Pusat Pengajian Raudhatul Quran

Pusat Pengajian Raudhatul Quran Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Pengajian Raudhatul Quran, Ipoh.

09/09/2023

Uwais: Serigala.

Nama Uwais antara nama yang mempunyai maksud dan falaafah yang sangat mendalam. Mungkin tidak keterlaluan jika kita katakan, bahawa falsafah di sebalik nama ini lebih luas dan sukar berbanding nama Abu Bakar dan ‘Uthman.

Kita perlu memahami bahawa nama Uwais [أويس] berasal daripada nama Aus [أوس]. Dalam bahasa arab, nama Uwais dianggap panggilan manja (lafaz tasghir).

Seperti nama Sahal dipanggil Suhail. Nama Anas dipanggil Unais. Nama Asma’ dipanggil Sumayyah. Begitu juga ibu bapa tidak memanggil anak lelaki mereka sebagai “ya bani”, tetapi dipanggil “ya bunayya.”

Ramai sahabat Nabi salla Allah ‘alaih wa sallam bernama Aus seperti Aus bin Malik al-Ansari, Aus bin Qatadah al-Ansari yang syahid dalam perang Khaibar dan juga Aus bin Malik al-Ashja‘i radhiyallah ‘anhun.

Yang bernama Uwais mungkin sukar dicari. Menurut catatan al-Hafiz di dalam al-Isabah, terdapat seorang sahabat bernama Uwais, iaitu Uwais bin al-Samit, saudara kepada ‘Ubadah bin al-Samit radhiyallah ‘anh.

Yang paling terkenal ialah Uwais al-Qarni radhiyallah ‘anh. Sebahagian ulama menganggap beliau merupakan ketua segala tabi‘in, selain ada yang menganggap Sa‘id bin al-Musayyib dan al-Hasan al-Basri sebagai ketua tabi‘in.

Secara lebih spesifik, Uwais termasuk kalangan mukhadramun; iaitu gelaran khas bagi orang yang sempat beriman pada zaman Nabi salla Allah ‘alaih wa sallam namun tidak sempat bertemu dengan baginda.

Kita tidak bermaksud untuk memanjangkan kisah berkenaan dengan Uwais, kerana itu bukanlah fokus dalam perbincangan ini. Kita akan fokuskan kepada, apakah maksud nama Uwais?

Uwais yang berasal daripada nama Aus membawa maksud serigala (kecil). Serigala adalah sejenis haiwan yang mengandungi banyak nilai yang baik, sehingga ada orang membuat teori pengurusan berdasarkan kehidupan serigala.

Kita akan terangkan serba sedikit menurut pembacaan kita, sekurang-kurangnya membentuk gambaran umum.

√ Serigala adalah haiwan yang hidup dan bergerak dalam kumpulan. Mereka dikenali sebagai haiwan yang sangat setia dan tidak akan meninggalkan kawan-kawannya.

√ Mereka semua memainkan peranan masing-masing, bukannya hanya berpeluk tubuh.

√ Ketika bergerak, mereka akan mengatur posisi secara sangat strategik.

Barisan hadapan: Serigala paling lemah, agar pergerakan mereka dapat diatur berdasarkan yang paling lemah. Maka, tidak ada sesiapa kalangan mereka yang akan tertinggal di belakang.

Barisan kedua: Yang paling kuat agar dapat melindungi barisan hadapan dan ketiga.

Barisan ketiga: Serigala yang sederhana.

Barisan keempat: Yang paling kuat, agar dapat melindungi barisan ketiga.

Barisan terakhir: Adalah pemimpin serigala. Mereka tidak berada di hadapan. Tujuannya, agar mereka dapat menyelaraskan pergerakan dengan baik dan teratur.

Daripada pemerhatian bangsa arab terhadap nilai yang ada pada serigala, mereka lalu meletakkan nama Aus kepada anak-anak mereka agar anak-anak mereka turut mewarisi nilai-nilai tersebut.

Sehubungan itu, kita jelaskan bahawa nama Uwais merujuk kepada “orang yang setia, berstrategi, setiakawan, dan amat berfungsi.”

Disediakan oleh Mohd Dzul Khair, staff YaUM.

14/01/2023

MUQADDAM...

Antara teknik pembelajaran Al-Quran yang semakin dilupakan.

Tetapi bagi saya, ianya teknik yang lebih berkesan kerana pelajar perlu mengeja perkataan demi perkataan.

Jadi bila pelajar yang baca tu "lost" dan tersalah, kita minta dia eja semula, Alhamdulillah dengan sendirinya dia dapat perbetulkan balik yang mana tersalah. 😊

"Ya Allah, berkati kami dengan Nur Al-Quran.." 🤲🏻

Assalamualaikum orang Ipoh. 😃👋🏻- Bertahun-tahun mengaji, tapi masih belum mampu membaca Al-Quran dengan lancar?- Tercari...
12/01/2023

Assalamualaikum orang Ipoh. 😃👋🏻

- Bertahun-tahun mengaji, tapi masih belum mampu membaca Al-Quran dengan lancar?

- Tercari-cari kelas Al-Quran untuk memperbaiki bacaan?

- Perlukan guru untuk belajar Al-Quran secara bertalaqqi?

AYUH SERTAI KAMI ‼️

[KELAS PENGAJIAN AL-QURAN DEWASA DAN KANAK-KANAK] 📖

```- PUSAT PENGAJIAN RAUDHATUL QURAN -``` 📚

Modul pembelajaran yang ditawarkan :-
🟣 AL-QURAN
🟣 IQRA
🟣 TAJWID

🏡 Bertempat di :
📍 NO. 11, PERSIARAN BUKIT MERU 6, MERU HEIGHT.

https://maps.app.goo.gl/74UQ1FwaShaC9ksW7

📌 (Landmark : Berhampiran dengan *Masjid Muttaqin*, Taman Meru)

TEMPAT TERHAD‼️

📞 HUBUNGI KAMI :
wa.me/+0168645934
Sdr. Abdul Rahim
(Imam Masjid Muhammad Al-Fateh)

Assalamualaikum orang Ipoh. 😃👋🏻- Bertahun-tahun mengaji, tapi masih belum mampu membaca Al-Quran dengan lancar?- Tercari...
12/01/2023

Assalamualaikum orang Ipoh. 😃👋🏻

- Bertahun-tahun mengaji, tapi masih belum mampu membaca Al-Quran dengan lancar?

- Tercari-cari kelas Al-Quran untuk memperbaiki bacaan?

- Perlukan guru untuk belajar Al-Quran secara bertalaqqi?

AYUH SERTAI KAMI ‼️

[KELAS PENGAJIAN AL-QURAN DEWASA DAN KANAK-KANAK] 📖

```- PUSAT PENGAJIAN RAUDHATUL QURAN -``` 📚

Modul pembelajaran yang ditawarkan :-
🟣 AL-QURAN
🟣 IQRA
🟣 TAJWID

🏡 Bertempat di :
📍 NO. 11, PERSIARAN BUKIT MERU 6, MERU HEIGHT.

https://maps.app.goo.gl/74UQ1FwaShaC9ksW7

📌 (Landmark : Berhampiran dengan *Masjid Muttaqin*, Taman Meru)

TEMPAT TERHAD‼️

📞 HUBUNGI KAMI :
wa.me/+0168645934
Sdr. Abdul Rahim
(Imam Masjid Muhammad Al-Fateh)

Alhamdulillah, selesai gantung banner untuk  . Kelas akan bermula November ini. Jom sama-sama kita perbaiki bacaan Al-Qu...
31/10/2022

Alhamdulillah, selesai gantung banner untuk . Kelas akan bermula November ini. Jom sama-sama kita perbaiki bacaan Al-Quran kita. Moga kita semua mendapat syafaat daripada Al-Quran di akhirat kelak. Aminn yaa robbal a'laminn. 🤲🏻😃

Selesai solat hajat untuk perasmian pembukaan  bersama anak-anak tahfiz. Doakan kami semoga dipermudahkan segala urusan....
10/10/2022

Selesai solat hajat untuk perasmian pembukaan bersama anak-anak tahfiz. Doakan kami semoga dipermudahkan segala urusan. Aminn ya Robbal a'laminn.

Address

Ipoh

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pengajian Raudhatul Quran posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share