Pekdis Tuaran

Pekdis Tuaran Pertubuhan Dakwah Islamiah Sekolah-Sekolah Malaysia (PEKDIS) cawangan Tuaran, Sabah

26/12/2025

INFO KPM: Semakan Tawaran Kemasukan ke Sekolah Khusus dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tahun 2026 bagi murid Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (SVM) akan dibuka mulai 26 Disember 2025 hingga 13 Januari 2026 melalui pautan berikut:

1. Murid dari sekolah Kementerian Pendidikan (KPM):
Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my
Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my

2. Murid dari sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan KPM: Tingkatan 1 : https://mrsm.mara.gov.my/mrsmsemakt1
Tingkatan 4 : https://mrsm.mara.gov.my/mrsmsemakt4

3. Murid yang tidak ditawarkan ke mana-mana sekolah khusus atau MRSM boleh mengemukakan rayuan secara dalam talian melalui pautan yang sama.

Tarikh Penting:
๐Ÿ“Œ Tarikh Rayuan: 26 Disember 2025 โ€“ 13 Januari 2026
๐Ÿ“Œ Tarikh Pendaftaran: 13 Januari 2026
๐Ÿ“Œ Tarikh Semakan Rayuan: 6 โ€“ 10 Februari 2026




10/03/2024

RAMADAN KAREEM!!!

Menghitung Hari Menuju Ramadan 1445H/2024M

โ€œBarangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu.โ€

Riwayat al-Bukhari (38) dan Muslim (760)

KELEBIHAN MEMBACA 2 AYAT TERAKHIR SURAH AL-BAQARAHDaripada Abu Masโ€™ud RA bahawa Nabi SAW bersabda:ู…ูŽู†ู’ ู‚ูŽุฑูŽุฃูŽ ุจูุงู„ู’ุขูŠูŽุชูŽ...
10/01/2024

KELEBIHAN MEMBACA 2 AYAT TERAKHIR SURAH AL-BAQARAH
Daripada Abu Masโ€™ud RA bahawa Nabi SAW bersabda:
ู…ูŽู†ู’ ู‚ูŽุฑูŽุฃูŽ ุจูุงู„ู’ุขูŠูŽุชูŽูŠู’ู†ู ู…ูู†ู’ ุขุฎูุฑู ุณููˆุฑูŽุฉู ุงู„ุจูŽู‚ูŽุฑูŽุฉู ูููŠ ู„ูŽูŠู’ู„ูŽุฉู ูƒูŽููŽุชูŽุงู‡ู
Maksudnya: โ€œBarangsiapa yang membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada waktu malam telah cukup baginya dengan keduanya.โ€
Riwayat al-Bukhari (5009)
Berdasarkan hadis ini, Rasulullah SAW mengajar kita antara bacaan yang boleh diamalkan pada setiap malam ialah dengan membaca dua ayat terakhir surah al-Baqarah iaitu ayat 285 dan 286. Imam al-Nawawi menjelaskan makna cukup bagi orang yang membaca 2 ayat tersebut adalah cukup baginya mendirikan malam tersebut, cukup baginya agar terpelihara daripada kejahatan syaitan dan daripada kebinasaan-kebinasaan serta boleh jadi ia membawa makna kesemuanya sekali.
Jangan lepaskan peluang mengamalkan bacaan 2 ayat ini, memandangkan ia amat mudah untuk diamalkan, mempunyai kelebihan yang amat banyak dan lebih-lebih lagi ia bersumberkan dari hadis sahih riwayat Imam al-Bukhari.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM

Hari perlawanan!Sama-sama kita doakan kontinjen PEKDIS Tuaran dapat beraksi cemerlang dalam kejohanan ini ๐Ÿคฒ๐Ÿป
06/10/2023

Hari perlawanan!
Sama-sama kita doakan kontinjen PEKDIS Tuaran dapat beraksi cemerlang dalam kejohanan ini ๐Ÿคฒ๐Ÿป


28/09/2023

Selamat Menyambut Maulidurrasul 1445H

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู

Tahniah Team Bowling PEKDIS Tuaran!Setinggiยฒ penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua team bowling Pekdis dae...
28/09/2023

Tahniah Team Bowling PEKDIS Tuaran!

Setinggiยฒ penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua team bowling Pekdis daerah Tuaran atas penglibatan dan komitmen padu sepanjang KSGPI (Acara Bowling) 2023.

Terima kasih kepada Pengurus bowling Pekdis Tuaran Ustaz Hafiz Madnin atas pengurusan terbaik. Terima kasih JU,Fisio dan pemainยฒ atas kerjasama semua.

Tahniah di atas pencapaian dalam acara masingยฒ.Kita tingkatkan usaha dan konsisten lagi dalam latihan selepas ini.

Terima kasih semua..๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Pencapaian : ๐Ÿฅ‰Tempat ke-3 (trio VIP campuran)

Debaran Karnival Sukan Guru Pendidikan Islam (KSGPI) 2023 makin terasa. Acara boling tenpin telah pun bermula hari ini h...
25/09/2023

Debaran Karnival Sukan Guru Pendidikan Islam (KSGPI) 2023 makin terasa. Acara boling tenpin telah pun bermula hari ini hingga 27 September. Sukan lain akan menyusul pada 7-8 Oktober depan.

Sama-sama kita doakan kontinjen KSGPI Tuaran beroleh kejayaan. Insya Allah!

Trivia!
Tahun ini ada dua acara baharu diperkenalkan dalam KSGPI iaitu petanque dan catur ๐Ÿ˜‰



Majlis Lambaian Kasih โค๏ธ13/9/2023Satu majlis makan malam ringkas telah diadakan oleh AJK Kebajikan PEKDIS Tuaran untuk m...
13/09/2023

Majlis Lambaian Kasih โค๏ธ
13/9/2023

Satu majlis makan malam ringkas telah diadakan oleh AJK Kebajikan PEKDIS Tuaran untuk meraikan GPI Tuaran yang akan berpindah ke semenanjung.

Terima kasih buat Ustaz Hanif (SK Baru-Baru), Ustazah Norazimah (SK Saradan) dan Ustazah Siti Armah (SK Pekan Tamparuli) atas segala budi dan bakti di negeri bawah bayu khususnya di Tuaran. Jasa ustaz dan ustazah akan sentiasa diingati. Selamat bertugas di tempat baharu dan selamat maju jaya. ๐ŸŒน

Mesyuarat Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-sekolah Malaysia (PEKDIS) Tuaran Bil.2/2023Tarikh: 8 September 202...
12/09/2023

Mesyuarat Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-sekolah Malaysia (PEKDIS) Tuaran Bil.2/2023

Tarikh: 8 September 2023
Tempat: Bilik Gamma, PPD Tuaran

Antara agenda yang dibincangkan ialah isu kebajikan ahli PEKDIS Tuaran dan persediaan untuk Karnival Sukan Guru Pendidikan Islam 2023.

Address

UNIT PENDIDIKAN ISLAM, PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TUARAN PETI SURAT 594
Surat
89208

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pekdis Tuaran posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share