SA Gambut Official

  • Home
  • SA Gambut Official

SA Gambut Official Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SA Gambut Official, Religious Center, .

-MTAQ ZON BAGAN 2026-Alhamdulilah syukur kepada Allah, bulan April yang penuh dengan program 🥹Dengan Izin-nya dapatlah k...
01/05/2026

-MTAQ ZON BAGAN 2026-

Alhamdulilah syukur kepada Allah, bulan April yang penuh dengan program 🥹

Dengan Izin-nya dapatlah kami menghantar beberapa orang murid mewakili SA Gambut ke Majlis Tilawah Al Quran zon Bagan pada sehari sebelum cuti.

Tahniah diucapkan kepada Adik Luthfillah telah menjadi Johan bagi acara Hafazan bagi zon bagan🥇 dan Adik Akmal hadif telah mendapat tempat kedua bagi acara Tulisan Jawi🥈 . Kepada peserta lain yang kurang bernasib baik jangan kecewa, adat pertandingan ada menang dan kalah, InsyaAllah kita cuba lagi pada tahun-tahun akan datang.

Terima kasih kepada semua guru dibawah pimpinan Ustazah Hajah Norhayati dalam keterlibatan dalam melatih semua wakil sekolah tidak lupa juga kepada ibu bapa yang sentiasa mendoakan,memberikan sokongan dan dorongan🤲🏻

Assalamualaikum wbt.Alhamdulilah syukur kepada Allah swt dengan limpah kurnia-Nya di izinkan kami warga SA Gambut untuk ...
01/05/2026

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulilah syukur kepada Allah swt dengan limpah kurnia-Nya di izinkan kami warga SA Gambut untuk menjalankan satu program MESYUARAT AGUNG BADAN KEBAJIKAN SEKOLAH KALI KE-32 & ANUGERAH KECEMERLANGAN KURIKULUM pada bulan lalu.

Terima kasih kepada Pegawai Pejabat Pendidikan Islam Daerah Batu Pahat, Tn Haji Johari B Musa yang sudi melapangkan waktu cuti untuk merasmikan program di SA Gambut.

Di kesempatan ini juga kami warga SA Gambut mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengerusi serta AJK Badan Kebajikan Sekolah (BKS) yang telah mencurahkan segala jasa, pengorbanan dan komitmen sepanjang memikul amanah yang telah diberikan. Semoga segala jasa dan bakti yang dicurahkan ini akan terus dikenang dan mendapat ganjaran yang setimpal.

Ucapan tahniah dan selamat datang kepada Pengerusi serta barisan AJK BKS SA Gambut yang baru. Semoga dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan sebaiknya. Tidak lupa juga kepada anak-anak yang telah mendapat anugerah kecemerlangan, semoga terus berjaya di dunia dan Akhirat. Amiin.

Assalamualaikum wbtJumaat 10 | 10 |2025SAG telah jalankan satu program dibawah pengurusan kokorikulum iaitu Sambutan Maw...
24/10/2025

Assalamualaikum wbt

Jumaat 10 | 10 |2025

SAG telah jalankan satu program dibawah pengurusan kokorikulum iaitu Sambutan Mawlid Nabi SAW peringkat sekolah.

Ceramah telah disampaikan oleh Maulana Ustaz Azam b mashor. ( Mudir madrasah Al Hasanain Lilbanat) .

Natijah dari ceramah ustaz,
1. kita mestilah berusaha untuk menghidupkan sunnah Nabi SAW dari anak-anak kecil sehingga ke orang dewasa.
2. Cabaran mendidik anak bangsa adalah satu cabaran yang besar yang perlu di tanggung oleh seorang guru.
3. Dan ustaz berpesan kepada pelajar yang mana Guru merupakan ibu bapa kepada Roh pelajar, ibu bapa di rumah adalah ibu bapa kepada jasad pelajar

Semoga nasihat yang disampaikan oleh ustaz dapat kita ambil iktibar dan sampaikan kepada orang lain , InsyaAllah




Assalamualaikum wbt.....Alhamdulilah syukur pada Allah swt kerana dapat menjalankan satu program sempena bulan kemerdeka...
14/09/2025

Assalamualaikum wbt.....

Alhamdulilah syukur pada Allah swt kerana dapat menjalankan satu program sempena bulan kemerdekaan peringkat sekolah sebelum cuti sekolah pada 12 September 2025.

Tahniah diucapkan kepada penyelaras program kerana dapat menjalankan satu program di bawah unit kokorikulum. Walaupun kami tak ramai tapi insyaAllah dapat lihat wajah ceria daripada anak-anak sepanjang perjalanan program dijalankan.

Tahniah juga di kepada semua guru yang membantu menjayakan program dan kepada anak-anak yang menerima hadiah sempena bulan kemerdekaan. Yang mana tak dapat hadiah boleh cuba lagi pada program yang akan datang yerr..

Psst!! Tak lupa juga kepada ustazah hjh siti fatimah kita sambut juga ulang tahun kelahiran nya.. semoga dikurniakan rezeki yang berpanjangan,diberikan kesihatan yg baik,diterima amal kebaikannya serta azam-azam nya... insyaAllah amiin


Assalamualaikum wbtSyukur Alhamdulilah segala puji hanya kepada Allah swt atas kurnia Nya dapat kami warga SA Gambut Off...
01/09/2025

Assalamualaikum wbt

Syukur Alhamdulilah segala puji hanya kepada Allah swt atas kurnia Nya dapat kami warga SA Gambut Official menjalankan program gotong royong sekolah bersama AJK Badan Kebajikan Sekolah serta murid-murid nadi ansor.

Sedikit sebanyak dapat menceriakan suasana sekolah serta dapat mengeratkan lagi hubungan di antara Guru serta AJK BKS.

Terima kasih kepada semua yang terlibat. Hanya Allah SWT saja yang dapat membalas segala jasa dan khidmat tuan/puan atas segala keringat yang dicurahkan



Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Maju JohorMenjujung Titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku...
24/08/2025

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Maju Johor

Menjujung Titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.

Di mohon semua jabatan kerajaan/agensi dan Persekutuan dan Negeri untuk menyambut usaha Kempen Anti-Buli Negeri Johor. Kempen ini adalah berterusan sepanjang masa.


24/08/2025

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Maju Johor

Menjujung Titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.

Di mohon semua jabatan kerajaan/agensi dan Persekutuan dan Negeri untuk menyambut usaha Kempen Anti-Buli Negeri Johor. Kempen ini adalah berterusan sepanjang masa.

DENGAN INI KAMI WARGA SA Gambut Official MENYOKONG KEMPEN ANTI-BULI NEGERI JOHOR! DAN MENOLAK SEGALA AKTIVITI BULI!
HENTIKAN BULI!
HENTIKAN BULI!
HENTIKAN BULI!


22/08/2025
ASSALAMUALAIKUM WBT...BARU SEMPAT NAK UPLOAD PROGRAM SEBELUM CUTI , BARU DIBERIKAN KESEMPATAN UNTUK BERKONGSI CERITA PAD...
01/02/2025

ASSALAMUALAIKUM WBT...
BARU SEMPAT NAK UPLOAD PROGRAM SEBELUM CUTI , BARU DIBERIKAN KESEMPATAN UNTUK BERKONGSI CERITA PADA HARI INI

SYUKUR ALHAMDULILAH SEMUA MURID-MURID SA Gambut Official TELAH MENERIMA SUMBANGAN AWAL PERSEKOLAHAN BERUPA KELENGKAPAN PERSEKOLAHAN YANG BARU. TERIMA KASIH Perbadanan Aset Air Berhad!

SEMOGA BANTUAN YANG DIBERIKAN DAPAT MERINGANKAN SERTA MENGUKIR SENYUMAN KEPADA MURID-MURID DAN IBU BAPA

HANYA ALLAH SWT SAJA YANG DAPAT MEMBALAS SEGALA JASA KEBAIKAN. AMIIN

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH AGAMA GAMBUT. 21 RABI'ULAKHIR 1446H24 OKTOBER 2024
22/10/2024

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH AGAMA GAMBUT.
21 RABI'ULAKHIR 1446H
24 OKTOBER 2024


Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SA Gambut Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your place of worship to be the top-listed Place Of Worship?

Share