Surau Al-Falah Pekan Banting

Surau Al-Falah Pekan Banting Informasi Surau Al-Falah Pekan Banting

Jadual Kuliah Bulan Oktober Surau Al-Falah Pekan Banting.Semua dijemput mengimarahkan majlis ilmu.
04/10/2026

Jadual Kuliah Bulan Oktober Surau Al-Falah Pekan Banting.

Semua dijemput mengimarahkan majlis ilmu.

19/09/2026

Kuliah Subuh Penawar bagi Hati : Af Ustaz Hazren Ahmad

19/09/2026

Kuliah Maghrib Khas bersama AF Ustaz Dr Amirul Ashraf

Semua dijemput hadir malam ini.
19/09/2026

Semua dijemput hadir malam ini.

📜 SERUAN MENGHADIRI KULIAH MAGHRIB KHAS
Waktu berkunjung tiba, seruan diutus kepada seluruh anak kariah dan warga Banting

As-salamu‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh, wahai sekalian kaum mukminin dan mukminat yang dirahmati Allah SWT

sekalian.
Bersempena dengan datangnya hari yang mubarak, pihak Surau Al-Falah Pekan Banting dengan berbesar hatinya menyeru dan menjemput tuan-tuan, puan-puan serta kaum keluarga hadir mengimarahkan majlis ilmu yang amat berharga lagi bermakna ini.

🌙 Butiran Majlis Ilmu:
* Tajuk Kuliah: Urus Dunia dengan Erat, Biar Berbaloi di Akhirat!
* Penceramah Jemputan: Ustaz Dr Asyraf Amirul (Pengisi Slot Di Radio Zayan Fm)
* Tarikh: 19 September 2026 / 8 Rabi' Al-Thani 1448H
* Hari & Masa: Sabtu Malam Ahad (Bermula dengan Solat Maghrib Berjemaah)
* Tempat: Surau Al-Falah Pekan Banting

Ojo Kelalen Yo! Bersama Kita Memakmurkan Rumah Allah."

Makanan berat turut disediakan bagi menjamu para tetamu yang hadir menuntut ilmu.

Bagi yang ingin menabur bakti serta menghulurkan sumbangan bagi imarah aktiviti surau, tuan-tuan dan puan-puan boleh mengimbas kod QR yang tertera pada poster di bawah.

Segala langkah kaki tuan-puan ke majlis ini dikira sebagai amal soleh yang mendekatkan diri kepada syurga-Nya. Hadirkanlah dirimu sekeluarga!

Sekian, terima kasih.

Kuliah Maghrib Hari iniSemua dijemput hadir ke kuliah maghrib di Surau Al-Falah Pekan Banting bersama Ustaz Redzuan Naha...
14/09/2026

Kuliah Maghrib Hari ini

Semua dijemput hadir ke kuliah maghrib di Surau Al-Falah Pekan Banting bersama Ustaz Redzuan Nahar mendalami kitab Mustika Hadith.

Jom dijemput seisi keluarga.

📜 SERUAN MENGHADIRI KULIAH MAGHRIB KHASWaktu berkunjung tiba, seruan diutus kepada seluruh anak kariah dan warga Banting...
14/09/2026

📜 SERUAN MENGHADIRI KULIAH MAGHRIB KHAS
Waktu berkunjung tiba, seruan diutus kepada seluruh anak kariah dan warga Banting

As-salamu‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh, wahai sekalian kaum mukminin dan mukminat yang dirahmati Allah SWT

sekalian.
Bersempena dengan datangnya hari yang mubarak, pihak Surau Al-Falah Pekan Banting dengan berbesar hatinya menyeru dan menjemput tuan-tuan, puan-puan serta kaum keluarga hadir mengimarahkan majlis ilmu yang amat berharga lagi bermakna ini.

🌙 Butiran Majlis Ilmu:
* Tajuk Kuliah: Urus Dunia dengan Erat, Biar Berbaloi di Akhirat!
* Penceramah Jemputan: Ustaz Dr Asyraf Amirul (Pengisi Slot Di Radio Zayan Fm)
* Tarikh: 19 September 2026 / 8 Rabi' Al-Thani 1448H
* Hari & Masa: Sabtu Malam Ahad (Bermula dengan Solat Maghrib Berjemaah)
* Tempat: Surau Al-Falah Pekan Banting

Ojo Kelalen Yo! Bersama Kita Memakmurkan Rumah Allah."

Makanan berat turut disediakan bagi menjamu para tetamu yang hadir menuntut ilmu.

Bagi yang ingin menabur bakti serta menghulurkan sumbangan bagi imarah aktiviti surau, tuan-tuan dan puan-puan boleh mengimbas kod QR yang tertera pada poster di bawah.

Segala langkah kaki tuan-puan ke majlis ini dikira sebagai amal soleh yang mendekatkan diri kepada syurga-Nya. Hadirkanlah dirimu sekeluarga!

Sekian, terima kasih.

Jadual Kuliah Septembar 2026 Surau Al-Falah Pekan Banting.
09/09/2026

Jadual Kuliah Septembar 2026 Surau Al-Falah Pekan Banting.

🌙 KULIAH MAGHRIB KHAS — DARI CAHAYA NABI ﷺ MENUJU JIWA MERDEKA 🇲🇾بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِAssalamualaikum w...
25/08/2026

🌙 KULIAH MAGHRIB KHAS — DARI CAHAYA NABI ﷺ MENUJU JIWA MERDEKA 🇲🇾

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

🌿 Wahai para pencinta ilmu dan pendamba keberkatan,

Marilah kita sama-sama melapangkan dada, meluangkan masa dan melangkahkan kaki ke Surau Al-Falah, Pekan Banting, bagi menghadiri sebuah Kuliah Maghrib Khas: “Dari Cahaya Nabi ﷺ Menuju Jiwa Merdeka.”

Sebuah majlis ilmu yang insya-Allah menjadi wasilah untuk kita menyuluh hati dengan cahaya sirah dan akhlak Baginda Nabi Muhammad ﷺ, agar kemerdekaan yang kita dambakan bukan sekadar bebas daripada belenggu dunia, bahkan merdeka jiwa daripada kelalaian, hawa nafsu dan kecintaan yang melampaui batas kepada dunia.

📖 Penceramah:
🎙️ AF Ustaz Kamalulhysam Mohd Suhut

📅 28 Ogos 2026
🕌 Jumaat malam Sabtu
⏰ Selepas Solat Maghrib Berjemaah
📍 Surau Al-Falah, Pekan Banting

🌹 Bersamaan 14 Rabiul Awal 1448H

“Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, nescaya Allah memudahkan baginya jalan menuju syurga.”

Ayuh, kita hidupkan malam Jumaat dengan solat berjemaah, majlis ilmu dan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad ﷺ.

✨ Bawalah bersama keluarga tercinta.
👨‍👩‍👧‍👦 Semua dijemput hadir.
🍽️ Makanan berat disediakan.

Semoga setiap langkah menuju rumah Allah menjadi saksi kebaikan, setiap detik mendengar ilmu menjadi cahaya di dalam hati, dan setiap majlis yang kita hadiri menjadi sebab turunnya rahmat serta keberkatan daripada Allah SWT.

Ayuh kita hadir. Ayuh kita hidupkan masjid dan surau. Ayuh kita merdekakan jiwa dengan cahaya Nabi ﷺ.

🌙 Jangan hanya merayakan kemerdekaan pada jasad dan tanah air, tetapi marilah kita merdekakan hati dengan iman dan kecintaan kepada Rasulullah ﷺ.

✨ Semua dijemput hadir bersama keluarga.









16 Ogos 2026Sedang berlangsung Kuliah Subuh di Surau Al-Falah Pekan Banting.Kuliah disampai oleh Ustaz Hazren Ahmad yang...
15/08/2026

16 Ogos 2026

Sedang berlangsung Kuliah Subuh di Surau Al-Falah Pekan Banting.

Kuliah disampai oleh Ustaz Hazren Ahmad yang bertajuk Penawar bagi hati.

Jemaah yang berhampiran boleh hadir ke surau.

Waktu solat 11 Ogos 2026/27 Safar 1448H di kawasan sekitar Banting.
10/08/2026

Waktu solat 11 Ogos 2026/27 Safar 1448H di kawasan sekitar Banting.

Address

Banting
42700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al-Falah Pekan Banting posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share