PAS Kg Melayu Gelang Patah

PAS Kg Melayu Gelang Patah JOM Jadi Ahli PAS Kg Melayu Gelang Patah ❤️🇲🇾🇵🇸

PAS Cawangan Kampung Melayu Gelang Patah berada dibawah PAS Kawasan Iskandar Puteri.

2 buah PASTI di cawangan Kampung Melayu Gelang Patah buat masa ini adalah PASTI AR-RAHMAN 3 & PASTI AR-RAHMAN 5.

Assalamualaikum w.b.t 😊Dengan segala hormatnya, tuan/puan dijemput ke Majlis Sambutan Hari Raya PAS Kawasan Iskandar Put...
11/04/2026

Assalamualaikum w.b.t 😊

Dengan segala hormatnya, tuan/puan dijemput ke Majlis Sambutan Hari Raya PAS Kawasan Iskandar Puteri 1447H / 2026M.

📅 Tarikh: 11 April 2026 (Sabtu)
🕒 Masa: 3.00 petang – 7.00 petang
📍 Tempat: Pejabat PAS Iskandar Puteri, Jalan Keindahan 1, Taman Skudai Indah

👉Location: https://maps.app.goo.gl/qpQf35WSFHipts3AA?g_st=aw

Majlis ini diadakan sebagai tanda kesyukuran serta bagi mengeratkan ukhuwah dalam suasana Aidilfitri yang penuh keberkatan.

Semua dijemput hadir bagi bersama-sama memeriahkan majlis ini ✨

Sekian, terima kasih.

Laknat buat Israel
31/03/2026

Laknat buat Israel

TEL AVIV: Parlimen Israel, Knesset meluluskan dalam bacaan kali kedua dan ketiga satu undang-undang yang memperuntukkan hukuman mati terhadap tahanan Palestin, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

31/03/2026

Derita buat rakyat Palestin tidak berkesudahan 🥹😭

Dalam sekelip mata, seorang isteri bergelar balu dan tiga orang anak yang masih kecil menjadi yatim.Ya. Ini adalah sebua...
31/03/2026

Dalam sekelip mata, seorang isteri bergelar balu dan tiga orang anak yang masih kecil menjadi yatim.

Ya. Ini adalah sebuah kisah realiti yang meruntun hati dan menyentuh perasaan.

Seorang ayah yang sangat bertanggungjawab dan cukup kasih akan keluarganya.

Keluar dari rumah sebagai ketua keluarga untuk membeli buku sekolah yang dipinta oleh sang anak.

Namun, ketika dalam perjalanan, si ayah telah dirempuh oleh sebuah kereta yang dipandu pemandu mabuk.

Jasad sang ayah telah terpelanting dan jatuh ke atas sebuah kereta sehingga meninggal dunia.

Allahurabbi. Tiada lagi panggilan mesra ayah, tiada lagi suapan makanan ke mulut dan sudah tiada lagi insan yang mengorbankan seluruh hidup demi keluarganya.

Hari ini, kami hadir menziarahi keluarga almarhum Encik Amirul Hafiz bin Omar di Batu Kurau.

Bertemu dengan ibu almarhum dan keluarganya. Anak-anak masih kecil.

Barangkali ada yang sudah mengerti dan mungkin masih belum faham erti kehilangan.

Sayu hati. Dalam sekelip mata, anak-anak tidak berdosa ini kehilangan ayah. Anak-anak masih kecil. Yang sulung baru berusia lapan tahun.

Kami bertemu dengan mereka untuk menyampaikan sedikit sumbangan, memberikan kata-kata semangat dan mendoakan kesejahteraan untuk almarhum.

Dari raut wajah isteri, jelas tersimpan seribu kesedihan menahan sebak.

Saya telah menghubungi pihak PERKESO untuk menyemak caruman almarhum bagi meringankan beban mereka sekeluarga kerana almarhum sahaja yang bekerja.

Alhamdulillah, saya menerima respons positif waris keluarga layak untuk memohon pencen penakat.

Ziarah kasih kami turut dihadiri YB Ustaz Akmal Kamarudin, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak merangkap Yang Dipertua PAS Larut, YB Ustaz Hafez Sabri, Ketua Pemuda PAS Perak, YB Ustaz Hakimi Hamzi, Ustaz Kahar, Ustaz Fadhil dan Ustaz Shahir.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat, mengampuni segala dosa dan menempatkan roh almarhum dalam kalangan orang beriman.

Kami menitipkan ucapan takziah dan semoga Allah SWT menggantikan dengan sebaik-baik gantian untuk mereka sekeluarga.

Berpisah di dunia yang sementara, semoga dipertemukan kembali di dalam syurga yang kekal abadi.

ARWAH AMIRUL HAFIZ BIN OMAR, MANGSA TERBAHARU PEMANDU MABUKSatu lagi nyawa melayang.Satu lagi keluarga hancur.Arwah buka...
31/03/2026

ARWAH AMIRUL HAFIZ BIN OMAR, MANGSA TERBAHARU PEMANDU MABUK

Satu lagi nyawa melayang.
Satu lagi keluarga hancur.

Arwah bukan keluar untuk berseronok, bukan keluar untuk berlumba.
Arwah hanya keluar mencari makanan untuk isteri dan anak-anak. Namun, dalam sekelip mata…
semuanya direntap oleh kecuaian seorang pemandu mabuk yang datang dari arah bertentangan.

Hari ini, seorang isteri kehilangan suami.
Anak-anak kehilangan tempat bergantung.
Dan kita semua kehilangan seorang rakyat yang tidak berdosa.

CUKUPLAH!

Berapa ramai lagi perlu terkorban?
Berapa banyak lagi keluarga perlu menangis?

Pemandu yang berada di bawah pengaruh alkohol bukan sekadar melanggar undang-undang, mereka adalah ancaman nyata kepada nyawa orang lain.

Saya menegaskan bahawa Kerajaan perlu memperkasa pelaksanaan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, khususnya Seksyen 44 dan 45A, dengan mengenakan hukuman yang lebih tegas kepada pesalah pemandu mabuk. Tidak perlu lagi sekadar menggantung lesen, pesalah wajar terus dihitamkan (blacklist) seumur hidup daripada memandu. Hukuman penjara 10 hingga 15 tahun serta denda RM50,000 hingga RM100,000 mesti dilaksanakan secara konsisten dan tegas, kerana dalam soal nyawa rakyat, tiada ruang untuk kompromi.

Saya ulang, TIADA lagi kompromi terhadap mereka yang memilih untuk memandu dalam keadaan mabuk!

Keadilan mesti ditegakkan. Anthony Loke Siew F**k, do something!

YB Ir Ts Haji Khairil Nizam bin Khirudin
Ahli Parlimen Jerantut
Ketua Portfolio Pengangkutan Perikatan Nasional

31/03/2026

LAPORAN SIASATAN AZAM BAKI WAJIB DIDEDAHKAN:
RAKYAT BERHAK TAHU, BUKAN MENUNGGU EHSAN PERDANA MENTERI

Hari ini, Bloomberg melaporkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri telah mengarahkan pegawai-pegawai kerajaan supaya tidak segera mendedahkan laporan siasatan terhadap pegangan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, kepada orang ramai.

Laporan ini, jika benar, adalah satu pengkhianatan besar terhadap prinsip ketelusan yang Anwar sendiri janjikan di Parlimen pada 3 Mac lalu. Pada hari itu, beliau memberitahu Dewan Rakyat bahawa siasatan akan dijalankan secara telus dan mematuhi proses wajar. Rakyat menerima jaminan itu dengan baik.

Tetapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya. Laporan siasatan oleh jawatankuasa khas yang diketuai Peguam Negara sudah selesai. Ia sudah dibentangkan di Kabinet. Ia sudah dirujuk kepada Ketua Setiausaha Negara. Namun rakyat masih dalam gelap.

Persoalannya mudah: Jika dapatan siasatan itu membuktikan Azam Baki tidak bersalah, mengapa perlu disembunyikan? Dan jika dapatan itu membuktikan beliau bersalah, mengapa beliau masih berkhidmat sebagai Ketua Pesuruhjaya badan pencegah rasuah negara?

Dalam mana-mana keadaan, jawapannya adalah sama: dedahkan laporan itu.

Dua Wajah Satu Pemimpin

Kita tidak boleh lupa bahawa pada tahun 2022, apabila Azam Baki pertama kali didedahkan dengan isu pegangan saham yang serupa, Anwar Ibrahim sendiri — ketika itu sebagai ketua pembangkang — antara yang paling lantang menuntut supaya Azam digantung tugas sementara siasatan dijalankan.

Hari ini, sebagai Perdana Menteri, beliau bukan sahaja enggan menggantung Azam, malah telah membaharui kontrak beliau sebanyak tiga kali. Dan kini, apabila siasatan sudah selesai, beliau mengarahkan supaya hasilnya tidak didedahkan segera.

Ini bukan sekadar percanggahan. Ini adalah bukti bahawa prinsip ketelusan dan akauntabiliti yang Anwar laung-laungkan selama ini hanya terpakai apabila ia memihak kepadanya. Apabila ketelusan mengancam kepentingannya, ia ditangguhkan.

Apa yang Dipertaruhkan

Isu ini bukan tentang Azam Baki semata-mata. Ia adalah tentang integriti seluruh sistem pencegahan rasuah Malaysia.

Bloomberg pada Februari lalu mendedahkan dua perkara yang sangat serius: pertama, pegangan saham Azam yang melebihi had yang dibenarkan bagi penjawat awam; dan kedua, dakwaan bahawa pegawai-pegawai kanan SPRM terlibat dalam satu rangkaian yang digelar “mafia korporat” yang dikatakan menggunakan kuasa siasatan untuk merampas syarikat-syarikat.

Apabila Perdana Menteri menghalang pendedahan laporan siasatan, mesej yang dihantar kepada rakyat dan dunia adalah jelas: Malaysia tidak serius dalam memerangi rasuah. Ini menjejaskan keyakinan pelabur, merosakkan imej negara, dan yang paling tragis, ia membunuh harapan rakyat yang telah lama menunggu sebuah kerajaan yang benar-benar bersih.

Tuntutan Kami

Sebagai wakil rakyat dan sebagai seorang Muslim yang meletakkan amanah sebagai prinsip tertinggi dalam kepimpinan, saya menuntut perkara-perkara berikut:

Pertama : Laporan siasatan jawatankuasa khas yang diketuai Peguam Negara mesti didedahkan sepenuhnya kepada rakyat dalam tempoh tujuh hari. Tidak ada sebarang justifikasi untuk menyembunyikan maklumat yang menyentuh kepentingan awam yang sebesar ini.

Kedua: Jika dapatan siasatan mendapati Azam Baki melanggar peraturan pegangan saham penjawat awam, beliau mesti digantung tugas serta-merta sementara tindakan disiplin dan undang-undang diambil. Badan pencegah rasuah tidak boleh diketuai oleh seseorang yang dirinya sedang disiasat atas dakwaan rasuah.

Ketiga: Kerajaan mesti menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat dakwaan “mafia korporat” yang dikaitkan dengan SPRM. Jawatankuasa dalaman yang dilantik oleh eksekutif sendiri tidak mencukupi untuk menangani dakwaan seberat ini. Rakyat berhak mendapat siasatan yang benar-benar bebas.

Keempat — Parlimen mesti memainkan peranan pengawasan yang sewajarnya. SPRM mesti diletakkan di bawah pemantauan langsung Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, bukan di bawah perlindungan eksekutif yang mempunyai kepentingan politik untuk melindunginya.

Saya ingin mengingatkan Perdana Menteri bahawa amanah bukan milik beliau. Ia milik rakyat.
Reformasi yang beliau perjuangkan selama dua dekad bukan sekadar slogan untuk memenangi pilihan raya. Ia adalah janji suci kepada jutaan rakyat yang percaya bahawa Malaysia layak mempunyai pemimpin yang telus, akauntabel, dan berani.

Jika hari ini Perdana Menteri memilih untuk menyembunyikan dapatan siasatan demi melindungi seorang individu, maka beliau bukan lagi pejuang reformasi. Beliau adalah sebahagian daripada masalah yang beliau janjikan untuk selesaikan.

Rakyat sedang memerhatikan. Sejarah sedang mencatat.
Rakyat tidak meminta lebih daripada apa yang dijanjikan. Kami hanya meminta Perdana Menteri menunaikan kata-katanya sendiri: siasatan yang telus, keputusan yang adil, dan pemimpin yang berani.

DATO’ SRI TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
Ahli Parlimen Kubang Kerian
30 Mac 2026

Seorang suami yang baik, ayah yang penyayang, bertanggungjawab bekerja dua pekerjaan dari pagi bawa ke malam.Keluar untu...
31/03/2026

Seorang suami yang baik, ayah yang penyayang, bertanggungjawab bekerja dua pekerjaan dari pagi bawa ke malam.

Keluar untuk beli buku latihan anak sulung yang berusia 10 tahun.

Perginya tak kembali, semoga syurga buatmu, Allahyarham Amirul Hafiz bin Omar.

SPM 2025 : BATCH PERTAMA TANPA UPSR & PT3 Badan Perhubungan PAS Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah d...
31/03/2026

SPM 2025 : BATCH PERTAMA TANPA UPSR & PT3

Badan Perhubungan PAS Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada seluruh pelajar atas pencapaian yang membanggakan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.

Calon tahun ini mencipta sejarah sebagai batch sulung yang menduduki SPM tanpa melalui UPSR dan PT3. Walaupun berdepan perubahan sistem, mereka membuktikan bahawa usaha berterusan mampu menghasilkan kejayaan.
Kejayaan ini mencerminkan kesungguhan, disiplin serta komitmen tinggi dalam menuntut ilmu.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih juga kepada para guru serta ibu bapa yang telah berkorban masa, tenaga dan perhatian dalam mendidik serta membimbing anak-anak hingga mencapai kejayaan ini. Sesungguhnya, kejayaan ini adalah hasil usaha bersama yang penuh dedikasi.

Diharapkan para pelajar akan terus bersemangat dalam menuntut ilmu, meningkatkan potensi diri dan menjadi generasi berilmu, berakhlak mulia serta mampu menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.

Didoakan agar para pelajar terus dikurniakan kejayaan yang berterusan serta dipimpin ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat.



Tahniah & Syabas kepada semua calon SPM 2025! 🎓✨Keputusan yang diterima hari ini bukanlah penamat, tetapi permulaan kepa...
31/03/2026

Tahniah & Syabas kepada semua calon SPM 2025! 🎓✨

Keputusan yang diterima hari ini bukanlah penamat, tetapi permulaan kepada perjalanan yang lebih luas. Sama ada cemerlang atau sebaliknya, setiap usaha, pengorbanan dan doa yang dipanjatkan pasti mempunyai nilainya.

Teruskan melangkah dengan yakin. Jadikan keputusan hari ini sebagai titik tolak untuk bangkit, memperbaiki diri dan melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

Semoga segala usaha kalian diberkati dan dipermudahkan dalam menempuh fasa seterusnya dalam kehidupan. 🌱📚

Selamat Maju Jaya Kepada Penerima Keputusan SPM hari ini!!! Semoga anak-anak semua berjaya dunia dan akhirat
31/03/2026

Selamat Maju Jaya Kepada Penerima Keputusan SPM hari ini!!! Semoga anak-anak semua berjaya dunia dan akhirat

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025

Seramai 413,299 calon telah menduduki peperiksaan SPM di 3,350 pusat peperiksaan seluruh negara.

📌 Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing mulai 10.00 pagi.

📌 Calon persendirian p**a boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar.

Selain itu, semakan keputusan juga boleh dibuat melalui:

i. Dalam talian: myresultspm.moe.gov.my

ii. SMS: Taip SPM NoKP AngkaGiliran dan hantar ke 15888

Semakan bermula 31 Mac 2026, 10.00 pagi hingga 6 April 2026, 6.00 petang.

Syabas dan tahniah kepada semua calon SPM 2025. Semoga kejayaan yang diraih menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.

Tahun Ini, Tahun Kita






Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menawarkan khidmat guaman secara sukarela bagi membantu keluarga seorang penunggang mot...
31/03/2026

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menawarkan khidmat guaman secara sukarela bagi membantu keluarga seorang penunggang motosikal yang maut, Allahyarham Amirul Hafiz Omar, 30-an, dipercayai dirempuh pemandu mabuk.

Address

Gelang Patah

Telephone

+60145332876

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Kg Melayu Gelang Patah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to PAS Kg Melayu Gelang Patah:

Share