23/09/2025
✨ Alhamdulillah, selesai Program Ceramah Maulidur Rasul 1447H / 2025M ✨
Syukur ke hadrat Allah SWT, program ceramah sempena Maulidur Rasul yang diadakan pada hari ini telah berjalan dengan lancar. Kehadiran para jemaah muslimin, muslimat serta anak-anak yang memenuhi ruang masjid membuktikan kecintaan kita semua kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. 🌹
Terima kasih kepada penceramah jemputan Ustaz Borhan Al Kurawi yang telah menyampaikan pengisian penuh ilmu dan penghayatan, mengingatkan kita tentang sirah perjuangan Rasulullah SAW, akhlak baginda yang mulia serta tanggungjawab kita sebagai umatnya.
Jazakumullahu khairan kepada semua yang hadir, serta pihak yang terlibat menjayakan majlis ini. Semoga usaha kecil ini menjadi bukti cinta kita kepada Nabi SAW dan mendapat rahmat Allah SWT.
📌 "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu." (Al-Ahzab: 21)