Surau Taman Desa Melati - stdm

Surau Taman Desa Melati - stdm PEMBANGUNAN SURAU TAMAN DESA MELATI (STDM) BERTUJUAN UNTUK KEGUNAAN MASYARAKAT MUSLIM SETEMPAT. BAGI

๐Ÿ•Œ Surau Desa Melati Nilai*Assalamualaikum W.B.T*JEMPUTAN UNTUK MENGHADIRI SOLAT SUNAT TARAWIH & TAZKIRAH KHAS SEMPENA NU...
05/04/2023

๐Ÿ•Œ Surau Desa Melati Nilai

*Assalamualaikum W.B.T*

JEMPUTAN UNTUK MENGHADIRI SOLAT SUNAT TARAWIH & TAZKIRAH KHAS SEMPENA NUZUL QURAN 1444H

๐Ÿ”น Bersama:Syed Ahmad Tarmizi Syed Omar
Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah(USIM)

๐Ÿ—“๏ธJUMAAT: 7/4/2023 @ 16 Ramadhan 1444H

โฐ๏ธ: 08.30 - 10.30 MALAM

Teruskan sumbangan anda ke tabung pembangunan Surau Taman Desa Melati
Melalui Account *Bank Islam Surau Desa Melati 05058010028324*

yang paling besar ganjarannya ialah Engkau bersedekah ketika sihat
Sedangkan hatimu berasa sangat kedekut untuk bersedekah,
jiwamu sedang takutkan kemisikinan dan engkau bercita-cita mengharapkan kekayaan.
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

keSurau
www.suraudesamelati.com

Sekian.
www suraudesamelati.com

Alhamdulillah... suasana hari pertama pengoperasian Surau Taman Desa Melati - stdm sempena ketibaan bulan Ramadhan 1444H...
22/03/2023

Alhamdulillah... suasana hari pertama pengoperasian Surau Taman Desa Melati - stdm sempena ketibaan bulan Ramadhan 1444H. Terima kasih kepada semua muslimin & muslimat yang hadir serta tidak lupa kepada YBhg. Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang sudi menyampaikan Tazkirah ringkas ibarah Ramadhan.


.com

Assalamualaikum W.B.T Muslimin, muslimat khairah Melati, Casuarina dan Kawasan sekitar.*MAKLUMAN TARIKH PENGOPERASIAN SU...
21/03/2023

Assalamualaikum W.B.T
Muslimin, muslimat khairah Melati, Casuarina dan Kawasan sekitar.

*MAKLUMAN TARIKH PENGOPERASIAN SURAU TAMAN DESA MELATI (STDM) DAN AKTIVITI RAMADHAN*

Sukacita dimaklumkan bahawa AJK penaja STDM telah bersetuju untuk mula menggunakan ruang solat utama surau melati sempena bulan ramadhan 1444H/2013 dalam skala terhad.

*Tarikh operasi : 22/03/2023 (Rabu - bermula waktu asar.*

Aktiviti sepanjang Ramadhan

1. Solat Tarawih 8 Raka'at/ imam jemputan
2. Penyediaan Ifta 50 pax & moreh 100 pax
3. Aktiviti tadarus lepas solat tarawih setiap malam
4. Solat magrib sepanjang Ramadhan akan bermula 25 minit selepas waktu berbuka.
5. Kaunter pembayaran zakat - akan dimaklumkan kemudian
6. Tabung infaq Ramadan & pembangunan surau akan diaktifkan sepanjang ramadhan

*muslimin & muslimat dijemput mengimarah Surau melati*

*NOTA PENTING*

i. kawasan surau masih dalam kerjaยฒ pembinaan- mohon kerjasama semua utk mengambil langkah keselamatan dan memastikan keselamatan anakยฒ bila berada dikawasan surau

ii. Jemaah dimohon menggunakan laluan yang ditentukan oleh AJK bagi mengelakan sebarang bahaya.

iii. *teruskan sumbangan tuan/puan melalui akaun Bank Islam Surau Taman Desa Melati: 05058010028324*

http://www.suraudesamelati.com

*AJK PENAJA SURAU TAMAN DESA MELATI*

24/02/2023

*24 Februari 2023*

*Kemaskini projek pembangunan surau taman desa melati*

1) Kemajuan projek mencapai 92% (+-)

2) status kerja utk tempoh 3 minggu - pemasangan dinding glass, cat, pemasangan tandas, lampu, kipas, aircond, kubah, PA sistem, karpet dan kerja2 meratakan parking.

3) fokus utama kerjaยฒ utk membolehkan surau beroperasi pada 17 mac 2023 dan sedia untuk digunakan pada bulan ramadan nanti.. INSYALLAH

4) pemasangan pagar dan tar parking akan diusahakan setelah bangunan utama siap

5) Sumbangan muslimin dan muslimat masih diperlukan utk menampung kos kerjaยฒ tambahan di luar kontrak.

*Salurkan sumbangan ke akaun surau taman desa melati melalui bank islam: 05058010028324* atau melalui web: http://www. suraudesmelati.com

Teruskan sumbangan dan sebarkan masej ini. ๐Ÿค

AJK PENAJA
STDM

Surau Desa MelatiAlhamdulillah apa yg telah kami laksanakan sejak setahun lebih sedikit, Allah telah jadikan kenyataan w...
23/02/2023

Surau Desa Melati
Alhamdulillah apa yg telah kami laksanakan sejak setahun lebih sedikit, Allah telah jadikan kenyataan walaupun ada sedikit kelewatan.

In sya Allah dalam masa terdekat kita akan dapat mengimarahkan Surau Desa Melati tersebut menjelang Ramadan atau selewat-lewatnya Raya Aidilfitri tahun ini. Untuk perkara itu, AJK Penaja Surau Desa Melati merayu sumbangan tambahan sebanyak RM120,000 bagi tujuan pemasangan penghawa dingin di dewan solat utama dan Awning di pintu masuk utama sebagai fasa terakhir pembinaan surau sebelum ianya siap untuk digunakan.

Inilah peluang untuk anda berwaqaf untuk ahli keluarga tersayang seperti ibu dan ayah yang sudah pergi atau mana-mana insan tersayang tanda kasih sayang anda kerana Allah semata atau sebagai sedeqah jariah anda.

Sekiranya seorang boleh menyumbang RM50, kita hanya perlukan sumbangan dari 2400 orang. Namun kami tidak menetapkan jumlah sumbangan anda. Anda berhak untuk menentukannya.

Kami juga berharap agar mesej ini tidak berhenti setakat ini. Bantulah kami untuk memviralkan mesej ini kepada sanak saudara serta rakan dan taulan anda seramai mungkin. Barang siapa yang menjadi asbab kebaikan kepada orang lain, dia akan mendapat ganjaran seperti orang yang melakukannya tanpa mengurangi pahala sipelaku tersebut. Oleh itu, jom kita ramai-ramai membantu menyiapkan Surau Desa Melati.

Untuk menyumbang, klik pautan berikut; https://suraudesamelati.com/

Jazakumullah khairan kathira kepada tuan/puan yang selama ini membantu secara kewangan atau moral bagi menjayakan usaha ini.

Terima kasih

Hamidon Zaini
Ajk Dana Pembinaan
Surau Desa Melati
https://suraudesamelati.com/

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADISAmal Kebaikan ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู…ูŽุงู„ููƒู ุงู„ู’ุญูŽุงุฑูุซู ุจู’ู†ู ุนูŽุงุตูู…ู ุงู„ู’ุฃูŽุดู’ุนูŽุฑููŠู‘ู  ู‚ูŽุงู„ูŽ: ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ...
10/02/2023

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Amal Kebaikan

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู…ูŽุงู„ููƒู ุงู„ู’ุญูŽุงุฑูุซู ุจู’ู†ู ุนูŽุงุตูู…ู ุงู„ู’ุฃูŽุดู’ุนูŽุฑููŠู‘ู ู‚ูŽุงู„ูŽ: ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุงู„ุทู‘ูู‡ููˆุฑู ุดูŽุทู’ุฑู ุงู„ุฅููŠู’ู…ูŽุงู†ู ูˆูŽุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ู„ู‡ู ุชูŽู…ู’ู„ุฃู ุงู„ู’ู…ููŠุฒูŽุงู†ูŽ ูˆูŽุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ู„ู‡ู ุชูŽู…ู’ู„ุขู†ู โ€“ ุฃูŽูˆู’ุชูŽู…ู’ู„ุฃู โ€“ ู…ูŽุง ุจูŽูŠู’ู†ูŽ ุงู„ุณู‘ูŽู…ูŽุงุกู ูˆูŽุงู„ุฃูŽุฑู’ุถู ูˆูŽุงู„ุตู‘ูŽู„ุงูŽุฉู ู†ููˆุฑูŒ ูˆูŽุงู„ุตู‘ูŽุฏูŽู‚ูŽุฉู ุจูุฑู’ู‡ูŽุงู†ูŒ ูˆูŽุงู„ุตู‘ูŽุจู’ุฑู ุถููŠูŽุงุกูŒ ูˆูŽุงู„ู’ู‚ูุฑู’ุขู†ู ุญูุฌู‘ูŽุฉูŒ ู„ูŽูƒูŽ ุฃูŽูˆู’ ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูŽ ูƒูู„ู‘ู ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู ูŠูŽุบู’ุฏููˆ ููŽุจูŽุงุฆูุนู ู†ูŽูู’ุณูŽู‡ู ููŽู…ูุนู’ุชูู‚ูู‡ูŽุง ุฃูŽูˆู’ ู…ููˆุจูู‚ูู‡ูŽุง

Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asyaโ€™arie RA beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi (bukti). Sabar itu adalah sinaran (memberi cahaya). Al-Quran itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi (berusaha), ada yang menjual dirinya (sama ada kepada Allah dengan melakukan ketaatan atau kepada syaitan dan hawa nafsu dengan melakukan maksiat dan kemurkaan Allah), ada yang memerdekakan dirinya (daripada kehinaan di dunia dan azab akhirat) dan ada p**a yang mencelakakan dirinya (dengan melakukan maksiat). (HR Muslim No: 223) Status Hadis Sahih

Pengajaran:

1. lslam amat menitikberatkan soal kebersihan, sehingga menganggapnya sebahagian daripada lman. Jagalah kebersihan terutama di zaman Wabak Covid-19 ini.

2. Bersuci merupakan syarat sahnya ibadah, oleh itu setiap Muslim perlu sentiasa mengambil perhatian.

3. Menjaga ibadat solat akan mendatangkan cahaya petunjuk dan mampu memperbaiki diri seorang muslim terhadap manusia lain, menjadikan ia berakhlak dan berperilaku terpuji, memiliki sifat kewarakan dan ketakwaan di sisi Allah.

4. Semua amalan soleh merupakan kebaikan dan keindahan bagi seorang mukmin dan mempunyai nilai yang tinggi. Ada amalan yang menjadi hujah baginya, ada yang menjadi cahaya baginya, ada yang menjadi pemberat timbangannya dan sebagainya. Antaranya;

a. Zikir al-Hamdulillah akan memenuhi neraca timbangan.

b. Zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi.

c. Solat adalah cahaya.

d. Sedekah adalah saksi (Seruan untuk berinfaq pada jalan-jalan kebaikan dan bersegera melakukannya dimana hal tersebut merupakan pertanda dan bukti benarnya keimanan).

e. Sabar adalah sinaran. (bersabar tatkala mengalami musibah, khususnya apa yang dialami seorang muslim kerana perbuatan amar maโ€™ruf nahi munkar)

f. Al-Qurโ€™an adalah hujah bagi mukmin (Membaca Al Quran dengan pemahaman dan mentadabbur (merenungkan) maknanya, mengamalkan kandungannya kerana hal tersebut dapat memberi syafaat bagi seorang hamba pada hari kiamat).

5. Setiap manusia dalam kegiatan hariannya mendedahkan dirinya sama ada kepada kebaikan atau kecelakaan. Ada yang menjual dirinya kepada Allah, lalu beroleh kebaikan dan kejayaan dan p**a ada yang menjual dirinya kepada syaitan lalu beroleh kecelakaan.

6. Pastikan segala aktiviti harian kita membawa kebaikan dan pahala bukan keburukan dan dosa.

Negara Rahmah Umat Sejahtera.

10hb Februari 2023
19hb Rejab 1444H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Kredit buat:

Perkongsian Hadis Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

Kerja pemasangan cooper aircond dan cat bangunan surau melati.     pembinaanSTDM #05058010028324
16/01/2023

Kerja pemasangan cooper aircond dan cat bangunan surau melati.


pembinaanSTDM
#05058010028324

ID Surau Taman Desa Melati (STDM)
16/01/2023

ID Surau Taman Desa Melati (STDM)

14/01/2023

๐Ÿ”Š๐Ÿ”Š๐Ÿ”ŠJemputan Hari Terbuka Surau Desa Melati (STDM)๐Ÿ”Š๐Ÿ”Š๐Ÿ”Š
--------------------------------------------------
Assalamualaikum W.B.T

Kepada semua Khairah/Penyumbang & Masyarakat sekitar STDM. AJK penaja ingin mempelawa tuan/puan untuk melihat secara dekat kemajuan projek pembangunan STDM seperti ketetapan berikut;

๐ŸŽฐ : 15/01/2023 (Ahad)
๐Ÿ•˜ : 08.30 - 11.00 pagi
๐ŸŽฏ : Tapak Surau Desa Melati

*Objektif Hari terbuka STDM*
=========================
i. Ruang dan peluang untuk semua pihak berkempentingan melihat secara dekat projek ini.
ii. Membuka ruang cadangan/koment & keperluan2 lain untuk kemudahan surau pada masa hadapan
iii. Peluang untuk khairah/penyumbang membuat sumbangan terakhir sebelum tabung infak pembinaan STDM ditutup sepenuhnya.

๐Ÿ“ :Status kemajuan projek :

๐Ÿ”ƒ :Anggaran kemajuan keseluruhan 87% (10/01/23)

๐Ÿ’ฒ:kadar peratusan Pembayaran projek 55% = RM487,850+- (31/12/2022)

http://www.suraudesamelati.com

*Ahli Jawatankuasa Penaja*
*Surau Taman Desa Melati*

Address

Lot 27740 Jalan 11/3 Taman Desa Melati
Bandar Baru Nilai
71800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Taman Desa Melati - stdm posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Surau Taman Desa Melati - stdm:

Share