuasa, … telah pergi merata-rata membuat kebajikan dan menyembuhkan orang yang diseksa oleh Iblis, kerana Allah menyertai Yesus.” Tabita, iaitu seorang pengikut Kristus, mengikut teladan-Nya bagi menolong mereka yang ada keperluan dengan menjahit pakaian sebagai caranya untuk menyatakan kepedulian (9:39). Demikian juga dengan Petrus, dia membuat kebajikan dengan mengikut teladan Kristus dan menggunakan kurnia kerasulannya. Sukar untuk terlepas pandang persamaan antara Kisah Para Rasul 9:39-42 dan Markus 5:37-43, ketika Petrus memperoleh tempat duduk baris hadapan di rumah Yairus (lihat juga Lukas 8:51) ketika Yesus membangkitkan anak perempuan Yairus daripada kematian. Setelah Kristus kembali ke syurga, perbuatan baik-Nya berlanjutan melalui mereka yang percaya kepada-Nya.
-Arthur Jackson-

Visit the post for more.

Address

23, Jalan Keliling, Taman Canning
Ipoh
31400

Opening Hours

16:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persekutuan Muda Mudi CGMC BM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Persekutuan Muda Mudi CGMC BM:

Share

Category