Jabatan Pertanian Negeri Melaka

Jabatan Pertanian Negeri Melaka 'Pertanian Adalah Perniagaan'

πŸŒ™ Salam Ramadan 1447H / 2026M πŸŒ™Seluruh warga Jabatan Pertanian mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan kepada semua ...
18/02/2026

πŸŒ™ Salam Ramadan 1447H / 2026M πŸŒ™

Seluruh warga Jabatan Pertanian mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan kepada semua umat Islam.

Semoga bulan yang penuh keberkatan ini membawa ketenangan, memperkukuh keimanan, serta menyemai nilai kesabaran, keikhlasan dan kesyukuran dalam setiap amalan kita.

Marilah kita manfaatkan Ramadan ini dengan memperbanyakkan ibadah, mempererat silaturahim, serta terus berusaha menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan keterjaminan makanan negara.

Jabatan Pertanian Teguh Bersama,
Terus Berbakti Demi Negara,
Jaminan Makanan Teras Utama,
Selamat Berkualiti Hidup Sejahtera.












-2026

Seluruh warga Jabatan Pertanian mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina 2026 kepada semua yang meraikannya.Semoga tahun baha...
17/02/2026

Seluruh warga Jabatan Pertanian mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina 2026 kepada semua yang meraikannya.

Semoga tahun baharu ini membawa kemakmuran, kesihatan, kebahagiaan dan rezeki yang melimpah kepada anda sekeluarga. Marilah kita terus memupuk semangat perpaduan, saling menghormati serta bekerjasama demi kemajuan sektor pertanian dan kesejahteraan masyarakat.

Gong Xi Fa Cai, Xin Nian Kuai Le!
Semoga tahun ini dipenuhi kejayaan dan keberkatan untuk semua.

Jabatan Pertanian Teguh Bersama,
Terus Berbakti Demi Negara,
Jaminan Makanan Teras Utama,
Selamat Berkualiti Hidup Sejahtera.












-2026

4 Februari 2026 : Hari Exco Bertemu Rakyat (HEBAT)Pengarah Pertanian Negeri Melaka, YBrs Tuan Rozli Azizi bin Talib meng...
04/02/2026

4 Februari 2026 : Hari Exco Bertemu Rakyat (HEBAT)

Pengarah Pertanian Negeri Melaka, YBrs Tuan Rozli Azizi bin Talib menghadiri Program Hari Exco Bertemu Rakyat (HEBAT) berlangsung di Seri Negeri hari ini.

Turut turun padang bersama rakyat ialah YB Datuk Dr. Mohamad Akmal bin Saleh, Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri Melaka; YB Tuan Low Chee Leong, Timbalan Exco, serta barisan pegawai daripada agensi-agensi di bawah portfolio Exco.

Program ini menjadi platform penting bagi mendengar secara langsung permasalahan, cadangan dan keperluan rakyat, di samping menyampaikan maklumat berkaitan inisiatif serta perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan negeri.

Jabatan Pertanian Teguh Bersama,
Terus Berbakti Demi Negara,
Jaminan Makanan Teras Utama,
Selamat Berkualiti Hidup Sejahtera.












-2026

✨ Salam Israk Mikraj 1447H ✨Sempena peristiwa agung Israk dan Mikraj, marilah kita bersama-sama menghayati perjalanan Ra...
16/01/2026

✨ Salam Israk Mikraj 1447H ✨

Sempena peristiwa agung Israk dan Mikraj, marilah kita bersama-sama menghayati perjalanan Rasulullah SAW yang penuh hikmah dan pengajaran, khususnya dalam memperkukuhkan keimanan serta ketaatan kepada Allah SWT melalui kewajipan solat.

Semoga peringatan ini menjadi pemangkin untuk kita terus meningkatkan integriti, disiplin dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab, demi kesejahteraan ummah dan kemajuan sektor pertanian negeri Melaka.

Ikhlas daripada:
Seluruh Warga Kerja Jabatan Pertanian Negeri Melaka

Jabatan Pertanian Teguh Bersama,
Terus Berbakti Demi Negara,
Jaminan Makanan Teras Utama,
Selamat Berkualiti Hidup Sejahtera.












-2026

Jabatan Pertanian Negeri Melaka ingin memaklumkan bahawa pihak kami tidak pernah mengeluarkan sebarang Local Order (LO) ...
14/01/2026

Jabatan Pertanian Negeri Melaka ingin memaklumkan bahawa pihak kami tidak pernah mengeluarkan sebarang Local Order (LO) seperti yang sedang tular dan didakwa dikeluarkan atas nama Jabatan Pertanian Negeri Melaka.

Untuk makluman, terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang telah:

1. Menggunakan nama Jabatan Pertanian Negeri Melaka tanpa kebenaran
2. Memalsukan dokumen Local Order (LO)
3. Memalsukan tandatangan Pengarah Pertanian Negeri Melaka
4. Menyalahgunakan nama dan jawatan pegawai dalam jabatan

Sehubungan dengan itu, laporan polis telah dibuat atas kesalahan pemalsuan dokumen dan penggunaan nama serta jawatan tanpa kebenaran.

Jabatan Pertanian Negeri Melaka menafikan sekeras-kerasnya sebarang penglibatan dengan individu atau dokumen palsu tersebut dan menegaskan bahawa sebarang urusan rasmi perolehan hanya dilaksanakan melalui saluran dan prosedur yang sah.

Orang awam serta pihak pembekal adalah dinasihatkan supaya:

1. Berhati-hati dengan sebarang dokumen atau urusan yang meragukan
2. Membuat pengesahan terus dengan Jabatan Pertanian Negeri Melaka sekiranya terdapat sebarang keraguan

Kerjasama dan keprihatinan semua pihak amat dihargai bagi mengelakkan sebarang penipuan dan kerugian.

14/01/2026
KALENDAR KURSUS AWAM 2026JABATAN PERTANIAN NEGERI MELAKA Orang awam, usahawan tani dan individu yang berminat adalah dij...
07/01/2026

KALENDAR KURSUS AWAM 2026
JABATAN PERTANIAN NEGERI MELAKA

Orang awam, usahawan tani dan individu yang berminat adalah dijemput menyertai Kursus Awam 2026 anjuran Jabatan Pertanian Negeri Melaka yang merangkumi pelbagai bidang pengeluaran, pemprosesan dan agronomi tanaman.

Antara kursus yang ditawarkan sepanjang tahun 2026 termasuk:
βœ… Pengendalian Makanan
βœ… Pemprosesan Hasilan Kacang Soya & Kelapa
βœ… Penghasilan Baja Organik
βœ… Agronomi Tanaman (Pisang, Sayuran Berdaun & Kelapa)
βœ… Penghasilan Kek Potong (Slice Cake), Pelbagai Roti & Hasilan Berasaskan Beras

πŸ“Œ Cara Permohonan:
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan online melalui pautan borang yang disediakan.

Pautan borang permohonan :

https://forms.gle/guH5dfVY8PwfZFvf6

πŸ“† Tarikh dan maklumat kursus adalah seperti yang tertera dalam poster.

Sehubungan itu, orang awam yang berminat adalah digalakkan untuk memohon lebih awal untuk memudahkan pengurusan urusetia kursus.

πŸ‘‰ Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pertanian Daerah berhampiran.

Jabatan Pertanian Teguh Bersama,
Terus Berbakti Demi Negara,
Jaminan Makanan Teras Utama,
Selamat Berkualiti Hidup Sejahtera.












-2026

7 Januari 2026 - Permohonan Insentif Projek Pembangunan Pertanian Jabatan Pertanian Negeri MelakaDimaklumkan bahawa perm...
07/01/2026

7 Januari 2026 - Permohonan Insentif Projek Pembangunan Pertanian Jabatan Pertanian Negeri Melaka

Dimaklumkan bahawa permohonan insentif projek pembanguan pertanian Jabatan Pertanian Negeri Melaka kini dibuka kepada pengusaha dan usahawan tani yang layak.

Permohonan boleh dibuat melalui Pejabat Pertanian Daerah terdekat mengikut kawasan masing-masing. Untuk makluman, permohonan yang dibuka pada tahun ini adalah bagi pelaksanaan bantuan untuk tahun 2027.

πŸ“… Tarikh tutup permohonan: 30 September 2026

Sehubungan itu, semua pemohon yang berminat adalah digalakkan untuk mengemukakan permohonan lebih awal bagi melancarkan proses semakan dan penilaian.

Jabatan Pertanian Teguh Bersama,
Terus Berbakti Demi Negara,
Jaminan Makanan Teras Utama,
Selamat Berkualiti Hidup Sejahtera.












-2026

6 Januari 2026 - Lawatan Pemantauan Projek & Siasatan Tapak Projek BaharuPengarah Pertanian Negeri Melaka, YBrs Tuan Roz...
07/01/2026

6 Januari 2026 - Lawatan Pemantauan Projek & Siasatan Tapak Projek Baharu

Pengarah Pertanian Negeri Melaka, YBrs Tuan Rozli Azizi bin Talib telah mengadakan lawatan pemantauan ke beberapa projek pertanian sedia ada di sekitar negeri Melaka serta lawatan siasatan tapak bagi cadangan pelaksanaan projek baharu.

Lawatan ini bertujuan menilai status kemajuan projek, mengenal pasti isu serta potensi penambahbaikan, di samping menilai kesesuaian tapak bagi memastikan perancangan projek baharu dapat dilaksanakan secara terancang, berkesan dan berimpak tinggi.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Jabatan Pertanian Negeri Melaka dalam memperkukuh pembangunan sektor pertanian negeri ke arah yang lebih mampan dan berdaya maju.

Jabatan Pertanian Teguh Bersama,
Terus Berbakti Demi Negara,
Jaminan Makanan Teras Utama,
Selamat Berkualiti Hidup Sejahtera.












-2026

5 Januari 2026 - Lawatan Pemantauan Pembangunan Projek Pertanian Jabatan Pertanian Negeri MelakaPengarah Pertanian Neger...
07/01/2026

5 Januari 2026 - Lawatan Pemantauan Pembangunan Projek Pertanian Jabatan Pertanian Negeri Melaka

Pengarah Pertanian Negeri Melaka, YBrs Tuan Rozli Azizi bin Talib telah mengadakan lawatan pemantauan projek-projek pertanian di sekitar negeri Melaka bagi menilai kemajuan pelaksanaan serta memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan memberi impak optimum kepada golongan sasar.

Lawatan ini turut menjadi platform interaksi bersama pengusaha bagi mengenal pasti cabaran di lapangan, menyalurkan khidmat nasihat teknikal serta memperkukuh komitmen Jabatan Pertanian Negeri Melaka dalam memacu pembangunan sektor pertanian yang mampan dan berdaya saing.

Jabatan Pertanian Teguh Bersama,
Terus Berbakti Demi Negara,
Jaminan Makanan Teras Utama,
Selamat Berkualiti Hidup Sejahtera.












-2026

Semoga tahun 2026 membawa sinar baharu, rezeki yang berkat dan kejayaan berterusan buat seluruh warga pertanian serta ra...
31/12/2025

Semoga tahun 2026 membawa sinar baharu, rezeki yang berkat dan kejayaan berterusan buat seluruh warga pertanian serta rakyat Negeri Melaka.

Jabatan Pertanian Negeri Melaka komited untuk terus memperkasa sektor pertanian melalui inovasi, teknologi dan sokongan berterusan demi memastikan keterjaminan makanan serta kesejahteraan usahawan tani.

Bersama kita melangkah ke tahun baharu dengan azam yang lebih kukuh demi pertanian yang mampan dan masa depan yang lebih lestari.

Selamat Tahun Baharu 2026

Jabatan Pertanian Teguh Bersama,
Terus Berbakti Demi Negara,
Jaminan Makanan Teras Utama,
Selamat Berkualiti Hidup Sejahtera.











-2026

Address

Aras 4, Wisma Negeri, Kompleks MITC, Hang Tuah Jaya
Ayer Keroh
75450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

062324669

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pertanian Negeri Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Jabatan Pertanian Negeri Melaka:

Share