10/03/2026
Nota Ringkas Kuliah Subuh
Sabtu 7/3/2026. Surau Ar-Rahmaniah
Ustaz Hami Zulfadli
TENTANG MENJAGA LIDAH.
Iktibar dari dialoq Abdullah Ibni Mubarak dengan seorang wanita tua.
-Abdullah ibni Mubarak adalah ulama' hebat bertaraf waliullah.
-semasa pulang dari mengerjakan haji, Abdullah kasihan kepada seorang wanita tua yang duduk sendirian, lalu Abdullah memberi salam.
Wanita Tua menjawab.. Surah Yasin ayat 58
سَلَٰمٞ قَوۡلٗا مِّن رَّبّٖ رَّحِيمٖ
Salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.
Abdullah pelik dan berkata.."Semoga Allah merahmati kamu. Kenapa makcik keseorangan di sini."
Wanita tua menjawab..Surah Al-Araf ayat 186
مَن يُضۡلِلِ ٱللَّهُ فَلَا هَادِيَ لَهُۥۚ وَيَذَرُهُمۡ فِي طُغۡيَٰنِهِمۡ يَعۡمَهُونَ
Sesiapa yang disesatkan oleh Allah (kerana keingkarannya), maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat memberi petunjuk kepadanya; dan Allah membiarkan mereka meraba-raba (dengan bingung) dalam kesesatan mereka.
Maka fahamlah Abdullah bahawa wanita tua tersebut tersesat jalan..
Selepas itu setiap soalan yg ditanya, pasti wanita tua itu akan menjawab dengan ayat suci al-Quran..sehinggalah bertemu dengan anak-anaknya. Malah bila ditanya siapakah nama anaknya pun wanita tua itu menjawab dengan ayat al-Quran iaitu Ibrahim, Musa dan Yahya.
Bila ditanya kepada anak2nya siapakah sebenarnya wanita tua itu.. Kata anaknya.. "Dialah ibu kami, setiap percakapannya adalah al-Quran sebab dia takut tersalah cakap".
Apabila Abdullah bertanya.. kenapa tak jawab secara mudah. Kenapa perlu petik ayat al-Quran?
Wanita tua itu menjawab.. Surah Qaf ayat 18
مَّا يَلۡفِظُ مِن قَوۡلٍ إِلَّا لَدَيۡهِ رَقِيبٌ عَتِيدٞ
Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).
Kata Hukama"..
"Allah jadikan lidah itu terpenjara di belakang gigi dan bibir. Jika tiada gigi dan bibir senang sahaja lidah itu untuk mengeluarkan kata-kata."
Dari Anas bin Malik menceritakan tentang Nabi Isa. Semasa Nabi Isa dalam perjalanan dia terserempak dengan seekor babi. Nabi Isa berkata.. "lalulah engkau dengan selamat"...
Orang yang bersama Nabi Isa bertanya.. kenapa perlu cakap baik2 kepada babi?
Jawab Nabi Isa.."aku takut untuk biasakan cakap perkara buruk walaupun kepada babi".
-Apa saja kata-kata daripada al-Quran adalah mulia.
-Al-Quran kepada umat Muhamad.. Umat yang mulia.
-Al-Quran turun di bulan Ramadan.. Bulan yang mulia.
-Al-Quran turun di malam Lailatul Qadar.. Malam yang mulia.. Ibadah di mlm lailatul Qadar seperti ibadah 1000 bulan ( 83 tahun )
- sebaik2 kalian adalah yang belajar dan ajarkan al-Quran.
- hari2 terbaik kita adalah bersama al-Quran.
Orang2 yang rugi adalah :-
- org yg berkira2 utk baca al-Quran
- org yg tahu syafaat al-Quran tapi tak baca.
- org yg sibuk, tak baca dan malas belajar al-Quran.
Al-Quran akan cari kita di akhirat dan beri syafaatnya.
Nuzul Quran secara rasmi adalah 17 Ramadan namun ada khilaf kerana Rasulullah sendiri tidak maklumkan bila turunnya al-Quran.
Yang pasti ulama 'sepakat :-
1. Ia diturunkan di dalam bulan Ramadan.
2. Ia diturunkan di malam Lailatul Qadar.
3. Ia diturunkan pada hari Isnin kerana kata Nabi Isnin adalah hari kelahiranku dan Isnin al-Quran diturunkan.
Wallahualam.. Semoga bermanfaat.
AJK pendidikan dan Dakwah
Surau Ar-Rahmaniah