Surau Imam Hassan Al Banna

Surau Imam Hassan Al Banna * Surau
* Pusat Pengajian Al Quran
* Pusat Ceramah Agama Islam

Amin ya rabal alamin
01/06/2024

Amin ya rabal alamin

24/05/2024
Amin ya rabal
01/03/2024

Amin ya rabal

SALAM JUMAAT
05/01/2024

SALAM JUMAAT

Kelebihan Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar)Antara zikir Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم yang dibaca pada setiap...
31/12/2023

Kelebihan Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar)

Antara zikir Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم yang dibaca pada setiap pagi dan petang ialah sayyidul istighfar (penghulu istighfar) yang dijanjikan dengan syurga kepada sesiapa yang membacanya lalu dia meninggal pada hari itu sama ada pagi atau petang sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari.

LAFAZ SAYYIDUL ISTIGHFAR :

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ ، خَلَقْتَنِى وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَىَّ ،وَأَبُوءُ بِذَنْبِى ، فَاغْفِرْ لِى ، فَإِنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلا أَنْتَ.

Maksudnya :

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia (beriman dan taat) kepada-Mu sekuat mampuku.

Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.

WAKTU DIBACA :

Selepas subuh dan selepas asar.

KELEBIHAN SESIAPA YANG MENGAMALKANNYA :

مَنْ قَالَهَا مِنَ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا ، فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ ، قَبْلَ أَنْ يُمْسِىَ ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ ، وَمَنْ قَالَهَا مِنَ اللَّيْلِ ، وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا ، فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ )

Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari ( pagi) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam ( petang ) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga. ( Riwayat Imam al-Bukhari ).

Fadhilat membaca penghulu istighfar :

Daripada Syaddad bin Aus RA daripada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: Penghulu istighfar ialah "Allahumma anta……". Sesiapa yang membacanya dengan penuh keimanan waktu petang dan mati pada malam itu, maka masuk syurga. Demikian juga siapa yang membacanya waktu pagi dan mati pada hari itu masuk syurga. (HR. Bukhari)

Terdapat banyak kelebihan istighfar jika amalan ini dilakukan secara istiqamah dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Antara kelebihannya adalah:

Selamat beramal🤲🤲🤲🤲❤

20/12/2023

Jom Sedekah untuk Tabung Penyelenggaran & Baikpulih Surau Imam Hassan Al Banna

Inshallah yakin pertolongan Allah pasti ada dengan mengerakkan hati hambanya untuk menderma dimana2 sahaja, 😘

Alhamdulillah, bagi sesiapa yg ingin mengetahui perkembangan surau, boleh ikuti Facebook Surau Imam Hassan Al Banna .

Sumbangan Anda Boleh melalui :-

💳 Bankin Atau Cek Ke Akaun Bank Surau.

Atau Tunai kepada AJK Surau.

Sebarang Pertanyaan/Masalah Hubungi :-
📌Pengerusi : 013-5124721 @
www.wasap.my/6013-5124721/sumbangan_surau

Terima Kasih atas sumbangan anda.

20/12/2023

Assalamualaikum Tuan/Puan, nak minta Sumbangan wakaf FASA 2 Aircord dan Langsir Jemaah Muslimat.

Kami terima sahaja berapa yg anda mampu. Mohon sumbangan ikhlas Tuan/Puan Dermawan untuk bantu surau kami menjayakan *DANA WAKAF FASA 2*

Semoga Allah Murah kan rezeki kalian dan memberikan ganjaran yang besar di sisi Allah. Amin ya rabal alamin.

01/12/2023

Assalamualaikum

Tazkirah Jumaat

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ

Daripada Abu Hurairah dari Nabi SAW baginda bersabda: "Bukanlah kekayaan itu kerana banyaknya harta, akan tetapi kekayaan itu adalah kaya hati (selalu merasa cukup)." (HR Bukhari No: 6446) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Kekayaan dalam Islam bukan dilihat kepada pemilikan harta yang banyak.

2. Kekayaan hakiki seorang Muslim ialah apabila ia memiliki kaya hati (sifat merasa cukup dengan setiap rezeki yang dimiliki, redha dan tidak tamak).

3. Berapa ramai orang kaya yang memilki harta namun sentiasa merasa masih kurang. Hatinya tidak merasa puas dengan rezeki yang dianugerah Allah. Ia masih terus mencari apa yang belum diraih. Hatinya masih belum puas dengan apa yang ada. Itu bermakna ia sentiasa miskin kerana ingin mencari dan mencari lagi.

4. An Nawawi berkata: “Kaya yang terpuji adalah kaya hati, hati yang selalu merasa puas dan tidak tamak dalam mencari kemewahan dunia. Kaya yang terpuji bukanlah dengan banyaknya harta dan terus menerus ingin menambah dan terus menambah.

Jadilah kita seorang pemilik hati yang sentiasa kaya dengan sifat merasa cukup dengan harta yang dimiliki namun sentiasa merasa miskin dengan amal-amal yang soleh.

Address

Taman Sentral
Butterworth
13400

Opening Hours

Monday 05:45 - 21:00
Tuesday 05:45 - 21:00
Wednesday 05:45 - 21:00
Thursday 05:45 - 21:00
Friday 05:45 - 21:00
Saturday 05:45 - 21:00
Sunday 05:45 - 21:00

Telephone

+60175899782

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Imam Hassan Al Banna posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Surau Imam Hassan Al Banna:

Share