25/09/2024
Pesan Pada Diri!
Kenapa kereta hebat seperti Ferrari dan Lamborghini jarang kelihatan iklannya di TV berbanding kereta jenama biasa?
Jawapannya kerana jenama itu benar-benar hebat! Tak perlu diperkenalkan, tak perlu iklan. Pembeli akan mencarinya. Hanya 'Jauhari yang mengenal manikam'!
Jadi, janganlah anggap kita hebat dengan apa yang kita lakukan. Lantas selalu mempamerkan kehebatan diri di sana-sini, di media-media sosial. Ketahuilah, lebih ramai yang lebih hebat di luar sana yang menyembunyikan kehebatan mereka. Maka bersederhanalah!
Ingatlah kisah seorang pemuda soleh, Uwais Al Qarni (594-657M) yang Rasulullah pernah berpesan kepada Saidina Umar agar mencari pemuda itu dan memohon doanya. Uwais, dia pemuda biasa, gembala kambing miskin, tidak dikenali di dunia, namun namanya mewangi penduduk langit.