Madrasah Ihya’ At Turath Ar Rabbani Ar Raqmiyyah - MITRA Digital

Madrasah Ihya’ At Turath Ar Rabbani Ar Raqmiyyah - MITRA Digital Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Madrasah Ihya’ At Turath Ar Rabbani Ar Raqmiyyah - MITRA Digital, Religious Center, Musolla Ar Raudhah Taman Pelindung Perdana, Beserah.

Tawaran IstimewaSempena Aidil Adha:E KITABRM10 SenaskhahTerbitan : Madrasah MITRA Digital.a) 40 Hadis Akhlakb) 40 Golong...
28/05/2026

Tawaran Istimewa
Sempena Aidil Adha:

E KITAB
RM10 Senaskhah
Terbitan : Madrasah MITRA Digital.

a) 40 Hadis Akhlak

b) 40 Golongan Yang Dilaknat Oleh Allah SWT.

Beli *mSatu E Kitab
Percuma Lima E Nota Pengajian.👇

* 7 Rahsia Ibadah Korban
* Sebaik² Pendosa
* Berani Kerana Benar
* Siapakah Jundullah
* Hukum Menghina Sabahat Nabi SAW

Beli sekarang disini: 👇

a) RM10
wasap.my/+60169200440/akhlak

b) RM10
wasap.my/+60169200440/laknat

b) RM15
wasap.my/+60169200440/dua²Ekitab

Raya raya pun , majlis ilmu jalan seperti biasa. Insyaallah ceramah malam ini diserikan dengan jamuan hasil masakan bina...
27/05/2026

Raya raya pun , majlis ilmu jalan seperti biasa.

Insyaallah ceramah malam ini diserikan dengan jamuan hasil masakan binatang korban ahli qariah. Masyaallah.

Pakej (Makan + Minum + Ingat Allah)

Sabda Nabi SAW :

أَيَّامُ التَّشْرِيقِ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ وَذِكْرِ اللَّهِ

Hari² Tasyriq ialah hari² makan, minum dan Mengingati Allah SWT.

Riwayat Imam Ahmad dan Ibn Majah.

20/05/2026
19/05/2026

Hadis Pagi Ini (HPI) 335

HUKUM IBADAH KORBAN

02 Zulhijjah 1447 / 19 Mei 2026
Oleh : Nasrudin bin Hassan
Pengasas Madrasah MITRA Digital

Daripada Abi Hurairah Rha telah berkata, Sabda Rasulullah SAW :

مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةً وَلَمْ يُضَحِّ فَلَا يَقْرَبَنَّ مُصَلَّانَا

Barangsiapa yang mempunyai kemampuan (kelapangan harta), tetapi dia tidak melakukan ibadah korban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami

Riwayat : Ibn Majah (3123), Ahmad (8273) - Sahih.

KEFAHAMAN HADIS

1. Islam sangat menekankan ibadah korban

Hadis ini menunjukkan bahawa ibadah korban bukan amalan kecil atau sekadar adat tahunan, bahkan ia adalah syiar besar agama yang sangat dituntut bagi orang yang mampu.

Ancaman Nabi SAW dengan lafaz:

«فَلَا يَقْرَبَنَّ مُصَلَّانَا»

bukan bermaksud haram hadir solat Aidiladha, tetapi ia merupakan bentuk teguran keras dan ancaman bagi orang yang sengaja meninggalkan korban sedangkan dia mampu.

Para ulama menyebut bahawa gaya bahasa seperti ini menunjukkan betapa *Nabi SAW membenci sikap bakhil* terhadap ibadah yang menghidupkan syiar Islam.

Perkataan:

«سَعَةً»

bererti keluasan atau kemampuan dari sudut kewangan dan keperluan hidup.

Maksudnya seseorang itu:

* mempunyai lebihan harta,
* tidak berada dalam kesempitan,
* mampu membeli haiwan korban tanpa memudaratkan nafkah asas dirinya dan tanggungannya.

Justeru hadis ini tidak ditujukan kepada orang miskin atau susah.

Dalil kuat tentang hukum korban

Para ulama berbeza pandangan tentang hukum korban:

Jumhur ulama

Seperti mazhab Imam al-Shafi‘i, Imam Malik dan Imam Ahmad ibn Hanbal berpendapat:

Hukum korban ialah sunnah muakkadah (sunat yang sangat dituntut).

Namun meninggalkannya bagi orang mampu adalah makruh dan tercela.

Imam Abu Hanifah , Imam Abu Rabi’ah, Imam Al Laith dan Al Auzaie p**a berpandangan bahawa korban bagi orang mampu (kaya) adalah wajib

Mereka antaranya menggunakan hadis ini sebagai dalil kerana ancaman keras biasanya menunjukkan kewajipan.

*Korban adalah lambang pengorbanan dan taqwa*

Ibadah korban bukan sekadar menyembelih haiwan, tetapi mendidik:

* sifat taat kepada Allah,
* pengorbanan harta,
* kasih sayang kepada fakir miskin,
* menghidupkan sunnah Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS.

Allah SWT berfirman:

لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَٰكِن يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنكُمْ كَذَٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ

Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu.

Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya._

Surah Al Hajj : 37

*Kesimp**an:*

* Jangan meremehkan syiar Islam.
* Orang berkemampuan hendaklah berlumba melakukan kebajikan.
* Sifat bakhil dalam ibadah sangat dicela.
* Korban mendidik jiwa ihsan dan kepedulian sosial.
* Semangat pengorbanan adalah asas perjuangan Islam.

Sekian.

05/05/2026

SAHABAT SEJATI

Kata Hukamak :

صَدِيقُكَ الحَقِيقِيُّ
هُوَ مَنْ يَفْهَمُكَ بِلا كَلِمَاتٍ،
وَيُصَدِّقُكَ بِلا أَدِلَّةٍ،
وَيَنْصَحُكَ بِلا أَغْرَاضٍ،
وَيُحِبُّكَ بِلا أَسْبَابٍ،
وَيَعْرِفُكَ بِلا مَصَالِحَ.

فَإِذَا وَجَدْتَ هٰذَا الصَّدِيقَ،
فَلَا تُفَرِّطْ فِيهِ.

Kredei Facebook دار الحكمة

Sahabat sejati itu ialah
orang yang memahami kamu tanpa kata-kata,
mempercayai kamu tanpa bukti,
menasihati kamu tanpa kepentingan,
mencintai kamu tanpa sebab,
dan mengenali kamu tanpa tujuan duniawi.

Maka apabila kamu menemui sahabat seperti ini,
jangan sekali-kali kamu mensia-siakannya.

05/05/2026

Nota Pengajian : 023

Pelancongan Tanpa Maksiat. Mampukah Kita ?

Nasrudin bin Hassan At Tantawi
Pengasas Madrasah MITRA Digital

Pelancongan : Antara Hiburan dan Maksiat.

Beberapa hari yang lalu, masyarakat dikejutkan dengan penganjuran pesta air muzik di kawasan Bukit Bintang.

Ia dipromosikan sebagai tarikan pelancongan sempena kempen Tahun Melawat Malaysia.

Namun di sebalik cahaya gemerlapan dan alunan muzik, tersingkap satu wajah yang mengundang kegusaran, dimana berlakunya pergaulan bebas, hiburan melampau dan suasana yang jauh daripada nilai ketimuran apatah lagi ajaran Islam.

Persoalannya, apakah ini wajah pelancongan yang ingin kita banggakan?

Islam bukan agama yang jumud dan menolak hiburan. Bahkan Islam adalah agama yang seimbang.

Memberi ruang kepada fitrah manusia untuk berhibur, namun dalam batas yang menjaga maruah dan akhlak.

Justeru itulah, Al Quran telah menegaskan satu garis pandu pembentukan sosial yang bebas mungkar.

Firman Allah SWT :

‎وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا
‎إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya ia adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang buruk.”

Surah al-Isra’: 32

Ayat ini tidak sekadar berbentuk LARANGAN, tetapi ia adalah satu “enakmen Ilahi” yang membina manhaj sosial tanpa mungkar, sebaliknya menyemarak keberkatan hidup dan keharmonian tamadun.

Lihat bagaimana hebatnya Al Quran memandu peradaban ummah. Bukan sahaja perbuatan zina yang tentunya keji dan hina, malah Al Quran terlebih dahulu menyekat dan membatas semua laluan serta aktiviti yang menghampiri zina.

Termasuklah aktiviti pergaulan bebas, berpakaian tetapi telanjang, menari basah basahan dengan simbahan air dibawah iringan musik yang mengkhayalkan.

Lantaran aktiviti seperti inilah yang menjebak umat manusia dibawah taklukan iblis dan syaithan serta nafsu yang liar.

Nabi SAW turut menegaskan betapa perlakuan yang meniru budaya asing dan mengikut cara hidup mereka secara membuta tuli hanya meruntuhkan maruah dan wibawa.

Daripada Abi Said Al Khudri Rha. Sabda Nabi SAW:

‎لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ حَذْوَ القُذَّةِ بِالقُذَّةِ، حَتَّى لَوْ دَخَلُوا جُحْرَ ضَبٍّ لَدَخَلْتُمُوهُ. قَالُوا: اليَهُودُ وَالنَّصَارَى؟ قَالَ: فَمَنْ؟

Sesungguhnya kamu benar-benar akan mengikuti jalan orang-orang sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jika mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun, kamu pasti akan mengikutinya.”

Para sahabat bertanya: “Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani?”

Baginda menjawab: “Siapa lagi (kalau bukan mereka)?

Riwayat Imam Al Bukhari (7320) dan Muslim (2669)

Tarik Pelancong : Benarkah Tiada Alternatif

Saksikan, apakah masyarakat kita sedang merangkak menuju lubang biawak ?

Kenapa mereka seperti kehilangan arah ? tiada hala tuju dalam kehidupan ? Tiada jati diri lalu saban ketika hanya mengkagumi budaya asing sehingga lupa kehebatan dan kemuliaan bangsa sendiri.

Sering kali apabila teguran dibuat, jawapan yang diberikan oleh mereka ialah: “Ini untuk menarik pelancong.”

Namun persoalan yang lebih besar, adakah pelancongan mesti dibina di atas maksiat?

Jika benar itu satu-satunya jalan, maka dunia Islam sudah lama ketandusan pelancong.

Hakikatnya tidak. Bahkan ramai pelancong hari ini mencari:

* Keunikan budaya
* Keindahan alam
* Ketenangan jiwa
* Pengalaman autentik

Realitinya, pelancong tidak datang ke negara kita kerana arak, kerana arak telah membuih di negara mereka.

Mereka juga tidak datang melawat Malaysia untuk hiburan justeru di negara mereka tidak habis waktu untuk mereka berhibur.

Lalu kenapa kita mahu menyaji mereka dengan arak, hiburan, pergaulan bebas, pesta pestaan dan pelbagai aktiviti maksiat dan mungkar.

Menarik pelancong masih ada 1001 cara dan pendekatan. Hanya saja sebahagian masyarakat dan pemimpin negara kita alami kemiskinan idea dan krisis jati diri.

Alternatif Pelancongan Bermaruah

Malaysia sebenarnya mempunyai potensi besar untuk menawarkan pelancongan yang bersih, unik dan bertaraf dunia tanpa perlu menggadaikan prinsip.

Malaysia kaya dengan landskap alam sekitar dan semula jadi yang unik serta mendamaikan. Hanya sahaja perlu dibangunkan sesuai teknologi hijau semasa serta bagaimana ianya dieksploit menjadi satu sudut utama dari subjek pelancongan negara.

Begitu juga budaya tradisi dan elemen ketimuran termasuk hasilan domestik dalam sektor seni kraftangan, makanan dan sebagainya.

Sungguhpun perlu elemen hiburan, Malaysia masih berpotensi untuk manfaatkan suatu acara dan aktiviti yang menghiburkan tanpa unsur maksiat, lucah dan pergaulan bebas yang meruntuhkan nilai akhlak dan personaliti.

Contoh pesta air bercahaya dan visual moden yang berteknologi tinggi tanpa perlu memasukkan aktiviti yang bersifat maksiat dan bercanggah dengan adab ketimuran.

Hiburan, teknologi dan adat budaya tidak salah bahkan Islam sangat menerima dan memanfaatkannya untuk dihayati dan dinikmati.

Lihat bagaimana Allah sebut dalam Al Quran.

‎إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
‎وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ
‎لَآيَاتٍ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;

Surah Aali Imran : 190

Apakah negara kita telah kehabisan insan berakal untuk menjadi menteri dan pegawai di sektor pelancongan ?

Hakikat yang perlu kita akui, kita bukan tidak mampu tapi kita cuma tidak yakin pada upaya diri.

Kita seolah-olah percaya bahawa: “Tanpa maksiat, pelancong tidak akan datang.”

Sedangkan sejarah membuktikan, tamadun Islam dahulu menarik manusia dari seluruh dunia bukan dengan hiburan liar, tetapi dengan ilmu, akhlak dan keindahan nilai.

Membina Pelancongan Beridentiti

Malaysia bukan sekadar sebuah negara. Ia adalah wajah kepada Islam di rantau ini.

Kita perlu memilih:

* Sama ada menjadi peniru budaya luar tanpa saringan, lalu menghilangkan identiti kita

* Atau menjadi peneraju pelancongan berprinsip dan bermaruah.

Rasulullah SAW bersabda:

‎مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam kalangan mereka

Riwayat Abu Dawud (4031) dan Ahmad (5114)

Negara perlu miliki identiti sendiri dan berbangga dengannya. Justeru negara tidak hebat dan ternama kalau sekadar menjadi peniru budaya asing.

Sajikan suatu yang berwajah Malaysia dalam memaknakan “Visit Malaysia” kepada pelancong.

Pelancongan : Destinasi dan Mesej Mendidik

Jika pelancong datang hanya kerana hiburan liar, maka kita tidak lebih daripada destinasi persinggahan yang kosong nilai.

Tetapi jika mereka datang kerana keindahan alam, budaya, akhlak dan prinsip, maka Malaysia menjadi mesej kepada dunia.

Pelancongan sebenar bukan sekadar menarik manusia datang, tetapi meninggalkan kesan pada hati mereka.

Kita sebagai umat Islam, tidak hanya bertanggungjawab membina industri, tetapi membina maruah ummah.

Sekian.

Insyaallah. Pembacaan E Kitab 40 Hadis Akhlak. Malam ini Hadis ke 9
04/05/2026

Insyaallah. Pembacaan E Kitab 40 Hadis Akhlak. Malam ini Hadis ke 9

Mungkin… ini kitab yang kita PERLUKAN,bukan yang kita mahu.Kadang Allah hantar peringatan…melalui satu ayat, satu hadis,...
03/05/2026

Mungkin… ini kitab yang kita PERLUKAN,
bukan yang kita mahu.

Kadang Allah hantar peringatan…
melalui satu ayat, satu hadis, satu tulisan.

📖 40 Hadis Akhlak
📖 40 Golongan Yang Dilaknat Oleh Allah

Untuk kita muhasabah…
sebelum Allah menghitung.

✨ Bacaan yang:

* Menenangkan hati
* Menggetarkan jiwa
* Mengajak kembali kepada Allah

Kerana hidup ini terlalu singkat…
untuk kita lalui tanpa petunjuk.

RM10 sahaja
Nilai kecil… tapi mungkin menyelamatkan akhirat kita

Hubungi kami untuk dapatkan E Kitab ini:

wasap.my/+60169200440/akhlak

wasap.my/+60169200440/laknat

wasap.my/+60169200440/2ekitab

03/05/2026

KATA HUKAMAK

أَرْبَعَةٌ إِيَّاكَ أَنْ تَتْرُكَهَا فِي حَيَاتِكَ

لَا تَتْرُكِ الشُّكْرَ فَتُحْرَمَ الزِّيَادَةَ،
وَلَا تَتْرُكْ ذِكْرَ اللَّهِ فَتُحْرَمَ ذِكْرَهُ لَكَ،
وَلَا تَتْرُكِ الدُّعَاءَ فَتُحْرَمَ الْإِجَابَةَ،
وَلَا تَتْرُكِ الِاسْتِغْفَارَ فَتُحْرَمَ النَّجَاةَ.

Kredit : Facebook دار الحكمة

Empat perkara , jangan sekali-kali engkau tinggalkan dalam hidupmu:

Jangan tinggalkan bersyukur, nanti engkau terhalang daripada mendapat tambahan (nikmat).

Jangan tinggalkan mengingati Allah, nanti engkau terhalang daripada Allah mengingatimu.

Jangan tinggalkan berdoa, nanti engkau terhalang daripada mendapat jawapan. (daripada Allah)

Jangan tinggalkan beristighfar, nanti engkau terhalang daripada keselamatan (keampunan dan kejayaan).

29/04/2026

Kata Hukamak:

أَنْوَاعُ النَّاسِ ثَلَاثَةٌ

عَاقِلٌ
يَسْمَعُ لِيَنْتَفِعَ،
وَيَفْهَمُ لِيَقْتَنِعَ،
وَيُجِيبُ لِيَنْفَعَ.

وَجَاهِلٌ
يُجِيبُ قَبْلَ أَنْ يَسْمَعَ،
وَيُعَارِضُ قَبْلَ أَنْ يَفْهَمَ،
وَيَحْكُمُ بِمَا لَا يَعْلَمُ.

وَحَكِيمٌ
رَأَى الْجِدَالَ يُتْعِبُ وَلَا يَنْفَعُ،
فَتَرَكَهُ وَارْتَفَعَ،

فَلَا تَكُنْ مِمَّنْ يَرْفَعُ صَوْتَهُ لِيُسْمِعَ،
وَيَخْفِضُ عَقْلَهُ فَلَا يَنْتَفِعُ.

Credit : Facebook دار الحكمة

MANUSIA ADA TIGA (3) JENIS

1. Orang berakal (عاقل)

* Dia mendengar untuk mengambil manfaat,
* memahami untuk meyakini,
* dan menjawab untuk memberi manfaat.

2. Orang jahil (جاهل)

* Dia menjawab sebelum mendengar,
* membantah sebelum memahami,
* dan menghukum dengan apa yang dia tidak tahu.

3. Orang berhikmah (حكيم)

* Dia melihat perdebatan itu meletihkan dan tidak bermanfaat,
* lalu dia meninggalkannya dan mengangkat dirinya (darjatnya),

* Justeru itu, janganlah kamu menjadi orang yang meninggikan suara agar didengar,

* tetapi merendahkan akalnya sehingga tidak mendapat manfaat.

Address

Musolla Ar Raudhah Taman Pelindung Perdana
Beserah
26100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madrasah Ihya’ At Turath Ar Rabbani Ar Raqmiyyah - MITRA Digital posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share