Jabatan Amal Bangi

Jabatan Amal Bangi Berkhidmat secara sukarela untuk membangunkan semula budaya generasi muda Malaysia melalui pendekatan kebajikan dan kemasyarakatan berteraskan Islam.

Pages ini berkenaan sekitar aktiviti, program dan lain-lain yang berkaitan dengan Jabatan Amal secara am dan Jabatan Amal Kawasan Bangi secara khususnya.

“Kalau tak elok jugak ni, abang gigit jelah kaki kamu ni dik” Begitulah sambil bertugas sambil bergurau-gurau. Alhamduli...
12/05/2026

“Kalau tak elok jugak ni, abang gigit jelah kaki kamu ni dik”

Begitulah sambil bertugas sambil bergurau-gurau.

Alhamdulillah, terima kasih pihak Pusat Khidmat ADN Sungai Ramal menggunakan khidmat kami bertugas di Kejohanan Sepak Takraw Piala ADN Sungai Ramal.

Kami ditugaskan untuk kemudahan rawatan awal jika ada pemain mengalami kecederaan.

Terbaik penganjur!

InshaAllah bakal melahirkan ramai pemain yang akan mewarnai arena sukan negara.

CUACA PANAS MELAMPAU, JANGAN AMBIL MUDAH! ☀️🔥Strok haba boleh berlaku bila suhu badan meningkat melebihi 40°C. Ia bukan ...
02/04/2026

CUACA PANAS MELAMPAU,
JANGAN AMBIL MUDAH! ☀️🔥

Strok haba boleh berlaku bila suhu badan meningkat melebihi 40°C.

Ia bukan sekadar panas biasa, tetapi keadaan kecemasan yang boleh mengancam nyawa.

🚨 Kenali tanda-tanda awal:
• Pening kepala
• Loya & muntah
• Badan terlalu panas
• Berpeluh berlebihan atau tiada peluh
• Denyutan nadi laju
• Pengsan

👥 Golongan berisiko: Kanak-kanak, warga emas, pekerja luar & atlet

💧 Lindungi diri anda:
• Minum air dengan kerap
• Elakkan aktiviti luar (11 pagi – 4 petang)
• Pakai topi atau payung
• Pakai pakaian cerah & longgar
• Rehat di tempat teduh

⚠️ Jika ada simptom, segera dapatkan bantuan perubatan!

Kesihatan diri tanggungjawab bersama. Jangan tunggu sampai terlambat.

“Panas betul harini ea, satu awan pun takde, tengok air paip pun nampak sedap ni", seloroh abang-abang jabatan Amal Nege...
04/03/2026

“Panas betul harini ea, satu awan pun takde, tengok air paip pun nampak sedap ni", seloroh abang-abang jabatan Amal Negeri Selangor waktu bertugas.

Alhamdulillah Jabatan Amal Bangi turut serta dalam program Jaulah Jabatan Amal Negeri Selangor di Semenyih.

Aktiviti tahun ini membersihkan tempat pembuangan sampah haram yang tidak terurus di Semenyih.

Walaupun cuaca yang sangat panas, tambah lagi di bulan Ramadan dan semua berpuasa, abang-abang 'Semut Merah' Jabatan Amal tetap terus melaksanakan tugas sehingga selesai.

Akhir kata, sama-sama kita menjaga kelestarian alam ya 🤗

______________________

Dialu-alukan sumbangan untuk meneruskan gerak kerja kebajikan:

Akaun - Bank Muamalat.
No akaun - 1210 0000 0207 18
Jabatan Amal Malaysia Kawasan Bangi



28/02/2026

Ucapan ini buatkan kami terdiam, semua fokus mendengar.

Terima kasih pengerusi surau yang memberikan peluang kepada kami untuk menabur bakti di bulan mulia ini.

--------------

Ingin membantu Kak Mah sekeluarga, menghadirkan senyuman lebih-lebih lagi di bulan Ramadan dan Hari Raya yang bakal tiba.

Salurkan bantuan anda menerusi:

Bank Muamalat
No Akaun: 1210 0000 0207 18
Rujukan: Sumbangan Kebakaran

🗓 Tempoh sumbangan:
25 Februari 2026 (Rabu) – 4 Mac 2026 (Rabu)

Setiap ringgit yang disumbangkan amat bermakna.



27/02/2026

Tabahnya hati seorang ibu menghadapi ujian ini.

Kami tidak terbayang angka kerugian yang perlu Kak Mah dan dua orang anaknya perlu tanggung.

Moga kehadiran kami turut serta dalam operasi pembersihan tempoh hari menghadirkan rasa kebersamaan buat mereka. InshaAllah.

Pastinya memerlukan kos besar untuk proses membaiki ni.

--------------

Ingin membantu Kak Mah sekeluarga, menghadirkan senyuman lebih-lebih lagi di bulan Ramadan dan Hari Raya yang bakal tiba.

Salurkan bantuan anda menerusi:

Bank Muamalat
No Akaun: 1210 0000 0207 18
Rujukan: Sumbangan Kebakaran

🗓 Tempoh sumbangan:
25 Februari 2026 (Rabu) – 4 Mac 2026 (Rabu)

Setiap ringgit yang disumbangkan amat bermakna.



✨ AMAL TAHSIN CLINIC ✨Perbaiki bacaan, perindah tilawah, perkemaskan sebutan.Ramadan adalah bulan Al-Quran.Namun, sejauh...
26/02/2026

✨ AMAL TAHSIN CLINIC ✨

Perbaiki bacaan, perindah tilawah, perkemaskan sebutan.

Ramadan adalah bulan Al-Quran.
Namun, sejauh mana bacaan kita benar-benar menepati tajwid dan makhraj yang tepat?

Kadang-kadang kita membaca setiap hari, tetapi masih ada huruf yang tersasar, panjang pendek yang terlepas atau dengung yang tidak sempurna.

🎯 Inilah ruang untuk kita baiki bacaan al-Quran secara PERCUMA‼️

Bersama:
🎙 Ustaz Umar
(Ketua Skuad Tarbiyah Jabatan Amal Bangi)

📍 Lokasi: Atas Talian (Google Meet)
🗓 Setiap Jumaat sepanjang Ramadan
⏰ 12 Tengah Hari

Ayuh sertai kami!



🔥 Sumbangan Ikhlas Mangsa KebakaranUjian berat menimpa Kak Mah, penduduk Bandar Teknologi Kajang apabila kediamannya ter...
25/02/2026

🔥 Sumbangan Ikhlas Mangsa Kebakaran

Ujian berat menimpa Kak Mah, penduduk Bandar Teknologi Kajang apabila kediamannya terbakar pada 17 Februari 2026.

Sehubungan itu, Jabatan Amal Kawasan Bangi dan Khidmat Malaysia Bangi melancarkan tabung sumbangan bagi membantu meringankan beban dan keperluan asas keluarga beliau.

🗓 Tempoh sumbangan:
25 Februari 2026 (Rabu) – 4 Mac 2026 (Rabu)

Setiap ringgit yang disumbangkan amat bermakna.

Semoga Allah membalas segala kebaikan dengan ganjaran berlipat kali ganda.

📌 Salurkan sumbangan melalui QR yang disediakan atau ke akaun:
Bank Muamalat
No Akaun: 1210 0000 0207 18
Rujukan: Sumbangan Kebakaran

Sama-sama kita bantu, sama-sama kita ringankan 🤲🏻



“Nasib baik semua selamat!”Alhamdulillah. Selesai operasi AD4C: Special Ramadan membersihkan rumah Kak Mah yang diuji de...
21/02/2026

“Nasib baik semua selamat!”

Alhamdulillah. Selesai operasi AD4C: Special Ramadan membersihkan rumah Kak Mah yang diuji dengan kebakaran.

Syukur dapat bantu mereka. Tapi yang paling menyentuh hati kami ialah komuniti surau di sini. Ramai yang turut bantu sekali.

Ada yang siap naik ke bumbung untuk buang kayu yang dah terbakar, ada yang bersih guna waterjet dan lain-lain.

Semoga Allah anugerahkan pahala berganda yang besar atas kepenatan, keletihan dan kedahagaan para sukarelawan.

______________________

Dialu-alukan sumbangan untuk meneruskan gerak kerja kebajikan:

Akaun - Bank Muamalat.
No akaun - 1210 0000 0207 18
Jabatan Amal Malaysia Kawasan Bangi



“Kita bergerak kerja kerana Allah, bukan kerana ketua. Sebab kalau bekerja kerana ketua, apabila ketua sudah tiada, adak...
17/02/2026

“Kita bergerak kerja kerana Allah, bukan kerana ketua. Sebab kalau bekerja kerana ketua, apabila ketua sudah tiada, adakah kita akan berhenti?”

Alhamdulillah, selesai pemukiman Jabatan Amal Bangi bagi membincangkan hala tuju dan matlamat bagi tahun 2026.

Sepanjang 2 hari 1 malam bermukim, banyak yang disusun melibatkan rancangan jangka masa pendek dan panjang.

Fuhhhh, pelbagai idea keluar namun kami saring ikut keutamaan dan kekuatan.

Doakan kami menghadapi 2026 dengan lebih baik dan memberi manfaat kepada ramai orang.

______________________

Dialu-alukan sumbangan untuk meneruskan gerak kerja kebajikan:

Akaun - Bank Muamalat.
No akaun - 1210 0000 0207 18
Jabatan Amal Malaysia Kawasan Bangi



Dengan penuh rendah diri, kami memperkenalkan Barisan Kepimpinan Jabatan Amal Kawasan Bangi bagi sesi 2025-2027. Semoga ...
04/02/2026

Dengan penuh rendah diri, kami memperkenalkan Barisan Kepimpinan Jabatan Amal Kawasan Bangi bagi sesi 2025-2027.

Semoga kepimpinan kali ini terus kuat maju kehadapan bergerak kerja dengan bantuan oleh para ahlinya.

Jabatan Amal Bangi
Beramal Kerana Allah

"Ibu, rasa macam ada tak kena la".Ujar Aina ketika menemani ibunya di pasar."Apa yang tak kena, kan mak dah beli semua y...
31/01/2026

"Ibu, rasa macam ada tak kena la".

Ujar Aina ketika menemani ibunya di pasar.

"Apa yang tak kena, kan mak dah beli semua yang dalam senarai?"

"Tu..., kita lupa nak beli sampul duit raya".

____________________________________

Anda ada masalah seperti Aina?

Sedang buat persiapan raya?

Nak cari sampul yang simple tapi boleh guna banyak keadaan.

Jom beli sampul duit limited Jabatan Amal Kawasan Bangi. Bukan sekadar beli sampul, tetapi juga dapat menyumbang dalam tabung kebajikan JAM Bangi.
💰 Harga: RM4/1 pek
▶️ 1 pek = 10 keping
Untuk pembelian cepat hubungi 👇🏻

👤 Muhammad (Sg Ramal dan kawasan sekitarnya) :
📲http://www.wasap.my/601153753646/SampulDuitAmal
👤 K**a (Kajang dan kawasan sekitarnya):
📲http://www.wasap.my/601121293963/SampulDuitAmal
👤 Naufal (Balakong dan kawasan sekitarnya) :
📲http://www.wasap.my/60133774030/SampulDuitAmal

Address

Bandar Baru Bangi
Bangi
43650

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Amal Bangi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Jabatan Amal Bangi:

Share