Pemuda/i Islam Terengganu (PAS)

Pemuda/i Islam Terengganu (PAS) Menghidupkan Semula Pemerintahan PAS di Terengganu pada pilihanraya umum ke13

16/12/2017

Assalamualaikum w.b.t..Apa khabar semua pemuda/pemuda Islam Terengganu?

Sekarang dah bulan Disember dan Seterusnya beberapa hari lagi kita akan memasuki tahun baru 2018..iaitu tahun yg ditggu2 oleh smua pengundi2 di semua kawasan.

Persoalannya sekarang,Adakah pemuda/pemudi kita dh bersedia menggerakkan kerja-kerja Islam bagi menghadapi PRU 14??

20/10/2017

1.Memperbanyak Membaca – La hawla Wala Quwwata Illa billah – Barangsiapa yang lambat datang Rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La ha...

16/02/2016

salam pg selasa..mulakan permulaan hari anda dengan berzikir kpd Allah S.W.T krana setiap zikir kita akan dpt membersihkan hati kita In Shaa Allah..Permulaan yg baik In Shaa Allah akan membuahkan hasil yg baik dan menempuhkan kehidupan seharian dgn baik..

19/01/2013

Bola Trg kaloh mlm ni,Che Mat Jusoh xbh ltk jwtn lg k?ke nk tggu MB PR bru trg pecat?

19/01/2013

PM kita pengejut?stuju?sebab?

17/01/2013

Salam..slmt pagi wrga Terengganu

07/02/2012

4 jenis lelaki yang ditarik perempuan ke neraka

Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul..

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya

Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ...tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.

4. Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.

Firman Allah SWT:-

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At Tahrim : 6)

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslimin yakni yang mengucap kalimah tauhid dijamin masuk syurga dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita...wallahua'lam

07/02/2012

BANTAH CADANGAN HAPUSKAN PERARAKAN CALON

Media cetak beberapa hari yang lalu telah melaporkan bahawa Pengerusi SPR telah mencadangkan supaya perarakan calon semasa hari penamaan calon pilihan raya ditiadakan dalam pilihan raya umum akan datang.

Sehubungan dengan itu, Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengambil pendirian dengan tegas menolak cadangan berkenaan. Tiada sebarang alasan yang munasabah diberikan untuk memansuhkan perarakan ini khususnya daripada sudut keselamatan.

Perarakan calon semasa penamaan calon pilihan raya ini sudah dilaksanakan sejak sebelum merdeka lagi dan ianya telah menjadi sebahagian dari proses demokrasi berpilihanraya di dalam negara kita ini. PAS juga ingin mengingatkan SPR, supaya tidak sibuk merangka peraturan baru yang belum dibuktikan mengganggu proses pilihanraya, sedangkan 8 tuntutan rakyat terhadap proses pilihan raya yang lebih adil dan telus masih belum dilaksanakan sepenuhnya.

PAS ingin menegaskan bahawa pilihan raya bukan sekadar memangkah calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Ahli Parlimen semata-mata tetapi melibatkan seluruh proses demokrasi dan menunaikan hak rakyat untuk mendapat maklumat secara adil dan saksama. Sepatutnya SPR juga memberikan perhatian untuk menghalang aktiviti merasuah dan megugut pengundi oleh parti yang memegang tampuk kekuasaan selama lebih 50 tahun ini agar dihentikan dengan segera.

06/02/2012

siapa di antara kita yang sanggup menggadai agama demi wang rm500??

02/08/2011

Selamat menjalani ibadat puasa..moga puasa kali ni lebih baik drpd tahun lepas..

07/05/2011

PRU 13 tidak akan diadakan selagi Anwar tidak ke penjara..

Address

Seluruh Negeri Terengganu
Besut

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda/i Islam Terengganu (PAS) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share