Surau Ihsaniah Kg Sg Tapah Tambahan 2

Surau Ihsaniah Kg Sg Tapah Tambahan 2 Surau Ihsaniah Kg Sungai Tapah Tambahan 2
Manjoi,Ipoh,Perak Darul Ridzuan

"Syawal hadir sebagai lambang kemenangan setelah kita menempuh madrasah Ramadan yang penuh makna. Cabaran kita kini adal...
20/03/2026

"Syawal hadir sebagai lambang kemenangan setelah kita menempuh madrasah Ramadan yang penuh makna. Cabaran kita kini adalah untuk terus istiqamah memelihara nilai iman, ukhuwah dan kesatuan dalam komuniti.

Semoga Aidilfitri ini menjadi titik tolak untuk kita memperkukuh silaturahim serta memakmurkan Surau Ihsaniah sebagai pusat ilmu dan kebajikan.

Kami, barisan AJK Surau Ihsaniah, dengan penuh keinsafan menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan.

Taqabbalallahu minna wa minkum.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin."

Assalammualaikum semua ahli kariah Surau Ihsaniah! πŸ‘‹Jom kita imarahkan pagi raya dengan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri...
20/03/2026

Assalammualaikum semua ahli kariah Surau Ihsaniah! πŸ‘‹

Jom kita imarahkan pagi raya dengan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri di surau kita. Lepas solat, kita ada jamuan sikit untuk merapatkan ukhuwah. πŸ€πŸŒ™

πŸ“ Tempat: Surau Ihsaniah Kg Sungai Tapah Tambahan 2
πŸ—“οΈ Tarikh: 21 Mac 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.30 Pagi
Imam: Ustaz Ahmad Affendi

✨ Nota: Semua ahli kariah amat dialu-alukan untuk membawa sepinggan juadah (potluck) untuk dikongsi bersama. Jumpa di sana!

Sempena hari Nuzul Al-Quran ini marilah kita kembali mendekatkan diri dengan kalam Allah, menghayati setiap bait ayatnya...
06/03/2026

Sempena hari Nuzul Al-Quran ini marilah kita kembali mendekatkan diri dengan kalam Allah, menghayati setiap bait ayatnya, dan menjadikannya panduan akhlak kita. Semoga cahaya Al-Quran sentiasa mekar dalam hati kita semua.

Salam Nuzul Al-Quran 1447H daripada kami seluruh Ahli Jawatankuasa di Surau Ihsaniah, Kg Sg Tapah Tambahan 2, Ipoh.

*MAKLUMAN ZAKAT FITRAH RAMADAN 1447H/2026*Dimaklumkan kepada seluruh *jemaah masjid dan penduduk setempat*,bahawa *Penol...
24/02/2026

*MAKLUMAN ZAKAT FITRAH RAMADAN 1447H/2026*

Dimaklumkan kepada seluruh *jemaah masjid dan penduduk setempat*,
bahawa *Penolong Amil Fitrah yang dilantik* bagi kawasan ini ialah:

πŸ•Œ *Ustaz Mohamed Ibrahim Bin Abd Latif*

πŸ“„ *No. Tauliah: IP119/1447H*
πŸ’³ *Pembayaran Zakat Fitrah boleh dibuat secara*:
βœ… Tunai
βœ… Online / QR i-Fitrah Zakat Perak

Klik Link Di Bawah

https://bestari.maipk.gov.my/WebForm/MaklumatPembayar/KjTsYdUSwv

πŸ“Œ *Kadar Zakat Fitrah Negeri Perak 2026*:

RM10 (Wajib)

RM16 (Galakan)

RM25 (Galakan)

Marilah kita menyempurnakan *rukun Islam* ini dengan menunaikan zakat fitrah *melalui amil yang sah dan bertauliah*.

πŸ“Ώ β€œAmbillah zakat daripada sebahagian harta mereka…”
(Surah At-Taubah: 103)

*Sebarkan makluman ini agar lebih ramai jemaah mendapat manfaat.*

Semoga ibadah kita diterima Allah SWT.

*β€œSila imbas QR yang diberikan menggunakan QR Code i-Fitrah (Zakat Perak), bukan QR perbankan.”*

Alhamdulillah  Hari ini Surau Ihsaniah Kg Sungai Tapah Tambahan 2 menerima sumbangan sebanyak RM250.00 daripada seorang ...
23/02/2026

Alhamdulillah

Hari ini Surau Ihsaniah Kg Sungai Tapah Tambahan 2 menerima sumbangan sebanyak RM250.00 daripada seorang hamba Allah yang budiman.

Pihak AJK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan doa semoga Allah SWT membalas segala kebaikan penyumbang dengan ganjaran yang berlipat kali ganda. Bagi yang ingin turut sama menyumbang untuk urusan am surau, boleh salurkan ke akaun rasmi:

Bank Rakyat Malaysia
Surau Ihsaniah
No. Akaun: 1102438945

Sebarang pertanyaan & salinan resit boleh hubungi:

En. Shahrin bin Hassan (Bendahari Surau Ihsaniah)
-0 11-33 134382
Insya-Allah setiap sumbangan akan dimanfaatkan sebaiknya untuk kebajikan dan keperluan surau.
Semoga Allah memberkati semua penyumbang.

"Siapa yang membina rumah Allah, Allah akan bina untuknya rumah di syurga."

20/02/2026

Rebut peluang ini

19/02/2026

πŸŒ™ PENGUMPULAN PAKAIAN RAYA TERPAKAI πŸŒ™

Berkat Manjoi & KRT Kg Sungai Tapah dengan rendah hati menjemput orang ramai untuk bersama-sama menyumbang pakaian raya terpakai yang masih elok bagi membantu mereka yang memerlukan sempena Aidilfitri ini.

✨ Sumbangan yang diterima:

πŸ‘• Baju Kurung, Baju Melayu, jubah, kurta
πŸ§• Kopiah & Hijab (masih elok)
πŸ‘ž Kasut & Aksesori

πŸ“… Tarikh: 22 Februari 2026
⏰ Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
πŸ“ Tempat: Dewan MBT Manjoi Baru

πŸ“ž Untuk maklumat lanjut:
Ella: 013-485 1802
Nia: 013-772 6090

🀍 Sedekah anda membawa senyuman dan sinar Aidilfitri buat mereka yang memerlukan.
Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah..

Alhamdulillah 🀲🏻19 Februari 2026 - ruang solat di Surau Ihsaniah Kg Sg Tapah Tambahan 2, Ipoh, Perak sekali lagi dipenuh...
19/02/2026

Alhamdulillah 🀲🏻

19 Februari 2026 - ruang solat di Surau Ihsaniah Kg Sg Tapah Tambahan 2, Ipoh, Perak sekali lagi dipenuhi jemaah muslimin dan muslimat. Semoga kehadiran kita semua menjadi saksi kasih sayang dan ukhuwah di bulan mulia ini.

Disamping itu ,Jamuan Berbuka puasa percuma setiap hari disediakan oleh para penderma yang telah berdaftar dijemput hadir sekeluarga untuk berbuka dan Solat Terawih bersama.

Pihak Jawatankuasa surau juga mempelawa kepada Tuan/ Puan sudi memberi sumbangan kepada Tabung Ihya’ Ramadan bagi menampung kos perbelanjaan operasi surau sepanjang Ramadan, termasuk perkara Am serta bayaran bilal dan imam jemputan.

πŸ“Œ Sumbangan boleh dibuat:
β€’ Tunai di surau
β€’ Transfer ke akaun rasmi Bank Rakyat – Surau Ihsaniah
No Akaun: 1102438945

πŸ“² Mohon hantar salinan resit pembayaran dalam talian kepada Bendahari:
En. Shahrin bin Hassan – 011-3313 4382

Semoga setiap sumbangan menjadi saham akhirat dan diberkati Allah SWT.

Ahlan Wasahlan Ya Ramadan .

Alhamdulillah 🀲🏻18 Februari 2026 - mencatat sejarah indah apabila Solat Terawih pertama di Surau Ihsaniah Kg Sg Tapah Ta...
19/02/2026

Alhamdulillah 🀲🏻

18 Februari 2026 - mencatat sejarah indah apabila Solat Terawih pertama di Surau Ihsaniah Kg Sg Tapah Tambahan 2, Ipoh, Perak berlangsung dengan kehadiran yang amat memberangsangkan.

Pihak surau menjemput seluruh masyarakat untuk hadir setiap hari sepanjang bulan Ramadan bagi bersama-sama memeriahkan majlis berbuka puasa dan Solat Terawih berjemaah.

Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan, keinsafan dan mengeratkan ukhuwah sesama kita.

πŸ“ Semua dijemput hadir – bawa keluarga & sahabat sekali.
Jumpa di surau setiap malam Ramadan πŸŒ™

Sumbangan diterima melalui transfer :

Bank Rakyat
1102438945
Surau Ihsaniah

β€œMarhaban Ya Ramadhan πŸŒ™Selamat menunaikan ibadah puasa 1447H / 2026M.Semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan, keampu...
18/02/2026

β€œMarhaban Ya Ramadhan πŸŒ™

Selamat menunaikan ibadah puasa 1447H / 2026M.
Semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan, keampunan dan rahmat buat kita semua.

Ikhlas daripada seluruh Ahli Jawatankuasa Surau Ihsaniah Kg Sg Tapah Tambahan 2 , Ipoh, Perak

Address

Ipoh

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Ihsaniah Kg Sg Tapah Tambahan 2 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category