PASTI AL- IMAN

PASTI AL- IMAN PASTI CEMERLANG, ISLAM GEMILANG

[ PASTI AL-IMAN • SG. SUMUN ]=========================SENYUMAN SYAWAL, BAWA KECERIAAN BERSAMABerlangsung sesi pemberian ...
14/04/2026

[ PASTI AL-IMAN • SG. SUMUN ]
=========================
SENYUMAN SYAWAL, BAWA KECERIAAN BERSAMA

Berlangsung sesi pemberian Duit Raya dalam kalangan anak-anak PASTI AL-IMAN.

Terima kasih kepada semua ibubapa yang menyumbang duit Raya kepada semua.

" SYAWAL DIRAI, PENUH KESYUKURAN "
=====================================
" PASTI CEMERLANG, ISLAM GEMILANG "
" PASTI Terus Jadi Pilihan Semua :) "

02/04/2026
22/02/2026

Dah tengok muzik video lagu “Di Sini Kami Berkumpul”?

Menarik, bukan?
Lagu yang menceritakan tentang kehidupan Nabi Muhammad SAW secara santai melalui alunan irama yang lembut dan mudah dihayati.

Apabila anak kecil menyebut nama Nabi Muhammad SAW dalam alunan lagu, ia bukan sekadar lirik yang dihafal tetapi benih cinta dan rasa hormat yang mula bercambah dalam jiwa sejak usia dini.

Bersempena bulan Ramadan yang mulia, diharap lagu ini menjadi medium yang indah untuk lebih mendekatkan diri anak-anak dengan cinta kepada Rasulullah SAW, meneladani akhlak Baginda serta menghayati pengorbanan dan kasih sayang yang ditinggalkan buat seluruh umat.

Jomm kita ulang dengar lagi..

18/02/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT kerana dengan limpah rahmat-Nya kita sekali lagi dipertemukan dengan bulan yang penuh keberkatan, Ramadhan Kareem.

Firman Allah SWT dalam Al-Qur'an, Surah Al-Baqarah ayat 183:

“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.”
(Al-Baqarah: 183)

Ayat ini mengingatkan kita bahawa matlamat utama Ramadan adalah membina ketaqwaan dalam diri setiap mukmin.

Daripada Abu Hurairah RA,
daripada Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:

“Sesiapa yang berpuasa Ramadan
dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan keredhaan Allah) akan diampunkan dosanya yang terdahulu.”
(Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Iman, Bab Shawmu Ramadhan Ihtisaban Mina al-Iman, no. 38)

Hadis ini menunjukkan betapa 𝙗𝙚𝙨𝙖𝙧𝙣𝙮𝙖 𝙧𝙖𝙝𝙢𝙖𝙩 𝙙𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙖𝙢𝙥𝙪𝙣𝙖𝙣 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝘼𝙡𝙡𝙖𝙝 𝙎𝙒𝙏 𝙠𝙪𝙧𝙣𝙞𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙥𝙖𝙣𝙟𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙪𝙡𝙖𝙣 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙪𝙡𝙞𝙖 𝙞𝙣𝙞.

Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan kepada seluruh warga PASTI Malaysia , guru-guru, pihak pengurusan, ibu bapa serta anak-anak PASTI yang dikasihi sekalian.

Marilah kita bersama-sama 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝘆𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗞𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗥𝗮𝗺𝗮𝗱𝗵𝗮𝗻 𝟮.𝟬 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗹𝗮𝗻𝗰𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗛𝗮𝗻𝗶𝗳 𝗝𝗮𝗺𝗮𝗹𝘂𝗱𝗶𝗻, 𝗡𝗮𝗶𝗯 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗗𝗲𝘄𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮 𝗣𝗔𝗦 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮. Jadikan ia medan untuk kita menyemarakkan budaya memberi, menyantuni golongan memerlukan dan menyebarkan kasih sayang kepada masyarakat.

Rebutlah peluang Ramadhan kali ini untuk menjadikannya lebih baik daripada sebelumnya dengan memperbanyakkan amal, memperkukuhkan ukhuwah, serta mempertingkatkan komitmen dalam mendidik generasi ummah dengan penuh amanah dan ihsan.

Semoga Ramadan 1447H ini membawa keberkatan, keampunan dan rahmat buat kita semua.

Salam Ramadan Al-Mubarak.

Sekian, terima kasih.

Damanhuri bin Dol
Ketua Pengarah PASTI Malaysia

18/02/2026

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 🌙

Semoga bulan yang penuh keberkatan ini mengajar kita erti sabar, keikhlasan dan kasih sayang, serta mendekatkan diri kita kepada-Nya.

Moga setiap amal diterima, dosa diampunkan, dan hati kita dipenuhi ketenangan.

Jom, kita bina generasi Rabbani!

Ikhlas daripada kami ;
Jabatan PASTI Negeri Perak.

17/02/2026

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐂𝐢𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡 𝐦𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐓𝐢𝐨𝐧𝐠𝐡𝐮𝐚 𝐝𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚.

Semoga tahun ini membawa sinar kebahagiaan, kemakmuran dan kesejahteraan kepada semua.

Di PASTI, kami mendidik anak-anak dalam suasana kasih sayang, hormat-menghormati dan semangat perpaduan. Kepelbagaian budaya adalah anugerah yang memperkukuh keharmonian negara.

Terima kasih juga kepada masyarakat Tionghua yang turut sama memberi sokongan kepada institusi kami seperti yang kita lihat dalam video-video yang pernah viral sebelum ini. Kami sangat menghargainya.

Semoga semangat Tahun Baharu Cina terus menyatukan kita dalam nilai murni, toleransi dan saling menghargai demi masa depan generasi yang lebih gemilang.

Ikhlas daripada
PASTI Malaysia

17/02/2026

Jom sama-sama kita meriahkan Pelancaran Kasih Ramadan 2.0 PASTI Malaysia 🌙✨

🗓 17 Februari 2026 (Selasa)
⏰ 9.00 malam ini

Bawa sekali anak-anak duduk depan TV atau telefon malam tu ya

Biar mereka lihat sendiri bagaimana Ramadan disemarakkan dengan infaq, kasih dan kebersamaan seluruh warga PASTI Malaysia.

Ramadan bukan sekadar puasa…
tetapi masa untuk belajar memberi sejak usia kecil

Jumpa malam pelancaran nanti!

Link youtube di ruang komen.


[ PASTI AL-IMAN • SG. SUMUN ]--------------------------------------------------PROGRAM RENTAS BUDAYA : GURU & MURID PAST...
15/02/2026

[ PASTI AL-IMAN • SG. SUMUN ]
--------------------------------------------------
PROGRAM RENTAS BUDAYA : GURU & MURID PASTI AL-IMAN SANTUNI & KUNJUNGI SJKC POOI AING, HARGAI KEPELBAGAIAN BUDAYA KAUM MAJMUK

Pada Jumaat, Pihak PASTI AL-IMAN telah melakukan aktiviti kunjungan dan menyantuni guru, staff dan murid-murid SJK (C) Pooi Aing, Sg.Sumun bersempena menjayakan program Rentas Budaya Sempena Tahun Baharu Cina 2026.

Semua guru & murid serta wakil pihak pengurusan PASTI hadir serta diterima Mesra, gembira oleh pihak warga SJK C Pooi Aing tersebut. Alhamdulillah.

Bertujuan sebagai menerapkan semangat perpaduan berbilang kaum dalam negara ini serta usaha mengenali budaya masyarakat Cina dalam meraikan sambutan Tahun Baru Cina.

=====================================
" PASTI CEMERLANG, ISLAM GEMILANG"
" PASTI Terus Jadi Pilihan Semua :) "

Address

Sungai Sumun
Bagan Datoh

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PASTI AL- IMAN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share