Lisanul Hakim-BDK MMAS

Lisanul Hakim-BDK MMAS Ia merupakan perkongsian ilmiah dalam menuju mahabbah Rasulullah SAW dan perkongsian perjalanan Badan Dakwah dan Kerohanian (MMAS). Moga di berkati ~

21/03/2026
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد 🤍Moga Allah swt mengampuni dosa kita di dalam bulan ramadan,Serta moga kita t...
18/03/2026

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد 🤍
Moga Allah swt mengampuni dosa kita di dalam bulan ramadan,
Serta moga kita tak tergolong golongan yang celaka,tidak diampunkan dosanya dalam bulan ramadan.🍂



لئن شكرتم لأزيدنكم🍂
08/03/2026

لئن شكرتم لأزيدنكم🍂



اللهم بارك لنا في شعبان وبلغنا رمضان🤍Ya Allah rezqikanlah kami untuk bertemu bulan Ramadan kali ini🤲
09/02/2026

اللهم بارك لنا في شعبان وبلغنا رمضان🤍

Ya Allah rezqikanlah kami untuk bertemu bulan Ramadan kali ini🤲

Alhamdulillah,dua hari Tamrin Nuqoba diadakan di Maktab Mahmud Alor Setar memberi ilmu dan pengalaman yang berharga kepa...
07/02/2026

Alhamdulillah,dua hari Tamrin Nuqoba diadakan di Maktab Mahmud Alor Setar memberi ilmu dan pengalaman yang berharga kepada peserta✨

Moga usaha ini diterima disisi Allah SWT dan mendapat ganjaran disisinya 🤍

Alhamudillah,dua hari Tamrin Nuqoba diadakan di Maktab Mahmud Alor Setar
07/02/2026

Alhamudillah,dua hari Tamrin Nuqoba diadakan di Maktab Mahmud Alor Setar

Alhamdulillah,
07/02/2026

Alhamdulillah,

Dalam sebuah majlis bersama Syeikh Nazrul Nasir hafizahullah, beliau menceritakan kepada kami satu kisah tentang seseora...
31/01/2026

Dalam sebuah majlis bersama Syeikh Nazrul Nasir hafizahullah, beliau menceritakan kepada kami satu kisah tentang seseorang yang membalas kebaikan gurunya dengan keburukan.

Kisah ini berlaku kepada seorang yang bernama Abul Hasan as-Sarifi. Beliau menuntut ilmu dan menerima tarbiah daripada seorang wali Allah, Syeikh Abul Hasan as-Syawi. Selama 30 tahun, Abul Hasan as-Sarifi berkhidmat kepada gurunya sehingga beliau dikenali sebagai seorang yang berilmu dan memiliki kewalian.

Suatu hari, beliau memohon izin untuk pulang ke kampung halamannya bagi mengajar penduduk di sana. Dengan izin gurunya, terzahirlah daripada dirinya pelbagai karamah hasil keberkatan khidmatnya kepada Syeikh Abul Hasan as-Syawi. Namun, nikmat itu telah menjerumuskannya ke dalam rasa ujub dan sombong, sehingga beliau menyangka dirinya lebih hebat daripada gurunya sendiri. Bahkan, beliau tidak lagi menisbahkan dirinya kepada gurunya yang telah mendidiknya sekian lama.

Lebih buruk lagi, beliau terus bertemu dengan guru kepada gurunya, iaitu Sidi al-Ghazwani, lalu menyebarkan kepada penduduk negerinya bahawa dirinya setaraf dengan Syeikh Abul Hasan as-Syawi kerana menuntut ilmu daripada guru yang sama.

Pada suatu hari, Syeikh Abul Hasan as-Syawi dalam perjalanan untuk bertemu Imam Abdussalam Masyish. Dalam perjalanan itu, beliau singgah di kampung muridnya, Abul Hasan as-Sarifi. Lalu beliau berkata,
“Aku tidak akan mendaki gunung itu untuk bertemu dengannya, melainkan dia sendiri yang datang kepadaku.”

Utusan pun dihantar kepada Abul Hasan as-Sarifi untuk memaklumkan kehadiran gurunya. Namun, beliau enggan berjumpa dan hanya menghantar makanan sebagai tanda sambutan.

Apabila melihat makanan tersebut, Syeikh Abul Hasan as-Syawi berkata:
“Bangunlah kalian semua. Kita tidak akan memakan hidangan ini. Kita datang untuk mengambil kembali amanah yang telah kami titipkan kepadanya.”

Seketika itu juga, Abul Hasan as-Sarifi melihat cahaya seperti bulan keluar dari dadanya, lalu dia menjadi gila. Apabila berita ini sampai kepada Sidi al-Ghazwani, beliau berkata:
“Inilah balasan bagi orang yang mengkufuri nikmat dan kebaikan gurunya.”

Address

Jalan Pegawai Alor Setar
Alor Setar
05050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lisanul Hakim-BDK MMAS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share