Student Islamic Council - SIC

  • Home
  • Student Islamic Council - SIC

Student Islamic Council - SIC Student Islamic Council (SIC) adalah sebuah persatuan Islam di UiTM(Terengganu) Kampus Bukit Besi yang telah ditubuhkan pada tahun 2014.

:: VISI SIC ::
Ke arah pembentukan imej Student Islamic Council sebagai sebuah persatuan Islam yang produktif, progresif dan profesional.

:: MISI SIC ::
Melahirkan mahasiswa/i yang berketerampilan dari aspek sahsiah, akademik dan kepimpinan serta menjadi ‘role model’ bagi masyarakat kampus.


:: JAWATANKUASA SIC ::
1) Presiden
2) Timbalan Presiden I
3) Timbalan Presiden II
4) Setiausaha Agung I

5) Setiausaha Agung II
6) Bendahari Kehormat I
7) Bendahari Kehormat II
8) Exco
9) Setiausaha Kerja
10) Ahli


:: MAKNA LOGO SIC ::
1) Al-Quran dan rehal menunjukkan sikap menjunjung kemuliaan dan kesucian Al-Quran yang menjadi falsafah dan pegangan SIC di samping menjadi sumber rujukan utama ilmu pengetahuan dan pembentukan peribadi yang kukuh.
2) Atom membawa simbol kesepaduan ilmu dalam menjadi teras kehidupan serta melambangkan kerjasama yang efektif antara satu sama lain dalam melaksanakan misi SIC.
3) Fahami Islam, Hayati Ad-Deen, Sebarkan Bahagia menjadi cogankata SIC dan diselitkan pada logo SIC.
4) Bulan sabit melambangkan sinaran cahaya ilmu yang menerangi ke seluruh pelosok alam.
5) Warna Hijau melambangkan kesuburan dan semangat Islam yang jitu.
6) Warna Kuning melambangkan kemakmuran dan kebahagian.

“Fahami Islam . Hayati Ad-Deen . Sebarkan Bahagia”
“Understanding Islam . Embrace The Deen . Spread Happiness”
“Tafheem Al-Islam . Tuqeem Ad-Deen . Nasyru As-Sa’adah”

Jom berpuasa esok"puasa itu(puasa Hari Arafah) dapat menebus setahun yang lalu dan setahun yg akan datang"HR Muslim
10/09/2016

Jom berpuasa esok

"puasa itu(puasa Hari Arafah) dapat menebus setahun yang lalu dan setahun yg akan datang"
HR Muslim

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته..Salam Jumaat...Marilah kita bersama-sama mengimarahkan hari Jumaat ini dengan perhamb...
26/08/2016

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته..
Salam Jumaat...

Marilah kita bersama-sama mengimarahkan hari Jumaat ini dengan perhambakan diri kepada Allah dengan melaksanakan perintahNya serta perbanyakkan selawat ke atas nabi..

Assalamualaikum wbtNantikan persembahan peserta-peserta Pencetus Mahasiswa 2016 pilihan anda berentap dalam Minggu Kedua...
11/08/2016

Assalamualaikum wbt

Nantikan persembahan peserta-peserta Pencetus Mahasiswa 2016 pilihan anda berentap dalam Minggu Kedua Pencetus Mahasiswa 2016 bertemakan Street Dakwah !
,
Tempat : Dataran Gangsa
Tarikh : 13 Ogos 2016
Masa : 8.30 malam - 10.30 malam

Datanglah beramai-ramai !
Merit disediakan !

Barisan Pencetus Mahasiswa 2016. Siapakah peserta pilihan anda? 🙌
08/08/2016

Barisan Pencetus Mahasiswa 2016. Siapakah peserta pilihan anda? 🙌

Assalamualaikum wbt,Siapakah peserta Pencetus Mahasiswa 2016 ?Siapakah yang peserta pilihan anda ?Apa lagi ?Bersama kita...
06/08/2016

Assalamualaikum wbt,

Siapakah peserta Pencetus Mahasiswa 2016 ?

Siapakah yang peserta pilihan anda ?

Apa lagi ?

Bersama kita menghadiri Minggu Pembukaan Pencetus Mahasiswa 2016 pada jam 9 malam, bertarikh 7/8/2016 di Dewan Emas .

~~Merit disediakan~~

" Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringinya dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal, berarti ia telah ...
20/07/2016

" Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringinya dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal, berarti ia telah berpuasa selama setahun penuh."
(HR Muslim,Abu Da'wud,At-Tirmizi,An-Nasai dan Ibnu Majah.)

Exco Imam Muda telah menganjurkan program iftar khas bagi mereka yang berpuasa enam. Sesiapa yang berminat boleh tulis nama di Buku Log Iftar di Surau Tar3 Al Hadid.

Ayuh! Jangan lepaskan peluang misi mencari Laila.. Malam Al QadarSayangnya, kita lebih terfokus melihat tanda-tanda mend...
27/06/2016

Ayuh! Jangan lepaskan peluang misi mencari Laila..

Malam Al Qadar
Sayangnya, kita lebih terfokus melihat tanda-tanda mendapat Al Qadar pada alam, pada pokok, air dan lain-lain yang berada di luar diri.

Sedangkan tanda mendapat Al Qadar itu ada pada diri sendiri.

Bukankah mereka yang bertemu dengan malam Al Qadar amat bertuah kerana doa, taubat dan hajatnya “diangkat” oleh para malaikat lalu dimakbulkan Allah?

Jadi, jika seseorang mendapat Al Qadar tentu jiwanya lebih tenang, akhlaknya menjadi lebih baik dan ibadahnya (sama ada habluminallah dan habluminannas) bertambah lebat dan hebat.

Malam Al Qadar ialah malam yang paling sibuk laluan ke langit dunia (umpama trafik jam) kerana turunnya pelbagai malaikat yang tidak kira banyaknya. Meriah sungguh sampai terbit fajar.

Malaikat turun secara luar biasa banyaknya itu termasuklah yang paling tinggi pangkatnya di kalangan mereka – malaikat Jibrail.

Masing-masing ada tugasnya. Pelbagai urusan dilaksanakan oleh mereka.

Salah satu urusan ialah “bertamu dalam hati” orang Islam yang bersih hatinya. Sekali bertamu tetapi kesannya berpanjangan. Impaknya, hati orang yang pernah menjadi tempat singgah malaikat akan berubah.

Bisikan para malaikat mula mengambil tempat yang khusus dan menjadi begitu dominan dalam kehidupan seseorang itu.

Mulai detik itu bisikan kebaikan (dari malaikat) akan mengatasi bisikan kejahatan (dari syaitan) dalam hati orang tersebut.

Ya, hidup ini sebenarnya kita lalui antara dua bisikan. Pertama, bisikan “hati kecil” yang suci dan baik. Kedua, bisikan “hati besar” yang kotor dan jahat.

Bisikan ini sentiasa berperang dalam hati. Justeru, hati hakikatnya adalah wadah rebutan antara malaikat dan syaitan. Antara ilham dan waswas.

Siapa yang menang, dialah yang akan menakluki hati dan terarahlah hati itu ke arah yang dikehendaki oleh “penakluknya”.

Firman Allah:“Dan beruntunglah orang yang membersihkan dan merugilah orang yang mengotorinya.” (Surah al-Syams 91: 9-10)

Orang yang mendapat malam Al Qadar sungguh bertuah. Hasil mujahadah, doa, taubatnya pada malam berkenaan, malaikat terus bertamu dan mendominasi hatinya.

Sejak malam itu suara hati kecilnya akan sentiasa mengatasi hati besarnya.

Mujahadahnya akan terbantu.

Perjalanannya menuju Allah akan lebih terpimpin dan terjamin.

Hatinya menjadi pusat kesucian dan kebaikan… maka lahirlah yang baik-baik sahaja pada tindakan dan percakapan.

Mahmudahnya menenggelamkan mazmumah.

Itulah hati orang yang telah mendapat malam Al Qadar.

Orang lain mungkin tidak perasan pada awalnya. Ia hanya dapat dirasai oleh orang yang mengalaminya.

Rasa tenang, bahagia, lapang dan sejuk.

Kemudian sedikit demi sedikit orang lain mula ketara… Ah, dia sudah berubah. Ah, indahnya perilakunya.

Subhanallah, dia telah berubah. Apa yang ada dalam hatinya mula terserlah.

Dan itulah tanda-tanda malam Al Qadar tahun itu yang paling ketara dan terasa, bukan pada alam dan jagat raya tetapi pada diri manusia makhluk yang sempurna.

Semoga malam-malam berbaki ini, kita akan menambah pecutan amal. Tidak kiralah sama ada Al Qadar telah berlalu atau masih menanti detik untuk bertamu.

Kita tidak akan menunggu tetapi kita akan memburu.

Kita akan terus memburu sekalipun malam ganjil telah tamat dan Ramadhan sudah berakhir.

Sampai bila? Sampai bila-bila. Kerana bagi mukmin yang cintakan Allah, seolah-olah setiap malam adalah ‘malam Al Qadar’.

Al Qadar boleh datang, boleh pergi… tetapi Penciptanya sentiasa ada… sampai bila-bila. Semoga kita mati, setelah bertemu malam Al Qadar ini (1436 h) atau dalam perjalanan menuju malam Al Qadar nanti…

Persediaan menemuinya bukan dibuat semalaman, seharian, mingguan atau bulanan.

Tetapi seluruh hayat kita adalah persediaan untuk “menemuinya”. Mengapa?

Kerana perjuangan membersihkan hati adalah perjuangan sepanjang hayat.

Qalbun Salim (hati sejahtera) itu adalah cita-cita abadi kita!

Ya Allah, Aku hanya insan lemah, yang sedang jatuh bangun di jalan berliku menuju-Mu. Bantulah aku, kesihanilah aku, sayangilah aku… Dlm mencari keampunan dan RedhaMu dan anugerahkan aku Qalbu

Aamiin aamiin aamiin

*"SAAT PERPISAHAN"*Temanku,Aku akan p**ang ...Sudah di 20 hari aku bertemu namun seringkali aku ditinggal sendirian.Wala...
25/06/2016

*"SAAT PERPISAHAN"*

Temanku,
Aku akan p**ang ...

Sudah di 20 hari aku bertemu namun seringkali aku ditinggal sendirian.

Walau sering dikatakan istimewa namun perlakuanmu tak luar biasa.

Oleh-olehku nyaris tak kau sentuh ...

Al-Quran hanya dibaca sekilas, kalah dengan update status smartphone dan tontonan.

Solat tak lebih khusyuk, kalah bersaing dengan ingatan akan lebaran.

Tak banyak kau minta ampunan, kerana sibuk mengumpul harta demi bonus dan belanja raya.

Malam dan siang mu tak banyak dipakai berbuat kebajikan, kalah dengan bisnes yang sedang untung di saat Ramadhan.

Tak p**a banyak kau bersedekah, kerana khuatir tak cukup buat lebaran dan cuti nanti.

Temanku, aku seperti tetamu yang tak diharapkan. Hingga, sepertinya tak kan menyesal kau kutinggalkan.

Padahal aku datang dengan kemuliaan, seharusnya tak p**ang dengan kesiaan.

Percayalah, aku p**ang belum tentu kan kembali datang ...
Sehingga seharusnya kau menyesal telah melantarkanku.

Masih ada 10 hari kita bersama,
Semoga kau sedar sebelum aku benar-benar p**ang ...

"Kerana *TIDAK ADA JAMINAN* umur mu akan bertemu lagi, di Ramadhan yang akan datang."

Yang benar,

Saudara mu
*RAMADHAN*

Daripada Abu Hurairah RA,Rasulullah SAW bersabda;"Sesiapa yang mengerjakan puasa Ramadan kerana imannya (kepada Allah) d...
25/06/2016

Daripada Abu Hurairah RA,Rasulullah SAW bersabda;

"Sesiapa yang mengerjakan puasa Ramadan kerana imannya (kepada Allah) dan mengharapkan pahala dari-Nya, akan diampunkan untuknya segala dosanya yang lalu.

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)



🍃🍂Pengertian Ayat ke 30-32(Surah Fussilat)🍁Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan, "Tuhan kami,Allah", kemudian tetap ...
18/06/2016

🍃🍂Pengertian Ayat ke 30-32(Surah Fussilat)

🍁Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan, "Tuhan kami,Allah", kemudian tetap lurus pendiriannya, para malaikat yang turun(mengatakan kepada mereka), Janganlah kamu takut dan sedih dan bergembiralah dengan syurga yang dijanjikan kepada kamu".

🍁Kami(Allah) pelindung-pelindung kamu dalam kehidupan di dunia dan akhirat.Buat kamu di akhirat itu apa sahaja yang kamu sukai dan apa yang kamu minta.

🍁(Pemberian serba mewah)sebagai sambutan dari Tuhan Yang Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihi

🍃💕💕🍃

🍁🍂Pengertian ayat ke 40-42(Surah Ad-Dukhan)🍃Hari keputusan(Hari Kiamat) adalah hari yang dijanjikan kepada mereka semua....
17/06/2016

🍁🍂Pengertian ayat ke 40-42(Surah Ad-Dukhan)

🍃Hari keputusan(Hari Kiamat) adalah hari yang dijanjikan kepada mereka semua.
🍃Iaitu hari di mana seorang sahabat tidak dapat menolong sahabatnya sedikit jua pun.Dan mereka tidak akan diberi pertolongan.
🍃Kecuali orang yang diberi rahmat oleh Allah.Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Mengasihani
🍃💕💕🍂

Sesi pertama Famili SIC bersua muka..In shaa Allah untuk malam ini, malam terakhir🍃💕💕🍃Ayuh🤗Kami mengalu-alukan kedatanga...
15/06/2016

Sesi pertama Famili SIC bersua muka..In shaa Allah untuk malam ini, malam terakhir🍃💕💕🍃

Ayuh🤗Kami mengalu-alukan kedatangan kalian🍭🤓😎

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Student Islamic Council - SIC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Student Islamic Council - SIC:

  • Want your place of worship to be the top-listed Place Of Worship?

Share