Persatuan Mahasiswa Islam Zon Utara PERMATA

Persatuan Mahasiswa Islam Zon Utara PERMATA kebajikan anak negeri keutamaan kami..

Persatuan Mahasiswa Islam Zon Utara atau PERMATA ialah satu persatuan yang menjaga kebajikan anak negeri utara di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor KUIS. Sama-samalah kita sebagai anak negeri utara memajukan serta menyokong segala program yang dijalankan oleh PERMATA sebagai tanda cintakan tanah tumpah darah sendiri^^

22/09/2017
14/09/2017

Sekadar renungan bersama (copy paste)

12 JENIS BENCANA LIDAH MENURUT IMAM AL-GHAZALI

1. Perkataan yang tidak bermanfaat boleh membuatkan hati menjadi kasar.

2. Mereka yang banyak bercakap, cenderung dia banyak berbohong.

3. Bersembang kosong. Padahal ciri-ciri org yang beriman adalah mereka yang sentiasa menghindarkan diri daripada perkataan dan perbuatan yang tidak bermanfaat.

4. Akan menyebabkan pertengkaran dan dendam.

5. Banyak bicara akan menimbulkan permusuhan antara kelompok dan golongan.

6. Mereka akan berbohong dengan mengaku sebagai pakar suatu bidang.

7. Ucapan yang mengandungi makian dan cacian.

8. Ucapan yang mengutuk sesorang atau satu golongan.

9. Ungkapan syair atau nyanyian boleh membangkitkan nafsu kebinatangan sesorang.

10. Senda gurau dan memperolok-olokkan orang lain. Rasululullah SAW bersabda :

"Sesungguhnya mereka yang mentertawakan teman-temannya, mereka akan jatuh ke dalam neraka, lebih jatuh dari bintang suria".

11. Membuka rahsia orang lain.

12. Bersumpah palsu.

Semua itu merosakkan nilai-nilai amanah.

Rasulullah SAW bersabda:

" Waspadalah terhadap pembohong dan orang orang yg zalim sama sama dalam neraka".

Seorang sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah SAW:

"Apakah penyebab terbesar orang masuk neraka?"

Baginda menjawab:

"Kerana lidah dan kemaluannya".

(HR At-Tarmizi)

Semoga Allah mengurniakan taufik kepada kita semua untuk menjaga lidah dari menuturkan sesuatu yang boleh mengundang murkaNya. Amiin.

12/09/2017

Assalammualaikum dan Selamat Pagi...marilah kita bersama2 memohon doa kehadrat Allah S.W.T:

Ya اَللّهُ , Ya TUHAN kami, di pagi yang mulia ini , kami bersyukur atas nikmat dan rahmat yg kau berikan dan kami bermohon ke hadrat-MU Ya Allah, berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami , tambahkanlah Ya اَللّهُ kepada kami ilmu, iman dan amal.

Kami memohon kepada Mu Ya اَللّهُ, permudahkanlah urusan kami hari ini, muliakan & lapangkanlah kehidupan kami, bahagiakanlah keluarga kami dan luaskan rezeki kami seluas lautan yang engkau ciptakan.

Ya اَللّهُ, kabulkan cita-cita kami, jauhkan dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar dan mungkar. Jauhkan kami dari segala musibah dan peliharakan lah keselamatan dan kesihatan keluarga kami,

Ya اَللّهُ, ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami dan guru-guru kami, serta kaum muslimin & muslimat keseluruhannya.

Ya اَللّهُ, perkenankanlah permohonan doa kami.
Terimalah semua amal ibadah kami, dan kelak jadikanlah kami sebagai penghuni Syurga-Mu.

AAMIN...AAMIN ....AAMIN YA RABBAL ALLAMIN

Innalillahi wainnalaihi rajiunSembah takziah buat,Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang telah mangkat di I...
11/09/2017

Innalillahi wainnalaihi rajiun

Sembah takziah buat,

Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang telah mangkat di Istana Anak Bukit kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

31/08/2017

AMALAN SUNAT UNTUK DIAMALKAN DI PAGI HARI RAYA AIDIL ADHA..

Pada waktu pagi hari raya Aidul Adha ini, eloklah jika kita mengikut beberapa perkara sunat yang boleh dilakukan antaranya:

1. Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.
2. Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
3. Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
4. Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
5. Sunat menjamah makan-minum selepas pulang dari masjid.
6. Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.
7. Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).
8. Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
9. Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
10. Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
11. Elakkan menyambut hari raya dengan perkara yang ditegah syarak.

TAKBIR

Rasulullah SAW menyarankan umat Islam menyambut hari raya dengan banyak memuji kebesaran Allah. Nabi Muhammad bersabda: “Hiasilah hari raya (Aildilfitri dan Aldiladha) kamu dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (mengingati dan mengagungkan Allah).” (Hadis riwayat al-Thabrani).

Pada Hari Raya Haji / Aidiladha disunatkan bertakbir (Takbir Muqayyad) setiap kali selepas solat fardu, bermula dari Subuh Hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga waktu Asar pada hari ke 3 Tasyriq, iaitu 13 Zulhijjah.

IBADAH KORBAN

Aidiladha disebut juga Hari Raya Korban. Kata Adha’ adalah bentuk jamak daripada kata dahiyah’ yang bererti haiwan korban. Korban atau udhiah bermaksud menyembelih haiwan tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu, kerbau, biri-biri dan kambing.


Nabi Muhammad SAW telah bersabda:

“Tiada sesuatu amalan anak Adam di hari Nahar (Hari Raya Korban) yang lebih disukai Allah selain menyembelih haiwan korban.Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan cukup segala tubuh anggota, cukup bulunya, tanduknya, dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak pada suatu tempat di sisi Allah SWT. sebelum mengalir ke tanah. Kerana itu berbahagialah dirimu dengannya.” Hadis Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim.

Ibadat korban Aidiladha boleh dilakukan selama empat hari bermula 10 Zulhijjah, iaitu pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijah) dan pada hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

HIKMAH AIDIL ADHA

1. Hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan.
2 Meninggalkan perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah seperti maksiat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya.

WALLAHU A'LAM...SEMOGA DAPAT DIMANFAATKAN.

24/08/2016

🔮MUTIARA ILMU🔮

🌹"Jika ada orang bercakap mengenai kita di belakang , itu tandanya kita sudah ada di depan . Saat orang bercakap merendahkan diri kita , itu tandanya kita sudah berada di tempat yang lebih tinggi .

🌹Saat orang bercakap dengan nada iri mengenai kita , itu tandanya kita sudah jauh lebih baik dari mereka . Saat orang bercakap buruk mengenai kita , padahal kita tidak pernah mengusik kehidupan mereka , itu tandanya kehidupan kita sebenarnya lebih indah dari mereka .

🌹Payung tidak dapat menghentikan hujan tapi dapat membuat kita berjalan menembusi hujan untuk mencapai tujuan"...

21/05/2012

TAKAFUL PILIHAN NO.1 DI MALAYSIA

Simpanan | Pelaburan | Perlindungan | Kewangan

JOM.....balik kampung bersama PERMATA...
27/02/2012

JOM.....balik kampung bersama PERMATA...

24/02/2012

Darjat,, pangkat mahupun martabat.. Tidak ada apa nak dibanggakan di dunia kerana hanyalah nama akan tetapi hakikatnya kita cuma pekerja yg menabur bakti..

Ingatlah,, Org yg lemah adalah kuat kerana wajib hak mereka ditunaikan sdgkan org yg kuat adalah lemah kerana hak mereka akan diagih2 utk org lain..

Sesungguhnya mukmin yg kuat lbih baik kerana b'bakti kpd org lain dan ALLAH maha adil,, membalas setiap pekerjaan dgn balasan yg setimpal...^_^

Address

Bangi

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Mahasiswa Islam Zon Utara PERMATA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share