Surau An-Nur Residensi TNB Habu

Surau An-Nur Residensi TNB Habu Residensi TNB Habu, Cameron Highlands, Pahang

18/02/2026

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak 1447H 🌙

Semoga kehadiran Ramadan kali ini membawa rahmat, keberkatan dan keampunan buat kita semua. Mudah-mudahan setiap ibadah, doa dan amal kebajikan yang kita lakukan diterima di sisi Allah S.W.T. serta menjadikan kita insan yang lebih bertakwa.

13 Februari 2026 | Ceramah Ihya’ Ramadan - Menjemput Rahmat, Menghapus Dosa: Persiapan Hati Menyambut RamadanAlhamdulill...
13/02/2026

13 Februari 2026 | Ceramah Ihya’ Ramadan - Menjemput Rahmat, Menghapus Dosa: Persiapan Hati Menyambut Ramadan

Alhamdulillah 🤲, selesai sudah Ceramah Ihya’ Ramadan bersama Ustaz Syakir Nasoha petang tadi.

Terima kasih Ustaz atas pengisian yang penuh hikmah dan membuka hati. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak penganjur (PKPI Cawangan JOR, Jawatankuasa Surau An-Nur & Jabatan People Experience-Genco & NED) atas penganjuran ini.

Terima kasih juga kepada semua hadirin yang hadir secara fizikal mahupun melalui Webex. Semoga ilmu ini menjadi bekal terbaik kita menyambut Ramadan.

13 Februari 2026 | Big Cleaning Day SSJCHAlhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Big Cleaning Day SSJCH ...
13/02/2026

13 Februari 2026 | Big Cleaning Day SSJCH

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Big Cleaning Day SSJCH di Surau An-Nur Residensi TNB Habu pada hari ini.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anggota kerja dan sukarelawan yang sudi meluangkan masa bergotong-royong.

Penghargaan buat pihak penganjur PKPI JOR, PKPI WOH, PELITAWANIS JOR dan KELAB KILAT HIDRO CAMERON HIGHLANDS atas inisiatif ini. Semoga persekitaran yang bersih ini menaikkan semangat kita untuk beribadah dengan lebih khusyuk sepanjang bulan mulia nanti. 🌙✨

🌙JEMPUTAN CERAMAH IHYA’ RAMADAN🌙Assalamualaikum w.b.t.,Ramadan bakal menjelang… sudahkah kita bersedia? 🤲Ayuh bersama ki...
12/02/2026

🌙JEMPUTAN CERAMAH IHYA’ RAMADAN🌙

Assalamualaikum w.b.t.,

Ramadan bakal menjelang… sudahkah kita bersedia? 🤲

Ayuh bersama kita hadir ke majlis ilmu bagi mempersiapkan hati dan diri menyambut bulan penuh rahmat.

📖 Tajuk:
Menjemput Rahmat, Menghapus Dosa: Persiapan Hati Menyambut Ramadan

🎙️ Penceramah: Ustaz Syakir Nasoha
🗓️ Tarikh: 13 Februari 2026 (Jumaat)
🕒 Masa: 3:00 Petang
📍 Lokasi: Surau An-Nur Residensi TNB Habu

💻 Boleh sertai secara atas talian melalui Webex:
👉 https://tnb.webex.com/tnb/j.php?MTID=m05e39ef70d586136883c3ff5603046fc atau imbas QR pada poster.

Mari kita hidupkan Ramadan dengan hati yang bersih dan jiwa yang bersedia ✨

Kehadiran dan sokongan semua amat dihargai.

Address

Residensi TNB Habu
Cameron Highlands
39200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau An-Nur Residensi TNB Habu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share