12/09/2026
JUMAAT | 11 September 2026M/29 Rabiul Awal 1448H, telah berlangsung Lawatan Mahabbah serta Imam dan Khatib oleh Al-Fadhil Ustaz Zakaria bin Yahya, Pegawai Tadbir Agama Zon 2 JAWI, ke Masjid Saidina Ali KW, Kg Padang Balang, Sentul, Kuala Lumpur.
Lawatan ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dan ukhuwah antara pihak JAWI dengan barisan Ahli Jawatankuasa Kariah serta warga masjid.
Pihak masjid merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Zakaria bin Yahya atas kesudian mengadakan lawatan mahabbah serta meluangkan masa beramah mesra bersama pihak masjid.
Semoga kunjungan ini dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama dan membawa keberkatan kepada seluruh warga Masjid Saidina Ali KW.