នំគូឆាយ មូអល់លីម

នំគូឆាយ មូអល់លីម Ketika itu, PDIS mempunyai 6 orang guru serta 140 orang pelajar. Namun pada tahun 1994, Syeikh Mahmud Bin Kazim telah pulang ke Rahmatullah. Sekian, wassalam.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 🥰
បងប្អូនចង់ញុំានំគូឆាយ ដែលហាឡាល់ 100% មានលក់រៀងរាល់ព្រឹកនៅក្នុងផ្សារគីឡូ៩
🛵 ៣ ឈុតឡើងទៅហ្រ្វីដឹក គីឡូ ៧.៨.៩ ក្រោម៣ឈុតសេវ៉ា ១០០០៛
☎️សម្រាប់បោះដុំលក់បន្តអាចទាក់ទងមកលេខ 0962300146
🤲🏻 جزاكم الله خيرا Sekolah Islam Dubai, Kilometer 9, Kampung Chrang Chamres 1, Wilayah Russey Keo, Phnom Penh ( selepas ini disebut sebagai PDIS ) diasaskan oleh Syeikh Isa Bin Nasir dari

Emiriat Arab Bersatu, merupakan seorang peniaga yang melihat keperluan infrastruktur bangunan untuk aktiviti pengajian Islam. PDIS telah dibina pada tahun 1992 di atas tanah wakaf penduduk kampung berhampiran dengan Masjid Ammar Bin Yasir, Kilometer 9, Kampung Chrang Chamres 1, Wilayah Russey Keo, Phnom Penh. Pada peringkat awal penubuhan sekolah ini, PDIS merupakan sebuah institusi pendidikan Muqaddam dan Al-Qur’an bagi kanak-kanak berumur di antara 6 hingga 14 tahun. Pada waktu itu, PDIS telah dibantu sepenuhnya oleh Syeikh Mahmud Bin Kazim, juga merupakan seorang peniaga dari Emiriat Arab Bersatu yang juga merupakan sahabat kepada Syeikh Isa Bin Nasir. Dengan itu, segala bantuan daripada beliau juga terputus. Sejak daripada itu, guru-guru terpaksa mencari pendapatan luar bagi menyara hidup. Dengan sebab itu juga, guru-guru terpaksa mengurangkan waktu pengajaran manakala pelajar-pelajar pula semakin berkurangan. Pada ketika itu, guru yang masih kekal mengajar hanyalah 3 orang beserta sekitar 30 orang pelajar. Bermula dari sini, PDIS pernah ditutup beberapa kali kerana tiada guru yang mampu memberikan komitmen secara tetap di sekolah ini. Pada sekang waktu ini juga, berlaku sedikit kekacauan dan rusuhan di sekitar Phnom Penh. Sehinggalah pada tahun 2006, Ahli Jamaah Masjid ( AJM ) Ammar Bin Yasir serta Ahli Jawatan Kuasa ( AJK ) kampung sebulat suara melantik Tuan Guru Mohammad Daud Bin Qasim, Graduan dari Universiti Da’wah Islamiah Libya yang baru menyelesaikan Ijazah dalam bidang Lughah dan Syariah Islamiah pada ketika itu sebagai pengetua sekolah ini. AJM serta AJK juga bersetuju untuk membenarkan pengambilan yuran oleh pihak PDIS sebanyak 5000ƒ ( RM5 ) setiap pelajar sebulan bagi menampung perbelanjaan sekolah serta gaji guru. Pada tahun 2008, pihak Persatuan Kebajikan Islam Malaysia ( PERKIM ) telah membantu memperbaiki kerosakan infrastruktur serta bangunan sekolah. Pihak PDIS amat berterima kasih di atas jasa baik pihak PERKIM tersebut. Alhamdulillah, sehingga kini perjalanan PDIS bergerak lancar dengan guru seramai 10 orang beserta pelajar seramai 425 orang. Ketika ini, PDIS telah membuka 7 buah kelas pengajian ( setiap kelas mempunyai dua sesi pengajian ) dengan jumlah pelajar setiap kelas sekitar 35 orang setiap satu sesi. Waktu pengajian PDIS adalah terbahagi kepada dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang kerana sebahagian besar pelajar sekolah ini mengikuti pengajian akademik di sekolah-sekolah kebangsaan. Sesi pagi bermula dari jam 7.30 pagi hingga 11.00 pagi waktu Kemboja manakala sesi petang pula bermula dari jam 1.30 petang hingga 5.00 petang waktu Kemboja. Cuti-cuti umum PDIS adalah sepertimana cuti-cuti umum sekolah-sekolah kebangsaan kecuali cuti pertengahan semester serta cuti akhir semester dimana cuti akhir semester adalah bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Syawal iaitu selama 2 bulan. Diantara subjek pengajian serta peruntukan waktu pengajian dan juga organisasi sekolah adalah seperti yang dinyatakan di dalam carta yang diberi. PDIS juga tidak ketinggalan dalam mengadakan aktiviti perayaan serta aktiviti ko-kurikulum. Di antaranya ialah :

- Pertandingan bola sepak antara sekolah-sekolah Islam wilayah Phnom Penh.
- Perlawanan-perlawanan persahabatan ( bola sepak ).
- Pertandingan nasyid antara sekolah-sekolah Islam wilayah Phnom Penh.
- Majlis Maulidurrasul peringkat sekolah.
- Majlis Maal Hijrah peringkat sekolah.
- Musabaqah Al-Qur’an peringkat wilayah Phnom Penh ( sebagai ajk keselamatan, persembahan dan bahagian hakim )
- Musabaqah Al-Qur’an peringkat negera Kemboja (sebagai ajk keselamatan, persembahan dan bahagian hakim )
- Dan lain-lain lagi. Di sini juga kami lampirkan bersama profail ini gambar-gambar aktiviti sekolah dan guru-guru PDIS. Yang melaksanakan tugas,

Ustaz Mansur Zainal Abidin Bin Salleh
( Pembantu Setiausaha merangkap Guru Disiplin PDIS )

Address

ផ្សារគីឡូ 9, សង្កាត់ច្រាំងចំរះជាមួយ, ខណ្ឌឬស្សីកាវ
Phnom Penh

Opening Hours

Monday 06:30 - 12:30
16:00 - 21:00
Tuesday 06:30 - 12:30
16:00 - 21:00
Wednesday 06:30 - 12:30
16:00 - 21:00
Thursday 06:30 - 12:30
16:00 - 21:00
Friday 06:30 - 12:30
16:00 - 21:00
Saturday 06:30 - 12:30
16:00 - 21:00
Sunday 06:30 - 12:30
16:00 - 21:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when នំគូឆាយ មូអល់លីម posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share