27/08/2026
Alhamdulillah. Dapat belajar semula talaqqi kitab dari kulit ke kulit ilmu Usul Fiqh. Pertama, guru mengajarkan Usul Fiqh melalui karyanya sendiri dan dalam pejabatnya ada 3 karya dalam Usul Fiqh. Kemudian, baru mengaji kitab Turats. Sekaligus diberikan kitab secara percuma beserta cop rasmi beliau dan autograf beliau
Usul Fiqh merupakan salah satu daripada ilmu-ilmu alat yang lain seperti Nahu, Sorof, Mantiq. Tujuan mempelajari Usul Fiqh sudah tentu untuk Istimbab Hukum terhadap perkara baru, untuk beristidlal, untuk mengetahui gerak kerja ulama dalam mengeluarkan hukum sebagai contoh ulama mengatakan solat wajib berdasarkan ayat وأقيمو الصلاة. Melalui ayat ini, bagaimana ulama memproseskan hukum menjadi wajib.
Usul Fiqh merupakan ilmu yang sangat penting bagi sekalian agamawan (guru-guru agama, pegawai di jabatan agama, majlis agama dan mana2 institusi keagamaan) kerana ianya akan membentuk disiplin diri supaya tidak mengeluarkan hukum secara semberono.
Hari ini kita melihat orang yang bergelar ustaz/ustazah mengemukakan hukum secara semberono terutamanya aliran Salafi. Dengan bermodalkan 1 hadis menghukumi kesemua perkara. Disitu menunjukkan ketidakadaan disiplin dalam diri.
Seorang agamawan sekurang-kurangnya menguasai kitab Lubbul Wusul karya Syeikhul Islam Zakariyya al-Ansori atau al-Ihkam fi Usulil Ahkam atau al-Mustasfa Imam Ghazali. Barulah seseorang individu itu layak untuk bekerja di mana2 institusi keagamaan.
Hal ini membimbangkan kerana banyak pegawai2 agama jahil dalam ilmu agama. Diantara mereka memang tidak pernah mengaji agama. Diantara mereka tidak pernah memiliki guru talaqqi dalam setiap ilmu. Jadi, terhasillah pegawai2 agama yang jahil dalam ilmu agama. Yang lebih parahnya lagi, bila mana mereka jahil agama kemudian protes apabila orang menegur kesalahannya. Hal ini terjadi dimana seorang yang bergelar Professor salah membaca teks kemudian ditegur oleh seorang Professor Madya lalu si Professor itu berkata dengan angkuhnya "sekarang ini, siapa professor??".
Dahlah jahil, menegakkan lagi kejahilannya. Ini yang agak menyedihkan. Memegang jawatan tinggi tetapi tidak memiliki apa-apa.